Showing posts with label Jeragat. Show all posts
Showing posts with label Jeragat. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

Vitamin E, suplemet yang boleh pudarkan parut jerawat dengan cepat

Salam Semua..

Sempena promo Vitamin E bulan ni, Liza nak kongsikan salah satu fungsinya yang mungkin dah semua orang pun tahu, iaitu mampu memudarkan parut jerawat. Atau dalam bahasa mudahnya, Vitamin E boleh hilangkan parut jerawat. Nak hilangkan jerawat tu mudah je, paling lama pun seminggu je miss J ni datang singgah kat muka kita. Tapi, parut yang di tinggalkan Miss J tu susah nak hilang. Lagi-lagi kalau jenis jerawat batu, boleh berlubang-lubang muka ni, kan?

Liza dan suami pun ada masalah ni jugak. Jadi, sempena bulan ni promo Vitamin E, Liza nak konsisten balik makan Vitamin E. Nak ajak encik suami join sekali, baru semangat. Hihi. Sebotol ada 120 biji, kalau kongsi dua orang pun, masih boleh tahan hingga 2 bulan. Jimat sangat dah tu, kan? Selain makan, Vitamin E ni pon boleh dibuat masker, campur dengan Vitamin C ( promo jugak bulan ni oiii) atau Energizing Soy Protein (ESP). Tapi kalau tak nak campur apa-apa pun boleh. Cubalah, lepas basuh muka tu, rasa lembab je muka. Haih, tak sabar pulak nak buat.

Bagaimana Vitamin E membantu menghilangkan parut jerawat dengan berkesan?

Vitamin E dari Shaklee berfungsi untuk melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksida. Antioksida bermaksud ia memelihara sel-sel yang terdedah dengan radikal bebas daripada termusnah dan berlakunya penuaan awal. Minyak vitamin E tulen adalah yang terbaik kerana mampu meresap di bawah permukaan kulit untuk menghalang radikal bebas. Radikal bebas ni la yang kita tak nak, sebab menghalang penyembuhan terutamanya bagi tisu parut. Vitamin E juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang membuatkan kulit kita jadi lebih anjal.

Selain menghilangkan parut, vitamin E juga baik untuk menghilangkan kedutan, memudarkan tompok-tompok gelap pada wajah serta mencantikkan dan melicinkan kuku. Bagi mereka yang inginkan hasil dengan lebih cepat, disarankan agar mengambil Vitamin E sekali dengan Energizing Soy Protein (ESP). ESP dapat membantu memperbaharui sel kulit  dengan menghasilkan sel kulit baru yang lebih cerah dan berseri.






Monday, December 1, 2014

Bulan Disember, bulan untuk kulit cantik

Salam Semua..

Hari ni kita semua dah pun berada dalam bulan terakhir untuk tahun 2014. Awal bulan macam ni, perkara yang ditunggu-tunggu oleh pengguna setia Shaklee, tak lain tak bukan adalah produk promo. Sekali lagi, Shaklee telah membuat aksi gempak dengan menawarkan 'double promo' pada bulan ni. Khas untuk rakyat Malaysia yang sukakan kecantikan, Shaklee telah menawarkan harga promo untuk dua produk hebatnya iaitu Vitamin C dan Vitamin E.


Kalau tak promo pun, harga kedua-dua produk ni dah memang mampu milik dan berbaloi-baloi. Ye lah, harga Vitamin C Shaklee yang lain dari yang lain ni tak sampai RM100 pun, tapi boleh tahan sehingga 6 bulan. Vitamin E pulak boleh tahan sehingga 4 bulan. Berbaloi sangat tau! Walaupun Liza rasa dah ramai yang tahu, tapi jomlah kita cekidaut sekali lagi ape kelebihan kedua-dua Vitamin ni.

Vitamin C
  •  Menjadikan kulit lebih licin, cerah, tegang dan cantik. Luka juga cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Mengelakkan pengidap darah tinggi daripada terkena serangan strok atau jantung tersumbat, Vitamin C berfungsi untuk menjaga salur darah supaya tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah serta membantu dalam proses pemecahan lemak.
  • Membersihkan darah dan mengelakkan kerosakkan pada buah pinggang. Perokok sangat disarankan untuk mengamalkan Vitamin C kerana Vitamin C yang ada dalam badan mereka telah musnah akibat daripada aktiviti merokok.
  • Turut berfungsi sebagai anti-stress.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan (demam selesema, gusi berdarah, luka, pendarahan atau lebam-lebam pada badan, pendarahan pada otot atau sendi) boleh meningkatkan dos Vitamin C dalam diet harian mereka.
Vitamin E
  • Mengurangkan parut (parut jerawat, jeragat ect) pada kulit. Dengan penggunaan yang konsisten, parut akan semakin pudar dan tidak kelihatan.
  • Mencantikkan kulit dan menaikan seri wajah. Tak hairanlah kalau orang cakap Vitamin E ni boleh bagi awet muda. Hihi. Kulit juga menjadi semakin halus, gebu dan licin.
  • Tinggi dengan anti-oksidan yang menghalang serangan radikal bebas yang boleh mengakibatkan kita diserang penyakit termasuklah kanser.
  • ,Meningkatkan keinginan seksual dan kesuburan lelaki mahupun wanita.
  • Merendahkan kadar kolestrol dalam darah.


Di atas ni, diantara hasil yang akak-akak cantik kita ni dapat selepas konsisten dengan kedua-dua vitamin C dan E. Ada yang nak cantik macam diorang ni tak? Bagi sesiapa yang berhasrat untuk mencuba kedua-dua vitamin ni, mesti rebut peluang harga promo macam ni. Selain badan lebih sihat dan cantik, boleh berjimat sekali kan? Sesiapa yang berminat, boleh hubungi Liza segera. Liza akan berikan konsultasi terbaik sehingga anda berjaya memperolehi hasil yang anda inginkan.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Friday, November 14, 2014

Pudarkan parut jerawat dan jeragat dengan hanya menggunakan foundation

Salam Semua,

Selain suplement, Liza juga menjual dan memberi konsultasi berkaitan produk kecantikkan (makeup). Liza berani dan yakin berkongsi produk ni pun, selepas menjadi pengguna dan berpuas hati dengan hasilnya. Bukan sebarang produk je ye yang boleh masuk dalam Faza Shops ni tau, semuanya mestilah selamat, semulajadi dan haruslah berkesan.

Jadi, pembaca semua ada pilihan untuk memilih produk luaran ataupun suplement yang berfungsi dari dalam untuk kelihatan cantik, segar dan sihat. Kesihatan dan Kecantikan anda, adalah keutamaan kami. Ha, tu motto Faza Shop tau!


Oklah, dipendekkan cerita. Jika anda mempunyai masalah kulit wajah, tapi bukan penggemar suplement atau tak berdisiplin (tak boleh konsisten) dalam mengamalkan suplement, Liza ada penyelesaiannya. Dengan produk dari rangkaian FeelVogue (terutamanya FV Supercover Foundation), masalah anda boleh diselesaikan. Ini kerana, bahan-bahan yang terdapat dalam produk ini bukan sahaja bertindak sebagai penutup cela, malah bertujuan untuk merawat masalah kulit anda.

Fungsi FV Supercover Foundation
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Mengecilkan pori
  • Mengecutkan jerawat
  • Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  • Mengatasi masalah kulit kusam dan tona tidak sekata
  • Melembapkan kulit


FV Supercover Foundation mengandungi Vitamin E yang menjadi bahan utama dalam merawat kulit bermasalah. Selain tu, ia juga mengandungi air zam-zam dan SPF 30 untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari sekali gus mengelakkan sunburn. Korang juga tak perlu risau sebab produk ni adalah Halal dan mendapat kelulusan KKM. Ingin dapatkan produk FV dengan harga istimewa? Jom hubungi Liza segera.


P/S: Pembeli bertuah akan mendapat FREE GIFT yang comel. Selagi stock masih ada!






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787