Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Sunday, October 18, 2015

Set kulit cantik yang terlajak laris

Salam Semua..

Alhamdulillah.. Permintaan untuk SET KULIT CANTIK memang laju sungguh bulan ni. Samada set basic (Vitamin E + Vitamin C ) atau set lengkap (Vitamin E + Vitamin C + ESP) dua2 pun terlajak laris bulan ni. Ni tak lain tak bukan gara2 promo Vitamin E (50% OFF) la ni, secara automatik kedua-dua set ni pon turun harga sekali. Set ni memang sangat sesuai dan dah pun terbukti berkesan bagi sesiapa yang ada masalah kulit seperti:
  • Kulit berminyak
  • Jerawat
  • Jeragat
  • Tona kulit tidak sekata
  • Parut (jerawat/ luka/ chicken pox)
  • Allergi
Ha, jangan tunggu-tunggu lagi tau, sebab Liza tak tau kat branch ada berapa banyak lagi Vitamin E yang tinggal. Kat tangan Liza pulak, restock je orang order, restock je orang nak. Kalau habis, maka berakhir la promosi hebat ni tau. So, cepat-cepat buat keputusan ye. Jom kita tengok apa fungsi set kulit cantik ni untuk anda.


Kelebihan Vitamin E:

* Wajah kelihatan lebih awet muda
* Membaiki peredaran darah serta memperbaiki tisu
* Memudarkan kesan parut (bekas jerawat/ chicken pox/ luka)
* Melembabkan kulit

Kelebihan Vitamin C:

* Membentuk kolagen dalam kulit (Menjadikan kulit lebih tegang dan anjal)
* Mencerahkan kulit
* Melambatkan proses penuaan
* Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat
* Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung
* Mengatasi masalah kulit berminyak
* Mengurangkan pertumbuhan jerawat
* Memberi perlindungan dari sinar UV
* Menjadikan kulit lebih gebu
* Melembabkan kulit dari dalam
* Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
* Tona kulit menjadi lebih sekata
* Membantu kelihatan lebih muda


Kelebihan ESP:

* Memudarkan parut jerawat
* Mengawal pertumbuhan jerawat
* Menganjalkan kulit
* Kulit menjadi lebih tegang, gebu dan sihat
* Sumber protein yang baik dalam proses menggantikan sel-sel kulit yang rosak kepada sel-sel baru yang lebih sihat

Tunggu dulu! Bulan ni juga Liza sediakan FREE GIFT (bernilai hampir RM40) yang super awesome kepada semua pembeli mana2 set kulit cantik ni. Tapi, sementara stok masih ada la, sebab tu jangan tangguh-tangguh tau, kang melepas! Bagi yang berminat, boleh hubungi Liza segera ye. Nak risik-risik dulu pon boleh, jangan takut, Liza tak makan orang, makan nasi je. Hehe






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
 

Saturday, October 17, 2015

Vitamin E - BELI SATU PERCUMA SATU!

Salam Semua..

Selamat berhujung minggu kat pembaca semua ye. Sebelum tu, Liza nak minta maaf banyak2 sebab lambat nak update pasal PROMO LUAR BIASA yang Shaklee tawarkan bulan ni. Kalau korang nak update terkini, boleh follow Liza kat instagram @kedai.vitamin.kita . Ha, kat situ InsyaAllah Liza selalu update info2 terkini lebih2 berita hangat macam ni.

Ok, tak nak cakap panjang. Mungkin ada yang dah tahu yang bulan ni (Oktober), Shaklee buat Promo lain dari yang lain. Kenapa Liza cakap camtu? Sebab belum pernah lagi dalam sejarah Shaklee buat promo BELI SATU PERCUMA SATU tau! Ha, ni bukan Liza yang typo, memang betul Shaklee buat promosi beli sebotol vitamin E, akan dapat sebotol lagi vitamin E secara PERCUMA. Syok kan? Senyum lebar la peminat setia vitamin E bulan ni kan. Tapi, jangan duk sengih je, contact Liza lekaih sebelum stok licin!


Apa yang bestnya Vitamin E ni:
  • Mengurangkan parut (parut jerawat, jeragat ect) pada kulit. Dengan penggunaan yang konsisten, parut akan semakin pudar dan tidak kelihatan.
  • Mencantikkan kulit dan menaikan seri wajah. Tak hairanlah kalau orang cakap Vitamin E ni boleh bagi awet muda. Hihi. Kulit juga menjadi semakin halus, gebu dan licin.
  • Tinggi dengan anti-oksidan yang menghalang serangan radikal bebas yang boleh mengakibatkan kita diserang penyakit termasuklah kanser.
  • ,Meningkatkan keinginan seksual dan kesuburan lelaki mahupun wanita.
  • Merendahkan kadar kolestrol dalam darah.
Ha, kat atas tu dah berjela panjangnya kelebihan vitamin E kan? Tapi, kebiasaanya customer Liza yang cari vitamin E adalah untuk atasi MASALAH KULIT, dan untuk tujuan MENINGKATKAN KESUBURAN. Dorang ni biasanya ambil set terus untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan dan cepat serta lebih jimat.

Sebagai contoh:

Set Kulit cantik - Vitamin E + Vitamin C + ESP

Set Kesuburan  - Vitamin E + Zinc Complex (suami)
                         - GLA Complex + ESP (isteri)

Walau apa pun, semuanya terpulang kepada keperluan dan bajet individu jugak. Set ni adalah cadangan sahaja. Ok lah, bagi yang berminat nak dapatkan vitamin E BELI SATU PERCUMA SATU NI, boleh contact Liza segera ye, tawaran ni sah selagi stok masih ada je tau. Sayang kalau terlepas promo macam ni, jimat sangat boleh kongsi suami isteri, kawan-kawan, adik-beradik atau sape saja la. Nak bagi hadiah kat orang tersayang pun molek sangat, barang baik, siapa tak seronok kan?






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
 

Thursday, August 20, 2015

Jualan penghabisan stok - Foundation Feelvogue

Salam Semua..

Dulu Liza ni jenis tak suka pakai foundation. Selain sebab nak jimat masa, sebab paling utama adalah kebanyakan foundation ni melekit, rasa berat di muka, susah nak basuh dan yang lagi teruk, muka berminyak berkilat la kalau time berpeluh. Dah la muka Liza jenis berminyak. So, memang tak kan pakai la foundation bagai ni.


Tapi, semua ni berubah sejak Liza kenal dengan Supercover Foundation dari Feelvogue. Ciri-ciri tipikal foundation yang macam Liza listkan kat atas tadi tu, semua tak de kat foundation ni. Tekstur dia sangat ringan di wajah ( sampai boleh lupa yang tengah pakai foundation - sangat selesa), tidak melekit dan berminyak, mudah di basuh, tahan lama dan yang bestnya bila muka berpeluh, ia semakin 'blend' dengan wajah dan akan memberi effect glowing serta flawless.


Yang bestnya lagi, foundation ni lain dari yang lain kerana sifatnya yang bukan sahaja untuk menutup cela, tapi dalam masa yang sama turut merawat masalah kulit wajah. Vitamin E yang merupakan salah salu bahan dalam foundation ni berfungsi untuk merawat masalah jerawat, melmbabkan dan melembutkan kulit serta memudarkan parut jerawat dan jeragat. Rasanya semua dah tahu kan, yang Vitamin E ni memang bagus sangat untuk kulit.


Berita baiknya kali ni, Liza sekarang tengah buat Promosi penghabisan stok untuk Supercover Foundation Feelvogue ni. Jadi, sesiapa yang nak cuba atau nak repeat order, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan sekarang dengan harga yang cukup menawan!

Kalau barang baik, kenapa nak habiskan stok?

Ok. Memang Liza suka sangat kat foundation ni dan sebab tu la jugak Liza jadi agent Feelvogue ni tahun lepas. Tapi, selepas difikir-fikirkan balik, Liza tak mampu nak fokus kat dua benda. Liza ambil keputusan untuk fokus pada bisnes Shaklee je. Feelvogue ni biarlah Liza jadi pengguna setia je, kasi can kat orang lain la pulak meniaga Feelvogue. Hehe

Ha, bagi sesiapa yang nak glowing flawless tu, tak kira la dengan Feelvogue atau Shaklee, meh terjah Liza cepat-cepat. Raya pun dah tak lama dah kan? Harga terbaik, konsultasi terbaik hanya untuk anda!


Opppss.. Stok Feelvogue dah tak banyak ye, siapa cepat, dia yang dapat.







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Wednesday, June 3, 2015

Cara mudah mengesan waktu subur wanita

Salam semua..

Kali ni Liza tak nak cerita pasal produk Shaklee dah, tapi nak berkongsi tips mudah bagaimana cara-cara untuk mengesan waktu subur wanita. Bagi pasangan yang berhasrat nak dapatkan zuriat, penting tau untuk tahu bila waktu subur ni, sebab peluang untuk hamil adalah tinggi jika anda 'bersama' dalam tempoh masa tersebut.


Ok, selain dari mengira bilakah waktu subur wanita, ada beberapa tanda lain yang lebih mudah untuk anda(wanita) tahu bila sebenarnya waktu subur masing-masing. Atau ada jugak yang jenis malas/tak reti nak kira-kira waktu subur tu, boleh perhati je perubahan semulajadi kat badan kita ni, senang!

Antara tanda-tanda anda berada dalam waktu subur:
  1. Penghasilan lendiran serviks yang berwarna jernih dan tidak berbau keluar daripada faraj wanita. Cecair yang seakan-akan putih telur ini lah yang akan membantu sperma berenang ke ovum anda untuk proses persenyawaan.
  2. Wanita lebih bernafsu dan mempunyai keinginan yang lebih dari biasa untuk 'bersama' dengan pasangan. Ha, kalau si suami tengok isteri dia macam nak sesuatu tu, layankan je la. Dia tengah subur la tu. Hehe
  3. Puting payudara sedikit keras dan menegang.
  4. Perut terasa kembung dan seluar pun rasa ketat dari biasa, walaupun bukan selepas makan.
  5. Suhu badan akan sedikit meningkat dan menyebabkan wanita berasa panas dan kurang selesa.
Contoh lendiran serviks
Bila anda perasan salah satu atau kelima-lima tanda seperti yang Liza bagitau kat atas ni, segerakanlah misi masing-masing ye. Hehe.. Ni untuk yang nak anak la. Bagi mereka yang dalam 'family planning' tu, elakkan la dari 'bersama' dalam tempoh ni. Kalau nak jugak, boleh je, tapi gunalah pencegahan yang sesuai.

Dari kelima-lima tanda kat atas ni, lendiran jernih tu la tanda yang paling mudah untuk anda perasan kan? Tapi bagaimana pulak kalau dalam sebulan tu tak de langsung lendiran serviks yang keluar? Itu mungkin salah satu petanda yang anda kurang subur. Jadi, anda haruslah berjumpa doktor untuk meminta nasihat dan pandangan. Alternatif lain, anda juga boleh mengambil suplemen yang boleh meningkatkan kesuburan.

Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut pasal suplemen untuk meningkatkan kesuburan tu, boleh contact Liza ye. Sekian saja tips untuk kali ni, Terima kasih.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, June 2, 2015

Promosi bulan Jun 2015

Salam Semua..

Sedar tak sedar kita dah pun sampai ke bulan Jun, dah hampir separuh tahun 2015 kita dah tempuh. Sekejap sangat masa berlalu kan? Cuba imbas balik target atau impian kita untuk tahun ni, dah berapa % yang dah terlaksana? Kalau banyak lagi yang ketinggalan, cepat tukar gear, dan pecut!

Bulan ni juga, InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kita semua akan bertemu lagi sekali dengan penghulu segala bulan - bulan Ramadhan.

Macam biasa, bila masuk bulan baru je, Liza akan update produk promo untuk bulan ni kan? Dan ternyata, Shaklee sekali lagi buat promosi istimewa 'kena pada tempatnya'. Kenapa Liza cakap macam tu? Ye lah, lagi sebulan lebih nak raya kan? Semua orang pun nak nampak cantik dan berseri di hari raya kan? Dan Shaklee siap-siap bagi promo vitamin untuk kulit cantik - Vitamin C dan Vitamin E untuk bulan ni. Best sangat!


Jadi, bagi sesiapa yang ada masalah kulit kusam, parut jerawat, kulit berminyak, dan sebagainya, mesti rebut peluang untuk dapatkan dengan harga promosi bulan ni. Setiap pembelian dengan Liza, akan layak mendapat konsultasi dan tips2 yang berkaitan secara PERCUMA. Meh contact Liza cepat, mana tau anda merupakan pembeli bertuah yang akan dapat free gift istimewa dari Liza?

Pssstt.. Ada yang berminat nak multivitamin secara PERCUMA tak?




Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Friday, March 20, 2015

Bakal pengantin risau dengan masalah parut jerawat berlubang

Salam Semua..

Sebagai seorang yang pernah merasai debaran dalam menghitung hari untuk bergelar isteri, Liza faham sangat dah apa yang bakal-bakal pengantin ni rasa. Berdebar sebab nak semua berjalan dengan lancar. Ye lah, event sekali seumur hidup tu, mestilah nak yang sehabis baik kan. 

Dari pakaian, hantaran, pelamin, lauk pauk, doorgift, makeup semua nak nampak sempurna. Eh, bila sebut pasal make up, ada tak bakal pengantin yang tengah rungsing dengan masalah parut jerawat? Bukan apa, kalau anda ada parut jerawat yang ketara, lebih-lebih lagi jenis yang berlubang-lubang tu, pakai makeup pun still tak boleh cover dengan cantik tau. Liza bercakap ni melalui pengalaman Liza sendiri. Kenapa lah Liza tak kenal Shaklee lagi waktu tu (tears).


Pada bakal-bakal pengantin yang ada masalah parut jerawat jenis tompok gelap kehitaman atau berlubang tu, jangan bimbang, sebab set kulit cantik Shaklee boleh tolong anda. Liza sendiri pun tengah amalkan set ni dan memang dapat rasa perubahannya.
  • ESP adalah sumber asid amino yang baik dalam merangsang semula pembentukan sel kulit yang baru bagi menggantikan sel-sel kulit lama yang rosak  dan tidak sihat. Parut-parut lama yang berwarna gelap kehitaman akan semakin pudar, manakala parut berlubang pula akan mula menipis dan tertutup.
  • Vitamin C penting dalam penghasilan kolagen untuk kulit wajah kelihatan anjal dan berseri tanpa kedutan.
  • Vitamin E pula memang sudah terkenal dengan sifatnya yang tinggi antioksida dan sangat berkesan dalam memudarkan parut. Ia juga bagus sebagai anti-penuaan, barulah sentiasa kelihatan awet muda.


Siapa yang tak nak bagi yang terbaik untuk pasangan masing-masing kan? Lebih-lebih lagi perempuan, mesti la nak sentiasa kelihatan cantik menawan di mata suami. Yang bestnya lagi pasal set kulit cantik Shaklee ni, bukan kulit wajah je yang lembut, bersih, dan cantik, tapi seluruh badan tau! Bonusnya, tumit kaki licin, payudara anjal, kulit pun bertambah cerah. Suami mana yang tak happy kalau dapat isteri cantik gebu macam ni. Hihi


Apa yang penting, pengambilan vitamin ni mestilah betul dan konsisten, barulah dapat hasil yang diingini. Sebab tu, eksklusif untuk customer Liza, Liza akan guide cara pengambilan yang betul dan bagi tips-tips best supaya mereka semua dapat rasa kesan yang terbaik. Eh, tawaran ni bukan untuk bakal pengantin je tau, pengantin lama atau yang masih single pun boleh. Apalah salahnya berbelanja sikit untuk diri sendiri, kan?


Oppss! Promo ESP dah nak berakhir, jangan lepaskan peluang tau!







Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, February 27, 2015

Cara mengatasi masalah kulit kering dan kusam di musim panas

Salam Semua..

Sejak dua minggu lepas, Malaysia dilanda cuaca panas dan kering yang dijangka akan berlarutan hingga akhir bulan Mac. Keadaan begini boleh membawa kepada masalah kesihatan jika tidak diambil perhatian serius. Orang ramai mudah terkena demam, sakit tekak, batuk dan selesema lebih-lebih lagi bagi golongan bayi, kanak-kanak serta warga emas. 


Selain boleh menjejaskan kesihatan dalaman, cuaca panas ini juga boleh menyebabkan kulit wajah kering dan kusam. Bagi mereka yang bekerjaya dan perlu menjaga penampilan, ia mungkin memberi sedikit masalah. Ye lah, cuaca panas macam ni, kalau pakai makeup pun mudah cair dan bercapuk kan?


Bagi sesiapa yang ada masalah macam ni, Liza nak syorkan Foundation FeelVogue untuk melindungi kulit wajah anda, dalam masa yang sama menjadikan kulit wajah tetap glowing dan kelihatan segar berseri walaupun di bawah terik matahari. Foundation FV juga dilengkapi SPF 30 yang mampu melindungi kulit wajah anda daripada sinaran UV yang boleh mengelapkan kulit. Vitamin E yang ada dalam foundation ni pula berfungsi untuk merawat serta melembabkan kulit wajah yang kering dan kusam akibat cuaca panas.



Walaupun nampak kecil, sebekas (5g) foundation ni boleh tahan hingga 3 bulan jugak. Dengan harga hanya RM45(semenanjung), Liza rasa sangat berbaloi dah tu, kan? Jadi, Sesiapa yang sayang kulit wajah masing-masing dan berminat untuk melindungi kulit wajah anda dengan foundation FV ni, boleh hubungi Liza segera, sebab stok dah semakin surut ni. Nak tanya apa-apa soalan yang berkaitan pun boleh sangat, jom wasap/mesej Liza lekaih.. Konsultasi adalah PERCUMA saja!







 Pertanyaan atau tempahan:
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, December 4, 2014

Vitamin E, suplemet yang boleh pudarkan parut jerawat dengan cepat

Salam Semua..

Sempena promo Vitamin E bulan ni, Liza nak kongsikan salah satu fungsinya yang mungkin dah semua orang pun tahu, iaitu mampu memudarkan parut jerawat. Atau dalam bahasa mudahnya, Vitamin E boleh hilangkan parut jerawat. Nak hilangkan jerawat tu mudah je, paling lama pun seminggu je miss J ni datang singgah kat muka kita. Tapi, parut yang di tinggalkan Miss J tu susah nak hilang. Lagi-lagi kalau jenis jerawat batu, boleh berlubang-lubang muka ni, kan?

Liza dan suami pun ada masalah ni jugak. Jadi, sempena bulan ni promo Vitamin E, Liza nak konsisten balik makan Vitamin E. Nak ajak encik suami join sekali, baru semangat. Hihi. Sebotol ada 120 biji, kalau kongsi dua orang pun, masih boleh tahan hingga 2 bulan. Jimat sangat dah tu, kan? Selain makan, Vitamin E ni pon boleh dibuat masker, campur dengan Vitamin C ( promo jugak bulan ni oiii) atau Energizing Soy Protein (ESP). Tapi kalau tak nak campur apa-apa pun boleh. Cubalah, lepas basuh muka tu, rasa lembab je muka. Haih, tak sabar pulak nak buat.

Bagaimana Vitamin E membantu menghilangkan parut jerawat dengan berkesan?

Vitamin E dari Shaklee berfungsi untuk melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksida. Antioksida bermaksud ia memelihara sel-sel yang terdedah dengan radikal bebas daripada termusnah dan berlakunya penuaan awal. Minyak vitamin E tulen adalah yang terbaik kerana mampu meresap di bawah permukaan kulit untuk menghalang radikal bebas. Radikal bebas ni la yang kita tak nak, sebab menghalang penyembuhan terutamanya bagi tisu parut. Vitamin E juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang membuatkan kulit kita jadi lebih anjal.

Selain menghilangkan parut, vitamin E juga baik untuk menghilangkan kedutan, memudarkan tompok-tompok gelap pada wajah serta mencantikkan dan melicinkan kuku. Bagi mereka yang inginkan hasil dengan lebih cepat, disarankan agar mengambil Vitamin E sekali dengan Energizing Soy Protein (ESP). ESP dapat membantu memperbaharui sel kulit  dengan menghasilkan sel kulit baru yang lebih cerah dan berseri.






Monday, December 1, 2014

Bulan Disember, bulan untuk kulit cantik

Salam Semua..

Hari ni kita semua dah pun berada dalam bulan terakhir untuk tahun 2014. Awal bulan macam ni, perkara yang ditunggu-tunggu oleh pengguna setia Shaklee, tak lain tak bukan adalah produk promo. Sekali lagi, Shaklee telah membuat aksi gempak dengan menawarkan 'double promo' pada bulan ni. Khas untuk rakyat Malaysia yang sukakan kecantikan, Shaklee telah menawarkan harga promo untuk dua produk hebatnya iaitu Vitamin C dan Vitamin E.


Kalau tak promo pun, harga kedua-dua produk ni dah memang mampu milik dan berbaloi-baloi. Ye lah, harga Vitamin C Shaklee yang lain dari yang lain ni tak sampai RM100 pun, tapi boleh tahan sehingga 6 bulan. Vitamin E pulak boleh tahan sehingga 4 bulan. Berbaloi sangat tau! Walaupun Liza rasa dah ramai yang tahu, tapi jomlah kita cekidaut sekali lagi ape kelebihan kedua-dua Vitamin ni.

Vitamin C
  •  Menjadikan kulit lebih licin, cerah, tegang dan cantik. Luka juga cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Mengelakkan pengidap darah tinggi daripada terkena serangan strok atau jantung tersumbat, Vitamin C berfungsi untuk menjaga salur darah supaya tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah serta membantu dalam proses pemecahan lemak.
  • Membersihkan darah dan mengelakkan kerosakkan pada buah pinggang. Perokok sangat disarankan untuk mengamalkan Vitamin C kerana Vitamin C yang ada dalam badan mereka telah musnah akibat daripada aktiviti merokok.
  • Turut berfungsi sebagai anti-stress.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan (demam selesema, gusi berdarah, luka, pendarahan atau lebam-lebam pada badan, pendarahan pada otot atau sendi) boleh meningkatkan dos Vitamin C dalam diet harian mereka.
Vitamin E
  • Mengurangkan parut (parut jerawat, jeragat ect) pada kulit. Dengan penggunaan yang konsisten, parut akan semakin pudar dan tidak kelihatan.
  • Mencantikkan kulit dan menaikan seri wajah. Tak hairanlah kalau orang cakap Vitamin E ni boleh bagi awet muda. Hihi. Kulit juga menjadi semakin halus, gebu dan licin.
  • Tinggi dengan anti-oksidan yang menghalang serangan radikal bebas yang boleh mengakibatkan kita diserang penyakit termasuklah kanser.
  • ,Meningkatkan keinginan seksual dan kesuburan lelaki mahupun wanita.
  • Merendahkan kadar kolestrol dalam darah.


Di atas ni, diantara hasil yang akak-akak cantik kita ni dapat selepas konsisten dengan kedua-dua vitamin C dan E. Ada yang nak cantik macam diorang ni tak? Bagi sesiapa yang berhasrat untuk mencuba kedua-dua vitamin ni, mesti rebut peluang harga promo macam ni. Selain badan lebih sihat dan cantik, boleh berjimat sekali kan? Sesiapa yang berminat, boleh hubungi Liza segera. Liza akan berikan konsultasi terbaik sehingga anda berjaya memperolehi hasil yang anda inginkan.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Wednesday, June 4, 2014

Misi dapatkan kulit cantik di Hari Raya

Salam Semua..

Sebelum ni, Liza memang konsisten Set Menyusu (ESP, Alfalfa, Ostematrix) je. Tapi, memandangkan bulan ni promo Vitamin E, teringin juga nak cuba. Ye lah, siapa yang tak nak kulit cantik kan? Tu kan dah memang fitrah seorang manusia, lebih-lebih lagi golongan wanita. Alhamdulillah, dah jarang sangat jerawat datang kat muka Liza sekarang ni, tapi parut jerawat zaman muda-mudi dulu masih ada la. Alang-alang memang vitamin E ni terer dalam bab memudarkan parut jerawat, Liza rasa elok sangat la Liza ambil peluang untuk cuba sempena promo bulan ni. Bagi mendapatkan kesan yang optimum, Liza ambil vitamin C sekali.


Vitamin E
  • Mengurangkan jerawat serta memudarkan parut jerawat
  • Memulihkan tekstur kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Mengurangkan kedut dan garis halus
  • Mengurangkan kulit berminyak
  • Anti-penuaan
Vitamin C
  • Membentuk kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Menghilangkan kedut dan jeragat
  • Merawat kulit kasar dan kering

Harap-harap sempatlah nak dapat kulit yang lebih sihat dan cantik untuk Hari Raya nanti. Hihi. Bagi sesiapa yang nak join Liza sekali untuk mendapatkan kulit yang diidamkan sempena Hari Raya nanti, boleh la hubungi Liza untuk pertanyaan atau pembelian ye. Lagipun kedua-dua jenis vitamin ni tahan lama dan berbaloi beli. Vitamin E boleh tahan 4 bulan, Vitamin C pula boleh tahan sehingga 6 bulan. Jimat kan? Kalau nak kongsi suami isteri atau adik beradik pun boleh. Sesuai untuk sesiapa sahaja kecuali ibu hamil, tidak digalakkan untuk mengambil Vitamin E.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, June 3, 2014

Promo Jun - Vitami E, vitamin untuk kulit cantik

Salam Semua,

Sedar tak sedar kita dah berada di pertengahan tahun 2014, kejap je masa berlalu. Macam biasa, setiap bulan Shaklee ada produk promo. Jadi bulan ni giliran Vitamin E pulak yang menjadi pilihan. Sama seperti produk-produk Shaklee yang lain, Vitamin E pun terkenal kerana manfaat dan fungsinya yang tersendiri. Antara kebaikan Vitamin E yang tiada tandingannya ialah kehebatannya dalam memperbaiki struktur kulit, memudarkan parut jerawat, menjadikan tona kulit lebih sekata serta mengatasi masalah kulit berminyak. Ini akan menjadikan kulit sihat dan kelihatan cantik berseri.


Selain itu, Vitamin E juga terkenal sebagai Vitamin Cinta bagi pasangan suami isteri (terutamanya lelaki) . Ini kerana ia berupaya memberikan kenikmatan ketika 'bercinta', membekalkan lebih tenaga seksual, meningkatkan rangsangan dan sebagainya (segan nak cerita lebih..huk2). Vitamin E juga terdapat dalam Set Kesuburan untuk lelaki bagi membantu pembentukan sperma yang sihat.

Bagi mereka yang inginkan kulit cantik atau dalam usaha untuk mendapatkan anak, memang patut sangat lah cuba Vitamin E bulan ni, boleh dapat dengan harga promo. Sempatlah nak baiki struktur kulit dan nampak lebih berseri di Hari Raya nanti. Ha, bagi mereka yang minat nak berbisnes pun, elok grab peluang ni.


Dengan setiap pembelian 6 botol Vitamin E pada bulan ini, anda layak mendapat:

  1. Sebotol Vitamin E secara PERCUMA
  2. Keahlian seumur hidup Shaklee secara PERCUMA
  3. Cash bonus ke dalam akaun anda pada bulan hadapan (15 Jul)
  4. Peluang untuk berbisnes dengan Shaklee. (Bimbingan disediakan)
Tapi, kalau nak jadi ahli tanpa berbisnes pon boleh je. Bila nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh dapat dengan harga ahli, kan jimat tu. Seperti biasa, jika ada sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee ataupun berminat dengan peluang perniagaan bersama Shaklee, boleh hubungi Liza. Konsultasi adalah percuma.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, May 27, 2013

Set Skin Care harga Bajet

Salam Semua..

Anon : Salam akak, saya berminat dengan set skin care yang akak cerita dalam blog akak tu. Untuk pengetahuaan akak, saya ada masalah kulit berminyak dan berjerawat. Masalah kulit saya ni start dari zaman sekolah menengah lagi, sampai lah saya dah masuk Universiti sekarang. Jadi, parut jerawat yang lama pun banyak. Saya baca testimonial orang yang dah guna set skin care ni, rasa tak sabar nak cuba jugak. Saya dah banyak kali tukar2 produk kulit, ubat2 dari klinik pun saya dah cuba. Tapi masih belum ada yang sesuai dengan saya. Kalau ada yang macam ok sket, harga pulak tinggi. 

Anon : Dari apa yang saya baca kat dalam blog akak ni, produk ni dari luar negara kan, pastu semulajadi pulak tu, mesti harga pun mahal. Memandangkan saya ni masih student, duit tak banyak, ada harga special tak tuk saya?Hehe.. Harap akak boleh tolong saya.  Saya dah tak tahan dengan masalah kulit muka saya ni, dah tak confident nak berhadapan dengan orang. Terima kasih akak.



Liza : Salam dik. Terima kasih sebab berminat dengan set skin care dari Shaklee ni. Akak memang faham sangat dengan perasaan adik sekarang sebab akak pun pernah rasa apa yang adik rasa. Semua orang tak sama. Ada yang kena amik suplement, kena amalkan penjagaan muka yang rapi, baru dapat kulit yang cantik. Ada pulak yang bernasib baik, cuci muka seminggu sekali pun, jerawat tak sudi nak jengah. Lain orang, lain cara nya kan. Sebab tu kita kena mencuba dan berusaha untuk mendapat apa yang kita ingini.

Liza : Dalam kes adik ni, Shaklee memang ada set skin care yang sesuai untuk kulit yang bermasalah (berjerawat/berminyak/allergik). Sesuai dengan motto Shaklee, SELAMAT, SEMULA JADI, BERKESAN, sangat digalakkan untuk adik mencuba set skin care ni. Ramai yang dah berpuas hati dengan perubahan yang mereka alami selepas mencuba set ni. Walaupun produk ni dari luar negara, tapi memang dah di sahkan HALAL dan harga pun sangat berpatutan, sesuai dengan kemampuan masing2. Jadi, akak rasa memang tak de masalah untuk adik nak cuba set skin care ni, akak gerenti masih dalam bajet adik. Akak akan bagi harga spesel untuk adik ye.. PM akak dengan subject : "Set Skin Care harga Bajet", nanti akak akan bagi harga istimewa dan konsultasi percuma untuk adik.




Ha, untuk pembaca yang lain, yang ada masalah yang sama dengan cik Anon kita ni, jangan segan2, jangan tunggu2 untuk PM Liza sekarang dengan subject : "Set Skin Care harga Bajet". Liza akan berikan harga dan konsultasi yang terbaik untuk anda semua.




Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, January 14, 2013

Suplemen untuk menghilangkan parut jerawat..

Salam Semua..

Cik Anon: Bila zaman remaja, jerawat datang menyerang dengan meriahnya di muka ini. Bila umur meningkat dewasa, jerawat sudah kurang berminat nak datang berkunjung. Namun kesan penjajahan sang jerawat empat lima tahun dulu masih jelas kelihatan di kulit wajah tanpa segan silu. Pelbagai cara dah cuba, namun kesan masih sama. Jumpa bomoh je belum..huk2.. Apa yang perlu saya buat ye?

FazaShops: Baiklah Cik Anon, Liza akan cuba bagi sedikit pandangan dan cadangan terhadap masalah yang dihadapi Cik Anon ni ye. Bukan Cik Anon sorang je yang ada masalah ni, ramai je kat luar tu yang ada masalah yang sama macam ni. Cuma, segan nak tanya je..Hehe. Tak payah la pergi jumpa bomoh tu semua, meh beli produk yang Liza syorkan ni je. Harga pun tak mahal, Cik Anon mesti mampu punya. Lebih afdal kiranya kalo kita guna rawatan dalaman ni. Kesannya lebih natural, lebih tahan lama.


Merawat dari Dalam?

Kita perlu membaiki tisu2 kulit dari dalam. Beri zat2 yang diperlukan oleh kulit dengan secukupnya. Barulah kulit yang rosak dapat diganti dengan tisu2 kulit baru yang sihat. Lama kelamaan, parut akan semakin pudar dan hilang. Tapi ingat, tisu2 kulit mengambil masa lebih kurang 21 hari untuk berganti dengan yang baru. Jadi, pengambilan suplemen ni mestilah berterusan untuk mendapatkan hasil yang hebat. Jangan pulak, baru ambil seminggu, dah give up.

Vitamin E berfungsi untuk melambatkan proses penuaan, menghilangkan/memudarkan parut jerawat, mengurangkan kedut, mencantikkan serta menaikkan seri wajah. Manakala, Vitamin C pula berfungsi untuk merangsang pertumbuhan dan pemulihan tisu2 baru bagi menggantikan tisu2 kulit yang telah rosak. Vitamin C juga membantu dalam pembaikan serta pembentukkan kolagen, jadi kulit akan jadi lebih anjal dan berseri. Secara kesimpulannya, gabungan dua vitamin hebat ini akan bertindak untuk mencegah jerawat baru serta menyembuh parut jerawat yang sedia ada.

Untuk kesan optimum dan segara?

Bagi mereka yang inginkan kesan yang optimum, boleh la tambah Energizing Soy Protein (ESP). Semua pon tahun kan, yang protein merupakan bahan asas untuk pembentukkan sel. Jadi, ESP ni sangat bagus untuk menyingkirkan sel kulit mati,seterusnya merangsang pertumbuhan sel kulit baru yang sihat. ESP juga boleh menghilangkan tompok/bintik hitam kat kulit kita, selepas sel kulit mati dapat disingkirkan.


Jerawat gemar menyinggah bila kita stress ataupun time 'datang bulan' kan? Time ni, hormon kita tak stabil. Jadi, untuk menstabilkan hormon dalam badan, pengambilan  B-Complex adalah sangat perlu. Selain mengstabilkan hormon dalam badan, B-Complex juga akan membuatkan kita sentiasa dalam mood happy dan ceria. Bonusnya, dengan pengambilan satu set skin care ni, badan kita juga akan lebih bertenaga dan cergas.


 Jadi, apa tunggu lagi, hubungi FazaShops sekarang untuk mendapatkan harga istimewa serta tips menarik untuk mendapatkan kulit sihat dan cantik yang anda idamkan.






Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/ 017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage







** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Wednesday, September 26, 2012

Suplemen untuk menghangatkan hubungan suami isteri..

Salam Semua..

Nak taip tajuk entry pun dah blushing..Hik2. Sememangnya dah di akui yang produk Shaklee ni rakan kehidupan seharian kita. Dari yang sebelum mengandung, sedang mengandung sehingga yang berpantang, pergi pulak kepada yang menyusu baby. Tak lupa juga bagi mereka yang nak kulit cantik, yang nak awet muda, yang ada masalah eczema, masalah resdung, masalah sembelit pun ada. Shaklee pun boleh turunkan berat badan, naikkan berat badan, tambah tenaga supaya kekal aktif, membantu melegakan kesakitan sendi dan macam2 lagi lah. Tak kira umur dan jantina. Pendek kata, Shaklee memang suplement seisi keluarga.

Topik hari ni hangat sikit, Liza nak olah pun segan malu2 kucing ni. Hehe. Tapi, nak jugak berkongsi tentang fungsi Shaklee yang satu ni. Berita baiklah buat pasangan2 yang dah berumah tangga, yang belum tu, duduk diam2 ye.


Dalam Shaklee ni, vitamin E ada nama glemer, iaitu vitamin cinta. Selain bertindak untuk melambatkan proses penuaan (awet muda), vitamin E juga dapat membantu menjaga kesihatan prostat, mengekalkan tekanan darah, menurunkan trigliceride, serta mengurangkan risiko penyakit jantung dan serangan strok. Nitrik oksida yang berada di dalam vitamin E membantu melancarkan pengaliran darah di alat sulit lelaki bagi mendapatkan ereksi yang lebih baik. Ada pendapat yang mengatakan suami mereka lebih bertenaga selepas mengambil vitamin E.

Bagi wanita pula, vitamin E akan menyeimbangkan kandungan estrogen dalam badan. Jadi, simptom PMS seperti rasa gelisah, risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan 'mood swing' dapat dielakkan. Vitamin E boleh diambil oleh kaum adam mahupun kaum hawa. Tak de masalah ye.

Khusus untuk kaum hawa pula, Alfalfa dicipta untuk mengatasi masalah keputihan, mengetatkan vagina, mengurangkan risiko sembelit, mengurangkan masalah allergic dan banyak lagi. Alfalfa yang mengandungi phytoestrogens akan menyebabkan ia berfungsi seperti kacip fatimah, sangat membantu sewaktu hubungan suami isteri (enhance libido). Ada juga yang mengaitkan Alfalfa dengan pembesaran payudara.


Ha, pada suami2, isteri2 semua, apa tunggu lagi, jom alami perubahan dalam hubungan intim anda. Kita berhak berusaha, namun Allah jua yang menjayakannya.. InsyaAllah 






Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage







** untuk pembelian RM100 dan ke atas