Showing posts with label Fakta FazaShops. Show all posts
Showing posts with label Fakta FazaShops. Show all posts

Wednesday, December 3, 2014

Ibu hamil bimbang, air ketuban banyak

Salam Semua..

Semalam Liza ada terpandang satu post di page PA&MA mengenai seorang ibu hamil yang tengah risau bila doktor bagitau yang air ketubannya banyak. Terus Liza teringat kisah kehamilan Liza tahun lepas. Pada minggu ke-33, Liza buat check-up di Hospital Az-Zahra, Bangi sebab plannya nak bersalin kat situ. Bila doktor scan, dia cakap air ketuban Liza banyak (AFI:26), dan suruh Liza buat test diabetic(minum air gula) di Klinik Kesihatan. Salah satu faktor berlakunya air ketuban berlebihan ni adalah kencing manis.

So, next appoiment di KK, minggu ke-34 Liza buat test minum air gula tu. Di KK, doktor scan sekali lagi, (AFI:21) dan terus dia bagi surat untuk refer Hospital Serdang. Tapi kisahnya, tak sempat nak dapat result test diabetic, tak sempat pergi checkup pasal air ketuban ni, dah masuk ward untuk bersalin dulu. Hehe. Alhamdulillah, tak de apa-apa masalah berkaitan dengan air ketuban banyak ni di sepanjang proses kelahiran. Ok, tamat la kisah air ketuban Liza kat situ. Tapi sebenarnya simptom air ketuban berlebihan ni tak boleh diambil mudah jugak ye.


Masalah yang mungkin timbul apabila air ketuban berlebihan.
  1. Kedudukan bayi sentiasa berubah-ubah dan boleh mengakibatkan kelahiran secara pembedahan kerana kepala bayi songsang.
  2. Kelahiran pra matang akibat berlakunya kepecahan air ketuban pra-matang atau uri tertanggal dari dinding rahim.
  3. Kandungan akan menjadi lebih berat. Ini akan menyebabkan ibu mudah sakit belakang, sakit pinggang, sukar untuk bernafas dan cepat letih.
  4. Berlaku pendarahan yang teruk selepas bersalin.

Masalah air ketuban berlebihan (polyhydramnio) hanya boleh diatasi dengan pemantauan kesihatan yang lebih kerap dan rapi untuk memastikan perkembangan bayi adalah baik. Rawatan lain adalah seperti menyedut air ketuban serta menggunakan ubat untuk mengurangkan cecair. Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang mempunyai masalah ni, tak perlu terlalu risau kerana kebanyakkan kes, ainya akan kembali normal semula pada saat kelahiran. Yang paling penting, ibu hamil haruslah menjaga pemakanan, kesihatan dan mendapat rehat yang cukup. Selain tu, berdoalah pada yang Maha Kuasa untuk mempermudahkan segala urusan kehamilan dan kelahiran anda.

Bagi ibu hamil yang ingin merasai pengalaman hamil bersama Shaklee yang ternyata berbeza, boleh hubungi Liza segera. Berikan yang terbaik untuk diri anda dan juga bayi dengan pengambilan Set Ibu Hamil Shaklee di sepanjang proses kehamilan. Setiap pembelian di Faza Shop, anda layak menerima konsultasi eksklusif daripada Liza secara percuma selagi mana anda memerlukannya.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Tuesday, December 2, 2014

Bahaya kolesterol tinggi dalam darah

Salam Semua..

Ramai yang beranggapan, hanya orang yang gemuk atau berbadan besar sahaja yang berhadapan dengan masalah kesihatan. Bagi masalah kolesterol tinggi dalam darah, ia tidak hanya berlaku kepada individu yang bersaiz besar sahaja. Orang yang kurus juga belum tentu tahap kolesterolnya normal ye kawan-kawan. Cuma, orang yang berbadan besar, lebih tinggi kebarangkaliannya untuk mempunyai masalah kolesterol yang berkait rapat dengan masalah serangan jantung ni.


Antara fakta menarik tentang penyakit jantung yang mungkin kita tak tahu:
  • Penyebab utama kematian di Malaysia
  • Pembunuh no 1 di kebanyakkan negara di dunia. Jika pembunuh no2 dan no3 ditambah, pesakit jantung lebih mendahului.
  • Seorang pesakit diabetis mempunyai tiga kali ganda risiko untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang sihat
  • Setiap 20 saat, akan berlaku serangan jantung di dunia, dan setiap 1 minit, berlaku kematiaan akibat serangan sakit jantung
  • Golongan wanita lebih berisiko. Jumlah wanita yang berusia 50 tahun yang meninggal akibat penyakit jantung adalah dua kali ganda berbanding lelaki.
  • 50 % pesakit meninggal sebelum sampai ke hospital
  • Golongan wanita lambat mengesan serangan jantung
  • Lebih bahaya dari kemalangan - Risiko untuk meninggal bagi pesakit jantung adalah 10 kali ganda berbanding mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya
  • Penyakit yang mahal - Di Amerika Syarikat, kos perubatan bagi penyakit jantung dalam tempoh 3 tahun adalah US$ 600 bilion
  • Lebih ganas dari AIDS - Penduduk bumi yang berpontensi untuk meninggal dunia akibat penyakit jantung adalah 30 kali lebih besar daripada AIDS
  • Menyerang pada waktu pagi - Hal ini berlaku kerana salur darah menyempit pada waktu pagi
  • Keturunan - Merupakan faktor terbesar penyakit jantung

Apa kaitan kolestrol dan penyakit jantung?
Kolesterol dan lemak yang berlebihan akan berkumpul di dinding pembuluh darah(arteri) yang membawa darah ke jantung. Hal ini akan menyebabkan arteri menjadi sempit dan aliran darah terganggu. Penghantaran oksigen ke jantung juga terhalang dan bagi kes yang serius, boleh menyebabkan otot jantung mati. Kejadian ini dikenali sebagai serangan jantung yang boleh membawa maut.

Haish, gerun betul bila cerita pasal penyakit jantung ni kan. Penyakit jantung juga digelar pembunuh senyap' kerana jarang menunjukkan simptom. Sebab tu lah, kita digalakkan membuat pemeriksaan perubatan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk mengesan apa-apa penyakit. Tapi, bagi mereka yang dah di sahkan mempunyai paras kolesterol yang tinggi, dunia masih belum berakhir. Anda boleh mengambil ubat-ubatan yang disyorkan, mengawal diet harian, melakukan aktiviti fizikal, menurunkan berat badan serta menjauhi rokok dan minuman beralkohol.


Selain tu juga, pengambilan suplemen juga tidak boleh dipertikaikan keberkesanannya. Shaklee juga tidak ketinggalan untuk membantu golongan tersebut agar mendapat kehidupan yang lebih baik. Phytocol-st  berfungsi untuk menghalang penyerapan lemak dan kolesterol ke dalam salur darah, manakala Omega Guard pula berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak yang telah sedia ada di dalam badan. Mudah-mudahan dengan pengambilan kedua-dua produk ni, boleh mengembalikan tahap kolesterol normal anda serta yang lebih penting, dapat  mengelakkan daripada terkena serangan jantung.

Bagi yang berminat dengan kedua-dua produk ni atau mana-mana produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Liza ye. Konsultasi terbaik dan percuma khas untuk anda.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Thursday, November 27, 2014

Atasi bau badan dengan Alfalfa Shaklee

Salam Semua..

Bau badan, samada bau ketiak, badan atau kaki bukan saja menggangu orang sekeliling, tapi diri sendiri pon boleh pening kalau hidu bau badan yang kurang menyelerakan. Selain tu, keyakinan diri pon tak berapa tinggi bila badan berbau. Nak berurusan dengan orang akan jadi tak selesa dan hilang fokus. Apa sebenarnya yang menjadi punca kepada bau badan ni?


Terdapa beberapa punca yang menyebabkan terjadinya badan berbau. Ia mungkin juga disebabkan faktor genetik ataupun cara hidup kita sendiri. Sebagai contoh, mandi tidak bersih dan tak bersabun, memakai pakaian/baju yang sama berulang kali tanpa basuh, tidak mementingkan kebersihan diri(tak cukur bulu ketiak/ tak pakai pewangi), masalah kegemukan, badan mudah berpeluh, masalah pencernaan(sembelit), serta faktor pemakanan (minuman berkafein, bawang merah, bawang putih, makanan berempah) menjadi faktor badan berbau. 

Apabila kita dah dapat mengenalpasti punca yang menyebabkan bau badan, maka mudahlah untuk kita mengatasi masalah ni. Jadi, sesiapa yang mempunyai bau badan haruslah mandi dan tukar pakaian baru dengan lebih kerap, gunakan sabun antiseptik, pilih pakaian (baju/seluar/stokin) yang mudah menyerap peluh dan mempunyai pengalihan udara yang baik, jaga kebersihan diri, gunakan deodorant atau pewangi yang sesuai, kurangkan memakan makanan berlemak atau sumber makanan yang boleh menyebabkan bau badan(seperti yang disebut di atas), dan pastikan proses pencernaan anda berlaku dengan baik.

Bila cakap mengenai proses pencernaan, macam mana nak tau proses pencernaan kita berfungsi dengan baik? Apa kaitannya proses pencernaan dengan bau badan. Ok, meh Liza terangkan sikit. Proses pencernaan berlaku dengan baik apabila kita dapat mengeluarkan bahan kumuh dari badan kita dengan baik. Jika proses itu tak berlaku dengan baik, contohnya kita ,mengalami sembelit, bahan-bahan yang tak diperlukan oleh tubuh kita serta toksin-toksin tidak dapat dikeluarkan dari badan, maka boleh menyebabkan bau badan. 



Ada ke produk yang boleh menghilangkan bau badan. Ha, yang ni la Liza nak syorkan Alfalfa. Ia membantu menyingkirkan segala toksin-toksin yang terkumpul dalam badan melalui perkumuhan. Ia juga secara tak langsung mampu membersihkan usus kita yang dah digunakan bertahun-tahun tanpa service tu, supaya sihat dan bersih. Apabila badan kita bebas toksin, sihat dan bersih, InsyaAllah masalah bau badan, boleh diselesaikan. Berminat untuk mencuba Alfalfa, jom hunbungi Liza untuk konsultasi terbaik!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
 
 

Thursday, May 8, 2014

Kelebihan MealShake Shaklee yang perlu anda tahu

Salam Semua..

Kali ni entry pasal MealShake lagi, yelah tengah 'demam' MealShake kan sekarang. Alhamdulillah, setiap hari ada je yang order MealShake ni. Ni tak lain tak bukan membuktikan yang rakyat Malaysia sekarang semakin terbuka untuk menerima makanan tambahan seperti MealShake dari Shaklee ni. Kebanyakkannya memang beli untuk anak masing-masing la. Tapi, ada juga yang beli untuk masalah sendiri seperti masalah kulit, ingin menambah berat badan dan untuk persediaan untuk berpuasa nanti. Time bulan promo ni lah, nak beli banyak-banyak kan? Baru la jadi pengguna yang bijak. 

Bagi yang kurang gemar dengan soya (ESP) macam Liza pula, bulan ni la boleh cuba beralih angin kepada MealShake.Hehe. Sebelum ni, Liza memang ambil ESP untuk membantu supaya kekal bertenaga disamping membantu meningkatkan pengeluaran susu badan. Jadi, alang-alang bulan ni promo MealShake, jadi nak buat eksperimen apa kesan kalau tukar ESP kepada MealShake pulak. Dah la MealShake ni perisa vanila, lagi la teruja nak try. Nanti Liza share resultnya ye. 


Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana MealShake ni boleh membantu menyelesaikan masalah kita, kan? Jadi, meh kita tengok apa kelebihan yang ada pada Mealshake ni.
  1. Mengandungi 24 jenis vitamin A-Z, mineral dan juga 'trace mineral' yang membantu meningkatkan kadar penyerapan vitamin ke dalam badan.
  2. Kaya dengan protein yang menjadi bahan asas dalam pembentukkan kulit, rambut, kuku, organ-organ, darah, sel imunisasi dan sebagainya. Protein juga penting dalam penghasilan susu ibu. Jadi, MealShake seharusnya baik dan disarankan untuk ibu menyusu. * * Yang ni Liza nak try.
  3. Ia juga mengandungi asid folik, biotin, serta kaya dengan kalsium dan magnesium yang amat diperlukan dalam proses tumbesaran. Oleh sebab itulah, Mealshake turut disarankan kepada ibu hamil dan kanak-kanak yang sedang dalam proses untuk membesar.
  4. Mengandungi vitamin A, C, E, zinc dan selenium yang merupakan komponen anti-oksida dan akti-penuaan. Ia baik untuk individu yang pentingkan kecantikkan dan kesihatan kulit.
  5. Lengkap dengan vitamin B-complex, iron dan copper yang berfungsi untuk menghaluskan dan melembutkan kulit.
  6. Kaya dengan serat yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit bagi kanak-kanak serta orang dewasa.

Bila dah tengok apa bahan-bahan atau nutrisi yang ada dalam MealShake ni, makin bertambah teruja untuk mencuba MealShake. Lagipun, semua produk Shaklee ada klinikal test, jadi memang dah terbukti berkesan dan selamat la, sebelum dipasarkan. Bagi mereka yang ada masalah kulit, kurang berat badan, mudah lesu dan tak bermaya, ataupun anak anda seorang yang 'picky eater', pengidap eczema, selalu demam, sering sembelit dan sebagainya, boleh la mencuba MealShake ni. Yang seronoknya, bulan ni promo MealShake, jadi boleh la berjimat, kan? Hubungi Liza jika ada sebarang pertanyaan ye. Konsultasi adalah percuma!




Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, October 8, 2013

Suplement Shaklee mahal?

Salam Semua..

Amacam hari ni? Ok tak? Semalam hari isnin ni, ramai yang lemau dan monday's blues kan, maklumlah permulaan minggu. Hari ni dah ok sikit kot. Liza pun sama je, bila masuk hari isnin, mesti rasa tak best. Tapi kalau banyak kerja kat ofis, macam semalam, Fuh! berpeluh ketiak. Takut jugak tak sempat nak setelkan semua kerja-kerja ni sebelum cuti panjang nanti. Waa.. dah tak lama dah nak cuti panjang, nervous pun ada. Semoga Allah permudahkan semua urusan Liza. Aminn

Ok, habis cerita pasal lemau-lemau ni, hari ni Liza nak kongsikan sikit isu yang agak glemer la kalau ada yang sebut pasal Suplement Shaklee. Ramai yang beranggapan Shaklee ni mahal. Ada juga antara kawan-kawan Liza yang tanya, 'eh, mahal kan Shaklee ni?', bila tahu Liza consume Shaklee. Meh Liza bagi beberapa contoh produk Shaklee dan harganya. Lepas tu pembaca semua boleh la decide samada mahal ke tak produk Shaklee ni.


Hah, mahal ke Shaklee ni? Ni sebahagian daripada produk Shaklee yang tengah famous amous kat pasaran sekarang la. Dengan harga yang rendah macam ni, tapi kualiti yang tip-top, dan kesan yang dah terbukti memang tak hairan la Shaklee jadi fenomena kat Malaysia sekarang. Tapi, kadang-kadang Liza pelik juga, ada sesetengah individu, kalau nak beli benda-benda lain yang kurang penting macam pakaian ke, handbag ke, tak ramai yang kisah pasal harga. Tapi untuk suplement, ramai yang berkira. Hurmmm

Perhatian! harga yang Liza kira kat atas ni, adalah harga retails ye. Liza tak pernah jual dengan harga ni tau, semua Liza bagi harga member-member je. Kalau nak tahu berapa harga yang Liza bagi, kena la contact Liza, kita bisik-bisik. Hehe. Oh ya, siapa-siapa yang nak buat bisnes part time atau full time boleh la bagitau Liza. Paling tidak pun, boleh lah buat cover duit suplement setiap bulan kan? Jom!


P/S: Jom dapatkan Kolagen terbaik di pasaran dengan harga runtuh sempena promo Oktober! 








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Tuesday, October 1, 2013

Kenapa Shaklee berbeza dari yang lain?

Salam Semua..

Hari ni Liza nak share dengan pembaca semua tentang kelebihan produk Shaklee yang tidak ada pada suplement jenama lain. Inilah di antara sebab mengapa Shaklee menjadi satu fenomena di Malaysia sekarang. Apa yang boleh Liza cakapkan, produk Shaklee yang terjamin berkesan, selamat dan semulajadi ni menjadikan Shaklee tu  hebat dengan sendirinya. Tak perlu ada duta glomour dari kalangan artis, tak perlu pengiklanan di kaca TV, melalui radio ataupun di bill board. Cukuplah dari perkongsian dari mulut ke mulut yang biasanya di kalangan kawan-kawan mahupun saudara mara.



KENAPA SHAKLEE BERBEZA DARI JENAMA LAIN

  1. Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral. Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”. Inilah sejarah dimana perkataan vitamin terhasil.
  2. Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity.
  3. Pada 1924,Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.
  4. Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah2an , sayur2an dan minima lemak dan gula.
  5. Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee.
  6. Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.
  7. Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies.
  8. Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry.
  9. Shaklee menjalankan ujikali klinikal sendiri terhadap produk2 mereka.Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University) dimana kajian klinikal ini dijalankan keatas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk2 Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as:The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and. The American Journal of Cardiology
  10. Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang- undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melakukan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang melaburkan berjuta2 ringgit untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka
  11. Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yang badan perlukan. Sebagai makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas,enzim2 dan juga pyhtochemicals (bahan2 kimia semulajadi dalam sayur2an dan buahan ie karotenoid, flavonoid)
  12. Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California, dan makmal kedua di bina di Stanford University in Palo Alto, California.
  13. Tahukah anda Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma.
  14. Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah,professor, saintis dari universiti terkemuka dunia
  15. 176 ujian yang berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk shaklee . Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan
  16. Setiap produk Shaklee didakwa mempunyai dokumen pengesahan.
  17. Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan (assurance) yang berasingan dalam setiap proses pembuatan.
  18. Shaklee produk semuanya dijamin berkualiti.


Ha,  teruja tak baca info ni? Tapi, hanya yang dah mencuba dan merasai sendiri produk Shaklee ni je yang akan faham kenapa kita jatuh cinta dengan produk Shaklee ni. Liza yang tengah amalkan set Ibu Hamil Shaklee ni pun sangat-sangat berpuas hati dengan keberkesanan produk ni. Kalau dalam sehari, ada terlupa nak amik Shaklee, mesti akan rasa rugi sangat. 

Jika anda ingin sama-sama merasai kehebatan suplemen dari Shaklee ni, boleh la hubungi Liza untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi. Jangan lupa, 'suplemen ketika sihat lebih murah daripada harga ubat ketika sakit'. Jadi, sangatlah penting untuk kita mencegah daripada merawat.  








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









 Sumber : Mama Cery
 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas