Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts

Friday, January 15, 2016

ESP Shaklee kuatkan rahim dan tingkatkan peluang untuk hamil

Salam Semua..

Bagi orang yang kenal Liza, mungkin fikir Liza bertuah sebab tak de masalah untuk mendapatkan zuriat. Ye lah, sekarang pon tengah hamil anak kedua. Tapi, orang tak tahu kisah disebaliknya. Ye, mungkin betul Liza tak de masalah untuk dapatkan anak pertama, berjaya conceive mengikut perancangan. Tapi tidak lagi untuk anak yang kedua ni. 


Kami suami isteri plan untuk dapatkan anak kedua pada hujung tahun lepas(2015), jadi ada gap 2 tahun la dengan anak sulung. Tapi, tak de rezeki untuk hamil pada awal tahun tu. Lepas sebulan, sebulan. Lepas sebulan, sebulan mencuba, tetap tak berhasil. Yang lagi sedih, period Liza yang sebelum ni teratur je, jadi makin lewat. Ada lewat 5 hari, lewat seminggu, lewat 10 hari. Jadi bila dah lewat tu, ingatkan ada rezeki, last2 period jugak, frust je.

Faktor usia, badan penat, stress pon boleh menjadi faktor jugak susah untuk 'lekat' kali kedua ni. Jadi, selepas beberapa bulan tak berjaya, Liza nekad untuk konsisten balik dengan suplemen Shaklee sebagai salah satu ikhtiar. Liza mulakan dengan ambil ESP dulu untuk kuatkan rahim. Sebab Liza pernah terbaca, bila period delay mungkin persenyawaan dah berlaku tapi gugur, tu yang berlakunya haid.


Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah dan mungkin asbab dari ESP tu, Liza berjaya jugak hamil selepas tiga bulan konsisten dengan ESP. Selain menguatkan rahim, ESP ni jugak berfungsi untuk membekalkan tenaga yang secukupnya pada kita. Walaupun Liza ni suri rumah je, tapi penatnya boleh tahan jugak. Aqil pon tengah lasak kan sekarang, jenuh la nak layankan dia. Hehe


Jadi, bagi pembaca2 yang sedang ber-TTC (Try To Cenceive), Liza sangat mengsyorkan anda dan pasangan untuk mencuba suplemen dari Shaklee ni. Semoga dengan mencuba suplemen Shaklee ni, menjadi salah satu ikhtiar yang akan 'dipandang' oleh yang Maha Pencipta. Bukan Liza je yang dah berjaya, tapi dah ramaaaaii sangat yang dah berjaya menjadi ibu dan ayah selepas mengamalkan suplemen dari Shaklee. Kat bawah ni Liza bagi satu contoh testimoni yang baru je Liza terima minggu lepas. Seronok kan? Liza sebagai penjual je ni pon, tumpang gembira sekali.


Pada yang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh contact Liza ye. Sebaik-baiknya kita borak2 dulu, supaya Liza tau produk apa yang sesuai untuk disyorkan kepada anda dan pasangan. Ye lah, masalah dan situasi setiap orang tak sama kan? Jangan bimbang, konsultasi dan sebarang pertanyaan PERCUMA je, dan lepas tu decide tak jadi beli pon tak per, Liza tak marah pon. Memang niat ikhlas nak membantu je. =D





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, January 11, 2016

Ikhtiar untuk hamil dengan Vivix Shaklee

Salam Semua..

Secara jujurnya, Liza jarang sangat buat entry blog atau update di FB/IG mengenai kesuburan. Bukan apa, Liza risau pembaca, kawan2 khususnya akan fikir lain dan boleh buat diorang terasa. Ye lah, isu zuriat ni kan isu yang sensitif. Bimbang jugak kot2 kawan2 fikir Liza ni nak ambil kesempatan/buat keuntungan daripada masalah diorang tu.

Tapi, bila difikir2kan balik, kenapa Liza perlu fikir benda negatif je. Kenapa tak fikir dari sudut positif, misalnya dengan asbab Liza kenalkan Shaklee, diorang berjaya hamil, kan lebih baik. Jadi, dengan sebab tu Liza tekad untuk berkongsi, ikhlas untuk nak membantu mana2 pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata dengan mengsyorkan suplemen dari Shaklee ni.


Ok, dalam Shaklee memang dah ada Set Kesuburan yang mengandungi Alfalfa, GLA-Complex, ESP (untuk isteri) dan Vitamin E dan Zinc Complex (untuk suami). Tapi, set ni juga boleh berubah2 mengikut kepada situasi dan keadaan pasangan. Sebagai contoh, jika pasangan ni selalu stress dan berada dalam keadaan tertekan, Liza akan suggestkan ambil B-Complex sekali. Ha, begitu lah lebih kurang.. bergantung kepada keperluan dan bajet customer jugak.


Tapi, memandangkan bulan ni promo Vivix - si tonik ajaib tu, Liza nak syorkan bagi pasangan yang sedang ber-TTC (try to conceive) ni untuk ambil Vivix je terus. Bukan apa, ianya lebih mudah dan lebih 'power'. Dah alang2 harga tengah murah bulan ni kan?

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN?

Ok. Mula-mula, kita perlu tahu yang Vivix Shaklee ni mengandungi Resveratrol yang sangat tinggi. Ia bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat bagi melindungi sel-sel badan kita daripada rosak. Antara punca yang boleh merosakkan sel adalah pemakanan, alam sekitar yang tercemar, stress dan sebagainya. Vivix Shaklee juga sangat unik kerana mempunyai satu mekanisme yang mampu memperbaiki sel2 yang abnormal, telah teroksida atau rosak.


Resveratrol juga berfungsi untuk melindungi 'telur' daripada teroksida atau rosak. Jadi, peluang untuk telur yang sihat itu tadi untuk membesar, matang dan seterusnya disenyawakan adalah lebih tinggi.

Jadi, secara kesimpulannya, Vivix membantu dalam kesuburan wanita dan lelaki dengan meningkatkan kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan secara tidak langsung juga, ia meningkatkan peluang persenyawaan. Jom kita tengok antara testimoni mereka yang telah berjaya:


Yang lagi best, khas buat customer Liza yang berminat untuk dapatkan Vivix sebagai ikhtiar untuk hamil, Liza dah sediakan LIMITED EKSKLUSIF FREE GIFT yang sangat2 berguna untuk anda.

Selain dari tu, jika anda beli dua botol Vivix, anda juga akan layak untuk dapat FREE KEAHLIAN SEUMUR HIDUP SHAKLEE dan CASH REBATE pada bulan depannya. Menarik kan? Jadi, apa tunggu lagi, jom wasap Liza sekarang. Nak borak2 tanya2 dulu pon tak per je, tak de masalah. =D





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, January 8, 2016

Vivix - tonik ajaib yang memelihara kesihatan anda secara menyeluruh

Salam Semua..

Kalau semalam Liza dah kongsikan mengenai salah satu produk promo bulan ni - Zinc Complex, hari ni Liza nak share lagi satu produk promo yang digelar tonik ajaib - Vivix. Bila ada customer yang mintak pendapat untuk dapatkan hanya satu jenis suplemen sahaja (tak nak ambil set/banyak2 jenis suplemen), tapi inginkan yang cover secara menyeluruh, memang Liza akan syorkan Vivix ni terus. 

Bagi pengguna setia Vivix, memang tak perlu dihebahkan lagi tentang kehebatan dan manfaatnya dalam menyelesaikan masalah kesihatan mereka. Kalau anda nak tahu, Vivix ni diperbuat dari anggur muscadine yang hanya boleh didapati di negara Eropah. Saiz sebiji anggur muscadine ni sebesar bola golf tau, dan berharga lebih kurang RM100 sebiji. Wow! Cuba anda bayangkan berapa biji anggur muscadine yang ada dalam sebotol Vivix tu? Mewahkan?



Antara khasiat Vivix untuk anda:
  • Menggalakkan penuaan yang sihat (awet muda)
  • Membantu mengelakkan kanser (merencat sel kanser dari menjadi semakin serius)
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan komplikasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi
  • Menggalakkan kehilangan berat badan
  • Menyokong kesihatan mata
  • Membantu memulihkan penyakit strok/angin Ahmar
  • Membantu merawat cyst
  • Membantu memulihkan penyakit gout
  • Mengawal penyakit darah tinggi
  • Mengurangkan ketagihan merokok
  • Meningkatkan kesuburan
  • Membantu merawat gejala lupus/ SLE
  • Menggalakan kesihatan secara menyeluruh
Hebatnya Vivix ni adalah ia mampu melambatkan proses penuaan sel, melindungi, memperbaiki serta berupaya memperbaharui sel dan DNA yang telah rosak. Asas badan kita kan daripada sel dan DNA, jadi apabila kedua2nya ini sihat dan terjaga, maka kesihatan kita secara keseluruhannya juga InsyaAllah dalam keadaan yang baik dan terhindar daripada penyakit2 berbahaya.


Semua orang pon boleh ambil Vivix ni ye, cuma bagi kanak-kanak dan ibu hamil je, ia tidak digalakkan. Pengambilannya pun simple, tak perlu telan banyak2, tak perlu bancuh/shake, hanya ambil satu sudu setiap hari sudah cukup untuk melindungi kesihatan anda secara menyeluruh. Ia juga sangat sesuai untuk golongan warga emas, tak kiralah samada mereka yang mempunyai masalah kesihatan ataupun tidak.


Ha, dah alang2 bulan ni promo ni.. Boleh lah beli Vivix ni untuk dijadikan hadiah tahun baru buat mak ayah kan? Kalau rasa mahal, boleh kongsi beli dengan adik-beradik, confirm mak ayah terharu! Berapalah sangat harga Vivix ni jika nak dibandingkan dengan kesihatan mereka yang tidak ternilai tu kan? Setuju tak? Kalau setuju, jom contact Liza cecepat ye! Hihi





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, January 7, 2016

Berita baik vs Berita buruk mengenai Zinc Complex Shaklee

Salam Semua..

Hari ni Liza ada dua berita mengenai salah satu produk feveret dalam Shaklee, iaitu Zinc Complex. Kenapa Liza panggil Zinc ni produk feveret? Sebaaabb... Walaupun Zinc Complex ni tak lah sefemes ESP atau Vitamin C, tapi permintaan dari customer Liza memang tak putus2 setiap bulan. Lagi lah pulak bulan ni bulan promo Zinc kan, lagi la kena serbu. Opsss! Ha, tu lah salah satu berita yang Liza nak bagitau tadi - bulan ni promo Zinc Complex. Hehe..

Kalau harga sebotol Zinc Complex sebelum promo pon dah cukup murah(tak sampai RM40), bila dah promo lagi lah berganda2 murahnya kan? Tapi, ni bukan murah sebarang murah tau. Harga je yang murah, tapi manfaat dan fungsinya tetap mahal!


Antara fungsi Zinc Complex:
  • Memulihkan luka dengan lebih cepat
  • Memelihara kulit yang sihat
  • Menyumbang kepada pembentukan kolagen untuk kulit yang cantik dan anjal
  • Mengurangkan radang kulit seperti ekzema dan jerawat
  • Mengurangkan masalah rambut gugur
  • Membantu pengeluaran dan fungsi insulin bagi pengidap diabetes
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Membantu memelihara kesihatan kelenjar prostat
  • Meningkatkan keupayaan seks lelaki
  • Meningkatkan jumlah sperma

Pada kebiasaannya, customer Liza yang cari Zinc ni sebab ada masalah rambut gugur, jerawat dan juga untuk pulihkan luka(bersalin/operation) dengan lebih cepat. Liza time bersalinkan Aqil dan buat minor operation untuk breast abscess dulu pon ambil Zinc ni, Alhamdulillah nurse pon puji luka tertutup cantik. Satu lagi fungsi Zinc Complex yang femes adalah untuk kesuburan. Memang dah terbukti dan dah ada testimoni pon si isteri berjaya hamil selepas si suami amalkan Zinc Complex. Nanti Liza kongsikan dalam next entry ye.

Tapi, Liza ada berita buruk jugak nak bagitau mengenai Zinc Complex ni. Bermula bulan depan, pengeluaran Zinc akan diberhentikan buat sementara waktu sebab pihak Shaklee nak upgrade/improvise formula yang ada dalam Zinc Complex ni. Sob2.. Tak tahu lah bila pulak akan disambung penjualannya. Kalau Vitamin C dulu, setahun lebih jugak tak de kat pasaran Malaysia, habis pencinta Vitamin C duk angau time tu. Hehe

Jadi, bagi pengguna setia Zinc Complex atau yang baru2 nak mencuba tu, cepat2 dapatkannya sekarang tau. Kang dah tak de, jangan gigit jari. Liza pon nak kena buat stok untuk diri sendiri jugak ni, ye lah bulan depan dah nak bersalin, time tu dah tak de stok, payah pulak nanti kang. 

Sesiapa yang berminat nak dapatkan Zinc Complex dengan harga promosi atau nak tanya apa sahaja tentang Zinc Complex/mana2 produk Shaklee yang lain, jangan segan silu untuk contact Liza ye.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Saturday, October 17, 2015

Vitamin E - BELI SATU PERCUMA SATU!

Salam Semua..

Selamat berhujung minggu kat pembaca semua ye. Sebelum tu, Liza nak minta maaf banyak2 sebab lambat nak update pasal PROMO LUAR BIASA yang Shaklee tawarkan bulan ni. Kalau korang nak update terkini, boleh follow Liza kat instagram @kedai.vitamin.kita . Ha, kat situ InsyaAllah Liza selalu update info2 terkini lebih2 berita hangat macam ni.

Ok, tak nak cakap panjang. Mungkin ada yang dah tahu yang bulan ni (Oktober), Shaklee buat Promo lain dari yang lain. Kenapa Liza cakap camtu? Sebab belum pernah lagi dalam sejarah Shaklee buat promo BELI SATU PERCUMA SATU tau! Ha, ni bukan Liza yang typo, memang betul Shaklee buat promosi beli sebotol vitamin E, akan dapat sebotol lagi vitamin E secara PERCUMA. Syok kan? Senyum lebar la peminat setia vitamin E bulan ni kan. Tapi, jangan duk sengih je, contact Liza lekaih sebelum stok licin!


Apa yang bestnya Vitamin E ni:
  • Mengurangkan parut (parut jerawat, jeragat ect) pada kulit. Dengan penggunaan yang konsisten, parut akan semakin pudar dan tidak kelihatan.
  • Mencantikkan kulit dan menaikan seri wajah. Tak hairanlah kalau orang cakap Vitamin E ni boleh bagi awet muda. Hihi. Kulit juga menjadi semakin halus, gebu dan licin.
  • Tinggi dengan anti-oksidan yang menghalang serangan radikal bebas yang boleh mengakibatkan kita diserang penyakit termasuklah kanser.
  • ,Meningkatkan keinginan seksual dan kesuburan lelaki mahupun wanita.
  • Merendahkan kadar kolestrol dalam darah.
Ha, kat atas tu dah berjela panjangnya kelebihan vitamin E kan? Tapi, kebiasaanya customer Liza yang cari vitamin E adalah untuk atasi MASALAH KULIT, dan untuk tujuan MENINGKATKAN KESUBURAN. Dorang ni biasanya ambil set terus untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan dan cepat serta lebih jimat.

Sebagai contoh:

Set Kulit cantik - Vitamin E + Vitamin C + ESP

Set Kesuburan  - Vitamin E + Zinc Complex (suami)
                         - GLA Complex + ESP (isteri)

Walau apa pun, semuanya terpulang kepada keperluan dan bajet individu jugak. Set ni adalah cadangan sahaja. Ok lah, bagi yang berminat nak dapatkan vitamin E BELI SATU PERCUMA SATU NI, boleh contact Liza segera ye, tawaran ni sah selagi stok masih ada je tau. Sayang kalau terlepas promo macam ni, jimat sangat boleh kongsi suami isteri, kawan-kawan, adik-beradik atau sape saja la. Nak bagi hadiah kat orang tersayang pun molek sangat, barang baik, siapa tak seronok kan?






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
 

Wednesday, June 3, 2015

Cara mudah mengesan waktu subur wanita

Salam semua..

Kali ni Liza tak nak cerita pasal produk Shaklee dah, tapi nak berkongsi tips mudah bagaimana cara-cara untuk mengesan waktu subur wanita. Bagi pasangan yang berhasrat nak dapatkan zuriat, penting tau untuk tahu bila waktu subur ni, sebab peluang untuk hamil adalah tinggi jika anda 'bersama' dalam tempoh masa tersebut.


Ok, selain dari mengira bilakah waktu subur wanita, ada beberapa tanda lain yang lebih mudah untuk anda(wanita) tahu bila sebenarnya waktu subur masing-masing. Atau ada jugak yang jenis malas/tak reti nak kira-kira waktu subur tu, boleh perhati je perubahan semulajadi kat badan kita ni, senang!

Antara tanda-tanda anda berada dalam waktu subur:
  1. Penghasilan lendiran serviks yang berwarna jernih dan tidak berbau keluar daripada faraj wanita. Cecair yang seakan-akan putih telur ini lah yang akan membantu sperma berenang ke ovum anda untuk proses persenyawaan.
  2. Wanita lebih bernafsu dan mempunyai keinginan yang lebih dari biasa untuk 'bersama' dengan pasangan. Ha, kalau si suami tengok isteri dia macam nak sesuatu tu, layankan je la. Dia tengah subur la tu. Hehe
  3. Puting payudara sedikit keras dan menegang.
  4. Perut terasa kembung dan seluar pun rasa ketat dari biasa, walaupun bukan selepas makan.
  5. Suhu badan akan sedikit meningkat dan menyebabkan wanita berasa panas dan kurang selesa.
Contoh lendiran serviks
Bila anda perasan salah satu atau kelima-lima tanda seperti yang Liza bagitau kat atas ni, segerakanlah misi masing-masing ye. Hehe.. Ni untuk yang nak anak la. Bagi mereka yang dalam 'family planning' tu, elakkan la dari 'bersama' dalam tempoh ni. Kalau nak jugak, boleh je, tapi gunalah pencegahan yang sesuai.

Dari kelima-lima tanda kat atas ni, lendiran jernih tu la tanda yang paling mudah untuk anda perasan kan? Tapi bagaimana pulak kalau dalam sebulan tu tak de langsung lendiran serviks yang keluar? Itu mungkin salah satu petanda yang anda kurang subur. Jadi, anda haruslah berjumpa doktor untuk meminta nasihat dan pandangan. Alternatif lain, anda juga boleh mengambil suplemen yang boleh meningkatkan kesuburan.

Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut pasal suplemen untuk meningkatkan kesuburan tu, boleh contact Liza ye. Sekian saja tips untuk kali ni, Terima kasih.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Sunday, November 9, 2014

Rambut makin lebat, kulit wajah pulak makin berseri dengan Zinc Complex

Salam Semua..

Sejak akhir-akhir ni, ramai pulak yang cari Zinc Complex dengan Liza. Liza pun pelik jugak, sebab sebelum-sebelum ni, Liza jarang jual Zinc Complex. Ada kes, dalam sebulan sorang pun tak de yang order Zinc. Tapi, nak buat macam mana, bulan ni rezeki dengan Zinc pulak. Alhamdulillah..

Biasanya customer Liza yang order Zinc adalah ibu baru lepas bersalin, untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan golongan lelaki untuk tujuan kesuburan. Jangan tak tahu ye, Zinc Complex dapat membantu meningkatkan tenaga seks lelaki serta meningkatkan bilangan sperma baik. Jika kuantiti sperma baik adalah tinggi, disertai tenaga yang secukupnya, InsyaAllah peluang untuk isteri hamil adalah lebih tinggi.


Secara jujur, Liza pun ambil Zinc Complex ni, tapi bukan untuk sembuhkan luka bersalin, tapi untuk luka operation Breast Abscess. Mula-mula Liza bimbang jugak kot-kot luka lambat sembuh sebab selalu basah dengan susu badan. Operate kat atas breast, confirm la kena salur susu, time tu pulak baru lepas pantang, susu tengah banyak. Tapi, bukan Liza je yang perasan syok sendiri, Doktor dan nurse sendiri pun akui, yang luka operation tu cepat baik dan tertutup dengan elok, walaupun luka tak berjahit. 

Lepas luka operation tu sembuh sepenuhnya, Liza still lagi consume Zinc Complex ni, sebab ada banyak lagi (sebotol ada 120 biji), buat apa membazir. Rupa-rupanya Liza tak tahu yang Zinc Complex jugak elok untuk mengatasi rambut gugur. Ibu lepas bersalin memang sinonim la dengan masalah rambut gugur ni, nasib baik ada Zinc. Selepas Liza konsisten dengan Zin Complex selama sebulan, Liza perasan satu hal lagi, jerawat dah tak keluar, kulit jadi makin bersih. Kenapa ya? Rupa-rupanya, memang fungsi Zinc dapat mengawal minyak di kulit wajah. Biasanya, minyak ni la yang menjadi punca kulit berjerawat.

Testimonial mereka



Isshh.. pendek kata, untung sangat siapa yang mengamalkan Zinc Complex ni. Banyak manfaat yang akan korang dapat. Dah la harga tak sampai RM50, boleh tahan hingga 4 bulan pulak tu, mana nak cari produk hebat macamni. Yang istimewanya produk Shaklee ni, bukan saja berkesan, tapi terbukti selamat dan semulajadi.

Sekian, perkongsian Liza mengenai si kecil-kecil cili padi ni. Berminat? Boleh hubungi Liza ye!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Tuesday, June 3, 2014

Promo Jun - Vitami E, vitamin untuk kulit cantik

Salam Semua,

Sedar tak sedar kita dah berada di pertengahan tahun 2014, kejap je masa berlalu. Macam biasa, setiap bulan Shaklee ada produk promo. Jadi bulan ni giliran Vitamin E pulak yang menjadi pilihan. Sama seperti produk-produk Shaklee yang lain, Vitamin E pun terkenal kerana manfaat dan fungsinya yang tersendiri. Antara kebaikan Vitamin E yang tiada tandingannya ialah kehebatannya dalam memperbaiki struktur kulit, memudarkan parut jerawat, menjadikan tona kulit lebih sekata serta mengatasi masalah kulit berminyak. Ini akan menjadikan kulit sihat dan kelihatan cantik berseri.


Selain itu, Vitamin E juga terkenal sebagai Vitamin Cinta bagi pasangan suami isteri (terutamanya lelaki) . Ini kerana ia berupaya memberikan kenikmatan ketika 'bercinta', membekalkan lebih tenaga seksual, meningkatkan rangsangan dan sebagainya (segan nak cerita lebih..huk2). Vitamin E juga terdapat dalam Set Kesuburan untuk lelaki bagi membantu pembentukan sperma yang sihat.

Bagi mereka yang inginkan kulit cantik atau dalam usaha untuk mendapatkan anak, memang patut sangat lah cuba Vitamin E bulan ni, boleh dapat dengan harga promo. Sempatlah nak baiki struktur kulit dan nampak lebih berseri di Hari Raya nanti. Ha, bagi mereka yang minat nak berbisnes pun, elok grab peluang ni.


Dengan setiap pembelian 6 botol Vitamin E pada bulan ini, anda layak mendapat:

  1. Sebotol Vitamin E secara PERCUMA
  2. Keahlian seumur hidup Shaklee secara PERCUMA
  3. Cash bonus ke dalam akaun anda pada bulan hadapan (15 Jul)
  4. Peluang untuk berbisnes dengan Shaklee. (Bimbingan disediakan)
Tapi, kalau nak jadi ahli tanpa berbisnes pon boleh je. Bila nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh dapat dengan harga ahli, kan jimat tu. Seperti biasa, jika ada sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee ataupun berminat dengan peluang perniagaan bersama Shaklee, boleh hubungi Liza. Konsultasi adalah percuma.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, April 8, 2014

Hilangkan masalah haid tidak teratur dan senggugut dengan GLA Complex

Salam Semua..

Masalah haid tidak teratur dan senggugut boleh dikatakan masalah biasa bagi golongan wanita terutamanya yang belum berumah tangga. Namun, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan dibiarkan begitu saja. Ini kerana, ia boleh berlarutan dan menjadi masalah kesuburan yang serius seterusnya membawa kepada masalah untuk mendapatkan zuriat. Kitaran haid yang normal adalah 28 hari dan mesti berlaku pada setiap bulan. Jika tidak, ini bermaksud anda mempunyai masalah haid tidak teratur.


Punca haid tidak teratur
  1. Hormon yang tidak seimbang
  2. Pengambilan ubat-ubatan
  3. Berat badan yang berlebihan
  4. Tekanan perasaan/stress
  5. Kekurangan nutrient tertentu dalam badan
Jadi, sesiapa yang mempunyai masalah haid tidak teratur dan senggugut ni, Liza sarankan untuk mengambil GLA Complex dari Shaklee. Ia mengandungi Asid Linoleik Gama, minyak Borage, minyak benih bunga matahari, serta vitamin E. Biasanya, Asid Linoleik Gama digunakan digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid normal dan melegakan tanda-tanda monopus.


Antara fungsi GLA Complex


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan sidrom pra-haid (ketidak selesaan emosi dan fizikal ketika haid)
  • Membantu menangani monopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit sihat dan berseri
  • Memudarkan jeragat
Apa kata mereka?



Bagi mereka yang ada masalah kitaran haid tak teratur atau senggugut tu, boleh la hubungi Liza untuk dapatkan GLA Complex ni. Jangan segan-segan tau, Liza akan tolong sebaik mungkin. Harga terbaik dan konsultasi percuma khas untuk anda. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesuburan pulak, boleh la mencuba Set Kesuburan ni. Alhamdulillah, dah ada customer Liza yang bagi feedback positif lepas ambil set ni. Disamping berdoa pada yang Esa, kita mestilah berusaha jugak kan?





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, September 17, 2013

Berat badan berlebihan faktor individu kurang subur?

Salam Semua..

Kalau post yang lepas, Liza senaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan seseorang, kali ni Liza nak cerita lebih lanjut lagi tentang salah satu faktor tu iaitu faktor berat badan yang berlebihan. Ramai yang ambil mudah tentang perkara ni kan, tapi samada kita sedar ataupun tak, berat badan seseorang tak kiralah si suami atau isteri akan memberi kesan terhadap tahap kesuburan. Ada kajian yang menyatakan bahawa 12% masalah ketidaksuburan berpunca daripada berat badan. Berat badan yang berlebihan akan mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.



Minggu lepas, Liza ada consult sorang customer ni. Dia nak cuba consume Set Kesuburan sebab dah setahun kahwin tapi belum ada rezeki. Bila Liza tanya, semua tak de masalah kecuali isteri ada berat badan badan yang belebihan (65KG). Jadi, di samping berusaha untuk hamil, Liza suruh jugak dia untuk berusaha turunkan berat badan. Jadi, Liza suggestkan dia dan suami ambil set kat bawah ni yang berfungsi untuk menurunkan berat badan disamping meningkatkan peluang kehamilan.

  • Pengambilan ESP sebelum makan dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama, seterusnya mengurangkan pengambilan kuantiti makanan individu dan secara tidak langsung dapat menurunkan berat badan seseorang. Dari aspek kesuburan pula, ESP mengandungi isaflavone yang sangat penting untuk hormon wanita (estrogen)
  • GLA  membantu menstabilkan hormon dan meningkatkan tahap kesuburan wanita.
  • B-Complex diambil untuk sistem reproduktif wanita yang sihat. Membekalkan asid folik yang baik untuk persediaan bagi wanita yang ingin hamil. Asid folik juga penting dalam proses pembentukan janin.
  • Alfalfa Membakar lemak secara efektif serta membuang toksin yang berada dalam badan.
  • Zinc penting untuk pertumbuhan sistem reproduktif. Meningkatkan penghasilan testosteron dan meningkatkan kuantiti sperma. 
  • Vitamin E Merupakan aktioksida yang kuat membersihkan radikal bebas yang merosakkan sel dan berfungsi untuk melindungi sperma.


InsyaAllah dengan pengambilan set kesuburan ni secara konsisten, usaha yang berterusan dan doa yang tidak putus-putus kepada yang Maha Esa, Liza doakan hajat dan impian customer Liza ni akan termakbul. Kepada individi-individu kat luar sana yang mempunyai masalah yang sama, samada masalah kesuburan atau masalah berat badan, jangan segan silu hubungi Liza untuk konsultasi percuma. Lepas tu, nak consume set ni ataupun tak, terpulanglah pada anda.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Sunday, August 25, 2013

Suplement untuk Kesuburan

Salam Semua..

Memandangkan Liza sekarang dan join club bakal-bakal mak budak, rasa terpanggil pulak untuk post pasal Set Kesuburan ni. Padahal dah lama dah Set kesuburan Shaklee ni wujud, tapi bila dah ada perasaan mak-mak ni, baru la nak ambil tahu. Bukan apa, dalam Liza tengah-tengah seronok, teruja nak sambut orang baru, Liza perasan ada kawan-kawan Liza yang kahwin lebih kurang Liza ataupun lebih awal dari tu, masih belum ada rezeki. Yang ni bukan dari kategori belum nak anak ye, ni memang nak tapi belum dapat. Ada juga Liza dengar orang cakap, kalau selepas setahun berkahwin, masih belum ada tanda-tanda kehamilan, lebih baik pergi check, kot-kot ada masalah kesuburan ataupun masalah kesihatan yang lain.


FAKTOR-FAKTOR MASALAH KESUBURAN
  1. Gangguan ovulasi - Wanita yang mempunyai masalah ini biasanya berpunca daripada ketidak stabilan hormon dalam badan yang akhirnya menggangu proses ovulasi. Wanita yang mempunyai hormon prolaktin yang tinggi, akan menganggu penghasilan telur.
  2. Masalah tiub Fallopio - Kerosakkan pada tiub Fallopio boleh menghalang persenyawaan telur dan sperma. Antara sebab-sebab kerosakkan tiub Fallopio adalah keradangan tiub Fallopio, tiub Fallopio tersumbat, pernah mengalami kehamilan luar rahim, serta pernah melakukan pembedahan di sekitar tiub fallopio/rahim.
  3. Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin yang berpunca dari hubungan seksual
  4. Lelaki yang mempunyai masalah testis yang tidak dapat menghasilkan sperma (azoopsermia), masalah salur sperma tersumbat, mati pucuk atau lemah tenaga batin
  5. Ketumbuhan tidak normal - Kehadiran pertumbuhan sel-sel tidak normal di sekitar rahim. Sebagai contoh:
      • Tisu dari selaput rahim yang tumbuh membesar di luar rahim (Endometriosis)
      • Masalah Tiriod
      • Masalah Fibroid
Selain daripada faktor di atas, cara pemakanan, kekurangan zat dalam badan, amalan merokok dan pengambilan minuman beralkohol, usia yang meningkat, pencemaran, pengambilan ubat-ubatan, badan yang terlalu gemuk atau terlalu kurus, badan yang letih akibat penat bekerja, serta tekanan daripada persekitaran juga boleh menjadi faktor masalah kesuburan. Masyarakat di sekeliling pulak jangan la asyik duk tanya je, paham-paham sendiri dah la. Mau tak stress si polan ni aysik dapat soalan sama?


SET KESUBURAN SHAKLEE (WANITA)

GLA Complex diperlukan oleh wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur atau sengugut yang teruk ketika haid. Ia membantu menstabilkan hormon, membakar lemak serta bonusnya ia dapat mencantikkan kulit. GLA juga akan menyediakan keadaan yang memudahkan perjumpaan antara ovum dan sperma. Energizing Soy Protein (ESP) membantu membentuk tisu rahim, serta sel ovum yang sihat dan sempurna sekali gus meningkatkan tahap kesuburan dan peluang kehamilan seseorang. Bagi wanita yang mempunyai badan yang besar, ESP dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama, secara tak langsung dapat menurunkan berat badan dan meningkatkan peluang untuk hamil. B-Complex mengandungi B6 dan asid Folik yang diperlukan untuk kesuburan wanita. Ia juga berperanan menukarkan makanan kepada tenaga dalam tempoh yang cepat. Isteri yang penat setelah sibuk bekerja seharian sudah tentu memerlukan tenaga yang mencukupi untuk bersama dengan suami.


SET KESUBURAN SHAKLEE (LELAKI)

Zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses penghasilan hormon testosteron dan membekalkan tenaga kepada sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Ia juga berperanan dalam proses pembentukkan genetik iaitu pada DNA. Vitamin E pula berfungsi untuk menyuburkan sel-sel dan organ reproduksi lelaki serta melancarkan saluran darah. Kehadiran vitamin E yang bekerja sebagai agen anti-oksida akan menghalang radikal bebas daripada merosakkan sperma dan ovum. Selenium yang didapati dalam vitamin E Shaklee ini pula dapat membantu pergerakkan sperma agar lebih kuat dan akhirnya berjaya bersenyawa dengan ovum.


Perlu diingatkan juga, masalah kesuburan boleh menjadi punca penceraian ataupun boleh menjadi alasan untuk si suami membuka cawangan baru.(Haih, macam confirm je masalah tu dari si isteri. Emo mak tau!)

Jadi, bagi pasangan-pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, apa kata cuba Set Kesuburan Shaklee ni sebagai salah satu usaha disamping bermohon pada yang Esa. Tak cukup bajet? Tak per, set lengkap kat atas ni sebagai cadangan je, ada pasangan yang hanya ambil GLA Complex dan Zinc je pun, dah dapat feedback yang positif. Semuanya terpulang kepada anda untuk mencuba. Kalau anda ada kenalan atau saudara mara yang mempunyai masalah yang sama, boleh la tolong sampaikan kat dorang juga ya. Harga dan konsultasi yang awesome adalah jaminan dari Liza.








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas