Showing posts with label Lecithin. Show all posts
Showing posts with label Lecithin. Show all posts

Friday, April 3, 2015

Promosi Shaklee bulan April 2015

Salam Semua..

Di kala rakyat Malaysia tengah rungsing, marah, kecewa dan bersedih dengan pelaksanaan GST yang bermula 1 April lepas, Alhamdulillah permintaan terhadap produk Shaklee masih ada dan bisnes Shaklee Liza juga berjalan seperti biasa. InsyaAllah semakin berkembang dalam sebulan dua ni. Produk Shaklee adalah makanan tambahan yang merupakan keperluan dalam hidup kita, nak tak nak kita kena juga beli. Tak kan sanggup gadaikan kesihatan diri demi nak berjimat? Tak berbaloi kan.


Lagipun perlaksanaan GST tak memberi kesan kepada pengguna Shaklee, sebab harga jualan tetap tak berubah! Baik kan Shaklee?? Pada yang masih berkira-kira untuk berbisnes dengan Shaklee, baik buat keputusan cepat-cepat, sebab dijangkakan ramai yang akan memilih bisnes Shaklee pada bulan ni demi nak mencari duit sampingan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, lagi-lagi lepas GST.

Ok, kita stop jap cakap GST ni. Macam biasa, awal bulan macam ni, Shaklee akan umumkan produk promo untuk bulan tersebut. Berita baiknya, bulan ni Shaklee menawarkan banyakkkk produk promo! Ni tak tahu lah gara-gara GST atau ape, yang pasti Shaklee dah umumkan produk promo bagi bulan April adalah GLA Complex, Lecithin, DTX Complex, Vitalea for kids dan Cinch Shake (coklat dan  Latte). Sampai lima produk sekali gus!


Apa yang Liza nampak dari promo bulan ni, orang yang nak kurus la tersenyum lebar. Ye la, beli produk promo memang banyak boleh jimat, alang-alang tu boleh jadi ahli terus, lagi jimat berganda. Nanti Liza cerita details tentang produk promo ni satu persatu dalam next entry. Kang Liza cerita panjang lebar, bosan pulak korang. Dah la tengah emo dengan GST kan? Ok ok.

Anyway, kalau anda berminat untuk tahu apa saja tentang produk Shaklee atau macamana nak buat duit dengan Shaklee, jangan segan silu untuk contact Liza ye. Konsultasi terbaik dan percuma hanya untuk anda. Terima Kasih.







Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, November 10, 2014

Breast Abcess - cegah sebelum terkena

Salam semua..

Hari ni Liza nak kongsikan salah satu pengalaman 'kurang manis' yang berlaku dalam tempoh Liza berpantang hari tu. Dah lama dah nak share ni sebenarnya, asik tertangguh je. Ampun! Liza berkongsi ni sekadar nak bagi panduan kat orang lain pasal breast abscess, supaya kita dapat mencegah sebelum terkena. Liza sendiri pun tak pernah tahu apa kebendanya Breast Abscess ni, bila dah kena, ha..baru tahu. 

Hanya Allah yang tahu betapa beratnya hati nak tinggalkan si kecik ni.
Kisahnya bermula betul-betul selepas Liza habis pantang 44 hari. Liza diserang demam berpanjangan. Dah tak terkira berapa papan panadol yang Liza dah telan, tak kebah-kebah jugak. Punyalah takut nak pergi hospital/klinik, bimbang nanti warded, berpisah dengan baby. Hari ke-4 demam, timbul bintik-bintik merah di paha, betis dan tangan. Dah cuak kot-kot lah denggi, terpaksa la mengalah, pergi hospital juga. Lagipun, masa tu dah lemah sangat dah, habis sakit semua sendi, sampaikan nak riba Aqil untuk menyusu pun dah tak mampu. *tears*


Dan seperti yang dijangka, memang kena warderd sebab suhu tinggi, BP rendah, platlet rendah, dan yang paling doktor risau, Liza baru lepas bersalin, bimbang ada masalah yang serius. Jadi, masa Liza di ward tulah, doktor akan cari apa punca Liza demam. Tapi tak lama pun, malam tu jugak, doktor scan dan confirm Breast Abscess. Dari wad medical, terus pindah ke ward surgery dan start antibiotik untuk cairkan nanah. Bila dah cair, baru boleh proceed untuk operate.

Dipendekkan cerita, 07 Dec Liza admit, 10 Dec jadual untuk operate. Dengar macam seram je operate bagai kan, tapi dalam 4 cm je luka. Masa operate pun dalam 20 minit je. Hihi. Liza tak sedar apa-apa la sebab full bius (nasib baik!). Time operate tu memang tak mencabar, tapi cabarannya adalah selepas tu. Breast Abscess ni perlukan operation Incision & Drainage, means luka memang tak akan dijahit dan perlu dicuci setiap hari. Alhadulillah 5 hari pertama je ngeri, lepas- lepas tu ai rilex je. Hihi

Tangan habis menggelupas, kesan dari antibiotik kot
Cabaran kedua, berkecailah harapan nak fully breastfeed Muhammad Aqil. Time warded dah hampir seminggu tak menyusu, lepas operate doc nasihatkan tak menyusu lagi sebab Liza still ambil antibiotik, kot baby cirit-birit. Senang cerita, susu memang drop selepas konsep 'supply vs demand' fail. Dicampur pulak dengan faktor-faktor lain, jadinya memang bukan rezeki Liza untuk realisasikan impian setiap ibu tu.

Kesimpulan dari cerita Liza ni, Liza nak ingatkan kepada ibu-ibu dan bakal-bakal ibu (yang menyusu khusunya) supaya jangan ambil mudah jika anda jatuh sakit. Lagi-lagi kalau dalam keadaan (lepas pantang) macam Liza ni. Bukan diri sendiri je akan terkesan, tapi anak pun akan terkena tempiasnya sekali. Jika rasa tak sihat, cepat-cepat gi check tau. Mungkinlah kalau Liza cepat gi hospital, abscess tu tak perlu di operate, cukup sekadar makan antibiotik je macam kes kakak Liza. Tapi, apa-apa pun, Liza terima ketentuan ni dengan redha.


P/S: Jangan ambil mudah apabila terkena 'bengkak susu', kerana ia juga merupakan salah satu faktor terjadinya Breast Abscess!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Wednesday, September 3, 2014

Tips melegakan bengkak susu

Salam Semua..

Liza rasa semua ibu menyimpan hasrat untuk menyusukan bayi masing-masing selama yang boleh, dan kalau mampu tak nak topup pun dengan susu formula. Walaupun ianya tak semudah yang disangka, tapi ia juga tidak mustahil kerana ramai juga ibu yang telah berjaya menyusukan bayi mereka dengan susu ibu secara eksklusif sehingga bayi berusia 2 tahun.

Ia mestilah dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh, disamping perlunya ilmu penyusuan yang betul dan jika perlu, ibu memerlukan 'pertolongan' daripada makanan tambahan bagi membantu proses penyusuan mereka berjalan dengan lebih baik. Sungguh, bukan mudah sebenarnya proses penyusuan ni. Ibu menyusu bakal berdepan dengan beberapa cabaran seperti luka di bahagian puting, bengkak susu, lenguh-lenguh badan, gigi rongak akibat kekurangan kalsium, dan lain-lain lagi. Namun, semuanya ini dapat diatasi dengan adanya ilmu yang betul ataupun pengambilan suplement yang sesuai.


Hari ni Liza nak berkongsi tips untuk melegakan atau mengatasi masalah bengkak susu yang selalu berlaku pada golongan ibu menyusu terutamanya selepas bersalin, lebih-lebih lagi ibu bagi anak pertama. Para ibu dinasihatkan supaya berjaga-jaga untuk mengelak  daripada terkena bengkak susu ni, kerana ianya amat menyakitkan (boleh menyebabkan demam, sakit-sakit badan) dan yang paling ditakuti ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti 'Breast Abscess'.

Faktor terjadinya bengkak susu
  1. Susu yang terhasil melebihi keperluan bayi. Biasanya, bayi yang baru lahir, kurang menyusu, jadi ibu perlulah keluarkan susu (pam) untuk mengelakkan bengkak susu.
  2. Bayi menyusu atau 'melekap' dengan teknik yang salah. Bila, bayi tidak melekap dengan betul, susu tidak dapat dikeluarkan habis. Jadi, sisa-sisa susu yang tertinggal inilah yang akan menyebabkan bengkak susu
  3. Pemakaian bra yang salah saiz menyebabkan ia tidak boleh menampung breast dengan baik.
Di atas adalah beberapa faktor yang boleh membawa kepada berlakunya bengkak susu. Cubalah elakkan sedaya yang mungkin, tapi jika ia terjadi juga, boleh cuba tips di bawah ni.

Tips melegakan bengkak susu
  • Tuam breast dengan tuala/air suam. Tuam di kawasan bengkak sehingga bengkak berkurangan
  • Apabila bengkak berkurangan, bolehlah urut perlahan-lahan dari atas hingga ke puting. Ini bagi merangsang susu untuk mengalir dengan baik dan memulihkan semula liang susu yang tersumbat.
  • Apabila susu mula keluar dan rasa sakit semakin kurang, boleh la pam susu/bagi baby minum sehingga breast kosong
  • Ada juga petua orang tua-tua supaya menyikat breast dengan sikat rambut dari atas hingga ke puting untuk melancarkan pengaliran susu untuk keluar. Liza pun pernah buat ni, senang dan efektif jugak. Hehe
  • Pengambilan suplement seperti Shaklee. Lecithin dapat mengelakkan berlakunya aliran susu tersumbat (duct) sekaligus mengurangkan risiko bengkak susu. Pengambilan B-Complex pula bertindak untuk mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.

Tu jelah tips untuk kali ni ye. Nanti Liza bagi tips lain pulak. Apa-apa pun, paling utama untuk mengelakkan bengkak susu adalah sentiasa kosongkan susu sekerap yang mungkin. Teknik susuan yang betul (cara lekapan mulut baby) dan pemakaian bra yang betul juga penting untuk mengelakkan bengkak susu ye. Akhir kata, Liza doakan ibu-ibu semua sentiasa sihat, kuat semangat dan bergembira dalam tempoh penyusuan ni. Sebarang pertanyaan, boleh la hubungi Liza ye.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, April 7, 2014

Kurus dan sihat dengan Set Kurus Bajet Shaklee

Salam Semua..

Anda mempunyai masalah berat badan tapi kekurangan bajet untuk mengambil produk pelangsingan yang mahal? Tak per, Liza ada penyelesaiannya. Dengan Set Kurus bajet dari Shaklee, anda boleh kurus dengan bajet yang hanya RM100++. Jangan tak percaya tau, walaupun hanya bajet yang rendah, kesannya cukup memuaskan. Tapi, selain dari pengambilan Set Kurus bajet ni, ada 3 syarat utama yang anda perlu patuhi. Lepas dah ikut syarat-syarat ni dan ambil Set Kurus ni dengan konsisten, InsyaAllah impian anda untuk mendapat berat badan yang ideal akan menjadi kenyataan.

3 Syarat penting untuk kurus dengan sihat

  1. Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu suplemen untuk diserap ke dalam badan dengan optimum.
  2. Melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.
  3. Pengambilan makanan yang mencukupi. Ramai yang salah anggap bahawa, untuk kurus perlu kurangkan makan. Setiap hari, kita perlu mengambil antara 1200 kcal - 1500 kcal. Selain itu, elakkan daripada mengambil makanan segera, makanan berminyak, makanan manis dan minuman bergas.

Lecithin
  • Bertindak sebagai pemecah lemak-lemak degil seterusnya menghalang badan dari masalah obesiti.
  • Ia juga bertindak sebagai pembersih salur darah, mengelmusikan lemak dan menurunkan paras kolestrol dalam badan.
  • Selain fungsi untuk kuruskan badan, lecithin juga dapat membantu menghasilkan rambut yang sihat cantik berkilat, kulit yang lembut gebu serta dapat mencegah eczema. Bonus untuk ibu menyusu yang ingin mendapatkan berat badan, lecithin dapat mengelakkan berlakunya 'clogged duct' atau dikenali sebagai bengkak susu yang sangat menyakitkan.
Alfalfa Complex
  • Menyah-toksikkan segala kotoran dan toksin yang ada dalam badan di samping mencuci usus. Apabila badan kita 'bersih', kadar penyerapan nutriet adalah lebih baik dan pengambilan suplemen akan memberi kesan yang optimum. 
  • Membantu mengatasi masalah penghadaman, pencernaan serta sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Melengkapkan zat dan nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan seseorang

Hanya dengan pengambilan 2 suplemen ini, sudah memadai bagi anda yang inginkan turunkan berat badan atau bagi mereka yang inginkan saiz badan yang ideal dengan harga bajet. Walaupun berat dapat diturunkan, badan masih lagi mendapat bekalan nutrient yang mencukupi untuk menjalankan fungsi tubuh dengan baik. Namun, jika anda mempunyai bajet yang lebih dan inginkan kesan yang lebih cepat, anda digalakkan untuk mengambil Set Slimming Complete ni atau menambah Energizing Soy Protein (ESP) bersama-sama dengan Lecithin dan Alfalfa. ESP berfungsi untuk membekalkan tenaga serta mengekalkan rasa kenyang lebih lama, seterusnya dapat mengawal kuantiti makanan yang diambil. 

Apa kata mereka?





Ha, apa tunggu lagi. Jom dapatkan berat dan saiz badan yang anda inginkan dengan hanya bajet yang cukup rendah sekarang. Setiap pembelian di Faza Shop akan layak menerima konsultasi terbaik dan berterusan. 





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, October 14, 2013

Set kurus dengan sihat bersama Shaklee


Salam Semua..

Selamat hari isnin. Amacam hari ni? Ada yang puasa sunat Arafah ke hari ni? Besar tau pahala puasa hari ni. Tapi, walaupun berpuasa, jangan jadikan alasan untuk bermalas-malasan dalam melakukan tugas harian. Ye lah, hari Isnin kan, ramai yang monday blues. Lebih-lebih lagi esok cuti Hari Raya Aidil-Adha kan, ramai la yang member-member ofis yang bercuti hari ni. Lagi lah bertambah lemau. Hehe..

Ha, sempena Hari Raya Qurban yang akan kita sambut esok, Liza nak kongsikan sikit tentang Set Kurus Shaklee. Bagi yang ada masalah berat badan, mesti berkira-kira nak menjamu selera di hari raya kan? Eh, Shaklee pun ada Set Kurus ke? Mestilah ada.. Liza dah cakap kan, Shaklee ni adalah satu jenama suplement lengkap untuk semua golongan. Yang nak cantik, nak sihat, nak tambah susu, nak bijak, nak bertenaga, nak kurus, nak gemuk, semua ada. Tapi, yang membezakan Set kurus Shaklee ni berbanding dengan produk kurus yang lain, tak lain tak bukan Set kurus Shaklee ni adalah semula jadi. Tak de maknanya hari ni guna, esok terus kurus. Kalau ada produk yang claim boleh buat macam tu, memang ada lah tu yang tak kena. 

Macamana Set Kurus Shaklee ni berfungsi dengan berkesan? Meh Liza terangkan. Set kurus Shaklee terdiri daripada 3 konsep utama iaitu:



BAKAR - Proses yang pertama adalah membakar segala lemak dan kolestrol yang dah berkumpul dalam badan kita. Lecithin atau Omega Guard adalah agent pembakar dan pemecah lemak yang baik. Ia juga merupakan pembersih salur darah yang membantu dalam pelangsingan badan.Omega guard lebih efisien dalam mengawal obesiti dan kandungan kolestrol dalam badan.

BUANG - Ok, bila lemak dan kolestrol tu dah berjaya dipecahkan, sekarang kita perlu keluarkan atau buang semua lemak, kolestrol serta bahan-bahan bertoksin tu dari badan kita. So, pengambilan Alfalfa atau Herba-Lax sangat membantu untuk membersihkan hati, darah dan usus, seterusnya menyingkirkan lemak serta kolestrol dari badan melalui usus besar.



BINA - Proses yang terakhir adalah mengekalkan kepejalan otot dalam badan. Selepas lemak dah dikeluarkan dari badan, kita tak nak la badan jadi kendur dan menggeleber kan? Jadi, kita memerlukan Energizing Soy Protein (ESP) atau Cinch Shake yang merupakan sumber protein berkualiti tinggi untuk membina otot badan. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan kadar metabolisme badan, memberi tenaga, dan memberi rasa kenyang yang lebih lama. Jadi, lemak tiada, badan makin sihat bertenga, shape badan pun dah tentu-tentu la nampak cantik dan menarik.

Ha, ni lah tiga proses utama dalam memberikan bentuk badan yang ideal disamping mengekalkan kesihatan yang terbaik untuk pengguna. Ramai yang dah berpuas hati dengan Set Kurus Shaklee ni. Anda bila lagi? Jangan bimbang, Liza akan konsult mengikut bajet masing-masing. Konsultasi dan harga terbaik semestinya khas untuk anda.


P/S: Jangan lepaskan peluang promosi Oktober -  dapatkan Collagen terbaik di pasaran sekarang!!







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Tuesday, October 8, 2013

Suplement Shaklee mahal?

Salam Semua..

Amacam hari ni? Ok tak? Semalam hari isnin ni, ramai yang lemau dan monday's blues kan, maklumlah permulaan minggu. Hari ni dah ok sikit kot. Liza pun sama je, bila masuk hari isnin, mesti rasa tak best. Tapi kalau banyak kerja kat ofis, macam semalam, Fuh! berpeluh ketiak. Takut jugak tak sempat nak setelkan semua kerja-kerja ni sebelum cuti panjang nanti. Waa.. dah tak lama dah nak cuti panjang, nervous pun ada. Semoga Allah permudahkan semua urusan Liza. Aminn

Ok, habis cerita pasal lemau-lemau ni, hari ni Liza nak kongsikan sikit isu yang agak glemer la kalau ada yang sebut pasal Suplement Shaklee. Ramai yang beranggapan Shaklee ni mahal. Ada juga antara kawan-kawan Liza yang tanya, 'eh, mahal kan Shaklee ni?', bila tahu Liza consume Shaklee. Meh Liza bagi beberapa contoh produk Shaklee dan harganya. Lepas tu pembaca semua boleh la decide samada mahal ke tak produk Shaklee ni.


Hah, mahal ke Shaklee ni? Ni sebahagian daripada produk Shaklee yang tengah famous amous kat pasaran sekarang la. Dengan harga yang rendah macam ni, tapi kualiti yang tip-top, dan kesan yang dah terbukti memang tak hairan la Shaklee jadi fenomena kat Malaysia sekarang. Tapi, kadang-kadang Liza pelik juga, ada sesetengah individu, kalau nak beli benda-benda lain yang kurang penting macam pakaian ke, handbag ke, tak ramai yang kisah pasal harga. Tapi untuk suplement, ramai yang berkira. Hurmmm

Perhatian! harga yang Liza kira kat atas ni, adalah harga retails ye. Liza tak pernah jual dengan harga ni tau, semua Liza bagi harga member-member je. Kalau nak tahu berapa harga yang Liza bagi, kena la contact Liza, kita bisik-bisik. Hehe. Oh ya, siapa-siapa yang nak buat bisnes part time atau full time boleh la bagitau Liza. Paling tidak pun, boleh lah buat cover duit suplement setiap bulan kan? Jom!


P/S: Jom dapatkan Kolagen terbaik di pasaran dengan harga runtuh sempena promo Oktober! 








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas