Showing posts with label Ibu menyusu. Show all posts
Showing posts with label Ibu menyusu. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Breast Abcess - cegah sebelum terkena

Salam semua..

Hari ni Liza nak kongsikan salah satu pengalaman 'kurang manis' yang berlaku dalam tempoh Liza berpantang hari tu. Dah lama dah nak share ni sebenarnya, asik tertangguh je. Ampun! Liza berkongsi ni sekadar nak bagi panduan kat orang lain pasal breast abscess, supaya kita dapat mencegah sebelum terkena. Liza sendiri pun tak pernah tahu apa kebendanya Breast Abscess ni, bila dah kena, ha..baru tahu. 

Hanya Allah yang tahu betapa beratnya hati nak tinggalkan si kecik ni.
Kisahnya bermula betul-betul selepas Liza habis pantang 44 hari. Liza diserang demam berpanjangan. Dah tak terkira berapa papan panadol yang Liza dah telan, tak kebah-kebah jugak. Punyalah takut nak pergi hospital/klinik, bimbang nanti warded, berpisah dengan baby. Hari ke-4 demam, timbul bintik-bintik merah di paha, betis dan tangan. Dah cuak kot-kot lah denggi, terpaksa la mengalah, pergi hospital juga. Lagipun, masa tu dah lemah sangat dah, habis sakit semua sendi, sampaikan nak riba Aqil untuk menyusu pun dah tak mampu. *tears*


Dan seperti yang dijangka, memang kena warderd sebab suhu tinggi, BP rendah, platlet rendah, dan yang paling doktor risau, Liza baru lepas bersalin, bimbang ada masalah yang serius. Jadi, masa Liza di ward tulah, doktor akan cari apa punca Liza demam. Tapi tak lama pun, malam tu jugak, doktor scan dan confirm Breast Abscess. Dari wad medical, terus pindah ke ward surgery dan start antibiotik untuk cairkan nanah. Bila dah cair, baru boleh proceed untuk operate.

Dipendekkan cerita, 07 Dec Liza admit, 10 Dec jadual untuk operate. Dengar macam seram je operate bagai kan, tapi dalam 4 cm je luka. Masa operate pun dalam 20 minit je. Hihi. Liza tak sedar apa-apa la sebab full bius (nasib baik!). Time operate tu memang tak mencabar, tapi cabarannya adalah selepas tu. Breast Abscess ni perlukan operation Incision & Drainage, means luka memang tak akan dijahit dan perlu dicuci setiap hari. Alhadulillah 5 hari pertama je ngeri, lepas- lepas tu ai rilex je. Hihi

Tangan habis menggelupas, kesan dari antibiotik kot
Cabaran kedua, berkecailah harapan nak fully breastfeed Muhammad Aqil. Time warded dah hampir seminggu tak menyusu, lepas operate doc nasihatkan tak menyusu lagi sebab Liza still ambil antibiotik, kot baby cirit-birit. Senang cerita, susu memang drop selepas konsep 'supply vs demand' fail. Dicampur pulak dengan faktor-faktor lain, jadinya memang bukan rezeki Liza untuk realisasikan impian setiap ibu tu.

Kesimpulan dari cerita Liza ni, Liza nak ingatkan kepada ibu-ibu dan bakal-bakal ibu (yang menyusu khusunya) supaya jangan ambil mudah jika anda jatuh sakit. Lagi-lagi kalau dalam keadaan (lepas pantang) macam Liza ni. Bukan diri sendiri je akan terkesan, tapi anak pun akan terkena tempiasnya sekali. Jika rasa tak sihat, cepat-cepat gi check tau. Mungkinlah kalau Liza cepat gi hospital, abscess tu tak perlu di operate, cukup sekadar makan antibiotik je macam kes kakak Liza. Tapi, apa-apa pun, Liza terima ketentuan ni dengan redha.


P/S: Jangan ambil mudah apabila terkena 'bengkak susu', kerana ia juga merupakan salah satu faktor terjadinya Breast Abscess!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Wednesday, September 3, 2014

Tips melegakan bengkak susu

Salam Semua..

Liza rasa semua ibu menyimpan hasrat untuk menyusukan bayi masing-masing selama yang boleh, dan kalau mampu tak nak topup pun dengan susu formula. Walaupun ianya tak semudah yang disangka, tapi ia juga tidak mustahil kerana ramai juga ibu yang telah berjaya menyusukan bayi mereka dengan susu ibu secara eksklusif sehingga bayi berusia 2 tahun.

Ia mestilah dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh, disamping perlunya ilmu penyusuan yang betul dan jika perlu, ibu memerlukan 'pertolongan' daripada makanan tambahan bagi membantu proses penyusuan mereka berjalan dengan lebih baik. Sungguh, bukan mudah sebenarnya proses penyusuan ni. Ibu menyusu bakal berdepan dengan beberapa cabaran seperti luka di bahagian puting, bengkak susu, lenguh-lenguh badan, gigi rongak akibat kekurangan kalsium, dan lain-lain lagi. Namun, semuanya ini dapat diatasi dengan adanya ilmu yang betul ataupun pengambilan suplement yang sesuai.


Hari ni Liza nak berkongsi tips untuk melegakan atau mengatasi masalah bengkak susu yang selalu berlaku pada golongan ibu menyusu terutamanya selepas bersalin, lebih-lebih lagi ibu bagi anak pertama. Para ibu dinasihatkan supaya berjaga-jaga untuk mengelak  daripada terkena bengkak susu ni, kerana ianya amat menyakitkan (boleh menyebabkan demam, sakit-sakit badan) dan yang paling ditakuti ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti 'Breast Abscess'.

Faktor terjadinya bengkak susu
  1. Susu yang terhasil melebihi keperluan bayi. Biasanya, bayi yang baru lahir, kurang menyusu, jadi ibu perlulah keluarkan susu (pam) untuk mengelakkan bengkak susu.
  2. Bayi menyusu atau 'melekap' dengan teknik yang salah. Bila, bayi tidak melekap dengan betul, susu tidak dapat dikeluarkan habis. Jadi, sisa-sisa susu yang tertinggal inilah yang akan menyebabkan bengkak susu
  3. Pemakaian bra yang salah saiz menyebabkan ia tidak boleh menampung breast dengan baik.
Di atas adalah beberapa faktor yang boleh membawa kepada berlakunya bengkak susu. Cubalah elakkan sedaya yang mungkin, tapi jika ia terjadi juga, boleh cuba tips di bawah ni.

Tips melegakan bengkak susu
  • Tuam breast dengan tuala/air suam. Tuam di kawasan bengkak sehingga bengkak berkurangan
  • Apabila bengkak berkurangan, bolehlah urut perlahan-lahan dari atas hingga ke puting. Ini bagi merangsang susu untuk mengalir dengan baik dan memulihkan semula liang susu yang tersumbat.
  • Apabila susu mula keluar dan rasa sakit semakin kurang, boleh la pam susu/bagi baby minum sehingga breast kosong
  • Ada juga petua orang tua-tua supaya menyikat breast dengan sikat rambut dari atas hingga ke puting untuk melancarkan pengaliran susu untuk keluar. Liza pun pernah buat ni, senang dan efektif jugak. Hehe
  • Pengambilan suplement seperti Shaklee. Lecithin dapat mengelakkan berlakunya aliran susu tersumbat (duct) sekaligus mengurangkan risiko bengkak susu. Pengambilan B-Complex pula bertindak untuk mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.

Tu jelah tips untuk kali ni ye. Nanti Liza bagi tips lain pulak. Apa-apa pun, paling utama untuk mengelakkan bengkak susu adalah sentiasa kosongkan susu sekerap yang mungkin. Teknik susuan yang betul (cara lekapan mulut baby) dan pemakaian bra yang betul juga penting untuk mengelakkan bengkak susu ye. Akhir kata, Liza doakan ibu-ibu semua sentiasa sihat, kuat semangat dan bergembira dalam tempoh penyusuan ni. Sebarang pertanyaan, boleh la hubungi Liza ye.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, May 19, 2014

Vitamin C bukan sekadar vitamin untuk kulit cantik

Salam Semua..

Kalau sebut Vitamin C je, mesti orang terbayang untuk kulit cantik, halus, gebu-gebu je kan? Ramai yang tak tahu sebenarnya Vitamin C ni mempunyai banyak lagi manfaat lain untuk badan kita. Liza tak nak cakap panjang, jom kita tengok apa fungsi Vitamin C ni.
  1. Mencantikkan kulit : Vitamin C sangat sinonim dengan kecantikkan dan kesihatan kulit. Pengamal Vitamin C akan mendapati kulit akan lebih licin, tegang dan cantik. Kulit juga akan bertambah cerah dan mengelakkan jeragat. Ia bukan tertumpu kepada kulit wajah semata-mata tau, tapi untuk kulit diseluruh badan.
  2. Melawan jangkitan kuman : Vitamin C diperlukan untuk menyokong interferon, antibodi dan sel darah putih untuk melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria. Secara tidak langsung, ia juga menguatkan sistem pertahanan badan.
  3. Mengawal serangan Asma dan alergi : Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin yang mengurangkan risiko terkena serangan disebabkan alergi. Bagi pengidap asma pula, ia menghalang terjadinya radang pada tisu paru-paru
  4. Mengurangkan risiko sakit jantung: Vitamin C menghalang lemak-lemak daripada berkumpul di saluran arteri. Pemgumpulan lemak nilah yang menyebabkan arteri tersumbat dan seterusnya membawa kepada serangan jantung
  5. Mengimbangi stress : Bekalan vitamin C yang mencukupi dalam badan dapat mengimbangi kesan stress dengan meneutralkan toksin yang terhasil ketika kita sedang stress.
  6. Mengawal penyakit gout : Vitamin C boleh mengurangkan asid urik di dalam badan. Lebihan asid urik di dalam badan adalah penyumbang kepada gout
  7. Detoksifikasi : Vitamin C berupaya mencantumkan segala toksin dalam badan agar ia dapat dikeluarkan dengan mudah dan tidak membahayakan buah pinggang. Perokok sangat disarankan untuk mengambil Vitamin C kerana ia dapat membersihkan darah sekaligus mengelakkan kerosakkan buah pinggang
  8. Penyembuhan: Vitamin C dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan pendarahan seperti gusi berdarah
  9. Batu hempedu : Vitamin C dapat menghalang pembentukkan batu hempedu
  10. Kesihatan mata : Vitamin C akan melindungi mata kita daripada terkena katarak dan gloukoma

See..dah cakap dah Vitamin C ni bukan sekadar vitamin untuk kulit. Badan manusia dewasa memerlukan 500mg vitamin C setiap hari iaitu bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Ha, sanggup? 6 biji oren pun dah RM10. Vitamin C Shaklee ni dah la semulajadi, selamat, berkesan, murah pulak tu. Harga tak sampai RM100, boleh tahan 6 bulan! Apa tunggu lagi, hubungi Liza untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma.


P/S: Apa keistimewaan Vitamin C Shaklee berbanding vitamin C jenama lain? 






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, May 8, 2014

Kelebihan MealShake Shaklee yang perlu anda tahu

Salam Semua..

Kali ni entry pasal MealShake lagi, yelah tengah 'demam' MealShake kan sekarang. Alhamdulillah, setiap hari ada je yang order MealShake ni. Ni tak lain tak bukan membuktikan yang rakyat Malaysia sekarang semakin terbuka untuk menerima makanan tambahan seperti MealShake dari Shaklee ni. Kebanyakkannya memang beli untuk anak masing-masing la. Tapi, ada juga yang beli untuk masalah sendiri seperti masalah kulit, ingin menambah berat badan dan untuk persediaan untuk berpuasa nanti. Time bulan promo ni lah, nak beli banyak-banyak kan? Baru la jadi pengguna yang bijak. 

Bagi yang kurang gemar dengan soya (ESP) macam Liza pula, bulan ni la boleh cuba beralih angin kepada MealShake.Hehe. Sebelum ni, Liza memang ambil ESP untuk membantu supaya kekal bertenaga disamping membantu meningkatkan pengeluaran susu badan. Jadi, alang-alang bulan ni promo MealShake, jadi nak buat eksperimen apa kesan kalau tukar ESP kepada MealShake pulak. Dah la MealShake ni perisa vanila, lagi la teruja nak try. Nanti Liza share resultnya ye. 


Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana MealShake ni boleh membantu menyelesaikan masalah kita, kan? Jadi, meh kita tengok apa kelebihan yang ada pada Mealshake ni.
  1. Mengandungi 24 jenis vitamin A-Z, mineral dan juga 'trace mineral' yang membantu meningkatkan kadar penyerapan vitamin ke dalam badan.
  2. Kaya dengan protein yang menjadi bahan asas dalam pembentukkan kulit, rambut, kuku, organ-organ, darah, sel imunisasi dan sebagainya. Protein juga penting dalam penghasilan susu ibu. Jadi, MealShake seharusnya baik dan disarankan untuk ibu menyusu. * * Yang ni Liza nak try.
  3. Ia juga mengandungi asid folik, biotin, serta kaya dengan kalsium dan magnesium yang amat diperlukan dalam proses tumbesaran. Oleh sebab itulah, Mealshake turut disarankan kepada ibu hamil dan kanak-kanak yang sedang dalam proses untuk membesar.
  4. Mengandungi vitamin A, C, E, zinc dan selenium yang merupakan komponen anti-oksida dan akti-penuaan. Ia baik untuk individu yang pentingkan kecantikkan dan kesihatan kulit.
  5. Lengkap dengan vitamin B-complex, iron dan copper yang berfungsi untuk menghaluskan dan melembutkan kulit.
  6. Kaya dengan serat yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit bagi kanak-kanak serta orang dewasa.

Bila dah tengok apa bahan-bahan atau nutrisi yang ada dalam MealShake ni, makin bertambah teruja untuk mencuba MealShake. Lagipun, semua produk Shaklee ada klinikal test, jadi memang dah terbukti berkesan dan selamat la, sebelum dipasarkan. Bagi mereka yang ada masalah kulit, kurang berat badan, mudah lesu dan tak bermaya, ataupun anak anda seorang yang 'picky eater', pengidap eczema, selalu demam, sering sembelit dan sebagainya, boleh la mencuba MealShake ni. Yang seronoknya, bulan ni promo MealShake, jadi boleh la berjimat, kan? Hubungi Liza jika ada sebarang pertanyaan ye. Konsultasi adalah percuma!




Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, February 7, 2014

Vitalea multivitamin tertua di dunia

Salam Semua..

Mula-mula Liza nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat semua yang PM Liza samada untuk konsultasi ataupun untuk order produk Shaklee. Sokongan anda semua amatlah Liza hargai. Ramai juga yang tanya pasal Vitalea ye, mungkin sebab harga Vitalea bulan ni rendah dari biasa kot. Sempena dengan promo Vitalea ni jugak, Liza dah buat Promo Set Combo yang sangat-sangat menarik. Rugi tau siapa-siapa yang tak ambil peluang harga runtuh macam ni. 

Ada yang tanya Liza, kenapa Vitalea ni ada dalam beberapa set hot seller Shaklee. Ya lah, kalau anda nak tahu, Vitalea ni memang termasuk sekali dalam set-set kat bawah ni:
  • Set Ibu Hamil   **Hot seller
  • Set Ibu menyusu   **Hot seller
  • Set Berpantang
  • Set Menambahkan berat badan
  • Set Pemberi tenaga
  • Set kesihatan optimum   **Hot seller
Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan. Ia juga mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting serta diformulasikan secara sangat seimbang dan komprehensif. Lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, maka Vitalea dikenali sebagai multivitamin terbaik. Tablet Vitalea ni juga disalut dengan spirulina, sebab tu lah ia bewarna hijau.

Uniknya Vitalea ni juga pada sejarah penciptaannya. Ia telah dicipta oleh Dr Forrest C Shaklee pada tahun 1915 dan dikenali sebagai ‘Vitalize-Mineral’. Vitamin pertama di dunia ini kemudiannya disingkatkan namanya menjadi ‘Vitamin’ yang telah diguna pakai sehingga ke hari ni. Ha, bangga kejap jadi pengguna Shaklee. Dulunya, ia diperkenalkan dalam bentuk cecair, tapi telah diubah ke bentuk tablet untuk memudahkan pengambilan vitamin ni.


Vitalea telah dipilih sebagai ‘THE BEST MULTI-VITAMIN’ di dalam Public Interest pada tahun 2000 oleh Centre for Science di Amerika Syarikat. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea secara konsisten dalam masa setahun boleh mengurangkan risiko terkena penyakit sebanyak 65%. Lagi satu, Vitalea ni merupakan vitamin yang paling pantas larut di dalam air. Jadi, nutrisi yang ada dalam tablet Vitalea ni adalah sangat cepat diserap ke dalam badan. Ia juga larut sepenuhnya di dalam air, membuktikannya selamat dan tidak memberi kesan sampingan kepada buah pinggang kita.



Menarik kan kisah Vitalea, si multivitamin pertama dunia ni? Jika anda teruja untuk sama-sama merasaikan kebaikan multivitamin hebat ini, cepat-cepat PM Liza ye. Harga sebenar Vitalea ni sebelum promo pun dah murah sangat dah, tapi bulan ni promo, lagi la bertambah-tambah murah. Dah tu, boleh tahan sampai 4 bulan. Boleh kongsi makan satu keluarga, berbaloi-baloi.








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, February 3, 2014

Promosi set combo Shaklee sempena promo Vitalea

Salam semua..

Seperti biasa, setiap kali ada produk promo, Liza mesti akan buat promo set combo sekali kan. Yang membezakan set combo ni, bergantung pada produk promo bulan tu. So, bulan ni Vitalea yang jadi produk promo, jom kita cekidout set apa yang Liza tawarkan harga terbaik.

SET IBU HAMIL

Bagi ibu hamil, nutrisi yang seimbang sangat penting untuk kesihatan ibu dan juga perkembangan tumbesaran anak di dalam kandungan. Amatlah mustahil untuk si ibu mendapat nutrisi yang lengkap dari pemakanan seharian sahaja. Sebab itulah, setiap ibu yang hamil akan dibekalkan vitamin tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan. Jangan ambil mudah tau, kekurangan nutrisi oleh ibu hamil boleh menyumbang kepada kelahiran pra-matang dan kecacatan pada bayi.


Set yang disyorkan terdiri daripda Energizing Soy Protein (ESP), Vitamin C, B-complex dan Vitalea. Dengan pengambilan set ini, si ibu akan rasa lebih bertenaga, tidak mudah terkena penyakit berjangkit seperti demam selesema, HB akan normal, dan membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

SET IBU MENYUSU

Ibu yang menyusu juga memerlukan nutrisi yang mencukupi sama seperti ibu hamil kerana ibu yang menyusu akan menyalurkan zat yang baik kepada anak melalui susu badan. Ini amat penting terutamanya bagi anak di bawah umur enam bulan yang fully breast-feed kerana dia bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. 


Set ibu menyusu yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Alfalfa dan Vitalea ini akan membekalkan tenaga yang secukupnya untuk si ibu, memekatkan susu supaya anak cepat kenyang, meningkatkan pengeluaran susu ibu, mengurang sakit-sakit badan pada si ibu serta meningkatkan imunisasi ibu dan anak.

SET PEMBERI TENAGA

Set pemberi tenaga ini pula khas untuk individu yang berkerja kuat, bekerja di luar pejabat atau di bawah cahaya matahari, bekerja lebih masa, pekerja yang selalu outstation, individu yang kerap memandu untuk tempoh masa yang lama, atau mereka yang selalu lemah dan tidak bermaya. Set pemberi tenaga terdiri daripada Performance drink (PD) dan juga Vitalea. PD yang berperisa oren ini merupakan minuman isotonik yang menghalang penghidratan atau dalam erti kata lain, membantu menyimpan air dalam badan. Jadi, dengan pengambilan set ini, badan akan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.


Ha, menarik tak set promo Liza kali ni? TUNGGU DULU!! dengan setiap pembelian set Ibu Hamil dan set Ibu Menyusu, anda layak menerima 20% LESS untuk pembelian Ostematrix Shaklee. Kalau nak tahu, Ostematrix ni salah satu dari suplement favourite Liza tau. Nak tahu kenapa? boleh baca kat sini.

Ok, pada sesiapa yang berminat, atau ingin bertanya apa saja berkaitan dengan produk Shaklee, boleh la hubungi Liza segera ye. Harga istimewa dan konsultasi percuma hanya untuk anda.




P/S: Nak order set boleh, nak order ala carte pun boleh =D





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Sunday, February 2, 2014

Promo bulan Februari - Vitalea Iron Formula

Salam semua..

Macam mana hari minggu anda? Mesti ramai yang ambil peluang cuti panjang ni untuk balik kampung kan. Cuti kali ni Liza sekeluarga tak balik kampung pun, just rehat kat rumah je. Kampung suami dah balik 2 minggu lepas, mak Liza pulak baru je balik ke Terengganu dua hari lepas. So, kitorang ambil keputusan untuk habiskan cuti kat rumah sendiri je. Ok, cukup cerita bab cuti. 

Macam biasa, setiap bulan Shaklee akan buat promo beli 6 percuma 1 untuk produknya. Bulan Februari kali ni, giliran Vitalea Iron Formula pulak menjadi produk promo. Eh kejap, tak semestinya kene beli 6 botol baru dapat harga promosi tau, siapa- siapa yang membuat pembelian vitalea dengan Liza bulan ni, tak kira la sebotol ke dua botol ke, automatik akan dapat harga baik punya! Tapi biasa la, lagi banyak beli, lagi banyak la dapat potongan harga.. kann?

Bagi mereka yang baru nak kenal dengan Vitalea ni, dan belum tahu apa fungsinya, meh Liza ceritakan sedikit sebanyak ye.


FUNGSI VITALEA IRON FORMULA
  1. Memberi tenaga dan kecergasan tubuh badan agar dapat melancarkan sebarang pekerjaan atau urusan seharian. 
  2. Membantu memberi kesegaran otak sekali gus menguatkan sistem memori dan proses pembelajaran.
  3. Menjadi pelengkap nutrisi dimana melengkapkan badan dengan vitamin dan mineral yang kurang disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Pencemaran alam sekitar dan gaya hidup kita sekarang juga menjadi punca kekurangan zat di dalam badan.
  4. Menstabilkan metabolisme badan serta melambatkan proses penuaan.
  5. Meningkatkan sistem pertahanan badan daripada sebarang jangkitan.
  6. Membantu kesihatan secara keseluruhan.


SIAPA YANG PERLUKAN VITALEA
  • Individu yang mementingkan kesihatan secara menyeluruh buat tempoh masa yang panjang
  • Individu yang mempunyai diet harian yang tidak lengkap
  • Individu yang mudah diserang jangkitan dan ingin meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Remaja yang sedang membesar atau pelajar yang ingin meningkatkan daya ingatan
  • Individu yang selalu letih terutama mereka yang kerja kuat
  • Ibu hamil dan ibu yang sedang menyusukan anak
  • Individu yang mudah pitam dan sering sakit kepala

Anda salah seorang dari golongan di atas? Atau insan kesayangan anda turut tergolong dalam golongan di atas? Apa tunggu lagi, ambil peluang bulan promosi Vitalea ni untuk mendapatkan harga yang rendah dari biasa. Oh ya, Vitalea ni juga sangat sesuai untuk mereka yang tidak gemar mengambil pelbagai jenis vitamin. Cukup sekadar mengambil sebiji/2 biji vitalea setiap hari, anda sudah dilengkapi dengan multivitamin yang semestinya selamat, semulajadi serta bebas pewarna dan perasa. Hubungi Liza segera untuk dapatkan produk hebat ini.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, September 23, 2013

Promosi akhir bulan [23/09/2013 - 30/09/2013]

Salam Semua..

Berita baik untuk semua pembaca blog Faza-shops. Liza nak war-warkan kat sini, bermula dari hari ni (23/09/2013) sehingga akhir bulan (30/09/2013), Liza nak bagi tawaran menarik kat semua pembaca. Apa tawarannya??


Dengan setiap pembelian set Ibu Hamil atau set Ibu Menyusu Shaklee, Liza akan bagi FREE GIFT EKSKLUSIF yang sangat menarik. Apa gift yang Liza nak bagi ni? Hah, dah nama pun eksklusif kan, mana boleh bagitau sekarang. Tapi, apa yang Liza boleh bagitau, gift ni memang sangat menarik, berguna, dan menawan hati menusuk kalbu la kate orang. 

Ok, Set Ibu Hamil terdiri daripada ESP, B-Complex, Vita-lea, Vitamin C, Omega Guard dan Ostematrix. Set Ibu Menyusu pula terdiri daripada ESP, B-Complex, Vita-lea, Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix dan Alfalfa. Kedua-dua set ini mempunyai fungsi dan kelebihan yang lebih kurang sama iaitu memberikan tenaga yang lebih kepada ibu hamil/menyusu, meningkatkan imunisasi badan, membekalkan sumber nutrisi yang sepatutnya kepada ibu dan juga anak yang dikandung/disusu serta membekalkan sumber kalsium yang mencukupi untuk keperluan ibu dan bayi. Kalsium yang mencukupi akan mengurangkan risiko osteoporosis, masalah gigi, serta mengurangkan sakit belakang dan cramp kaki kepada ibu hamil. Omega Guard pula penting dalam membantu perkembangan otak bayi bermula dari dalam kandungan lagi. Cuma yang membezakan antara dua set ini ialah set ibu menyusu mengandungi Alfalfa yang bertindak sebagai milk-booster yang sangat sesuai untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Selain itu, Alfalfa juga membantu mengurangkan masalah keputihan, membakar lemak dengan effektif serta membuang angin dalam badan ibu.

Anda kena beli semua ni ke untuk dapat free gift tu? Tak perlu, dengan pembelian sekurang-kurangnya 5 jenis suplement termasuk ESP, anda dah layak dah untuk mendapatkan FREE GIFT ni. Jangan tunggu lama-lama tau, stok terhad. Selain Free gift eksklusif ni, sudah tentu HARGA YANG MENARIK dan KONSULTASI PERCUMA adalah khas untuk anda.









Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Thursday, September 19, 2013

Kelebihan dan kepentingan susu ibu

Salam semua..

Sekarang ni dah ramai ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Bukan suri rumah je, ibu bekerjaya pon tak kurang hebatnya. Kalau tak, tak de la breast pump yang harga ribu-riban tu pun laku macam goreng pisang panas kan? Ni tak lain tak bukan disebabkan ibu-ibu sekarang dah mula faham akan kebaikan susu ibu tu sendiri. Ibu mana yang tak nak bagi yang terbaik untuk anak masing-masing kan? Dalam Islam sendiri pun sangat mengalakkan ibu-ibu menyusu anak masing-masing sehingga umur dua tahun. Liza pun berazam jugak, semoga dimurahkan rezeki untuk fully breastfeed at least untuk 12 bulan yang pertama.


Dalam pada tu pun, ramai jugak ibu-ibu yang terus mengalah dengan alasan, 'tak de susu', 'tak sempat nak buat stok', 'penat', 'tak cukup masa' dan macam-macam lagi yang Liza rasakan sangatlah rugi dan seolah-olah hilang satu nikmat menjadi seorang ibu kalau tak boleh bagi susu badan. Bagi mereka yang masih belum tahu tentang kehebatan susu ibu ni, meh Liza stori mori sket.

KELEBIHAN MENYUSU TERHADAP BAYI 

  1. Susu ibu mengandungi antibiotik semulajadi yang hebat dalam melindungi si manja daripada terkena jangkitan penyakit seperti demam, selesema, batuk, alergi, athma dan beberapa jenis penyakit mudah berjangkit yang lain.
  2. Bayi yang menyusu ibu kurang risiko untuk mendapat masalah penghadaman, sembelit, kembung perut dan sebagainya berbanding bayi yang mengamalkan susu formula.
  3. Susu ibu mengandungi nutrient yang paling lengkap dan optimum untuk proses tumbesaran bayi.
  4. Meningkatkan proses perkembangan otak bayi.
  5. Semestinya semulajadi dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang memudaratkan. Bahkan, tidak ada bayi yang alah dengan susu ibu.
  6. Penyusuan susu ibu mempunyai peranan penting dalam pembangunan emosi dan rohani bayi. Ia juga dapat mengeratkan lagi ikatan antara ibu dan bayi.

KELEBIHAN MENYUSU TERHADAP IBU

  1. Kos susu bayi dapat dijimatkan kerana susu ibu adalah percuma. Mungkin pada awalnya memerlukan kos untuk pembelian pump, bekas untuk menyimpan stok,  atau suplement, namun dengan kelebihan susu ibu yang diperolehi sememangnya ia amat menjimatkan dan berbaloi.
  2. Penyusuan dapat mengecutkan rahim, serta mengurangkan risiko kanser payudara, rahim dan ovari.
  3. Secara tidak langsung, ibu dapat mengurangkan berat badan, sekurang-kurangnya kembali kepada berat asal sebelum mengandung dan bersalin. Ini kerana proses penyusuan dapat membakar kalori secara effektif.

Ha, banyak kan kelebihan menyusu susu ibu ni. Tak kira lah menyusu secara direct pada bayi ataupun mengguna pump untuk buat stok. Tapi tak semua ibu dianugerahkan dengan proses penyusuan yang lancar. Secara amnya, terdapat dua kategori masalah bagi ibu menyusu ni iaitu:
  • Ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu badan.
  • Ibu yang tidak ada masalah dengan kuantiti pengeluaran susu, tetapi selalu letih, tak bermaya akibat daripada proses menyusu. 

Bagi anda yang mempunyai masalah di atas, boleh lah hubungi Liza untuk mendapatkan suplement yang sesuai. Semestinya Set Menyusu dari Shaklee ni merupakan hot selling produk dan tak perlu dihebahkan lagi tentang keberkesanannya. Dengan setiap pembelian, anda layak untuk mendapat tips penyusuan, konsultasi percuma secara berterusan dan free gift (sementara stok masih ada) eksklusif dari Liza.








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Sunday, July 7, 2013

Set suplement harga bajet untuk semua

Salam Semua..

InsyaAllah lagi dua hari kita semua sekali lagi akan melangkah ke bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bersempena dengan bulan yang mulia ni, Liza nak berkongsi kebaikan dan kepentingan pengambilan suplemen Shaklee ni dengan semua golongan. Tak kira lah yang nak cantik di hari Raya, ibu hamil yang nak kekal bertenaga sepanjang berpuasa, ibu menyusu yang ingin kekalkan pengeluaran susu di bulan puasa, mahupun lain2 golongan lagi. Selepas Liza perkenalkan skin care harga bajet bulan May lepas, sambutan yang Liza terima memang sangat mengujakan. Dari situ la Liza faham yang sebenarnya, ramai yang nak mencuba suplement2 ni, tapi ada yang kurang bajet dan ragu2 dengan keberkesanannya.

Jadi, dengan itu, Liza dengan suka citanye nak menawarkan set basic/set bajet ni untuk semua orang. Kepada sesiapa yang berminat, boleh la contact Liza segera dan nyatakan set bajet yang korang berminat mengikut keperluan dan kemampuan. Antara set suplement yang Liza sediakan:

1- Set kulit cantik dan sihat
2- Set masalah kulit
3- Set ibu hamil
4- Set ibu menyusu
5- Set ibu berpantang
6- Set wanita sengugut/PMS
7- Set kanak2 sihat dan cerdas
8- Set kesuburan wanita/lelaki
9- Set resdung/allergic/athma
10- Set tulang dan sendi (sesuai untuk warga emas)



Produk Shaklee ni dah terkenal dan dipercayai dah kat Malaysia ni, tak yah Liza nak explain lebih2 kan? Sesuai dengan motto Shaklee "Selamat, Berkesan & Semulajadi". Ada juga antara customer Liza yang dah google siap2 pasal Shaklee, lepas tu contact Liza tanya lebih kurang, then terus deal order. Testimonial tentang keberkesanan produk Shaklee ni pun dah banyak orang share kat internet, yang tinggal hanya keyakinan diri sendiri je lagi untuk mencuba ataupun tak.

Jadi, jangan tunggu-tunggu lagi tau, sempena dengan promosi harga bajet ni, ambil lah peluang untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada diri sendiri mahupun orang2 tersayang.

P/S: Kepada yang inginkan update terkini, tips, perkongsian dan sebagainya mengenai kesihatan dan kecantikkan, di jemput untuk like page FazaShops. Thanks!






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)

** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, March 11, 2013

Combo set - Ostematrix

Salam Semua..

Bulan lepas, ramai yang tak puas hati sebab Liza buat promosi combo lambat sangat. Ramai yang tak sempat beli dengan harga yang super berbaloi tu. So, bulan ni Liza tak nak kena marah lagi..huhu. So, sebelum masuk tengah bulan, Liza dah announce combo set untuk bulan ni ye. Ha, dah bagitau awal2 ni, jangan ada yang terlepas pulak tau. Tapi kali ni best sket, bukan setakat 1 combo je macam bulan lepas, bukan 2 tapi 3! ha, betul.. 3 combo set ye! Jom kita cekidout combo set ni tuk siapa..

Combo Ibu Hamil
Mengurangkan alahan serta membekalkan tenaga yang mencukupi sepanjang tempong kehamilan. Melancarkan proses pengedaran darah, melegakan sakit kepala, pening dan juga memberikan mood yang ceria kepada si ibu. Meningkatkan imunisasi badan ibu daripada terkena jangkitan demam atau selesema. Menguatkan tulang dan gigi ibu serta mengelakkan berlaku kekejangan, gusi berdarah dan kebas2 akibat kekurangan kalsium.
Bonus! Kulit kelihatan cantik berseri dan anjal kerana adanya vitamin C.


Combo Ibu Menyusu
Memperbanyakkan dan mempercepatkan penghasilan susu ibu, mengatasi masalah keputihan, memberikan tenaga, serta menghilangkan kelesuan kepada ibu menyusu. Menghasilkan susu yanglebih  pekat dan berkrim, jadi baby cepat kenyang dan kurang meragam.Membantu dalam pembentukkan tulang dan gigi bayi, tanpa menganggu keperluan kalsium badan ibu. Si ibu boleh tidur nyenyak dan bangun dengan keadaan segar dan ceria pada keesokkan pagi.
Bonus! Ibu menyusu yang mengamalkan ESP akan mendapat kulit yang cantik bersih, parut cepat pudar, badan bertenaga, serta membantu menurunkan berat badan.


Combo Ibu Ayah
Membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, merangkumi sistem pertahanan badan melawan jangkitan serta melambatkan proses penuaan dengan meningkatkan kadar metabolisme badan. Meningkatkan kesegaran otak sekaligus membantu sistem memori. Membekalkan kalsium yang penting menguatkan gigi, tulang, kuku, sekaligus dapat membantu masalah sakit dan kejang kaki, sakit sendi, sakit lutut mahupun pinggang. Meringankan stress, mengimbangi tekanan darah, dan memelihara denyutan jantung.


Tunggu apa lagi, dapatkan set combo pilihan anda sekarang. Pembeli dan pengguna yang bijak, mesti rebut peluang harga runtuh untuk set combo ni sebab bukan selalu boleh dapat harga macam ni. Jadi, jangan buang masa, PM Liza untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan. Have a great monday u olls!






Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Wednesday, March 6, 2013

Promosi bulan Mac - Ostematrix

Salam Semua..

Masuk bulan baru je, Shaklee lovers mesti tertunggu2 ape produk promo untuk bulan ni kan? Kalau bulan lepas, semua mak2 dah senyum meleret dapat borong Omega Guard untuk anak2, apa pulak promo bulan ni ye? Jeng jeng jeng.. Promo bulan ni tak lain tak bukan adalah Ostematrix. Ha, banyak lah yang tersenyum kali ni, bukan takat ibu hamil je, ibu menyusu, remaja, warga emas, ahli sukan pun senyum meleret bulan ni bila dengar beli 6 Ostemetrix, dapat 1 percuma!

Ok, pada yang masih belum tahu apa hebatnya Ostematrix Shaklee ni, jom Liza bagi introduction sikit ye. Ye lah, tak kenal maka tak cinta kan?


Sumber Kalsium terbaik
  • Mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus dan vitamin D, Kuprum, serta Boron.
  • Semua nutrient di atas adalah sangat perlu dalam suatu tablet Kalsium bagi memastikan penyerapan ke dalam badan kita adalah setinggi 99%. Ia juga menghalang daripada mendapan sesetengah mineral. 
  • Kebanyakkan suplement Kalsium di pasaran sekarang tidak mempunyai nutrient selengkap Ostematrix. Jadi, pengguna Ostematrix akan dapat merasai perubahan dalam masa yang sangat cepat dan menakjubkan.

 Ostematrix untuk siapa?

  • Ibu Hamil - Sangat digalakkan ibu hamil untuk mengambil Ostematrix kerana waktu hamil, anak di dalam kandungan sedang menyerap kalsium dari ibu. Juga untuk ibu hamil yang sering lenguh2 badan dan kebas kaki.
  • Ibu Menyusu. Seperti ibu hamil, ibu menyusu juga dalam proses memindahkan kalsium ibu kepada anak, jadi Kalsium yang ada pada badan ibu harus mencukupi untuk mengelakkan ibu menyusu sakit pinggang, letih serta lenguh2 badan sepanjang tempoh menyusu. Bonusnya, Ostematrix pun boleh membantu untuk tambah susu tau!
  • Individu yang selalu keletihan akibat kerja lebih masa, berjalan jauh (travel/outstation) dan sebagainya
  • Warga emas yang selalu lenguh2 badan, sakit pinggang, sendi dan lutut
  • Remaja/Wanita yang mengalami sengugut/cramp ketika datang bulan
  • Individu yang mempunyai masalah sembelit
  • Individu yang sering migrain/sakit kepala
  • Individu yang mementingkan kekuatan tulang, gigi dan kuku agar kekal sihat sehingga lanjut usia.


Jadi, apa tunggu lagi? Jika anda inginkan tulang yang kuat, gigi yang sihat serta kuku yang cantik, cepat2 PM Liza untuk dapatkan Ostematrix ni. Macam biasa, harga luar biasa menanti anda. Nak jimat, ambil 6 terus, dapat percuma 1. Boleh hadiahkan untuk mak, ayah, mak ayah mertua, pakcik makcik, adik beradik semua. 





Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, November 5, 2012

Supplement untuk tambah susu ibu..

Salam Semua..

Memang impian semua ibu kan untuk menyusukan anak mereka dengan susu badan sendiri. Ada ibu yang rezekinya murah, susu mencurah tanpa memerlukan sebarang bantuan. Tapi, tak semua ibu yang bernasib baik. Walaupun terdapat pelbagai jenis susu formala yang bagus di pasaran sekarang yang boleh dijadikan pengganti, namun khasiatnya masih tak boleh menandingi khasiat dan kelebihan susu ibu.


Shaklee juga tidak melupakan golongan ibu2 menyusu ini. Set ibu menyusu dari Shaklee ni khas buat ibu2 yang mempunyai masalah bagi menyediakan keperluan susu buat anak masing2. Alhamdulillah, setakat ini, ramai ibu2 yang berpuas hati dengan kesan daripada pengambilan set ibu menyusu dari Shaklee ini. Dengan harga yang berpatutan dan tahan lama, ianya sangat berbaloi demi kesihatan dan tumbesaran anak kita.

Set Ibu Menyusu terdiri daripada:

  • ESP - Asas vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein merupakan sumber makanan sel. Sel yang sihat hasil daripada sumber protein yang mencukupi. Protein berfungsi untuk memelihara pertumbuhan tisu, membina hormon, enzim dan antibodi, serta merupakan agent pengangkut sumber nutrient dan tenaga ke seluruh sel badan.
  • Alfalfa - Mengandungi kalsium, membantu meningkatkan imunisasi badan, dan sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu ibu. Susu akan menjadi lebih pekat dan berkrim. Turut membantu dalam sistem perkumuhan (lawas) dan membuang angin dalam badan.
  • Ostematrix - Kandungan kalsium yang cukup dalam badan, terutamanya buat ibu yang mengandung akan memastikan pembetukkan tulang dan gigi yang kuat buat si anak tanpa mengugat kandungan kalsium dalam tubuh anda. Untuk ibu yang tidak menggantikan sumber kalsium (selepas kalsium diserap oleh anak), pelbagai masalah akan timbul seperti osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih, lesu, dan mengakibatkan kedut di wajah.  Kalsium juga dapat mengelakkan daripada berlakunya kekejangan otot ketika kontraksi (ketika bersalin)
  • B-Complex - Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk asid folik yang membantu anda untuk lebih bertenaga, lebih fokus, mengawal emosi (anti-stress), membantu memetabolismekan lemak, karbohidrat dan protein, serta menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga. Selain itu, vitamin B juga dapat memberikan wajah yang berseri dan menghilangkan wajah ibu yang kusam.
  • Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan. Meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.
  • Vita-Lea (Iron) - Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh.
Setiap pembelian akan disertakan dengan panduan/konsultasi secara percuma. Bekalkan anak2 anda dengan susu ibu yang berkhasiat untuk melahirkan anak2 yang sihat dan cemerlang, seiring dengan penjagaan kesihatan dan kecantikkan diri sendiri  yang tidak diabaikan. 





Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage







** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Tuesday, October 2, 2012

ESP..Satu untuk semua..

Salam Semua..

Satu lagi produk terhangat di pasaran dari Shaklee. Tak lain tak bukan, ESP (Energizing Soy Protein). Apa yang hebatnya ESP ni? Sebabnya.. Protein merupakan asas atau sumber makanan bagi pembetukkan setiap sel. Jika sel badan kita dalam keadaan yang sihat, ia akan membantu proses penyerapan nutrient ke tahap yang optimum.  

  • Nak kurus? ESP boleh mengawal selera makan
  • Nak tambah susu ibu? ESP boleh membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu
  • Nak puasa? ESP boleh membekalkan tenaga dan mengekalkan rasa kenyang sepanjang hari
  • Nak cantik? ESP boleh membantu mengebu, menganjal dan melicinkan kulit.
  • Nak sihat ketika mengandung? ESP boleh membantu dalam pembentukkan otot baby dan menguatkan rahim,
  • Nak sihat? ESP boleh menyihatkan badan secara menyeluruh.


See.. ESP ni boleh dikatakan sebagai product basic/asas untuk membantu anda menyelesaikan apa jua masalah kesihatan. Dengan rasanya yang sedap (rasa vanila) dan harga yang mampu milik, memang seharusnya ESP dijadikan salah satu dari menu harian anda. Untuk kesan yang lebih cepat, pengguna digalakkan untuk mengambil ESP bersama2 dengan vitamin2 yang bersesuaian dengan masalah masing2. Apa yang membezakan ESP Shaklee dengan product soya lain kerana :
  1. Ia ditanam secara organik
  2. Tidak menjalani sebarang proses genetik (Non Genetically Modified Organism)
  3. Terdiri daripada 9 Asid Amino penting yang diperlukan oleh tubuh
  4. Dalam proses untuk menghasilkan soya, kepingan soya dibasuh menggunakan air (sesetengah produk soya jenama lain menggunakan alkohol untuk membasuh soya )
  5. Mengandungi bahan anti-thyroid/anti-ketumbuhan
  6. Diproses tanpa dipanaskan (protein akan mati jika suhu melebihi 34' celcius)
  7. Ditambah dengan kalsium 
p/s: Jom order ESP sekarang untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat.. Anda sihat, anda bahagia ~
p/s/s: Bulan ni ada SALE ESP.. PM saya segera untuk dapatkan harga yang terbaik.










Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)