Monday, July 15, 2013

Sihat bertenaga di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan semua..

Hari ni dah masuk hari yang ke-6 kita menunaikan rukun islam yang ketiga ni kan. Sekejap je masa berlalu. Macam mana dengan puasa anda semua setakat ni? Ada rasa lapar gigil-gigil tak?Atau dah ada yang tak cukup 6 hari?Hehe. Macam mana pulak gelagat adik-adik/anak-anak kita yang baru belajar-belajar nak puasa?Mampu bepuasa penuh tak? Untuk Liza pulak, Alhamdulillah masih lagi sihat dan mampu untuk berpuasa penuh (setakat ni la) walaupun usia kandungan dah masuk bulan kelima.


Kali ni merupakan pengalaman pertama Liza berpuasa sebagai isteri dan ibu hamil, perasaannya mungkin tak banyak beza, cuma mungkin kali ni perlukan tenaga yang lebih untuk bawa perut yang semakin ke depan dan perlu berkongsi nutrisi dengan baby dalam kandungan. Dalam masa yang sama, tanggungjawab terhadap suami dan rumah tangga pun tak boleh diabaikan. Tapi, Liza kiranya bernasib baik jugak sebab dapat suami yang banyak membantu dan memahami situasi Liza sekarang.  Ye la, penat kot setiap hari naik tren tukar tren pergi kerja..huk2

Alhamdulillah jugak Liza ambil suplement Shaklee sepanjang hamil ni, jadi secara tak langsung badan Liza masih kekal bertenaga dan sihat sepanjang hamil di bulan Ramadhan ni. InsyaAllah walaupun Liza berpuasa sepanjang hari, nutrisi yang sepatutnya masih lagi dapat disalurkan kepada baby dalam kandungan. Liza tak berani nak ambil risiko untuk mengabaikan part ni. Sebab tu dalam Islam pun, adanya *rukhsah untuk membolehkan ibu hamil/ibu menyusu untuk tidak berpuasa bagi menjamin kesihatan bayi. Itu menunjukkan, betapa pentingnya kita sebagai ibu perlu mengutamakan kesihatan anak-anak.


Kedua-dua set berpuasa Shaklee ini juga akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama, menjadikan badan lebih bertenaga, mengurangkan kelesuan, mengelakkan dehidrasi, mengelakkan simptom pedih hulu hati selain membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada badan walaupun seharian berpuasa.



So, bagi semua ibu hamil/ibu menyusu kat luar sana yang ingin mencuba set ibu hamil/set ibu menyusu ataupun set berpuasa dari Shaklee, sangat2lah dialu-alukan. Eh, jangan salah faham, individu yang tak hamil, dan tak menyusu pun boleh ambil set berpuasa ni. Lelaki pun boleh malah lagi la digalakkan. Ye la, kebanyakkannya, golongan lelaki ni lah yang selalu kerja berat/ tengah panas kan? lagi la memerlukan suplement tambahan ni untuk menunaikan ibadat puasa dengan lebih sihat dan bertenaga.

Golongan kanak-kanak pun tak terkecuali, Shaklee menyediakan set berpuasa khas untuk kanak-kanak terutamanya yang baru mula nak belajar berpuasa. Rasa campuran Performance Drink dan Meal Shakes yang sangat lazat ni(rasa macam yogurt/vitagen), pasti akan membuka selera kanak-kanak untuk bersahur. Kedua-dua set berpuasa ini juga boleh dijadikan sahur express andai anda terlajak bangun, tak sempat masak nasi atau makanan berat yang lain. Apa tunggu lagi, berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang tersayang di bulan Ramadhan ini. 


 
Pssttt: Bonus untuk pengguna ESP: Sihat bertenaga di bulan Ramadhan, cantik berseri di Aidilfitri. 
* Rukhsah : Kemudahan/kelonggaran yang diberikan Allah swt kepada seseorang kerana sesuatu sebab, tidak dapat melaksanakan ibadah wajib.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

No comments:

Post a Comment