Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Wednesday, November 26, 2014

Petua untuk tidur lena dan mudah bangun pagi

Salam Semua..

Dulu Liza selalu ada masalah susah bangun pagi. Lagi-lagi time masih bekerja dulu, liat sangat nak bangun pagi. Hihi.. Tapi sebenarnya bila difikirkan balik, susah bangun pagi ni berpunca daripada tidur yang tak lena di malam hari. Jadi bila badan tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup, mulalah susah nak bangun pagi. Tidur tak semestinya perlu lama, tapi yang penting berkualiti.


Masalahnya macamana nak dapatkan tidur yang berkualiti? Nak tidur dengan lena? Nak rehat yang cukup? Meh Liza bagi beberapa petua atau tips.
  1. Jangan melengah-lengahkan waktu tidur. Mungkin kita tak perasan yang kita mempunyai gelombang mengantuk setiap 60-90 minit sekali. Jadi, ambil waktu tersebut untuk tidur dengan segera. Merutinkan waktu tidur juga turut membantu, contohnya tetapkan pukul 11 malam adalah masa untuk tidur. Setelah dirutinkan, lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.
  2. Tenangkan fikiran dan elakkan daripada emosi terganggu. Lupakan seketika masalah-masalah atau perkara-perkara yang tidak menyeronokkan sebelum tidur.
  3. Pastikan tempat tidur bersih, wangi dan selesa. Barulah mood untuk tidur pon membara-bara kan? 
  4. Jaga makan minum. Elakkan minum minuman berkafein beberapa jam sebelum waktu tidur kerana ia boleh menyebabkan anda tidak mengantuk.
  5. Hadkan atau kurangkan masa tidur pada siang hari. Sebaliknya, lakukan aktiviti fizikal pada siang hari, jadi badan akan penat pada malamnya dan secara tak langsung akan membuatkan anda mengantuk.

Ha, pada siapa yang ada masalah susah tidur boleh lah mencuba tips yang Liza bagi di atas ni ya. Bila tidur malam lena, maka nya nak bangun pagi pun senang. Tak de lah asyik subuh gajah aje.. Hihi. Tapi kalau susah nak ikot tips kat atas ni ataupun dah cuba tapi tak de perubahan, masih jugak susah nak bangun pagi,  Liza suggestkan ambil je Ostematrix dari Shaklee. Ostematrix bukan sekadar sumber kalsium biasa tau, ia juga membantu untuk melegakan sakit-sakit badan, lenguh-lenguh, serta memberi anda tidur yang lena. 


Liza sendiri pon ambil Ostematrix untuk sumber kalsium, ye la jarang minum susu kan. Ibu menyusu ni kalsium kena cukup, sebab anak yang menyusu masih lagi menyerap kalsium dari badan si ibu. Kang tak pasal-pasal, anak baru sorang, tapi gigi dah luruh! Pada sesiapa yang berminat nak formula tidur lena dan bangun awal ni, meh hubungi Liza segera. Harga dan konsultasi terbaik khas untuk anda.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
 
 

Thursday, April 24, 2014

Masalah selepas bersalin

Salam Semua..

Maaf ye, dah lama Liza tak update blog, agak busy sikit kebelakangan ni. Tapi, segala urusan jual beli dan konsultasi masih lagi berjalan seperti biasa. Untuk respond yang lebih cepat, anda boleh whatsapp atau sms je Liza di 019-364 4787. Ok, kali ni Liza nak celoteh mengenai masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakkan ibu selepas bersalin. Post kali ni agak 'dekat' dengan Liza, sebabnya Liza pun mengalami masalah yang sama selepas bersalin dulu. Jadi, kiranya post ni adalah daripada pengalaman Liza sendiri jugak la.


Antara masalah yang sering terjadi kepada ibu selepas bersalin adalah sembelit, keguguran rambut serta sakit-sakit sendi. Masalah sembelit boleh terjadi kerana ibu berasa ngilu dan 'seram' untuk membuang air besar selepas bersalin. Jadi, ibu mengambil tindakan untuk melengah-lengahkan serta mengelak daripada 'membuang'. Lama kelamaan najis akan mengeras dan berlaku lah sembelit. Faktor lain yang menyumbang kepada masalah sembelit adalah kekurangan air dalam badan dan di dalam usus. Ini berlaku kerana ibu menyusukan bayi tidak meningkatkan pengambilan air masak.

Keguguran rambut pula berlaku kerana hormon (estrogen) yang tidak seimbang dalam badan selepas bersalin. Pada kebiasaanya, ibu yang baru bersalin akan mengalami keguguran rambut lebih dari 100 helai sehari. Tapi jangan bimbang, ia akan menjadi normal selepas bayi berumur 12 bulan dan keatas. 

Sakit sendi pula adalah tindak balas normal kepada kebanyakkan wanita lepas bersalin. Sewaktu hamil, tubuh telah mengeluarkan 'hormon relaxing' yang berfungsi untuk melonggarkan sendi dan ligamen. Ianya supaya tulang pelvis mudah dilonggarkan dan 'jalan' untuk bersalin dapat diperbesarkan. Ligamen yang longgar inilah yang menyebabkan sakit sendi ketika bergerak.

Bagi ibu-ibu yang senasib dengan Liza, Liza sarankan untuk mengambil 3 suplement ni bagi mengatasi masalah-masalah berikut. Sampai bila anda nak terseksa setiap kali nak buang air besar? Tak kan tak segan kalau rambut di kepala dah semakin menipis, kata nak jaga penampilan untuk suami? Tak kan nak biar je sakit sendi tu, macam mana nak uruskan baby kalau nak bergerak pun sakit-sakit dan tak selesa kan?

3 suplement Shaklee yang disyorkan:

  1. Ostematrix - Selain menjadi sumber kalsium untuk anda dan bayi, ia juga mengandungi Magnesium yang berfungsi untuk menarik air ke dalam usus untuk melembutkan najis. Liza mengalami sembelit sejak hamil dan Ostematrix adalah salah satu suplement wajib Liza. Alhamdulillah, memang terbukti ostematrix ni boleh mengatasi sembelit.
  2. Zinc Complex - Zinc Complex berupaya untuk menguatkan akar rambut sekaligus mengurangkan risiko rambut gugur.
  3. Advanced Joint Health - AJHT mengandungi glukosamia yang bertindak sebagai pelincir untuk anda bergerak dengan lebih selesa.

Apa kata mereka?



Ha, semestinya suplement-suplement ni dalam harga yang mampu milik ye. Dan yang paling penting, ianya semulajadi, selamat dan berkesan. Kalau anda atau kenalan anda mengalami masalah rambut gugur, sakit sendi dan sembelit, boleh la cuba suplement-suplement yang Liza syorkan ni. Eh, bukan untuk untuk ibu lepas bersalin je tau, untuk orang biasa pun boleh. Kalau ada apa-apa hal nak tanya, contact Liza ye. Konsultasi terbaik dan percuma khas untuk anda.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, April 3, 2014

Set Sendi Shaklee penawar sakit sendi anda

Salam Semua..

Sakit sendi tak boleh diambil mudah sebab aktiviti harian kita memerlukan kita bergerak. Jadi, kalau sendi sakit, segala pergerakan akan terbatas. Sakit sendi juga tidak terhad kepada warga emas sahaja. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja terutamanya ibu hamil, ibu menyusu, individu yang berbadan besar, ahli sukan, individu yang pernah mengalami kemalangan serta individu yang sering mengangkat barang berat. Malahan, duduk dalam tempoh yang lama pun boleh mengakibatkan lenguh-lenguh bahu dan sakit belakang.

Terdapat beberapa jenis sakit sendi yang biasa menyerang masyarakat kita sekarang. Antaranya ialah:

Jenis-jenis sakit sendi 

  1. Rheumatoid Arthritis merupakan sakit sendi yang paling kronik. Ia berpunca daripada kerosakkan sistem autoimun yang menyebabkan tubuh menghasilkan zat punca keradangan, terutamanya di bahagian sendi jari tangan, jari kaki dan tulang belakang. Ia menyebabkan deformasi pada tulang seterusnya menyebabkan kesukaran untuk bergerak.
  2. Osteoarthritis pula biasa menyerang individu yang berumur 45 tahun dan ke atas. Pesakit hanya berasa sakit atau nyeri pada sendi apabila mengangkat barang berat ataupun bergerak daripada posisi rehat. Hal ini berpunca dari proses penuaan yang mengakibatkan tulang rawan menjadi haus. Ia biasanya menyerang bahagian pinggul, lutut, tangan, kaki dan tulang belakang.
  3. Ankylosing spondylitis adalah salah satu bentuk arthritis yang menyerang sendi tulang belakang dan pinggul. Gejala biasa dirasai sewaku tidur, setelah bangun dari tidur atau selepas lama tidak aktif. Untuk kes yang lebih berat, ia akan mengakibatkan pencantuman tulang belakang dan boleh menyebabkan bongkok.
  4. Psoriatik Arthritis merupakan pembengkakkan yang menyakitkan di bahagian semua sendi terutamanya ruas jari, pergelangan tangan, lutut, tulang selangka, pergelangan kaki dan punggung. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira umur dan jantina.
  5. Gout akan mengakibatkan pesakit berasa tajam dan hangat, kemerahan dan bengkak di kawasan ruas dan pergelangan kaki. Ia berlaku akibat kandungan asid urik yang tinggi dalam darah.

Kebiasaannya, bagi meredakan kesakitan, pesakit akan mengambil ubat ataupun suntikan yang hanya bertindak untuk tempoh sementara. Bagi rawatan melalui pembedahan pula, ia memerlukan kos yang tinggi. Jadi, Set Sendi Shaklee yang telah terbukti berkesan dan selamat ini adalah penawar terbaik. Set ini mengandungi nutrient tambahan yang diperlukan oleh sendi dan seterusnya mengurangkan kesakitan yang dialami.

Set Sendi Shaklee
  • Advanced Joint Health Tablet mengandungi glukosamia yang berfungsi untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan pergerakkan sendi. Ekstrak Boswellia yang terkandung dalam AJHT juga bertindak sebagai anti-radang semulajadi.
  • Omega Guard pula akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan keradangan sendi. Ia juga meruapakan anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi memudahkan pergerakkan sendi.
  • Ostematrix merupakan sumber kalsium yang bertujuan untuk mengekalkan kekuatan dan kesihatan tulang. Selain kalsium, ia juga mengandungi Magnesium, Vitamin D, Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc yang membantu dalam kepadatan tulang.
Apa kata mereka?



Semoga dengan pengambilan Set Sendi ni, sakit sendi, belakang, dan lutut serta rasa kebas, lenguh-lenguh badan yang anda hadapi dapat diatasi dan pergerakkan anda tidak lagi menyakitkan dan terbatas. Ia juga boleh dijadikan hadiah yang cukup istimewa untuk mak ayah atau atok nenek kita semua.

Jom, tamatkan penderitaan sakit sendi anda! 





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Wednesday, April 2, 2014

Ostematrix bukan sekadar sumber kalsium biasa

Salam Semua..

Alhamdulillah, selepas post Liza pasal kelebihan jadi ahli Shaklee semalam, ramai yang PM dan berminat untuk join ahli. Ha, anda tunggu apa lagi, peluang dah ada depan mata ni. Dalam sibuk duk berbalas-balas PM ni, Liza sempatkan la jugak untuk update satu entry hari ni, mengenai salah satu produk favourite Liza, Ostematrix!

Liza start guna ostematrix ni, time pregnant hari tu. Awal-awal memang tak konsisten, tapi bila dah start sakit belakang (kandungan enam bulan), Liza konsisten ambil Ostematrix. Alhamdulillah, memang ketara sakit belakang kurang, dan pagi-pagi kaki tak cramp. Lagi satu yang Liza suka, nak 'membuang' pun senang je, lawas! Hihi. Padahal, mula-mula Liza ambil Ostematrix ni sebagai sumber kalsium untuk Liza dan baby je. Tapi, banyak pulak manfaat lain yang Liza dapat. Sebab tu la Liza cakap yang Ostematrix ni bukan sebagai sumber kalsium biasa.


Antara fungsi Ostematrix yang perlu anda tahu:
  • Membantu dalam pembentukkan tulang dan gigi yang sihat
  • Mengelakkan penyakit osteoporosis(tulang rapuh)
  • Memulihkan kekejangan, kebas-kebas, sakit tulang belakang atau kejang(cramp) kaki
  • Meringankan stress
  • Menstabilkan tekanan darah normal
  • Melegakan senggugut atau ketidakselesaan ketika haid
  • Membantu untuk kekal bertenaga sepanjang hari
  • Mengurangkan risiko serangan gastrik
  • Mengatasi sembelit
  • Membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih lena

Dengan harga yang sangat berpatutan dan manfaat yang sangat banyak, Liza syorkan semua orang agar menjadikan Ostematrix ni sebagai salah satu suplement wajib. Individu yang berusia antara 19-50 tahun memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari. Agak mustahil untuk kita dapat memenuhi keperluan ni melalui makanan sahaja. Tapi, dengan hanya 4 biji ostematrix setiap hari, kita dah dapat sumber kalsium yang cukup untuk keperluan badan. Bila kalsium dah cukup, barulah tulang kuat, gigi sihat, badan pun cergas.




Bagi Ibu mengandung dan ibu menyusu pula, keperluan kalsium adalah lebih penting kerana kalsium yang ada di dalam badan ibu sedang diserap oleh si anak. Sebab tu, kita pernah jumpa ibu dah ronggak walaupun anak baru satu! Kerana apa? Mestilah sebab kekurangan kalsium dalam badan si ibu. Ha, Ostematrix ni juga merupakan bonus bagi individu yang tak suka minum susu tau. Dengan tablet yang senang ditelan, sesungguhnya membantu anda dalam mendapat sumber kalsium dengan cara yang cukup mudah sekali.

Apa? Nak promo buy 6 free 1 Ostematrix? Apa lagi, jom join ahli!






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, February 3, 2014

Promosi set combo Shaklee sempena promo Vitalea

Salam semua..

Seperti biasa, setiap kali ada produk promo, Liza mesti akan buat promo set combo sekali kan. Yang membezakan set combo ni, bergantung pada produk promo bulan tu. So, bulan ni Vitalea yang jadi produk promo, jom kita cekidout set apa yang Liza tawarkan harga terbaik.

SET IBU HAMIL

Bagi ibu hamil, nutrisi yang seimbang sangat penting untuk kesihatan ibu dan juga perkembangan tumbesaran anak di dalam kandungan. Amatlah mustahil untuk si ibu mendapat nutrisi yang lengkap dari pemakanan seharian sahaja. Sebab itulah, setiap ibu yang hamil akan dibekalkan vitamin tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan. Jangan ambil mudah tau, kekurangan nutrisi oleh ibu hamil boleh menyumbang kepada kelahiran pra-matang dan kecacatan pada bayi.


Set yang disyorkan terdiri daripda Energizing Soy Protein (ESP), Vitamin C, B-complex dan Vitalea. Dengan pengambilan set ini, si ibu akan rasa lebih bertenaga, tidak mudah terkena penyakit berjangkit seperti demam selesema, HB akan normal, dan membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

SET IBU MENYUSU

Ibu yang menyusu juga memerlukan nutrisi yang mencukupi sama seperti ibu hamil kerana ibu yang menyusu akan menyalurkan zat yang baik kepada anak melalui susu badan. Ini amat penting terutamanya bagi anak di bawah umur enam bulan yang fully breast-feed kerana dia bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. 


Set ibu menyusu yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Alfalfa dan Vitalea ini akan membekalkan tenaga yang secukupnya untuk si ibu, memekatkan susu supaya anak cepat kenyang, meningkatkan pengeluaran susu ibu, mengurang sakit-sakit badan pada si ibu serta meningkatkan imunisasi ibu dan anak.

SET PEMBERI TENAGA

Set pemberi tenaga ini pula khas untuk individu yang berkerja kuat, bekerja di luar pejabat atau di bawah cahaya matahari, bekerja lebih masa, pekerja yang selalu outstation, individu yang kerap memandu untuk tempoh masa yang lama, atau mereka yang selalu lemah dan tidak bermaya. Set pemberi tenaga terdiri daripada Performance drink (PD) dan juga Vitalea. PD yang berperisa oren ini merupakan minuman isotonik yang menghalang penghidratan atau dalam erti kata lain, membantu menyimpan air dalam badan. Jadi, dengan pengambilan set ini, badan akan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.


Ha, menarik tak set promo Liza kali ni? TUNGGU DULU!! dengan setiap pembelian set Ibu Hamil dan set Ibu Menyusu, anda layak menerima 20% LESS untuk pembelian Ostematrix Shaklee. Kalau nak tahu, Ostematrix ni salah satu dari suplement favourite Liza tau. Nak tahu kenapa? boleh baca kat sini.

Ok, pada sesiapa yang berminat, atau ingin bertanya apa saja berkaitan dengan produk Shaklee, boleh la hubungi Liza segera ye. Harga istimewa dan konsultasi percuma hanya untuk anda.




P/S: Nak order set boleh, nak order ala carte pun boleh =D





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, October 7, 2013

Testimonial sendiri - Ostematrix Shaklee sumber kalsium terbaik

Salam Semua..

Hari ni Liza nak share kat pembaca semua salah satu produk kesukaan Liza dalam Shaklee ni. Kalau ikut ranking, mestilah ESP produk favourite no 1. Kiranya, yang ni no 2 la. Hehe.. Apa dia? Jeng jeng jeng.. tak lain tak bukan Ostematrix la. Kandungan utama Ostematrix ni adalah kalsium, Magnesium dan Vitamin D. So, bagi ibu mengandung macam Liza ni, sangatlah penting untuk mengamalkan Ostematrix ni bagi membekalkan kalsium yang mencukupi untuk bayi tanpa mengurangkan kandungan kalsium dalam badan ibu itu sendiri.


Betul lah kata orang, tak kenal maka tak cinta kan. Dulu awal-awal pregnant, Liza selalu jugak skip makan Ostematrix ni. Macam yang Liza pernah cerita sebelum ni, mungkin sebab Ostematrix ni kena ambil 4 biji sebelum tidur, jadinya selalu la terlupa. Tapi bila usia kandungan Liza dan masuk bulan ke-6, dah start sakit belakang dan pagi-pagi asyik 'cramp' kaki. Bila tahu Ostematrix ni boleh mengurangkan sakit belakang dan 'cramp' kaki ni, semangatlah ambil Ostematrix tak nak skip dah. Alhamdulillah, bila konsisten ambil, barulah rasa kesan kehebatan fungsi Ostematrix ni. Antara perubahan yang Liza rasa:

  1. Rasa sakit belakang dah berkurang
  2. 'Cramp' kaki yang biasanya Liza kena waktu pagi dah tak de. Yang ni serius, memang tak kena dah. Mak mertua Liza cakap, biasanya makin dekat dengan due, makin teruk 'cramp' kaki, tapi ni terbalik pulak. Hehe
  3. Lawas dalam proses 'pembuangan'. Yang ni memang kagum, dulu pernah la jugak sekali sekala kena sembelit, sebab memang dari azali Liza memang jenis yang jarang 'membuang', dalam seminggu tu dalam sekali dua je. Tapi, sekarang ni, memang setiap hari akan 'membuang', kadang-kadang sehari boleh sampai dua tiga kali. Hehe
  4. Tidur yang lebih lena dan selesa. Biasa la, perut dah semakin membesar kan, mesti la kurang selesa, tapi Alhamdulillah memang lebih lena lepas ambil Ostematrix.
  5. Masalah gusi berdarah dah hilang! Start dari awal mengandung lagi Liza dah ada masalah ni. Setiap kali berus gigi je, mesti gusi berdarah. Fobia tau! tapi sekarang dah tak de dah. Syukur.
Ok. ni memang testimonial ikhlas apa yang Liza rasa lepas ambil set ibu hamil dari Shaklee ni. Tapi tunggu dulu, Ostematrix ni bukan untuk ibu hamil dan ibu menyusu je tau. Boleh dikatakan semua orang la perlu ambil, sebab Ostematrix ni kan sumber kalsium. Semakin hari, kandungan kalsium dalam badan kita semakin berkurangan, jadi kita perlu la ambil dari sumber luar. Kalau nak mengharapkan dari sumber makanan harian kita, memang tak kan cukup. Larat ke nak minum 4 gelas susu tinggi kalsium sehari? atau 320 biji badam sehari untuk mendapatkan kandungan kalsium yang sepatutnya. Hah, lagi senang ambil 4 biji Ostematrix je, habis cerita. Bagi warga emas pula, yang selalu sakit-sakit sendi, sakit lutut, dan sakit otot pula, amat digalakkan untuk mengambil Ostematrix dan Advance Joint Health. InsyaAllah, sakit-sakit sendi dan otot tu akan berkurangan.


Jadi, sesiapa yang berminat dengan Ostematrix ni, boleh la hubungi Liza segera. Berapa harga sebotol? Murah je..tak sampai seratus pun, eh jauh sangat la dengan seratus ringgit.. Jom PM laju-laju.. Hehe
 
 
 
 
 

Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, September 23, 2013

Promosi akhir bulan [23/09/2013 - 30/09/2013]

Salam Semua..

Berita baik untuk semua pembaca blog Faza-shops. Liza nak war-warkan kat sini, bermula dari hari ni (23/09/2013) sehingga akhir bulan (30/09/2013), Liza nak bagi tawaran menarik kat semua pembaca. Apa tawarannya??


Dengan setiap pembelian set Ibu Hamil atau set Ibu Menyusu Shaklee, Liza akan bagi FREE GIFT EKSKLUSIF yang sangat menarik. Apa gift yang Liza nak bagi ni? Hah, dah nama pun eksklusif kan, mana boleh bagitau sekarang. Tapi, apa yang Liza boleh bagitau, gift ni memang sangat menarik, berguna, dan menawan hati menusuk kalbu la kate orang. 

Ok, Set Ibu Hamil terdiri daripada ESP, B-Complex, Vita-lea, Vitamin C, Omega Guard dan Ostematrix. Set Ibu Menyusu pula terdiri daripada ESP, B-Complex, Vita-lea, Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix dan Alfalfa. Kedua-dua set ini mempunyai fungsi dan kelebihan yang lebih kurang sama iaitu memberikan tenaga yang lebih kepada ibu hamil/menyusu, meningkatkan imunisasi badan, membekalkan sumber nutrisi yang sepatutnya kepada ibu dan juga anak yang dikandung/disusu serta membekalkan sumber kalsium yang mencukupi untuk keperluan ibu dan bayi. Kalsium yang mencukupi akan mengurangkan risiko osteoporosis, masalah gigi, serta mengurangkan sakit belakang dan cramp kaki kepada ibu hamil. Omega Guard pula penting dalam membantu perkembangan otak bayi bermula dari dalam kandungan lagi. Cuma yang membezakan antara dua set ini ialah set ibu menyusu mengandungi Alfalfa yang bertindak sebagai milk-booster yang sangat sesuai untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Selain itu, Alfalfa juga membantu mengurangkan masalah keputihan, membakar lemak dengan effektif serta membuang angin dalam badan ibu.

Anda kena beli semua ni ke untuk dapat free gift tu? Tak perlu, dengan pembelian sekurang-kurangnya 5 jenis suplement termasuk ESP, anda dah layak dah untuk mendapatkan FREE GIFT ni. Jangan tunggu lama-lama tau, stok terhad. Selain Free gift eksklusif ni, sudah tentu HARGA YANG MENARIK dan KONSULTASI PERCUMA adalah khas untuk anda.









Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, March 11, 2013

Combo set - Ostematrix

Salam Semua..

Bulan lepas, ramai yang tak puas hati sebab Liza buat promosi combo lambat sangat. Ramai yang tak sempat beli dengan harga yang super berbaloi tu. So, bulan ni Liza tak nak kena marah lagi..huhu. So, sebelum masuk tengah bulan, Liza dah announce combo set untuk bulan ni ye. Ha, dah bagitau awal2 ni, jangan ada yang terlepas pulak tau. Tapi kali ni best sket, bukan setakat 1 combo je macam bulan lepas, bukan 2 tapi 3! ha, betul.. 3 combo set ye! Jom kita cekidout combo set ni tuk siapa..

Combo Ibu Hamil
Mengurangkan alahan serta membekalkan tenaga yang mencukupi sepanjang tempong kehamilan. Melancarkan proses pengedaran darah, melegakan sakit kepala, pening dan juga memberikan mood yang ceria kepada si ibu. Meningkatkan imunisasi badan ibu daripada terkena jangkitan demam atau selesema. Menguatkan tulang dan gigi ibu serta mengelakkan berlaku kekejangan, gusi berdarah dan kebas2 akibat kekurangan kalsium.
Bonus! Kulit kelihatan cantik berseri dan anjal kerana adanya vitamin C.


Combo Ibu Menyusu
Memperbanyakkan dan mempercepatkan penghasilan susu ibu, mengatasi masalah keputihan, memberikan tenaga, serta menghilangkan kelesuan kepada ibu menyusu. Menghasilkan susu yanglebih  pekat dan berkrim, jadi baby cepat kenyang dan kurang meragam.Membantu dalam pembentukkan tulang dan gigi bayi, tanpa menganggu keperluan kalsium badan ibu. Si ibu boleh tidur nyenyak dan bangun dengan keadaan segar dan ceria pada keesokkan pagi.
Bonus! Ibu menyusu yang mengamalkan ESP akan mendapat kulit yang cantik bersih, parut cepat pudar, badan bertenaga, serta membantu menurunkan berat badan.


Combo Ibu Ayah
Membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, merangkumi sistem pertahanan badan melawan jangkitan serta melambatkan proses penuaan dengan meningkatkan kadar metabolisme badan. Meningkatkan kesegaran otak sekaligus membantu sistem memori. Membekalkan kalsium yang penting menguatkan gigi, tulang, kuku, sekaligus dapat membantu masalah sakit dan kejang kaki, sakit sendi, sakit lutut mahupun pinggang. Meringankan stress, mengimbangi tekanan darah, dan memelihara denyutan jantung.


Tunggu apa lagi, dapatkan set combo pilihan anda sekarang. Pembeli dan pengguna yang bijak, mesti rebut peluang harga runtuh untuk set combo ni sebab bukan selalu boleh dapat harga macam ni. Jadi, jangan buang masa, PM Liza untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan. Have a great monday u olls!






Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Friday, March 8, 2013

Ostematrix Shaklee


Salam Semua..

Post yang lepas, Liza dah announce promo bulan ni - Ostematrix. Ape lagi, ramai yang berebut nak order. Sebab harga pun sejak azali memang murah, pastu sekarang promo pulak, memang sedaplah dorang duk memborong, lebih2 lagi golongan ibu hamil dan ibu menyusu. Anak2 muda pun ada jugak, yang belikan untuk mak ayah dorang yang selalu lenguh2 badan katanya. So, Liza nak tambahkan lagi kehangatan demam Ostematrix ni, Liza nk kongsi kan beberapa info lagi pasal Ostematrix.

Fungsi Ostematrix

  1. Menguatkan tulang, kuku, gigi dan juga sistem saraf. Ia juga boleh membantu merawat tulang retak, masalah kuku rapuh, eczema, kekejangan serta gusi berdarah.
  2. Membantu mengatasi kekejangan dan kebas-kebas. Pengambilan ostematrix sebelum tidur dapat mengurangkan masalah kekejangan, kebas2, sakit sendi, dan juga artristis.
  3. Mengurangkan masalah sengugut bagi perempuan ketika haid. Kajian membuktikan, pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium secara serentak dapat mengurangkan simptoms cramp atau sengugut ketika datang bulan.
  4. Mengurangkan stress. Ostematrix dapat mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena, serta menjadikan emosi sentiasa ceria.
  5. Membantu mengurangkan hiperaktiviti perut yang membawa kepada masalah gastrik.
  6. Membekalkan kalsium dan mineral penting dalam tubuh terutamanya untuk atlet sukan.Oleh sebab itu, pergerakkan dan aktiviti lasak dapat dilakukan dengan selesa.

Ha, ni lah sebahagian daripada fungsi Ostematrix. Banyak kan manfaat Ostematrix ni kat badan kita. Memang alah membeli, menang memakai sungguh ni. Lagi untung kalau beli time promosi macam ni. Bukan senang nak dapat harga macam ni, setahun sekali je tau. Beli 6 terus, dapat percuma 1, boleh buat stok. Jom kita tengok apa respond orang yang dah guna ostematrix yang awesome ni.


Wanita yang selalu sakit pinggang dan tapak kaki/sengugut

Ibu menyusu yang selalu lenguh

Wanita yang selalu sakit pinggang

Ibu hamil yang selalu cramp kaki

Apa tunggu lagi, cepat2 rebut peluang ni, jangan sampai stok dah habis kat branch, baru nak buat keputusan. Tak kira lah beli untuk diri sendiri atau nak dihadiahkan kat orang lain. Siapa yang berminat, jangan segan2 nak PM Liza ye. Harga menarik menanti anda. Jadi lah pengguna yang bijak, memilih barang terbaik dengan harga terendah!

1 Botol - RM5* + postage RM10
2 Botol - RM11* + free postage 
3 Botol - RM17* + free postage
4 Botol - RM23* + free postage
5 Botol - RM29* + free postage
6 Botol - RM34* + free postage + free 1 Botol







Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Wednesday, March 6, 2013

Promosi bulan Mac - Ostematrix

Salam Semua..

Masuk bulan baru je, Shaklee lovers mesti tertunggu2 ape produk promo untuk bulan ni kan? Kalau bulan lepas, semua mak2 dah senyum meleret dapat borong Omega Guard untuk anak2, apa pulak promo bulan ni ye? Jeng jeng jeng.. Promo bulan ni tak lain tak bukan adalah Ostematrix. Ha, banyak lah yang tersenyum kali ni, bukan takat ibu hamil je, ibu menyusu, remaja, warga emas, ahli sukan pun senyum meleret bulan ni bila dengar beli 6 Ostemetrix, dapat 1 percuma!

Ok, pada yang masih belum tahu apa hebatnya Ostematrix Shaklee ni, jom Liza bagi introduction sikit ye. Ye lah, tak kenal maka tak cinta kan?


Sumber Kalsium terbaik
  • Mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus dan vitamin D, Kuprum, serta Boron.
  • Semua nutrient di atas adalah sangat perlu dalam suatu tablet Kalsium bagi memastikan penyerapan ke dalam badan kita adalah setinggi 99%. Ia juga menghalang daripada mendapan sesetengah mineral. 
  • Kebanyakkan suplement Kalsium di pasaran sekarang tidak mempunyai nutrient selengkap Ostematrix. Jadi, pengguna Ostematrix akan dapat merasai perubahan dalam masa yang sangat cepat dan menakjubkan.

 Ostematrix untuk siapa?

  • Ibu Hamil - Sangat digalakkan ibu hamil untuk mengambil Ostematrix kerana waktu hamil, anak di dalam kandungan sedang menyerap kalsium dari ibu. Juga untuk ibu hamil yang sering lenguh2 badan dan kebas kaki.
  • Ibu Menyusu. Seperti ibu hamil, ibu menyusu juga dalam proses memindahkan kalsium ibu kepada anak, jadi Kalsium yang ada pada badan ibu harus mencukupi untuk mengelakkan ibu menyusu sakit pinggang, letih serta lenguh2 badan sepanjang tempoh menyusu. Bonusnya, Ostematrix pun boleh membantu untuk tambah susu tau!
  • Individu yang selalu keletihan akibat kerja lebih masa, berjalan jauh (travel/outstation) dan sebagainya
  • Warga emas yang selalu lenguh2 badan, sakit pinggang, sendi dan lutut
  • Remaja/Wanita yang mengalami sengugut/cramp ketika datang bulan
  • Individu yang mempunyai masalah sembelit
  • Individu yang sering migrain/sakit kepala
  • Individu yang mementingkan kekuatan tulang, gigi dan kuku agar kekal sihat sehingga lanjut usia.


Jadi, apa tunggu lagi? Jika anda inginkan tulang yang kuat, gigi yang sihat serta kuku yang cantik, cepat2 PM Liza untuk dapatkan Ostematrix ni. Macam biasa, harga luar biasa menanti anda. Nak jimat, ambil 6 terus, dapat percuma 1. Boleh hadiahkan untuk mak, ayah, mak ayah mertua, pakcik makcik, adik beradik semua. 





Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








** untuk pembelian RM100 dan ke atas