Showing posts with label Mealshake. Show all posts
Showing posts with label Mealshake. Show all posts

Monday, September 1, 2014

Merdeka! Di sini lahirnya sebuah cinta

Salam Semua..

Semalam, kita rakyat Malaysia dah pun menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57. Syukur  masih dikira aman, selamat dan selesa berada di bumi Malaysia ni. Negara kita dah pun 57 tahun merdeka, bagaimana pula dengan diri kita? Dah ‘merdeka’ ke belum? Dah ‘bebas’ ke belum? Tepuk dada, tanya iman. Hehe



Dah hampir sebulan Liza tak update blog kan, disebabkan banyak perkara yang berlaku bulan lepas. Dengan demam raya nya yang tak sudah-sudah, isu boikot, dan beberapa isu lain secara tak langsung menyebabkan bisnes terpaksa slow-down. Liza sebagai manusia biasa, apetah lagi baru setahun jagung dalam industri ni turut terkesan. Apa lagi yang mampu Liza lakukan selain berusaha untuk mencari kebenaran di samping memohon petunjuk dari yang Maha Mengetahui.

Alhamdulillah, sekarang Liza dah ‘merdeka’ dan di sini, lahirnya ‘cinta sejati’ Liza. Liza percaya, disetiap apa yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Liza jadi semakin yakin dan kuat untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan semua orang di luar sana walau apa pun dugaan yang bakal tiba kelak. Liza pun yakin, dengan Shaklee jugaklah Liza mampu untuk menjana pendapatan sendiri disamping menjadi suri di rumah yang akan menjaga makan pakai anak suami serta menguruskan hal rumah tangga.



Maaflah entry kali ni agak terlebih emosi dan lebih kepada ‘my story’..hihi. Tapi ni sekadar luahan apa yang bermain di fikiran dan terbuku di hati. Sebelum berhenti, Liza nak war-warkan jugak tentang promo Shaklee yang sangat rare bulan ni, tak pernah jadi lagi promo macam ni tau.

PROMO KOMBO!!

i) Beli 6 percuma 1 Collagen Powder
ii) Beli 3 percuma 1 Mealshake

Beli 3 pon dah dapat percuma satu, biar betul?? Ha, pada ibu ayah mama daddy yang ada masalah anak kurang selera makan, anak kurus tak bermaya, anak mempunyai masalah kulit atau eczema, jangan lepaskan promo hebat bulan ni ye. Beli 3 je, dah dapat percuma satu, siapa tak rebut peluang, memang rugi. Hubungi Liza untuk keterangan lanjut dan konsultasi percuma ye!


Semoga kita sama-sama bahagia, kaya dan berjaya. Aminn





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, June 26, 2014

Berpuasa dengan Shaklee

Salam Semua..

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, mudah-mudahan kita semua sekali lagi akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Tahun ni merupakan tahun ke-dua Liza berpuasa dengan Shaklee. Jika tahun lepas, Liza berjaya untuk berpuasa penuh dengan usia kandungan 5 bulan, InsyaAllah tahun ni Liza harapkan dapat menunaikan ibadat puasa dengan lebih baik lagi. Tapi dah tak boleh puasa penuh la. Hehe. Ramai orang yang mampu berpuasa, tapi badan letih, lemau je. Nak buat kerja pun tak bersemangat, amalan-amalan sunat pun tak mampu nak buat.

Kan best kalau kita berpuasa, tapi badan segar dan bertenaga je. Aktiviti harian pun tak terganggu, amalan-amalan sunat pun boleh dirutinkan. Jangan risau, ni lah fungsi Set Berpuasa dari Shaklee ni. Ia boleh membantu kita untuk mendapatkan tenaga dan kesegaran ketika berpuasa.


ESP memang tak boleh dinafikan lagi sebagai pembekal tenaga yang baik kan. Tahun lepas Liza memang amalkan minum ESP waktu sahur, memang bertenaga sampai la waktu berbuka. Tapi bagi mereka yang kurang gemarkan soya atau golongan kanak-kanak, bolehlah gantikan dengan Mealshake. Liza pun dah cuba Mealshake ni, wangi bau vanila memang sedap!

Tahun lepas Liza belum cuba Performance Drink, tapi baru-baru ni Liza puasa dan try berbuka dengan PD. Memang lain sangat! Badan terus rasa bertenaga dan tak mengantuk. Biasa lepas berbuka kan kita rasa mengantuk, tu yang terawih ke laut aje tu. Huhu. 

Apa kata mereka?



Bagi mereka yang nak cuba berpuasa dengan Shaklee pada tahun ni, bolehlah hubungi Liza ye. Set ni sesuai untuk semua golongan, termasuk warga emas, kanak-kanak, ibu hamil atau ibu menyusu. Jangan segan-segan untuk hubungi Liza tau, konsultasi percuma je. Nanti Liza akan suggestkan mengikut bajet dan keperluan anda.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, May 15, 2014

Testimonial MealShake tingkatkan selera makan kanak-kanak

Salam Semua..

Semua dah tahu kan, bulan ni bulan promo suplement terbaik untuk kanak-kanak, MealShakes. Tapi tak semestinya untuk kanak-kanak je ye. MealShake ni sesuai untuk kanak-kanak berumur setahun hinggalah kepada golongan warga emas. Bagi ibu ayah yang masih belum tahu apa kebaikkan untuk anak mereka, meh Liza bagitau secara ringkas. Tapi ingat, MealShake hanyalah suplement yang mengisi kekurangan atau lompong-lompong nutrient dalam badan anak anda. Ia bukan lah pengganti makanan utama mereka. Cara dan kuantiti setiap pengambilannya juga mestilah betul untuk mendapatkan kesan yang diingini.


Manfaat MealShake untuk kanak-kanak
  • Membantu melawaskan kanak-kanak yang mempunyai masalah sembelit
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan kanak-kanak. Telah terbukti kanak-kanak yang mengambil MealShake tidak mudah terkena jangkitan demam, batuk atau selesema
  • Membantu mengatasi masalah kulit kanak-kanak seperti ruam, eczema atau allergic
  • Kanak-kanak lebih sihat dan bertenaga samada ketika belajar atau bermain
MealShake ni perisa vanilla, rasa lemak-lemak sikit macam aiskrim vanilla. Bau pun sedap. Mesti anak anda suka. Ada diantara anak customer Liza yang dah cuba MealShake ni, terpaksa sorok dari anak diorang. Sebabnya kalau anak diorang terpandang je, mesti mintak, siap  buat ratah!Hehe.. Ok, kali ni Liza sertakan sekali beberapa testimonial dari ibu-ibu yang telah berpuas hati dengan kesan pengambilan MealShake untuk anak masing-masing.




Mak ayah mana yang tak gembira bila tengok anak makin berselera dan tak memilih ketika makan, kan? Kalau dah cukup makan, InsyaAllah hampir cukuplah nutrient yang diperlukan oleh badan anak-anak kita. Nutrient dan mineral yang mencukupi sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak tau, jadi kita sebagai ibu bapa memang kena ambil berat supaya perkembangan mental dan fizikal mereka berlaku dengan baik. 

Anak anda cerewet dan memilih untuk makan? Kurang berselera? Mudah terkena penyakit berjangkit seperti demam, batuk dan selesema? Kerap sembelit? Mempunyai masalah kulit? Mealshake lah jawapannya. Bulan ni promosi MealShake tau, jadi jangan lepaskan peluang untuk berikan yang terbaik untuk si manja anda. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Liza ye.




Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, May 8, 2014

Kelebihan MealShake Shaklee yang perlu anda tahu

Salam Semua..

Kali ni entry pasal MealShake lagi, yelah tengah 'demam' MealShake kan sekarang. Alhamdulillah, setiap hari ada je yang order MealShake ni. Ni tak lain tak bukan membuktikan yang rakyat Malaysia sekarang semakin terbuka untuk menerima makanan tambahan seperti MealShake dari Shaklee ni. Kebanyakkannya memang beli untuk anak masing-masing la. Tapi, ada juga yang beli untuk masalah sendiri seperti masalah kulit, ingin menambah berat badan dan untuk persediaan untuk berpuasa nanti. Time bulan promo ni lah, nak beli banyak-banyak kan? Baru la jadi pengguna yang bijak. 

Bagi yang kurang gemar dengan soya (ESP) macam Liza pula, bulan ni la boleh cuba beralih angin kepada MealShake.Hehe. Sebelum ni, Liza memang ambil ESP untuk membantu supaya kekal bertenaga disamping membantu meningkatkan pengeluaran susu badan. Jadi, alang-alang bulan ni promo MealShake, jadi nak buat eksperimen apa kesan kalau tukar ESP kepada MealShake pulak. Dah la MealShake ni perisa vanila, lagi la teruja nak try. Nanti Liza share resultnya ye. 


Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana MealShake ni boleh membantu menyelesaikan masalah kita, kan? Jadi, meh kita tengok apa kelebihan yang ada pada Mealshake ni.
  1. Mengandungi 24 jenis vitamin A-Z, mineral dan juga 'trace mineral' yang membantu meningkatkan kadar penyerapan vitamin ke dalam badan.
  2. Kaya dengan protein yang menjadi bahan asas dalam pembentukkan kulit, rambut, kuku, organ-organ, darah, sel imunisasi dan sebagainya. Protein juga penting dalam penghasilan susu ibu. Jadi, MealShake seharusnya baik dan disarankan untuk ibu menyusu. * * Yang ni Liza nak try.
  3. Ia juga mengandungi asid folik, biotin, serta kaya dengan kalsium dan magnesium yang amat diperlukan dalam proses tumbesaran. Oleh sebab itulah, Mealshake turut disarankan kepada ibu hamil dan kanak-kanak yang sedang dalam proses untuk membesar.
  4. Mengandungi vitamin A, C, E, zinc dan selenium yang merupakan komponen anti-oksida dan akti-penuaan. Ia baik untuk individu yang pentingkan kecantikkan dan kesihatan kulit.
  5. Lengkap dengan vitamin B-complex, iron dan copper yang berfungsi untuk menghaluskan dan melembutkan kulit.
  6. Kaya dengan serat yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit bagi kanak-kanak serta orang dewasa.

Bila dah tengok apa bahan-bahan atau nutrisi yang ada dalam MealShake ni, makin bertambah teruja untuk mencuba MealShake. Lagipun, semua produk Shaklee ada klinikal test, jadi memang dah terbukti berkesan dan selamat la, sebelum dipasarkan. Bagi mereka yang ada masalah kulit, kurang berat badan, mudah lesu dan tak bermaya, ataupun anak anda seorang yang 'picky eater', pengidap eczema, selalu demam, sering sembelit dan sebagainya, boleh la mencuba MealShake ni. Yang seronoknya, bulan ni promo MealShake, jadi boleh la berjimat, kan? Hubungi Liza jika ada sebarang pertanyaan ye. Konsultasi adalah percuma!




Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Wednesday, May 7, 2014

MealShake suplement untuk seisi keluarga

Salam Semua..

Ni kes entry semalam la ni, ramai pulak yang salah anggap MealShake ni khas untuk kanak-kanak je. Bukan... MealShake ni boleh di ambil dari kanak-kanak berumur setahun sehinggalah warga emas. Sebab tu customer Liza ambil peluang bulan promo ni, borong bertong-tong terus buat stok. Ye lah, satu keluarga boleh ambil MealShake ni, beli bulan promo, kan dah boleh jimat banyak. 

Siapa yang boleh ambil MealShake:
  • Individu yang berpuasa. Tak lama lagi dah nak puasa kan, ramai la yang ambil peluang beli siap-siap sementara harga promo bulan ni sebagai persediaan untuk jadikan MealShake ni hidangan sahur. Biasanya, kanak-kanak tak suka sahur makanan berat kan, jadi anda boleh bancuhkan je MealShake ni. Senang! Lagi satu, MealShake juga boleh dijadikan sahur segera andai anda terlajak bangun, tak sempat untuk sediakan juadah sahur. Hehe
  • MealShake juga baik untuk ibu hamil dan ibu menyusu untuk kekal bertenaga. Ia juga mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu sama seperti Energizing Soy Protein (ESP). Bagi sesiapa yang kurang menggemari soya, bolehlah ambil MealShake sebagai ganti kepada ESP. MealShake yang berperisa vanila sangat sedap untuk dinikmati terutamanya golongan kanak-kanak.
  • Warga emas juga boleh mengambil MealShake untuk kekal bertenaga dalam menjalankan aktiviti harian. Ada sesetengah warga emas yang tidak gemar untuk mengambil suplement berbentuk tablet, jadi MealShake merupakan pilihan terbaik untuk mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan mereka.
  • Para pelajar juga tidak terkecuali untuk memilih MealShake, samada untuk dijadikan hidangan sarapan segera atau bagi mengatasi masalah kulit. Ye lah, zaman remaja ni lah, kulit wajah bermasalah sikit. Mungkin disebabkan oleh faktor hormon, tekanan, permakanan atau persekitaran. Jadi, ambil je MealShake ni, sihat dalam luar, kan senang.
  • Individu yang ingin menambah berat badan. Eh, bukan semua orang sibuk nak turunkan berat badan je tau. Ada juga golongan yang mempunyai saiz badan yang terlalu kecil atau badan yang terlalu ringan. MealShake boleh membantu golongan ini untuk mendapatkan berat badan yang ideal.


Jadi, anda dikategori yang mana? Jika anda merasakan yang diri anda sudah cukup sihat untuk tidak mengambil suplement tambahan, bagaimana pula dengan anak anda atau ibu bapa anda? Rebutlah peluang harga promo bulan ni, untuk berikan yang terbaik untuk insan yang anda sayang. Nak tanya-tanya dulu, sebelum beli pun boleh je. Konsultasi adalah percuma!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, May 6, 2014

Berita baik untuk ibu ayah yang pentingkan kesihatan anak-anak

Salam Semua..

Maaf ye, terlambat pulak update promo bulan ni. Bulan ni merupakan peluang terbaik untuk ibu ayah yang pentingkan kesihatan anak masing-masing. Sebabnya, promo bulan ni merupakan suplement terbaik untuk kanak-kanak - MealShake! Bagi mereka yang dah pernah mencuba MealShake sebelum ni, mesti tak kan lepaskan peluang promo macam ni kan? Tapi, bagi mereka yang belum mengenali apa dia MealShake ni, meh Liza ceritakan serba sedikit.

MealShake adalah multivitamin berbentuk serbuk yang dilengkapi dengan sumber protein, kalsium dan fiber. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan yang diperlukan oleh badan setiap kanak-kanak. MealShake didatangkan dengan perisa vanila yang sungguh enak dan pasti digemari oleh anak anda.


Antara kelebihan MealShake:

  1. Meningkatkan sistem imunisasi badan kanak-kanak. Ia telah terbukti, kanak-kanak yang mengambil MealShake jarang dijangkiti penyakit berjangkit seperti demam, batuk dan selesema.
  2. Ia juga akan memberi tenaga yang mencukupi untuk kanak-kanak dalam menjalankan aktiviti harian mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan anak anda akan sentiasa sihat, cergas dan ceria.
  3. MealShake juga dapat melawaskan sistem perkumuhan anak-anak anda seterusnya mengelakkan berlakunya sembelit.
  4. Kanak-kanak yang mengalami masalah kulit atau eczema juga sangat disarankan untuk mengambil MealShake kerana sumber protein yang terdapat di dalamnya dapat mengatasi masalah tersebut.
  5. Pengambilan MealShake secara konsisten juga dapat membantu meningkatkan selera makan anak-anak anda. Mungkin anda merupakan salah seorang ibu bapa yang rungsingkan anak anda yang memilih makanan atau kurang makan. InsyaAllah, MealShake dapat membantu. 

Apa kata mereka?



Jadi, jika anak anda mempunyai masalah sembelit, kurang selera makan, mudah dijangkiti penyakit berjangkit, atau mempunyai masalah kulit, bolehlah mencuba MealShake ni. Dengan harga yang berpatutan dan tahan lama, ianya merupakan pelaburan yang sangat berbaloi untuk kesihatan anak anda. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Liza ya!


P/S: Tak sabar nak tunggu Aqil cukup setahun, nak bagi MealShake dan Omega Guard..Hihi




Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, March 4, 2014

Suplemen untuk pelajar

Salam Semua..

Kita redakan dulu promo ESP bulan ni dengan post tentang suplemen untuk pelajar ni. Eh, pelajar pun kena ambil suplemen ke? Mestilah! Pelajar pun sama seperti individu dewasa lain yang terdedah kepada pencemaran dan pengambilan makanan yang tak seimbang jugak, kan? Lebih-lebih lagi bagi pelajar yang tinggal di asrama atau kolej. Maklum je la, bila dah berjauhan dengan keluarga, makan pun ikot suka je la. Biasa sangat Liza dengar, student skip breakfast dan makan fast food.

Jadi, pengambilan suplemen amat penting untuk menampung lompong-lompong kekurangan nutrisi dalam badan serta memperbaiki sel-sel yang tidak sihat akibat teroksida.


SUPLEMEN UNTUK PELAJAR

  • Pelajar yang mengambil ESP akan berasa lebih bertenaga untuk menjalankan rutin harian sebagai seorang pelajar. Ia juga baik untuk pelajar yang mengalami gastrik akibat masa makan yang tidak menentu. BONUS! ESP dapat membantu menyelesaikan masalah kulit wajah seperti kulit berjerawat atau tona kulit tidak sekata. Maklum lah, bak kata orang, time remaja macam ni, hormon tak menentu, jadi bermacam-macam masalah kulit timbul
  • Bagi pelajar yang tidak menggemari ESP kerana ia perisa soya, boleh menggantikannya dengan MealShake yang berperisa vanila. Ia membekalkan 19 jenis nutrisi lengkap khas untuk pelajar. Juga boleh diambil sebagai 'instant breakfast' dan mampu memberi rasa kenyang sama seperti ESP. Juga sesuai untuk pelajar yang mempunyai masalah kulit
  • Performance Drink merupakan minuman isotonik tanpa karbonat dan rendah kandungan gula. Minuman berperisa oren ini mengelakkan badan berasa lesu dan tak bermaya setelah menjalankan aktiviti seharian. Bagus untuk pelajar yang bercadang untuk yang stay up hingga lewat malam/awal pagi
  • Omega Guard pula merupakan minyak ikan terbaik yang sudah diketahui umum memang bagus dalam membantu perkembangan otak. Ia dapat menguatkan daya ingatan sekaligus membantu pelajar cepat faham apa yang dipelajari serta lebih senang fokus ketika belajar

Eh, student kena ambil semua suplemen ni ke? Bukann.. pengambilan terpulang kepada keperluan dan bajet masing-masing la. Tapi jangan risau, harga yang Liza tawarkan mestilah harga student, dah nama pun suplemen untuk student kan? Hehe..

Bila badan sihat dan cergas, proses pembelajaran pun akan berjalan dengan baik. Hasilnya, keputusan exam pun haruslah cemerlang, kan? Bagi adik-adik yang berminat, atau mak ayah yang nak belikan untuk anak-anak, atau kakak abang yang nak belikan untuk adik-adik, bolehlah hubungi Liza untuk risik-risik harga ye. Konsultasi percuma, harga pun murah-murah aje.




P/S: Siapa kata student tak boleh buat duit? Jika ada adik-adik yang berminat untuk berbisnes tanpa modal dengan Shaklee, moh PM akak ye, kita cakap panjang.







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Sunday, July 21, 2013

Hot selling bulan Ramadhan - Set Berpuasa

Salam Semua..

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk bersama Ramadhan yang ke 12 hari ni. Semua boleh nilai sendiri kan macam mana dengan prestasi ibadah masing-masing, tepuk dada tanya iman..Hehe. Ada masa lagi ni untuk speed up, tambah amalan ibadat kita. (pesanan untuk diri sendiri juga) Ok, bagi yang masih lagi tak tahu mengenai set berpuasa dari Shaklee ni, meh Liza share sekali lagi. Jangan salah faham ye, Liza bukan nak ambil kesempatan bulan Ramadhan ni untuk buat jualan, tapi memang ikhlas nak share kat anda semua tentang kelebihan Set Berpuasa ni. Ye lah, kalau ada pilihan untuk beribadat dengan lebih bertenaga, lebih cergas kenapa nak pilih yang lemah lesu kan? Jom kita tengok sekali lagi apa kelebihan 3 produk hangat dalam set berpuasa ni.


Energizing Soy Protein (ESP) adalah minuman soya yang mengandungi 9 asid amino yang sangat baik untuk badan. Ia mempunyai paras Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal. Jadi, ia mampu membuatkan anda kekal bertenaga dan berasa kenyang sepanjang hari. Meal Shakes pula.mengandungi 19 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina sekali gus membuatkan anda berasa kenyang. Meal Shakes berperisa vanilla memang sesuai untuk semua lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Merupakan sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein yang mengenyangkan selain meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak. Performance Drink membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan(kehilangan air) dalam badan. Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga dan otot.

Set berpuasa ni sangat-sangatlah mendapat sambutan hangat. Kalau tak, tak de lah ESP dah sold out satu Malaysia sekarang! Kat tangan Liza pun dah tak de, tinggal satu untuk stok guna sendiri je.Tapi, jangan panik dulu, Meal Shakes kan ada..Hehe. Fungsi tak jauh beza dengan ESP, dua-dua soya based dan mampu membekalkan tenaga kepada individu yang berpuasa. Yang beza, ESP berperisa soya, MealShakes pula berperisa vanilla. Bagi mereka yang nak ESP juga, boleh pre-order dulu, insyaAllah minggu depan dah ade stok, Liza boleh terus pos. Jangan lepaskan peluang, hanya tinggal 18 hari je lagi untuk merasai kenikmatan beribadah dengan lebih bertenaga dan ceria. Liza dah rasa, anda bila lagi? Jom contact Liza laju-laju.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, July 15, 2013

Sihat bertenaga di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan semua..

Hari ni dah masuk hari yang ke-6 kita menunaikan rukun islam yang ketiga ni kan. Sekejap je masa berlalu. Macam mana dengan puasa anda semua setakat ni? Ada rasa lapar gigil-gigil tak?Atau dah ada yang tak cukup 6 hari?Hehe. Macam mana pulak gelagat adik-adik/anak-anak kita yang baru belajar-belajar nak puasa?Mampu bepuasa penuh tak? Untuk Liza pulak, Alhamdulillah masih lagi sihat dan mampu untuk berpuasa penuh (setakat ni la) walaupun usia kandungan dah masuk bulan kelima.


Kali ni merupakan pengalaman pertama Liza berpuasa sebagai isteri dan ibu hamil, perasaannya mungkin tak banyak beza, cuma mungkin kali ni perlukan tenaga yang lebih untuk bawa perut yang semakin ke depan dan perlu berkongsi nutrisi dengan baby dalam kandungan. Dalam masa yang sama, tanggungjawab terhadap suami dan rumah tangga pun tak boleh diabaikan. Tapi, Liza kiranya bernasib baik jugak sebab dapat suami yang banyak membantu dan memahami situasi Liza sekarang.  Ye la, penat kot setiap hari naik tren tukar tren pergi kerja..huk2

Alhamdulillah jugak Liza ambil suplement Shaklee sepanjang hamil ni, jadi secara tak langsung badan Liza masih kekal bertenaga dan sihat sepanjang hamil di bulan Ramadhan ni. InsyaAllah walaupun Liza berpuasa sepanjang hari, nutrisi yang sepatutnya masih lagi dapat disalurkan kepada baby dalam kandungan. Liza tak berani nak ambil risiko untuk mengabaikan part ni. Sebab tu dalam Islam pun, adanya *rukhsah untuk membolehkan ibu hamil/ibu menyusu untuk tidak berpuasa bagi menjamin kesihatan bayi. Itu menunjukkan, betapa pentingnya kita sebagai ibu perlu mengutamakan kesihatan anak-anak.


Kedua-dua set berpuasa Shaklee ini juga akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama, menjadikan badan lebih bertenaga, mengurangkan kelesuan, mengelakkan dehidrasi, mengelakkan simptom pedih hulu hati selain membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada badan walaupun seharian berpuasa.



So, bagi semua ibu hamil/ibu menyusu kat luar sana yang ingin mencuba set ibu hamil/set ibu menyusu ataupun set berpuasa dari Shaklee, sangat2lah dialu-alukan. Eh, jangan salah faham, individu yang tak hamil, dan tak menyusu pun boleh ambil set berpuasa ni. Lelaki pun boleh malah lagi la digalakkan. Ye la, kebanyakkannya, golongan lelaki ni lah yang selalu kerja berat/ tengah panas kan? lagi la memerlukan suplement tambahan ni untuk menunaikan ibadat puasa dengan lebih sihat dan bertenaga.

Golongan kanak-kanak pun tak terkecuali, Shaklee menyediakan set berpuasa khas untuk kanak-kanak terutamanya yang baru mula nak belajar berpuasa. Rasa campuran Performance Drink dan Meal Shakes yang sangat lazat ni(rasa macam yogurt/vitagen), pasti akan membuka selera kanak-kanak untuk bersahur. Kedua-dua set berpuasa ini juga boleh dijadikan sahur express andai anda terlajak bangun, tak sempat masak nasi atau makanan berat yang lain. Apa tunggu lagi, berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang tersayang di bulan Ramadhan ini. 


 
Pssttt: Bonus untuk pengguna ESP: Sihat bertenaga di bulan Ramadhan, cantik berseri di Aidilfitri. 
* Rukhsah : Kemudahan/kelonggaran yang diberikan Allah swt kepada seseorang kerana sesuatu sebab, tidak dapat melaksanakan ibadah wajib.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Thursday, June 6, 2013

[Quick Update] : Bulan Jun, Bulan Meal Shake untuk semua..

Salam Semua..

Selamat pagi semua!! Mulakan hari anda dengan senyuman ye, dan jangan lupa untuk bersyukur masih diberi nikmat kehidupan pada hari ni. Pagi ni nak buat quick update sebelum pergi kerja ni. Bukan ape, bahang promo bulan Jun ni lain macam sikit, sampai tak boleh duduk diam. Hehe

Rasanya dah ramai yang tau kot, yang bulan Jun ni Shaklee menawarkan Meal Shake sebagai product promo, Beli 6 PERCUMA 1. Bagi ibu2 diluar sana yang ingin mendapatkan Meal Shake harga PROMO, jangan tunggu2 tau sebab sambutan sangat2 lah menggalakkan.. Beli 6, PERCUMA 1 kot, Sape yang tak haru kan? Tapi kalau beli 1, 2 canister pun still lagi ada diskaun, jangan bimbang, dunia ni tak kejam, cewah! Macam tahun lepas, belum habis promo period pun product dah out of stock, pastu kena tunggu. Jadi, jangan biarkan sejarah berulang, place ur order now ye mommy2 gojes. Berilah anak anda suplement yang terbaik untuknya membesar dengan hebat.


Meal Shake sesuai untuk siapa?

- Kanak2 yang selalu sembelit
- Kanak2 yang mempunyai masalah Athma
- Kanak2 yang kurang selera makan
- Kanak2 yang selalu demam/batuk/selesema
- Kanak2 selalu lemah dan tak bermaya
- Kanak2 yang mempunyai masalah kulit/eczema

Bukan untuk kanak2 je tau, Anda pun boleh

- Lelaki/perempuan yang ingikan kulit cantik mulus gebu
- Wanita hamil yang ingin lebih bertenanga
- Wanita menyusu
- Warga emas yang selalu letih/ tak bermaya
- Lelaki/perempuan yang selalu skip breakfast
- Lelaki/perempuan yang inginkan tenaga untuk berpuasa (ye la, kot2 ada yang tak habis lagi ganti puasa..hihi..Tak pun, dah boleh buat stok, bulan depan kan dah start puasa)

Meal Shake ni berperisa vanila, tinggi protein, sangat lazat dan menjadi kegemaran kanak2, orang dewasa dan juga warga emas. Meal Shake berbentuk serbuk yang senang dibancuh dengan milo/horlick/ribena atau boleh diminum begitu saja. Ada anak2 customer yang suka ratah gitu je, tak yah bancuh2. Ia juga sangat sesuai untuk individu yang tak gemarkan suplement berbentuk tablet. Grab this promo now, atau hujung bulan baru gigit jari. Awww!







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Sunday, February 24, 2013

Combo Set - Suplemen untuk kanak-kanak

Salam Semua..

Kecoh sekarang kan duk cerita pasal isu yang kononya, Tuan Guru Nik Aziz samakan penerima BR1M dengan binatang. Tu kisah politik, hiburan pulak tak kurang hebat bila Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang. Haih, macam2 hal. Komen Liza, (walaupun orang tak suruh komen, nak jugak sibuk) Jangan mudah menunding jari, nanti terkena diri sendiri (hah, berpantun pulak).

Ok, kita tinggalkan kejap gosip2 ni semua, sebab Liza pun ada benda PANAS yang nak di kongsi. Bulan Februari dah nak melabuhkan tirai dah tak lama lagi. Pejam celik, pejam celik kejap je kan masa pergi meninggalkan kita. Jadi, dalam masa yang suntuk ni, Liza nak buat SALE.. apa? ya, SALE! Combo Set untuk anak-anak tersayang, kena pulak dengan promosi Omega bulan ni yek.



Combo Set Kanak-Kanak

Omega Guard 
  • Minyak ikan yang terbaik di dunia (mengandungi lebih 85% kandungan minyak ikan, jenama minyak ikan lain mengandungi campuran lemak ikan yang tinggi)
  • Tinggi kandungan DHA (menyokong pertumbuhan dan  perkembangan otak, mata dan saraf) dan EPA (menyihatkan jantung) 
  • Meningkatkan daya tumpuan
Meal-Shake
  • Membekalkan 19 nutrient dan mineral penting yang perlu untuk pertumbuhan kanak-kanak
  • Diperbuat dari soya bermutu tinggi untuk menampung keperluan protein kanak-kanak 
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan kanak-kanak
  • Menambah selera makan (bagus untuk anak-anak yang picky-eater) 
  • Di datangkan dengan perisa vanilla yang sangat lazat!

Testimonial Omega Guard dah tengok kat sini kan, kat bawah ni pulak Liza tunjukkan satu testimonial sorang akak ni yang dah pun bagi Set Combo ni untuk anak dia.



Dah la harga jatuh merundum ni, 1 set pulak boleh tahan hingga 3-4 bulan. So, apa tunggu lagi, jangan malu jangan segan untuk hubungi Liza, kalau nak tahu berapa harga Combo Set ni. Yang pasti memang dijamin sangat murah. Ha, jangan lambat2 buat keputusan, promosi ni akan tamat pada 05:00 PM 28-02-2013. Selepas dari masa tu, sebarang rayuan tidak akan dilayan. Cewah! Jadikan Combo Set ni hadiah kasih sayang anda pada si manja tersayang untuk bulan ni. Oh ye, Combo Set ni sesuai untuk kanak-kanak yang berumur dari 1 tahun dan ke atas.




Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage







** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Wednesday, February 6, 2013

Suplemen untuk kanak kanak

Salam Semua..

Seperti yang kita sedia maklum, suplemen Shaklee khas untuk semua golongan usia. Golongan kanak-kanak pun tak terkecuali tau. Teringat Liza pada topik sejauh mana perlunya vitamin dalam kehidupan seharian yang dibincangkan dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3 baru- baru ni. Doktor yang dijemput tu menegaskan yang pentingnya mengambil vitamin sejak dari kanak-kanak lagi sebab golongan kanak-kanak ni 'picky eater', sedang membesar dan pastinya memerlukan makanan tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan.



Doktor tu pun ada cakap yang vitamin juga sangat diperlukan pada zaman sekarang ni disebabkan cara hidup kita yang dah tak sama dengan dulu. Sekarang tanam sayur, buah semua guna racun serangga. Tu belum campur dengan pengambilan segala mak nenek makanan proses seperti sardin, sosej, nuget, ayam goreng dan lain-lain. Ayam mentah pun sekarang dah kena cucuk2 bagai..ish2. Stress/ tekanan pun menjadi salah satu faktor pentingnya pengambilan vitamin. Jangan kata orang dewasa je yang stress, kanak-kanak pun ada stress masing2. Macam2 exam, harapan ibu bapa, kawan2 sekolah, hal adik beradik, semua tu boleh buat kanak-kanak tension walaupun tak sehebat orang dewasa.

Jom kita tengok apa vitamin/suplemen yang sesuai untuk kanak- kanak bagi meningkatkan kepekaan, daya ingatan dan sangat sesuai untuk kanak-kanak yang cerewet makan.

Mealshake  
- Berperisa vanilla yang sangat lazat dan dapat menambah selera makan
- Multivitamin berbentuk minuman
- Mengandungi fiber yang membantu dalam pelawasan (kurangkan masalah anak sembelit)
- Menyihatkan dan mencantikkan kulit
- Multivitamin yang turut membantu meningkatkan imunisasi sistem kanak-kanak
- Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang mengidap athma/eczema

Omega Guard 
- Mengurangkan risiko selesema
-  Meningkatkan perkembangan otak

Vit C Chewable
- Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
- Membantu menjaga kesihatan gigi, gusi dan struktur tulang
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

Vitalea Chewable
- Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
- Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
- Baik untuk kesihatan
- Sumber harian tambahan bagi vitamin B



Kanak-kanak kena ambil semua vitamin ni ke?

Kanak-kanak 1 tahun = Nutrisi disalurkan melalui susu ibu
Kanak-kanak 1-3 tahun = Mealshake + Omega Guard
Kanak-kanak 4 tahun dan ke atas = Mealshake + Vitalea Chewable + Omega Guard + Vit C Chewable

Mungkin ada yang anggap suplemen dari Shaklee mahal. Tapi bagi saya, harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan setanding dengan keberkesanan yang diberikan. Sekali kita bawak anak-anak makan pizza, KFC pun dah habis berapa kan. So, apelah sangat jika kita melabur sikit demi masa depan anak-anak. Siapa yang tak gembira bila anak-anak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang pintar kan?





Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage







** untuk pembelian RM100 dan ke atas