Showing posts with label Penapis Air. Show all posts
Showing posts with label Penapis Air. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Water Pitcher - penapis air yang murah dan berkualiti

Salam Semua..

Keadaan cuaca di negara kita ni masih lagi panas dan kering. Pakar kaji cuaca dah umumkan yang keadaan ni akan terus berlarutan sehingga bulan April. Umum mengetahui yang air sangat penting untuk tubuh badan dan meliputi 70% daripada tubuh kita. Sebab tu kalau orang yang ambil suplement, dinasihatkan untuk ambil air secukupnya untuk membantu penyerapan nutrisi dengan optimum dan memberi hasil yang lebih baik.


Kesan meminum air yang tidak bersih/tidak ditapis;
  1. Mudah berasa letih, keliru dan tak menentu
  2. Imunisasi badan akan menurun - mudah terkena penyakit, seperti demam, selesema, sakit tekak dan batuk
  3. Daya berkerja menurun
  4. Mudah diserang sakit kepala, sembelit dan risiko kegagalan buah pinggang

Mungkin air yang kita minum setiap hari tu nampak bersih pada mata kasar, tapi sebenarnya terdapat pelbagai bendasing yang memudaratkan kita dalam air tersebut tanpa kita sedari. Oleh sebab tu, setiap rumah digalakkan ada penapis air sekurang-sekurangnya untuk menapis air minuman. Dulu sebelum ada Aqil, Liza pun tak kisah sangat pasal kebersihan air ni, tapi bila Aqil dah start minum air masak, start makan, rasa bersalah pulak kalau air yang dia minum tu tercemar. Betul la kata orang, seorang ibu sayangkan anak, lebih dari sayang diri sendiri. Hihi


Faktor harga penapis air yang agak tinggi, menjadi salah satu sebab kenapa masih ramai masyarakat kita yang 'terpaksa rela' minum air yang tak bertapis. Bila sebut je penapis air, mesti yang dibayangkan adalah harganya yang mencecah ribuan ringgit. Ok, sekarang anda dah boleh ubah persepsi tu ye, harga penapis air Shaklee tak sampai pun RM500! ya, jangan tak percaya dulu, sebab banyak lagi kelebihan yang ada pada penapis air ni, yang anda sendiri tak kan percaya yang harganya semurah tu.

Antara kelebihan Jag Penapis Air dari Shaklee ni adalah tidak memerlukan penyambungan elektrik, bersih dan selamat (rod plumbum untuk menapis air diperbuat daripada arang tempurung kelapa), harganya yang berpatutan (sangat berbaloi daripada senget-senget bahu beli air di mesin RO), mudah alih (senang untuk dibawa balik kampung atau ketika menginap di hotel), jimat ( hanya kira-kira 0.14 sen bagi seliter air yang dituras) dan ianya sangat mudah untuk dicuci.


Ha, amacam? Jadi, sekarang ni dah tak de sebab la untuk anda tidak memiliki penapis air. Sungguhpun anda tak kisah air yang anda minum, cukuplah sekadar anda ambil berat pada  tahap kebersihan air yang masuk ke dalam badan anak-anak atau ibu bapa anda yang sudh tentu mempunyai imunisasi yang rendah tu. Tentu anda tak sanggup tengok orang yang anda sayang tu terkena penyakit kan? Bagi sesiapa yang berminat dengan Jag Penapis Air mampu milik ni, boleh hubungi Liza segera ye. Ingat! Konsultasi dari Liza adalah sentiasa PERCUMA!







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, November 18, 2014

Happy 1st birthday my little boyfriend, Muhammad Aqil Fareez

Salam Semua..

Sekarang dah masuk musim tengkujuh kan? Sejuk-sejuk macam ni, Liza nak share cerita santai-santai je la. Cerita dah basi pun ni, tapi tak per la, selain dapat berkongsi dengan pembaca, boleh juga jadikan kenangan untuk Liza sampai bila-bila kan? Alhamdulillah, 20 Oktober yang lepas, dah genap setahun umur si kecik ni. Rasa macam baru semalam masuk ward, masuk labour room, berpantang dan berjaga malam demi si dia ni. 


Lahirnya dia setahun yang dulu sangat dinanti terutamanya Liza dan suami. Ye lah, anak sulung kan, lambang cinta suci kami, zuriat harta akhirat kami. Walaupun disambut dengan cukup sederhana, tapi penuh kesyukuran. Mengimbau saat kelahiran tu, rasa sayu sangat. Liza percaya, semua ibu-ibu pun akan rasa apa yang Liza rasa, kan?

Tanpa sebarang tanda nak bersalin, Liza start rasa contraction pada 15 Oktober 2012 (masa tu tengah kerja kat ofis lagi) walaupun due date (7 November). Dipendekkan cerita, selepas warded selama 5 hari, barulah masuk labour room untuk 'cuba' bersalin. 19/10/13 6:30pm air ketuban di pecahkan, dan Alhamdulillah Allah permudahkan, 12:20am Muhammad Aqil Fareez dikeluarkan dengan kaedah vacuum sebab heart beat dia dah slow sangat time tu. Tak kisah la guna cara apa, yang penting dia keluar dengan selamat.

Walaupun pelbagai dugaan menimpa dalam proses membesarkan Aqil, terutama 6 bulan yang pertama, Liza redha dan bersyukur dapat laluinya dengan baik. Salah satunya ialah Aqil 'dikatakan' mengalami sawan tangis, sehingga Liza mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Apalah sangat dengan meninggalkan kerja makan gaji tu, jika dibandingkan dengan nikmat menjadi seorang ibu dan isteri sepenuh masa sekarang.

Pantang nampak sejadah, dia pun sibuk nak solat sama
Thanks kat Cik Dah sebab buat kek kat Aqil
Setahun telah berlalu. Muhammad Aqil semakin behave, bijak, dan kadang-kadang telatahnya membuatkan Liza tak percaya yang dia bukan lagi baby kecil Liza yang dulu, he's grown up! Tak de birthday party pun untuk Aqil kali ni sebab dia belum faham lagi kan, tak seronok la. Nanti Aqil dah faham, kita sambut sama-sama ye.

Liza bagi Aqil minyak ikan terbaik untuk perkembangan otak dan imunisasi dia

Sama seperti semua ibu diluar sana,  mesti nak berikan yang terbaik untuk si manja kan? Walaupun tak boleh jadi ibu yang terbaik, at least kita dah berusaha untuk memberi yang terbaik, itu sudah memadai. Akhir kata, Selamat hari lahir sayang mama, u'r my baby boy.. forever! Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, bijak dan berguna untuk agama dan masyarakat. Aminn







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Tuesday, November 11, 2014

Kurangkan risiko air tercemar dengan Get Clean Water

Salam Semua..

Tahukah anda, kualiti air di Negara kita ni agak kurang memuaskan. Walaupun nampak macam jernih, tapi kita tak tahu mungkin ia mengandungi plumbum, sisa kilang, klorin dan macam-macam bendasing yang boleh memudaratkan kesihatan kita seisi keluarga. Benda ni nampak mudah, tapi kita tak tahu kesan jangka pendek dan jangka panjang yang bakal kita hadapi jika tidak mengambil berat tentang kebersihan air minuman kita.


RISIKO MEMINUM AIR TERCEMAR
  1. Boleh menyebabkan masalah hati, buah pinggang, dan saraf
  2. Menyebabkan lemah IQ, ketinggalan dalam pelajaran serta tumbesaran tidak sihat
  3. Mengakibatkan masalah kesuburan
  4. Meningkatkan risiko kanser.
  5. Mejadi punca masalah kulit
Oleh sebab pentingnya air bersih, Shaklee telah memperkenalkan Get Clean Water, si jag ajaib untuk memastikan agar air yang kita minum seharian adalah bersih dan selamat dengan kos yang sangat rendah.


Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan. - Shaklee

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama - Shaklee


Get Clean Water jugaklah menjadi pilihan Liza sekeluarga buat masa ni. Sesuai lah dengan tahap kewangan kami (harganya yang murah) dan keadaan kami yang masih menyewa (ianya portable dan mudah alih). Rasa airnya pun sedap dan tak payau! Ada jugak yang bandingkannya dengan penapis air lain yang mempunyai fungsi memanaskan air secara terus, senang je jawapan Liza, kalau dah mampu beli yang ribu riban tu, tak perlu la beli yang ni. Hihi






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Tuesday, May 13, 2014

Kasih seorang ibu

Salam Semua..

Selamat bercuti kepada yang bercuti hari ni sempena cuti umum Hari Wesak. Hari ahad lepas kita dah meraikan hari ibu kan? Entry kali ni ada kena mengena dengan hari ibu jugak, tapi bukan pasal sambutan hari ibu tu, tapi apa yang Liza rasa apabila bergelar ibu. Sama seperti ibu-ibu yang lain, kita seboleh mungkin akan cuba berikan yang terbaik untuk anak kita kan? Tak kiralah dari segi pakaian, keperluan, pendidikan, makanan, mainan dan sebagainya. 


Buat pengetahuan semua, anak Liza dah genap 6 bulan 20 April yang lepas.  Jadi, dia dah start makan makanan pejal dan mula minum air masak. Sebelum ni, Liza dan suami rilex je teguk air yang tak bertapis kat rumah tu. Ye lah, kitorang masih menyewa, jadi tak terfikir untuk beli penapis air. Rumit nanti kena bukak sambungan sana sini bila nak berpindah. Lagi satu, mestilah sebab nak berjimat, penapis air mana ada yang murah oii. Tapi, bila Aqil dah start makan, rasa bersalah pula bagi dia minum dan masak guna air yang belum pasti tahap kebersihannya tu. Jadi Liza pun survey lah penapis air yang ada dipasaran sekarang mengikut bajet yang ada. Dan.. jeng jeng jeng. Liza dengan yakin dan gembiranya, beli Jag Penapis Air Ajaib ni.


Kenapa dipanggil AJAIB? 

  1. Mudah Alih - Tidak perlu pemasangan di paip. Ia adalah sebuah jag yang ringan dan boleh dibawa kemana-mana. Senang, kalau bergi bercuti atau balik kampung, kualiti punca air masih lagi terjamin.
  2. Jimat - Ia menjimatkan wang kerana tidak memerlukan sambungan elektrik. Ia juga menjimatkan masa dan tenaga kerana kita tidak perlu lagi menjerang air dan tunggu sehingga sejuk untuk dijadikan air masak.
  3. Dijamin bersih - Penyelenggaraan dilakukan setiap 4 bulan dan terjamin kebersihannya. Jika kita membeli air dari mesin RO, kita belum pasti seberapa kerap penyelenggaraan dibuat. Jika penapis air yang lain pula, kos penyelenggaraan adalah sangat mahal. Air yang ditapis juga sedap diminum, tak de rasa payau seperti sesetengah jenama air mineral atau hasil tapisan penapis air jenama lain.
Dengan harga yang cukup berpatutan, ianya merupakan pelaburan yang berbaloi untuk kesihatan kami sekeluarga khususnya buat anak tersayang, Muhammad Aqil. Naluri ibu kan, memang nak bagi yang terbaik untuk anak-anak. Buat mereka di luar sana yang tercari-cari penapis air yang murah, ringkas, selamat tapi tetap berkualiti tinggi, Jag Penapis Air Ajaib inilah pilihan yang paling bijak. Hubungi Liza jika ada sebarang pertanyaan ya. Konsultasi adalah percuma.







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, February 24, 2014

Get Clean Water – Jag Penapis air ajaib

Salam Semua..

Hari ni teruja sangat nak share tentang Jag Ajaib dari Shaklee ni. Dulu time Liza bujang, tak kisah sangat pasal kebersihan air ni. Kalau rajin, pergi la tadah air dekat mesin RO water tu, kalau malas masak je air paip kat rumah. Tapi, sejak ada baby ni, macam terfikir-fikir pulak bersih ke air yang Liza buat susu anak tu? Bersih ke air yang Liza buat masak-masak tu? Lepas dah survey sikit sebanyak, terus decide nak beli Get CleanWater  dari Shaklee ni. Benda baik tak boleh simpan sorang-sorang kan. Eh, kenapa Liza cakap Jag ni Ajaib?


TIDAK MEMERLUKAN PENYAMBUNGAN ELEKTRIK
Walaupun tidak memerlukan penyambungan elektirk, jag ini mampu menyingkirkan kandungan plumbum dan bendasing lain dalam air minuman kita sama seperti penapis air lain yang harganya berlipat ganda lebih mahal!

BERSIH DAN SELAMAT
Selain menyingkirkan kandungan plumbum dalam air, ia juga berupaya mengurangkan paras klorin, merkuri dan kadmium serta mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar merbahaya yang terkandung dalam air minuman kita. Kalau kita beli air dari mesin RO water sekalipun, kebersihan belum tentu terjamin sebab kita tak pasti berapa lama sekali mesin tersebut diservis atau dicuci.

MURAH
Serious cakap, memang harga jag ni sangat berbaloi-baloi. Bagi orang yang baru nak bina keluarga macam Liza ni, kena la pandai berjimat cermat kan. Nak beli water filter yang harga ribu-ribu tu rasa macam membazir pulak. Lagipun Liza masih lagi duk menyewa, nanti susah nak pindah-pindah. So, Jag Ajaib ni la penyelesaian terbaik.

RINGAN DAN MUDAH ALIH
Dah nama pun jag kan, so memang ringan dan boleh dibawa kemana-mana je. Kalau nak pegi berkelah ke, gi holiday ke, balik kampung ke, memang senang sangat la untuk diangkut sekali. Jadi, kemana-mana pun kita pergi, sumber air minuman kita masih lagi terjamin kebersihannya.

JIMAT
Dah la harganya murah, anggarannya hanya dalam 0.14 sen je seliter bagi air yang dituras tu. Jag ini mampu menuras 303 liter air bagi setiap penuras, iaitu 2 kali ganda lebih banyak berbanding penapis air yang lain. Kos elektrik pun tak perlu dah since jag ni tak perlukan sambungan eletrik. Masa pun jimat, tak perlu lagi tunggu air yang dijerang sejuk dulu sebelum boleh diminum. Tak perlu lagi senget-senget bahu angkat air dari mesin RO. Tak perlu lagi beli air mineral berbotol-botol. Cuma masukkan air dari paip, tunggu lebih kurang 2-3 minit, dah boleh diminum.

SENANG DISELENGARA
Jag ni dilengkapi dengan meter automatik yang akan menunjukkan berapa banyak air yang dah dituras. Apabila cukup 80 gelen(303 liter), kita perlu tukar kepada blok penuras yang baru. Nak cuci jag ni pun senang, macam nak cuci pemanas air tu je. Mudah kan?

MESRA ALAM
Get CleanWater dari Shaklee ni menggunakan blok karbon isian semula yang dapat mengurangkan timbunan sisa. Penuras ni juga diperbuat dari arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan tidak memudaratkan alam sekitar.

Nak tau lebih jelas lagi macam mana nak guna jag penapis air ni, jom tengok video di bawah.



Apa kata mereka??




Menarik kan? Kalau anda sedang tercari-cari penapis air yang selamat dan ringkas dengan harga yang cukup berbaloi, meh hubungi Liza segera. Sangat sesuai untuk pelajar yang tinggal di asrama atau kolej kediaman, individu yang masih menyewa, serta sesiapa sahaja yang mementingkan kebersihan air minumannya. Juga sesuai untuk dijadikan hadiah khususnya hadiah perkahwinan.







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787