Monday, February 24, 2014

Get Clean Water – Jag Penapis air ajaib

Salam Semua..

Hari ni teruja sangat nak share tentang Jag Ajaib dari Shaklee ni. Dulu time Liza bujang, tak kisah sangat pasal kebersihan air ni. Kalau rajin, pergi la tadah air dekat mesin RO water tu, kalau malas masak je air paip kat rumah. Tapi, sejak ada baby ni, macam terfikir-fikir pulak bersih ke air yang Liza buat susu anak tu? Bersih ke air yang Liza buat masak-masak tu? Lepas dah survey sikit sebanyak, terus decide nak beli Get CleanWater  dari Shaklee ni. Benda baik tak boleh simpan sorang-sorang kan. Eh, kenapa Liza cakap Jag ni Ajaib?


TIDAK MEMERLUKAN PENYAMBUNGAN ELEKTRIK
Walaupun tidak memerlukan penyambungan elektirk, jag ini mampu menyingkirkan kandungan plumbum dan bendasing lain dalam air minuman kita sama seperti penapis air lain yang harganya berlipat ganda lebih mahal!

BERSIH DAN SELAMAT
Selain menyingkirkan kandungan plumbum dalam air, ia juga berupaya mengurangkan paras klorin, merkuri dan kadmium serta mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar merbahaya yang terkandung dalam air minuman kita. Kalau kita beli air dari mesin RO water sekalipun, kebersihan belum tentu terjamin sebab kita tak pasti berapa lama sekali mesin tersebut diservis atau dicuci.

MURAH
Serious cakap, memang harga jag ni sangat berbaloi-baloi. Bagi orang yang baru nak bina keluarga macam Liza ni, kena la pandai berjimat cermat kan. Nak beli water filter yang harga ribu-ribu tu rasa macam membazir pulak. Lagipun Liza masih lagi duk menyewa, nanti susah nak pindah-pindah. So, Jag Ajaib ni la penyelesaian terbaik.

RINGAN DAN MUDAH ALIH
Dah nama pun jag kan, so memang ringan dan boleh dibawa kemana-mana je. Kalau nak pegi berkelah ke, gi holiday ke, balik kampung ke, memang senang sangat la untuk diangkut sekali. Jadi, kemana-mana pun kita pergi, sumber air minuman kita masih lagi terjamin kebersihannya.

JIMAT
Dah la harganya murah, anggarannya hanya dalam 0.14 sen je seliter bagi air yang dituras tu. Jag ini mampu menuras 303 liter air bagi setiap penuras, iaitu 2 kali ganda lebih banyak berbanding penapis air yang lain. Kos elektrik pun tak perlu dah since jag ni tak perlukan sambungan eletrik. Masa pun jimat, tak perlu lagi tunggu air yang dijerang sejuk dulu sebelum boleh diminum. Tak perlu lagi senget-senget bahu angkat air dari mesin RO. Tak perlu lagi beli air mineral berbotol-botol. Cuma masukkan air dari paip, tunggu lebih kurang 2-3 minit, dah boleh diminum.

SENANG DISELENGARA
Jag ni dilengkapi dengan meter automatik yang akan menunjukkan berapa banyak air yang dah dituras. Apabila cukup 80 gelen(303 liter), kita perlu tukar kepada blok penuras yang baru. Nak cuci jag ni pun senang, macam nak cuci pemanas air tu je. Mudah kan?

MESRA ALAM
Get CleanWater dari Shaklee ni menggunakan blok karbon isian semula yang dapat mengurangkan timbunan sisa. Penuras ni juga diperbuat dari arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan tidak memudaratkan alam sekitar.

Nak tau lebih jelas lagi macam mana nak guna jag penapis air ni, jom tengok video di bawah.



Apa kata mereka??




Menarik kan? Kalau anda sedang tercari-cari penapis air yang selamat dan ringkas dengan harga yang cukup berbaloi, meh hubungi Liza segera. Sangat sesuai untuk pelajar yang tinggal di asrama atau kolej kediaman, individu yang masih menyewa, serta sesiapa sahaja yang mementingkan kebersihan air minumannya. Juga sesuai untuk dijadikan hadiah khususnya hadiah perkahwinan.







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787



No comments:

Post a Comment