Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

Ubat resdung yang selamat dan berkesan

Salam Semua..

Rupa-rupanya ramai rakyat Malaysia ni yang menderita akibat resdung. Rasa bersalah pulak kalau Liza tak kongsi benda ni kat semua. Walaupun Liza dan ahli keluarga tak mempunyai masalah ni, tapi Liza pernah ada pengalaman melihat kawan Liza yang asyik bersin pada setiap pagi akibat resdung. Kesian bila tengok dia tu, nak buat kerja harian pun macam terganggu. 


Selain bersin, pesakit resdung juga mudah diserang sakit kepala dan biasanya akan alah pada makanan laut seperti sotong, udang atau belacan. Keadaan yang berhabuk atau cuaca yang sejuk pun boleh menyebabkan mereka tidak selesa. Resdung juga boleh mengakibatkan masalah pada kulit seperti jerawat yang teruk, bukan sahaja di muka tapi di bahagian badan. Sebenarnya resdung tidak boleh diambil mudah, ada kes yang mengakibatkan hilang pendengaran dan memerlukan pembedahan.

Pada mereka yang mempunyai resdung dan telah bosan mencuba pelbagai rawatan dan ubat-ubatan di luar sana tapi masih belum berhasil, Liza sangat syorkan untuk mencuba Set Resdung daripada Shaklee ni. Sebenarnya, produk Shaklee ni bukanlah sejenis ubat, tapi ia merupakan makanan tambahan yang akan melengkapkan nutrisi yang masih kurang di dalam badan kita. Bila nutrisi dalam badan mencukupi, risiko untuk terkena serangan penyakit atau alahan (resdung juga sejenis alahan) seperti ini akan dapat dikurangkan.


SET RESDUNG SHAKLEE 

ALFALFA
  • Mengurangkan keradangan
  • Kaya dengan klorofil yang mengurangkan rasa tidak selesa, alahan dan gatal-gatal
VITAMIN C
  • Sebagai antioksida yang hebat dalam meningkatkan antibodi badan
  • Mempercepatkan proses penyembuhan tisu badan
B-COMPLEX
  • Berfungsi untuk meredakan tekanan dan sakit kepala
  • Pemuliharaan selaput lendir yang sihat
  • Membantu meningkatkan antibodi badan
  • Membantu hati dalam menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel mati
Telah ramai pesakit resdung yang dah berjaya mengatasi masalah resdung mereka selepas konsisten dengan set resdung dari Shaklee ni. Jadi, Liza sangat-sangat berharap agar anda yang masih lagi tercari-cari rawatan yang terbaik untuk resdung tu, bagi peluang pada diri sendiri untuk mencuba set resdung ni. Ingat! Produk ni adalah selamat, berasaskan bahan semulajadi dan tidak akan memberikan kesan yang tidak diingini. 




Setiap pembelian dengan Liza berhak menerima konsultasi PERCUMA selama mana anda masih menggunakan produk ini. InsyaAllah, Liza akan memberikan konsultasi yang terbaik sehingga anda semua berjaya mendapatkan hasil yang anda inginkan. Harga? Memang sangat berpatutan dan berbaloi.







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Monday, May 26, 2014

Set berpantang Shaklee terbaik untuk ibu dan anak

Salam Semua..

Entry kali ni Liza tujukan khas untuk kawan-kawan serta pembaca yang bakal bersalin tidak lama lagi. Bagi ibu-ibu yang bakal bersalin, set berpantang adalah salah satu 'check-list' yang mesti ada kan? Ia penting untuk memastikan ibu cepat pulih, sihat dan bertenaga sepanjang tempoh berpantang. Tiada paksaan untuk memilih Set Berpantang dari Shaklee ni sebenarnya, cuma Liza nak berkongsi pengalaman Liza sendiri dan beberapa testimoni mereka yang telah berpuas hati selepas menggunakan Set Berpantang Shaklee. Yang penting, pilihlah set berpantang yang dirasakan terbaik untuk anda serta bayi. Taip entry ni, tetiba rasa rindu pulak nak bersalin lagi, padahal Muhammad Aqil baru je 7 bulan..Hehe


Set Berpantang Shaklee
  1. Zinc Complex - Mempercepatkan proses pemulihan luka
  2. B-Complex -  Sebagai anti-stress dan mengelakkan ibu daripada meroyan
  3. Vitalea - Multivitamin, juga untuk seimbangkan HB ibu 
  4. Vitamin C - Meningkatkan imunisasi ibu 
Jika anda mempunyai bajet lebih, disarankan juga untuk menambah Energizing Soy Protein (ESP) dan Ostematrix ke dalam Set berpantang di atas. Ini kerana, ESP dapat membantu anda untuk kekal bertenaga serta membantu dalam memekatkan susu ibu. Bila susu ibu lebih pekat, bayi akan cepat kenyang dan tidur lebih lama. Jadi, ibu mempunyai masa lebih untuk berehat.

Ostematrix pula berfungsi untuk membekalkan kalsium untuk keperluan ibu dan secara tak langsung kepada bayi, melalui susu ibu. Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan badan ibu mudah lenguh, kebas, tidur kurang lena dan yang paling ditakuti, gigi ibu mungkin akan ronggak. Ha, seram kan?


Dari pengalaman Liza pulak, memang sangat berpuas hati dengan Set Berpantang ni. Luka memang cepat baik, susu memang meriah (baju basah sokmo..hihi), dan yang paling Liza suka adalah Ostematrix. Selain nak jaga gigi dan tulang, Ostematrix juga dapat mengelakkan Liza dari sembelit. Fuhh, ngeri pulak kalau bayangkan sembelit selepas bersalin kan? Oh ya, lagi satu.. alhamdulillah, berat badan Liza dah kembali semula kepada berat asal sebelum pregnant dulu. Seronok!  Ok, sekarang jom kita tengok apa kata mereka:

Testimonial Set Bersalin Shaklee




Jadi, jika anda berminat untuk mencuba atau ada sebarang pertanyaan tentang Set Berpantang ni (atau mana-mana produk Shaklee yang lain), boleh la hubungi Liza ye. Jangan risau, konsultasi adalah percuma, jadi beli atau tak, lain cerita. Hehe. Sekali lagi Liza nak bagitau, yang Liza adalah pengedar Shaklee kawasan Sri kembangan. Sesiapa yang tinggal di kawasan Ekuine, Serdang, Bangi dan yang sewaktu dengannya, boleh COD (Cash on delivery) sahaja. Selain dari kawasan ni pulak, tak de masalah, Liza boleh post. InsyaAllah, order sebelum pukul 2 petang, akan dipos pada hari yang sama, dan kebiasaannya, esok dah sampai ke tangan anda. Menarik tak?


P/S: Jom kumpul DUIT RAYA!



Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, September 20, 2013

Testimonial Set Hamil Shaklee

Salam Semua..

Sebelum ni asyik baca testimonial orang je pasal Shaklee ni. Why not Liza share pulak apa yang Liza rasa lepas dah guna Shaklee ni kan. So, bagi yang masih tak tau, sekarang Liza pregnant masuk minggu ke-33. Liza start ambil set Hamil Shaklee ni dari awal-awal(weeks 10) dapat tahu pregnant dulu lagi. Haruslah gigih nak bagi yang terbaik untuk baby dan diri sendiri kan? Tapi, alahan Liza pun boleh tahan awesome jugak untuk 3 bulan yang pertama tu, so Liza tak boleh consume ESP masa tu. Mungkin sebab susu kot, jadi makin loya. So, time tu Liza consume Vitalea, B-complex dan Vitamin C je. Vit C ni best sebab rasa masam-masam kan, so elok benor lah tuk yang tengah alahan.


Alhamdulillah, sepanjang hamil Liza masih diberi tenaga yang cukup untuk ulang-alik kerja naik tren turun tren dari Serdang ke  Ara Damansara. Alhamdulillah juga, diberikan tenaga yang cukup untuk berpuasa penuh tahun ni. Jakun jap, sebab dah lama tak puasa penuh. Hihi.. Alhamdulillah dapat menguruskan rumah tangga dengan agak baik. Lepas balik kerja pun, mampu lagi tuk masak simple-simple, termasuklah untuk berbuka time puasa hari tu. Oh ye, Liza sampai rumah dalam pukul 8:00pm ye, time puasa pukul 7:00pm, so bayangkan betapa rushing nak siapkan makan malam. Kadang-kadang pukul 10 baru nak makan malam, kesian suami..huk2

Sepanjang hamil ni juga, seingat Liza sekali je pernah selesema. Tu pun kejap je. Kalau sebelum ni, Liza ni paling lama dua bulan sekali mesti kena penyakit 3 serangkai tu (batuk, demam, selesema), pastu bila dah kena, mau seminggu juga baru ok balik. So, sepanjang hamil ni, tak de la kena makan ubat doktor. HB, tekanan darah, kandungan gula Liza pun Alhamdulillah normal dan berat badan pun naik ok(yang ni mungkin terlebih..haha).

Selain dari tu, yang Liza perasan lepas Liza konsisten dengan Set Hamil Shaklee ni, kulit wajah jadi makin bersih dan berseri. Ni tak lain tak bukan mesti kerja B-Complex, ESP ngan Vitamin C. Jerawat pun dah jarang sangat datang nak menyinggah. Time cuci muka tu, rasa lembut je kulit. Hihi.. Member kat ofis pun ada tegur yang kulit muka Liza makin berseri, tak merah-merah macam dulu. Oh, sebab tu kot ramai yang cakap Liza ni pregnant anak lelaki, sebab muka tak sememeh.(Perasan..Haha) Eh, ye la, kan ada orang cakap, kalau pregnant anak perempuan, muka mak tu akan jadi kusam, tak berseri sebab anak dah ambil seri mak nya. Tapi betul ke Liza pregnant anak lelaki?? Ha, yang tu yang kita tak tau..Hehe

Bab Ostematrix(kalsium) pulak, Liza liat sikit nak konsisten. Sebab kena makan 4 biji sekali gus kot. Lepas tu pulak, kena ambil sebelum tidur, selalu la terlupa. Kalau yang lain tu Liza bawak gi ofis je, so memang ada depan mata, senang la nak makan. Tapi, bila masuk bulan ke-6 Liza dah start sakit belakang ngan sakit kaki. Salah satu fungsi Ostematrix ni, dapat mengurangkan sakit belakang, apa lagi terus insaf konsisten amal 4 biji Ostematrix sebelum tidur. Alhamdulillah, sakit belakang kurang, tidur pun lena.

Yang terakhir, yang Liza boleh kongsi kesan dari pengambilan Set Hamil ni, sistem penyahtinjaan (bahasa Sains kawww) Liza lebih lancar dan bertambah baik. Senang je membuang dan rasa lawas. Kalau tak, sebelum ni memang standard seminggu sekali je. Hihi kantoi sudah. Yang bagusnya, bila selalu membuang ni, tak de la kita simpan toksin tu lama-lama dalam badan kan. So, badan pun jadi lebih sihat.

Ha, tu je la yang Liza boleh kongsikan pengalaman Liza selepas consume Set Hamil Shaklee ni. Rasa best tu, hanya orang yang alami je kot yang faham. Sebab sekarang, rasa rugi sangat kalau dalam sehari ada terskip tuk ambil Set ni. Liza pun tak de la cakap Liza rasa semua ni disebabkan Shaklee semata. Mungkin Shaklee adalah asbabnya, Allah jua yang mengizinkan semua ni untuk berlaku kan? Cuma, hidup ni adalah pilihan, so kita berhak buat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga insan kecil tu. Ni adalah pengalaman pertama Liza , so tak boleh nak compare dengan yang sebelum ni. Kat bawah ni testimonial  sorang ibu yang amalkan Shaklee bukan untuk kehamilan pertama. Jadi, boleh la compare Hamil dengan Shaklee dengan Hamil tanpa Shaklee..hah, giteww


Jadi, untuk bakal-bakal ibu semua yang ingin berikan yang TERBAIK untuk kandungan serta diri sendiri, set Hamil Shaklee ni dah  terbukti SELAMAT dan BERKESAN ye. Hubungi Liza segera untuk konsultasi percuma dan harga member-member.. Hihi









Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Tuesday, September 17, 2013

Berat badan berlebihan faktor individu kurang subur?

Salam Semua..

Kalau post yang lepas, Liza senaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan seseorang, kali ni Liza nak cerita lebih lanjut lagi tentang salah satu faktor tu iaitu faktor berat badan yang berlebihan. Ramai yang ambil mudah tentang perkara ni kan, tapi samada kita sedar ataupun tak, berat badan seseorang tak kiralah si suami atau isteri akan memberi kesan terhadap tahap kesuburan. Ada kajian yang menyatakan bahawa 12% masalah ketidaksuburan berpunca daripada berat badan. Berat badan yang berlebihan akan mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.



Minggu lepas, Liza ada consult sorang customer ni. Dia nak cuba consume Set Kesuburan sebab dah setahun kahwin tapi belum ada rezeki. Bila Liza tanya, semua tak de masalah kecuali isteri ada berat badan badan yang belebihan (65KG). Jadi, di samping berusaha untuk hamil, Liza suruh jugak dia untuk berusaha turunkan berat badan. Jadi, Liza suggestkan dia dan suami ambil set kat bawah ni yang berfungsi untuk menurunkan berat badan disamping meningkatkan peluang kehamilan.

  • Pengambilan ESP sebelum makan dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama, seterusnya mengurangkan pengambilan kuantiti makanan individu dan secara tidak langsung dapat menurunkan berat badan seseorang. Dari aspek kesuburan pula, ESP mengandungi isaflavone yang sangat penting untuk hormon wanita (estrogen)
  • GLA  membantu menstabilkan hormon dan meningkatkan tahap kesuburan wanita.
  • B-Complex diambil untuk sistem reproduktif wanita yang sihat. Membekalkan asid folik yang baik untuk persediaan bagi wanita yang ingin hamil. Asid folik juga penting dalam proses pembentukan janin.
  • Alfalfa Membakar lemak secara efektif serta membuang toksin yang berada dalam badan.
  • Zinc penting untuk pertumbuhan sistem reproduktif. Meningkatkan penghasilan testosteron dan meningkatkan kuantiti sperma. 
  • Vitamin E Merupakan aktioksida yang kuat membersihkan radikal bebas yang merosakkan sel dan berfungsi untuk melindungi sperma.


InsyaAllah dengan pengambilan set kesuburan ni secara konsisten, usaha yang berterusan dan doa yang tidak putus-putus kepada yang Maha Esa, Liza doakan hajat dan impian customer Liza ni akan termakbul. Kepada individi-individu kat luar sana yang mempunyai masalah yang sama, samada masalah kesuburan atau masalah berat badan, jangan segan silu hubungi Liza untuk konsultasi percuma. Lepas tu, nak consume set ni ataupun tak, terpulanglah pada anda.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Sunday, August 18, 2013

Kepentingan suplement untuk ibu hamil

Salam Semua..

Setiap pasangan yang berumah tangga mesti ada impian untuk mendapatkan cahaya mata kan? Bagi mereka yang duk tunggu dulu atau bertangguh-tangguh untuk ada anak, rugi tau! Bak kata orang, kehadiran cahaya mata ni adalah penyeri dan pengikat hubungan suami isteri tu sendiri. Jangan bimbang tentang rezeki, sebab Allah dah janji yang setiap kelahiran anak tu, pasti datang dengan rezeki dia sendiri. Tapi tak semua orang bernasib baik, ada juga pasangan yang Allah uji ditangguhkan dulu kehadiran cahaya mata mereka. Liza pun ada beberapa orang kawan yang dah bertahun kahwin dan masih lagi dalam proses berusaha. Shaklee juga ada menyediakan Set Kesuburan sebagai salah satu ikhtiar untuk mereka yang ingin mendapatkan zuriat. Tak salah kan kalau kita mencuba, sebelum bermohon dan berserah pada yang Maha Kuasa.


Ok, bagi ibu-ibu atau bakal ibu yang sedang menikmati fasa indah kehamilan sekarang ni, Liza nak kongsikan serba sedikit tentang kepentingan pengambilan suplement ataupun makanan tambahan sepanjang tempoh kehamilan. Jom cekidout.

KENAPA IBU HAMIL PERLUKAN SUPLEMENT?
  1. Kehadiran suplement atau vitamin-vitamin ini adalah untuk menampung ketidakstabilan pemakanan kita. Walaupun kita dah mencuba untuk mengambil makanan-makanan yang berzat setiap hari, namun mesti ada jugak unsur-unsur persekitaran yang menyebabkan tak semua nutrisi dapat diserap oleh tubuh badan kita. Sebagai contoh, pencemaran alam, penggunaan bahan pengawet/perasa dalam masakan, pengambilan makanan segera/proses, penggunaan baja kimia pada buah-buahan dan sayur-sayuran, tekanan dan sebagainya.
  2. Zat-zat dari badan ibu hamil juga terpaksa dikongsi dengan anak di dalam kandungan. Jadi, memang tidak boleh tidak, badan ibu mesti mempunyai sumber zat yang mencukupi untuk menampung keperluan ini.
  3. Suplement juga diperlukan untuk membekalkan tenaga yang mencukupi buat si ibu dalam meneruskan aktiviti seharian. Memang menjadi lumrah, badan ibu hamil akan menjadi letih, lesu, tidak bermaya dan cepat 'mengah' berkadar langsung dengan usia kandungan. Namun, dengan pengambilan suplement yang sesuai, ia dapat membantu membekalkan tenaga tambahan untuk ibu hamil ni.
  4. Kajian menunjukkan bahawa kesan daripada kekurangan zat dan vitamin oleh ibu hamil boleh meningkatkan risiko bayi lahir kurang matang, kurang berat, bayi lahir cacat, masalah pernafasan ketika lahir serta masalah tumbesaran.
  5. Kesan kekurangn nutrisi untuk ibu hamil pula, akan meningkatkan risiko alahan, pedih hulu hati, sembelit, kurang bertenaga, kekejangan otot, anemia, susah untuk bersalin dan seterusnya membawa kepada kelahiran melalui 'Cesarean'
 SET IBU HAMIL SHAKLEE


Ostematrix
  • Ostematrix mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Magnesium membantu menggabungkan kalsium dengan tulang dan menguatkan tulang manakala Vitamin D merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting dalam pembentukkan sel, tulang dan gigi bayi. Ia juga penting dalam fungsi urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah. Ibu hamil mesti mempunyai kadar kalsium yang tinggi kerana bayi akan menyerap kalsium dari si ibu. Jika, kalsium si ibu tidak mencukupi, ia boleh membawa kepada kerapuhan tulang dan masalah gigi. Jangan terkejut ye kalau jumpa ibu anak sorang pun dah ronggak!
Energizing Soy Protein
  • ESP sangat penting dalam membantu pembinaan sel-sel tisu, hormon dan enzim dalam tubuh.Ia juga penting dalam pembentukkan rambut, kulit, dan kuku. Selain membekalkan tenaga kepada ibu hamil, ESP juga dapat memaksimumkan pertumbuhan fetus, memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
Omega Guard
  • Mengandungi DHA yang sangat penting dalam pembentukkan otak bayi dari peringkat awal. Selain membantu dalam pembentukkan otak bayi, DHA dan EPA yang terdapat dalam Omega Guard juga membantu dalam pembentukkan mata bayi. Ia juga berfungsi membantu mengawal tahap kolestrol ibu hamil.
Vitamin B Complex
  • Vitamin B Shaklee sangat unik kerana selain mengandungi asid folik, ia juga lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B. Asid folik sangat penting dalam pembinaan tulang, saraf, serta mengelakkan kecacatan pada janin.
Vitamin C (Chewable)
  • Melindungi dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan, dan sangat penting untuk pembentukkan gusi dan gigi yang sihat. Selain meningkatkan sistem imunisasi badan, ia juga berfungsi untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi(penting dalam pembentukkan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah) oleh tubuh.
Vitalea
  • Merupakan multivitamin(vitamin lengkap) yang sangat penting untuk ibu hamil. Ia kaya dengan zat besi(iron) yang boleh membantu ibu hamil yang mudah pening, pitam atau yang mengalami anemia.


Tahukah anda kebanyakkan ubat yang dibekalkan di klinik-klinik atau hospital diluar sana adalah jenis sintetik, termasuklah Obimin yang biasanya diberikan kepada semua ibu hamil. Secara jujurnya, Liza tak ambil pun Obimin yang klinik kesihatan bagi. Bukan berlagak atau nak memburuk-burukkan ubat yang disediakan oleh kerajaan tu, tapi Liza lebih yakin pada suplement semulajadi dan dah pun terbukti selamat ni.

Kalau ada yang cakap, 'mak aii..banyaknya suplement kena ambik' atau 'alah, suplement ni mahal la', meh contact Liza dulu. Liza akan bagitau suplement apa yang perlu anda ambil sesuai dengan keperluan dan kemampuan masing-masing. Liza pun, tak de la telan semua ni, cuma ambil ape yang perlu je la. Lagi satu, takkan la untuk diri sendiri pun nak berkira. Kesihatan badan sendiri, darah daging sendiri, tak kan tak sayang kot? So, bagi puan-puan yang prihatin terhadap diri sendiri dan anak yang bakal lahir, bolehlah hubungi Liza segera. InsyaAllah konsultasi dan harga terbaik hanya untuk anda.








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Saturday, September 22, 2012

Suplemen untuk mendapatkan kulit cantik dan sihat..

Salam Semua..

Memiliki kulit yang cantik, sihat dan menawan merupakan impian semua orang, kan? Lebih2 lagi golongan hawa macam Liza ni. Aset penting kot. Selain untuk kepuasan diri sendiri, memiliki kulit wajah yang sempurna juga boleh meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang. Rasa best and confident je bila berhadapan dengan orang. Tapi, disebabkan sekarang ni banyak sangat produk kecantikkan, ramai yang konfius nak buat pilihan produk mana yang paling paling bagus untuk kulit masing2. Mula lah jadi rambang mata, pastu nak cuba semua produk. Kejap nak guna produk A, pastu produk B, then produk C pulak. So, bagi yang tengah pening2 nak buat pilihan tu, meh Liza tolong.


Untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan menawan mestilah bermula dari dalam, tak boleh bergantung kepada penjagaan luaran atau kosmetik semata2. Kita rawat dari dalam dengan membekalkan apa yang diperlukan oleh kulit wajah dengan secukupnya. Dengan harga yang sangat berpatutan, dah terbukti set suplemant skincare Shaklee ni dapat memberikan kepuasan maksimum kepada pengguna. Selain menjadikan kulit kelihatan cantik dan sihat, suplement ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan keletihan, memberi mood yang baik serta membekalkan tenaga tambahan untuk anda kekal ceria sepanjang hari.

Pengambilan nutrisi dalaman merupakan teknik efektif yang mudah dan murah. Untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, sihat, anjal dan berseri, pengambilan B complex, Vitamin C dan Vitamin E adalah sangat disyorkan. Ia juga memberi kesan seawal 7 hari dan memberi faedah dari segi kecantikan dan kesihatan. Apa yang Liza nak kongsikan ni?

Set Suplement Skincare

1- Energizing Soy Protein (ESP). Sel terbentuk daripada protein. Betul, kita boleh mendapat sumber protein dari ikan, telur, ayam, kekacang dan lain2, tapi protein juga akan mati jika suhu melebihi 37* celcius. So, cuba bayangkan hasil protein yang kita perolehi dari makanan selepas dimasak pada suhu melebih 100* celcius. Sebab itu lah, kita digalakkan untuk mencari sumber protein yang lain bagi menggantikan sel kulit yang telah mati. Kulit akan kelihatan lebih berseri jika mendapat sumber protein yang secukupnya.


2- Vitamin C. Antioksidan yang berfungsi melambatkan proses kemusnahan kolagen yang menjadi faktor kulit kering, kedut dan garis penuaan. Diperlukan untuk membentuk kolagen bagi menganjalkan kulit, memulihkan tisu2 kulit.
3- Vitamin E. Baik untuk saraf dan memberi awet muda pada kulit. Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit. Ia juga sangat baik untuk menghilangkan parut kesan jerawat.
4- B-Complex. Membantu mengstabilkan hormon dan emosi. Kurang stress, kuranglah jerawat..Hehe

So, apa tunggu lagi, hubungi FazaShops sekarang untuk pertanyaan atau tempahan. Harga istimewa menanti anda. 










Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage







** untuk pembelian RM100 dan ke atas