Tuesday, May 13, 2014

Kasih seorang ibu

Salam Semua..

Selamat bercuti kepada yang bercuti hari ni sempena cuti umum Hari Wesak. Hari ahad lepas kita dah meraikan hari ibu kan? Entry kali ni ada kena mengena dengan hari ibu jugak, tapi bukan pasal sambutan hari ibu tu, tapi apa yang Liza rasa apabila bergelar ibu. Sama seperti ibu-ibu yang lain, kita seboleh mungkin akan cuba berikan yang terbaik untuk anak kita kan? Tak kiralah dari segi pakaian, keperluan, pendidikan, makanan, mainan dan sebagainya. 


Buat pengetahuan semua, anak Liza dah genap 6 bulan 20 April yang lepas.  Jadi, dia dah start makan makanan pejal dan mula minum air masak. Sebelum ni, Liza dan suami rilex je teguk air yang tak bertapis kat rumah tu. Ye lah, kitorang masih menyewa, jadi tak terfikir untuk beli penapis air. Rumit nanti kena bukak sambungan sana sini bila nak berpindah. Lagi satu, mestilah sebab nak berjimat, penapis air mana ada yang murah oii. Tapi, bila Aqil dah start makan, rasa bersalah pula bagi dia minum dan masak guna air yang belum pasti tahap kebersihannya tu. Jadi Liza pun survey lah penapis air yang ada dipasaran sekarang mengikut bajet yang ada. Dan.. jeng jeng jeng. Liza dengan yakin dan gembiranya, beli Jag Penapis Air Ajaib ni.


Kenapa dipanggil AJAIB? 

  1. Mudah Alih - Tidak perlu pemasangan di paip. Ia adalah sebuah jag yang ringan dan boleh dibawa kemana-mana. Senang, kalau bergi bercuti atau balik kampung, kualiti punca air masih lagi terjamin.
  2. Jimat - Ia menjimatkan wang kerana tidak memerlukan sambungan elektrik. Ia juga menjimatkan masa dan tenaga kerana kita tidak perlu lagi menjerang air dan tunggu sehingga sejuk untuk dijadikan air masak.
  3. Dijamin bersih - Penyelenggaraan dilakukan setiap 4 bulan dan terjamin kebersihannya. Jika kita membeli air dari mesin RO, kita belum pasti seberapa kerap penyelenggaraan dibuat. Jika penapis air yang lain pula, kos penyelenggaraan adalah sangat mahal. Air yang ditapis juga sedap diminum, tak de rasa payau seperti sesetengah jenama air mineral atau hasil tapisan penapis air jenama lain.
Dengan harga yang cukup berpatutan, ianya merupakan pelaburan yang berbaloi untuk kesihatan kami sekeluarga khususnya buat anak tersayang, Muhammad Aqil. Naluri ibu kan, memang nak bagi yang terbaik untuk anak-anak. Buat mereka di luar sana yang tercari-cari penapis air yang murah, ringkas, selamat tapi tetap berkualiti tinggi, Jag Penapis Air Ajaib inilah pilihan yang paling bijak. Hubungi Liza jika ada sebarang pertanyaan ya. Konsultasi adalah percuma.







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

1 comment:

  1. betol kan. kalau bab melibatkan anak nie mesti nk bg yg terbaik je tak kira la susah macam mana pun

    ReplyDelete