Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts
Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

Berita baik vs Berita buruk mengenai Zinc Complex Shaklee

Salam Semua..

Hari ni Liza ada dua berita mengenai salah satu produk feveret dalam Shaklee, iaitu Zinc Complex. Kenapa Liza panggil Zinc ni produk feveret? Sebaaabb... Walaupun Zinc Complex ni tak lah sefemes ESP atau Vitamin C, tapi permintaan dari customer Liza memang tak putus2 setiap bulan. Lagi lah pulak bulan ni bulan promo Zinc kan, lagi la kena serbu. Opsss! Ha, tu lah salah satu berita yang Liza nak bagitau tadi - bulan ni promo Zinc Complex. Hehe..

Kalau harga sebotol Zinc Complex sebelum promo pon dah cukup murah(tak sampai RM40), bila dah promo lagi lah berganda2 murahnya kan? Tapi, ni bukan murah sebarang murah tau. Harga je yang murah, tapi manfaat dan fungsinya tetap mahal!


Antara fungsi Zinc Complex:
  • Memulihkan luka dengan lebih cepat
  • Memelihara kulit yang sihat
  • Menyumbang kepada pembentukan kolagen untuk kulit yang cantik dan anjal
  • Mengurangkan radang kulit seperti ekzema dan jerawat
  • Mengurangkan masalah rambut gugur
  • Membantu pengeluaran dan fungsi insulin bagi pengidap diabetes
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Membantu memelihara kesihatan kelenjar prostat
  • Meningkatkan keupayaan seks lelaki
  • Meningkatkan jumlah sperma

Pada kebiasaannya, customer Liza yang cari Zinc ni sebab ada masalah rambut gugur, jerawat dan juga untuk pulihkan luka(bersalin/operation) dengan lebih cepat. Liza time bersalinkan Aqil dan buat minor operation untuk breast abscess dulu pon ambil Zinc ni, Alhamdulillah nurse pon puji luka tertutup cantik. Satu lagi fungsi Zinc Complex yang femes adalah untuk kesuburan. Memang dah terbukti dan dah ada testimoni pon si isteri berjaya hamil selepas si suami amalkan Zinc Complex. Nanti Liza kongsikan dalam next entry ye.

Tapi, Liza ada berita buruk jugak nak bagitau mengenai Zinc Complex ni. Bermula bulan depan, pengeluaran Zinc akan diberhentikan buat sementara waktu sebab pihak Shaklee nak upgrade/improvise formula yang ada dalam Zinc Complex ni. Sob2.. Tak tahu lah bila pulak akan disambung penjualannya. Kalau Vitamin C dulu, setahun lebih jugak tak de kat pasaran Malaysia, habis pencinta Vitamin C duk angau time tu. Hehe

Jadi, bagi pengguna setia Zinc Complex atau yang baru2 nak mencuba tu, cepat2 dapatkannya sekarang tau. Kang dah tak de, jangan gigit jari. Liza pon nak kena buat stok untuk diri sendiri jugak ni, ye lah bulan depan dah nak bersalin, time tu dah tak de stok, payah pulak nanti kang. 

Sesiapa yang berminat nak dapatkan Zinc Complex dengan harga promosi atau nak tanya apa sahaja tentang Zinc Complex/mana2 produk Shaklee yang lain, jangan segan silu untuk contact Liza ye.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, March 26, 2015

Cara mudah menyelesaikan masalah jerawat kronik

Salam Semua..

Mungkin ada yang belum tahu bahawa, masalah jerawat dikategorikan sebagai sejenis penyakit yang dihidapi oleh hampir 80% daripada rakyat negara kita. Individu yang mempunyai masalah jerawat ni akan merasa rendah diri, tidak selesa dan kurang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Masalah jerawat boleh disebabkan oleh faktor genetik, liang roma tersumbat oleh minyak atau kotoran, ketidakseimbangan hormon, faktor persekitaran serta tekanan. 


Jerawat biasanya mula muncul pada usia remaja dan semakin berkurang apabila kita meningkat dewasa. Tapi, jika pada usia remaja tu, jerawat yang ada sangat banyak dan teruk, ia boleh meninggalkan parut yang sukar untuk dihilangkan. Jadi, amatlah penting untuk kita mencegah masalah ni sebelum menjadi lebih teruk. Bak kata orang, mencegah lebih baik dari merawat, kan?

Hari ni Liza nak bagitau kat adik-adik, kakak-kakak, dan abang-abang yang ada jerawat tu, anda sebenarnya boleh merawat masalah ni dengan mudah je. Kenapa lah Liza tak jumpa Shaklee ni dulu time remaja, sekarang dah susah nak hilangkan parut. Tapi tak per lah, sekarang kulit Liza pun dah banyak improved bila konsisten dengan Vitamin E dan Vitamin C. Suami pun dah puji tau!

Set jerawat kronik

Alfalfa berfungsi sebagai agent detoks untuk membuang segala kotoran dan toksin di dalam badan. Jerawat merupakan salah satu petanda yang badan kita mempunyai toksin yang berlebihan. Proses detoks ni juga penting sebelum pengambilan apa-apa suplement kerana toksin yang ada dalam badan boleh mengurangkan kadar penyerapan suplement, seterusnya akan melambatkan proses penyembuhan.

Zinc Complex pula sangat penting dalam proses penyembuhan luka, mencegah kulit kering atau ellergic, serta mengawal keseimbangan hormon dalam badan. Biasanya, bagi masalah jerawat yang kronik, jerawat akan pecah kan? Ini adalah sejenis luka yang memerlukan penyembuhan segera. Time ni la, Zinc diperlukan sebab jika luka lambat sembuh, ia akan meninggalkan parut. Selain tu, Zinc juga dapat membantu mengawal pengeluaran minyak di wajah. 


Ha, hanya ambil dua jenis suplement ni je dulu untuk hilangkan jerawat, memang mujarab tau! Lepas jerawat dah berkurangan, barulah kita pergi ke fasa melembutkan wajah, mencerahkan, menghilangkan parut bagai. Alfalfa ada 330 biji, harga di bawah RM60 dan Zinc Complex pulak 120 biji, dengan harga di bawah RM30. Berbaloi sangat kan, dua jenis ni belum sampai seratus ringgit pun, tapi boleh tahan hingga 4 bulan tu! Cepat hubungi Liza segera untuk konsultasi dan tips PERCUMA!






Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, March 16, 2015

Mengatasi masalah buasir dengan Set Buasir Shaklee

Salam semua..

Baru-baru ni, ada seorang customer mesej Liza, tanya ada tak suplement untuk masalah buasir. Bila Liza fikir-fikir balik, Liza tak pernah pulak cerita tentang buasir dalam blog Liza ni, padahal masalah buasir tu dah biasa sangat berlaku dalam masyarakat kita ni lebih-lebih lagi kepada ibu mengandung, ibu dalam pantang dan warga emas. Ok, berbalik kepada cerita customer Liza ni, Liza cadangkan terus Set Buasir untuk menyelesaikan masalah sedia ada dan mengelakkannya daripada berulang lagi.


Set Buasir Shaklee

  • Omega Guard - Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, Omega membantu mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
  • Zinc Complex - Zinc membantu dalam penyembuhan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.
  • Ostematrix - Mengelakkan berlakunya sembelit dan memberi keselesaan kepada pesakit sewaktu membuang air besar. Disarankan kepada pesakit buasir di tahap yang agak teruk (najis berdarah dan rasa sangat perit ketika membuang air besar.


Ha, pada semua yang belum terkena buasir ni, jaga pemakanan dan jaga gaya hidup tau. Sebab dari cerita yang Liza dengar dan baca, buasir ni bukan calang-calang sakitnya. Pada tahap yang serius, terpaksa dibedah. Takut kan? Ok, Liza nak bagi tips sikit ni bagi mengelakkan daripada terjadinya buasir. Amalkan tau!


  1. Lebihkan makanan yang berserat tinggi seperti oat, beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian
  2. Minum air dengan cukup (6-8 gelas sehari)
  3. Amalkan aktiviti bersenam
  4. Jangan menahan diri atau bertangguh apabila terasa ingin membuang air besar. Ia boleh menyebabkan najis menjadi keras
  5. Jika masalah ini berlarutan walaupun sudah mengamalkan suplement yang sesuai dan tips-tips di atas, cepat-cepat dapatkan nasihat dari doktor kerana dibimbangi akan mendapat masalah yang lebih serius. 





Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, March 6, 2015

Promosi hebat bulan Mac 2015

Salam Semua..

Hari ni dah masuk 6 hb, tapi baru nak update produk promo untuk bulan ni? Haih.. Ampun ye, Liza kat kampung, line internet mak aihhh bukan macam siput lagi dah, ni tahap siput cacat, dah tak gerak langsung. Sabor je lah dengan 4G ni, bila nak upgrade?

Ok, dipendekkan cerita, bulan ni pun ada tiga produk promo tau, sama macam bulan lepas jugak. Ha bukan satu, bukan dua, tapi tiga Shaklee bagi, best kan? Yang lagi best, produk promo bulan ni pulak hot seller, bukan calang-calang produk ye. Apa lagi kalau bukan Energizing Soy Protein(ESP), Zinc Complex dan akhir sekali, Vitalea for kids.


Bila Liza dapat tahu je promo bulan ni, Liza boleh bayangkan dah siapa yang akan senyum lebar. Siapa lagi kalau bukan bakal-bakal ibu yang akan bersalin tak lama lagi dan geng-geng yang nak rambut, kulit dan kuku yang cantik.

Zinc Complex bukan sekadar bagus untuk merawat masalah rambut gugur dan mempercepatkan proses penyembuhan luka je, bagi individu yang ingin mengatasi masalah jerawat pun elok sangat ambil Zinc ni. Biasanya golongan remaja lah kan yang ada masalah jerawat. Kalau bukan kita sekalipun, boleh la syorkan kat adik-adik, saudara mara, kawan-kawan ect yang kita tahu ada masalah jerawat. Harga sebelum promo pun dah mampu milik, apetah lagi harga selepas prom,o, murah sangat!


ESP pulak ramai yang dah tahu kan sebagai sumber protein terbaik untuk mendapatkan sel yang baik dan sihat. Bila sel (asas binaan badan kita) sihat, maka fungsi badan yang lain pun akan berjalan dengan sempurna. Kurang lah sikit risiko untuk dapat masalah kesihatan kan? Siapa yang nak cantik, nak kurus, nak susu banyak, nak bertenaga semuanya ambil ESP. Sebab tu la, dalam banyak-banyak produk Shaklee, ESP ni digelar hot seller product!


Ok, nanti Liza cerita lebih lanjut lagi tentang kepentingan produk-produk hebat ni dalam entry yang lain ye, cerita panjang-panjang dalam satu entry, kang ada pulak yang pengsan. Hihi. Macam biasa, kalau nak dapatkan apa-apa produk Shaklee atau FeelVogue, boleh lah contact Liza cepat-cepat ye. Konsultasi adalah sentiasa PERCUMA, nak risik-risik dulu pon ok je, jangan takut jangan segan tau.

Sekian.






Pertanyaan atau tempahan:
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Wednesday, November 19, 2014

Tips dan petua untuk sembuhkan luka bersalin dengan cepat

Salam Semua..

Hari ni Liza nak share beberapa tips untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin, tak kiralah samada bersalin secara normal ataupun secara pembedahan(czer). Tips ni Liza dapat daripada pengalaman sendiri, hasil perkongsian dengan para ibu gojes di luar sana serta daripada pembacaan. Semoga tips ni dapat membantu ibu-ibu terutamanya buat ibu yang pertama kali melalui proses bersalin.


Tips menyembuhkan luka bersalin dengan cepat
  1. Pastikan kawasan luka sentiasa bersih dan kering. Liza pernah dengar ada ibu yang keringkan luka czer mereka dengan hair dryer. Kalau bersalin normal, boleh tukar pad dengan lebih kerap. Tapi tak kisah la nak guna apa, asalkan kawasan luka tu tak berair, lembap atau basah kerana bimbang terkena jangkitan dan bernanah.
  2. Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Ini supaya kawasan luka tidak tertekan(bagi yang bersalin normal) dan memberi ruang pengudaraan. Bagi ibu bersalin czer pula, boleh melakukan pergerakan dan aktiviti ringan.
  3. Elakkan sembelit atau kurangkan tegangan ketika membuang air besar. Ini mengelakkan daripada jahitan terbuka semula bagi ibu yang bersalin normal.
  4. Mengambil makanan yang seimbang terutamanya protein, vitamin C serta serat agar dapat membantu proses penyembuhan luka berlaku dengan baik. Walaupun masih berpantang, ibu bersalin mesti mendapatkan zat yang mencukupi untuk kekal bertenaga dan cepat pulih.
Terdapat juga beberapa petua traditional yang masih diamalkan hingga sekarang dan berkesan bagi sesetengah orang. Anda yang ingin mencuba, sangat dialu-alukan selagi ia tidak memudaratkan.
  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda hingga mendidih. Apabila air telah suam, boleh gunakan untuk membasuh luka dibahagian sulit 3 kali sehari sehingga luka sembuh.

2.  Rebus ikan haruan yang telah dicuci bersih bersama halia, lada hitam dan sedikit garam. Boleh dimakan bersama nasi putih atau dibuat sup.


3. Rebus gamat dengan air yang banyak sehingga mendidih. Kemudian, air rebusan yang telah suam boleh diminum atau disapukan di kawasan luka
4. Campurkan biji manjakani, akar kayu, halia dan air. Rebus sehingga mendidih dan minum ketika masih panas atau suam. Amalkan setiap hari.
5. Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain dari minum air rebusannya, ia juga boleh dijadikan ulam dan dimakan bersma nasi dan lada hitam.

Amacam? Ok tak setakat ni? Nampak agak rumit ye petua traditional ni. Jika anda tidak berkesempatan atau ada kenkangan lain untuk ikut petua traditional ni, boleh je ambil Zinc Complex dari Shaklee. Ia memang mempunyai fungsi yang hebat dalam menyembuhkan luka termasuk luka bersalin. Liza dah ada pengalaman jugak dengan Zinc Complex ni time Liza operate Breast Abscess hari tu. Memang puas hati.


Jika anda berminat untuk mendapatkan Zinc Complex atau apa-apa produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Liza ye. Konsultasi PERCUMA khas untuk customer Liza yang tersayang.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Sunday, November 9, 2014

Rambut makin lebat, kulit wajah pulak makin berseri dengan Zinc Complex

Salam Semua..

Sejak akhir-akhir ni, ramai pulak yang cari Zinc Complex dengan Liza. Liza pun pelik jugak, sebab sebelum-sebelum ni, Liza jarang jual Zinc Complex. Ada kes, dalam sebulan sorang pun tak de yang order Zinc. Tapi, nak buat macam mana, bulan ni rezeki dengan Zinc pulak. Alhamdulillah..

Biasanya customer Liza yang order Zinc adalah ibu baru lepas bersalin, untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan golongan lelaki untuk tujuan kesuburan. Jangan tak tahu ye, Zinc Complex dapat membantu meningkatkan tenaga seks lelaki serta meningkatkan bilangan sperma baik. Jika kuantiti sperma baik adalah tinggi, disertai tenaga yang secukupnya, InsyaAllah peluang untuk isteri hamil adalah lebih tinggi.


Secara jujur, Liza pun ambil Zinc Complex ni, tapi bukan untuk sembuhkan luka bersalin, tapi untuk luka operation Breast Abscess. Mula-mula Liza bimbang jugak kot-kot luka lambat sembuh sebab selalu basah dengan susu badan. Operate kat atas breast, confirm la kena salur susu, time tu pulak baru lepas pantang, susu tengah banyak. Tapi, bukan Liza je yang perasan syok sendiri, Doktor dan nurse sendiri pun akui, yang luka operation tu cepat baik dan tertutup dengan elok, walaupun luka tak berjahit. 

Lepas luka operation tu sembuh sepenuhnya, Liza still lagi consume Zinc Complex ni, sebab ada banyak lagi (sebotol ada 120 biji), buat apa membazir. Rupa-rupanya Liza tak tahu yang Zinc Complex jugak elok untuk mengatasi rambut gugur. Ibu lepas bersalin memang sinonim la dengan masalah rambut gugur ni, nasib baik ada Zinc. Selepas Liza konsisten dengan Zin Complex selama sebulan, Liza perasan satu hal lagi, jerawat dah tak keluar, kulit jadi makin bersih. Kenapa ya? Rupa-rupanya, memang fungsi Zinc dapat mengawal minyak di kulit wajah. Biasanya, minyak ni la yang menjadi punca kulit berjerawat.

Testimonial mereka



Isshh.. pendek kata, untung sangat siapa yang mengamalkan Zinc Complex ni. Banyak manfaat yang akan korang dapat. Dah la harga tak sampai RM50, boleh tahan hingga 4 bulan pulak tu, mana nak cari produk hebat macamni. Yang istimewanya produk Shaklee ni, bukan saja berkesan, tapi terbukti selamat dan semulajadi.

Sekian, perkongsian Liza mengenai si kecil-kecil cili padi ni. Berminat? Boleh hubungi Liza ye!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Monday, May 26, 2014

Set berpantang Shaklee terbaik untuk ibu dan anak

Salam Semua..

Entry kali ni Liza tujukan khas untuk kawan-kawan serta pembaca yang bakal bersalin tidak lama lagi. Bagi ibu-ibu yang bakal bersalin, set berpantang adalah salah satu 'check-list' yang mesti ada kan? Ia penting untuk memastikan ibu cepat pulih, sihat dan bertenaga sepanjang tempoh berpantang. Tiada paksaan untuk memilih Set Berpantang dari Shaklee ni sebenarnya, cuma Liza nak berkongsi pengalaman Liza sendiri dan beberapa testimoni mereka yang telah berpuas hati selepas menggunakan Set Berpantang Shaklee. Yang penting, pilihlah set berpantang yang dirasakan terbaik untuk anda serta bayi. Taip entry ni, tetiba rasa rindu pulak nak bersalin lagi, padahal Muhammad Aqil baru je 7 bulan..Hehe


Set Berpantang Shaklee
  1. Zinc Complex - Mempercepatkan proses pemulihan luka
  2. B-Complex -  Sebagai anti-stress dan mengelakkan ibu daripada meroyan
  3. Vitalea - Multivitamin, juga untuk seimbangkan HB ibu 
  4. Vitamin C - Meningkatkan imunisasi ibu 
Jika anda mempunyai bajet lebih, disarankan juga untuk menambah Energizing Soy Protein (ESP) dan Ostematrix ke dalam Set berpantang di atas. Ini kerana, ESP dapat membantu anda untuk kekal bertenaga serta membantu dalam memekatkan susu ibu. Bila susu ibu lebih pekat, bayi akan cepat kenyang dan tidur lebih lama. Jadi, ibu mempunyai masa lebih untuk berehat.

Ostematrix pula berfungsi untuk membekalkan kalsium untuk keperluan ibu dan secara tak langsung kepada bayi, melalui susu ibu. Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan badan ibu mudah lenguh, kebas, tidur kurang lena dan yang paling ditakuti, gigi ibu mungkin akan ronggak. Ha, seram kan?


Dari pengalaman Liza pulak, memang sangat berpuas hati dengan Set Berpantang ni. Luka memang cepat baik, susu memang meriah (baju basah sokmo..hihi), dan yang paling Liza suka adalah Ostematrix. Selain nak jaga gigi dan tulang, Ostematrix juga dapat mengelakkan Liza dari sembelit. Fuhh, ngeri pulak kalau bayangkan sembelit selepas bersalin kan? Oh ya, lagi satu.. alhamdulillah, berat badan Liza dah kembali semula kepada berat asal sebelum pregnant dulu. Seronok!  Ok, sekarang jom kita tengok apa kata mereka:

Testimonial Set Bersalin Shaklee




Jadi, jika anda berminat untuk mencuba atau ada sebarang pertanyaan tentang Set Berpantang ni (atau mana-mana produk Shaklee yang lain), boleh la hubungi Liza ye. Jangan risau, konsultasi adalah percuma, jadi beli atau tak, lain cerita. Hehe. Sekali lagi Liza nak bagitau, yang Liza adalah pengedar Shaklee kawasan Sri kembangan. Sesiapa yang tinggal di kawasan Ekuine, Serdang, Bangi dan yang sewaktu dengannya, boleh COD (Cash on delivery) sahaja. Selain dari kawasan ni pulak, tak de masalah, Liza boleh post. InsyaAllah, order sebelum pukul 2 petang, akan dipos pada hari yang sama, dan kebiasaannya, esok dah sampai ke tangan anda. Menarik tak?


P/S: Jom kumpul DUIT RAYA!



Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, May 5, 2014

Petua lebatkan rambut bayi

Salam Semua..

Menjadi kebiasaan bagi bayi yang baru lahir akan dibotakkan kepala mereka sebagai mengikut sunnah serta bertujuan untuk membersihkan kepala bayi. Namun, ada satu masalah selepas rambut bayi dicukur, rambut baru lambat tumbuh dan bayi berkeadaan botak agak lama. Ia mungkin juga dipengaruhi oleh faktor genetik ibu bapa bayi tersebut. Macam keluarga Liza sendiri, memang kebanyakkan anak saudara Liza, tak kiralah lelaki atau perempuan,  botak sewaktu kecil, termasuk la anak sendiri, Muhammad Aqil ni. Hihi


Ia terpulang kepada pendapat masing-masing sebenarnya, bagi Liza tidak ada masalah untuk bayi botak dan mempunyai rambut yang sedikit. Macho ape, baby botak, kan? Hehe. Boleh gunakan topi untuk anak lelaki dan head-band untuk anak perempuan, comel je. Tapi, ada juga ibu bapa yang rungsing apabila bayi mereka mempunyai rambut yang nipis atau terlalu sedikit. Ok, meh Liza kongsikan satu petua orang lama untuk melebatkan rambut bayi.

Cara-caranya, ambil seranting daun asin, seranting daun delima dan enam helai daun melur. Gilingkan kesemua daun tadi dan campurkan dengan bedak sejuk dan air. Sapukan campuran tadi ke seluruh kepala bayi. Lama kelamaan rambut bayi anda akan mulai lebat. Petua mak Liza pulak, hanya lumurkan bedak sejuk pada kepala bayi, supaya kepala bayi sentiasa sejuk dan merangsang pertumbuhan rambut baru. Tapi, Liza tak buat pun..Hihi. Kepada mak ayah yang nak lebatkan rambutkan bayi masing-masing, boleh la cuba petua ni ye, Selamat Mencuba!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, April 24, 2014

Masalah selepas bersalin

Salam Semua..

Maaf ye, dah lama Liza tak update blog, agak busy sikit kebelakangan ni. Tapi, segala urusan jual beli dan konsultasi masih lagi berjalan seperti biasa. Untuk respond yang lebih cepat, anda boleh whatsapp atau sms je Liza di 019-364 4787. Ok, kali ni Liza nak celoteh mengenai masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakkan ibu selepas bersalin. Post kali ni agak 'dekat' dengan Liza, sebabnya Liza pun mengalami masalah yang sama selepas bersalin dulu. Jadi, kiranya post ni adalah daripada pengalaman Liza sendiri jugak la.


Antara masalah yang sering terjadi kepada ibu selepas bersalin adalah sembelit, keguguran rambut serta sakit-sakit sendi. Masalah sembelit boleh terjadi kerana ibu berasa ngilu dan 'seram' untuk membuang air besar selepas bersalin. Jadi, ibu mengambil tindakan untuk melengah-lengahkan serta mengelak daripada 'membuang'. Lama kelamaan najis akan mengeras dan berlaku lah sembelit. Faktor lain yang menyumbang kepada masalah sembelit adalah kekurangan air dalam badan dan di dalam usus. Ini berlaku kerana ibu menyusukan bayi tidak meningkatkan pengambilan air masak.

Keguguran rambut pula berlaku kerana hormon (estrogen) yang tidak seimbang dalam badan selepas bersalin. Pada kebiasaanya, ibu yang baru bersalin akan mengalami keguguran rambut lebih dari 100 helai sehari. Tapi jangan bimbang, ia akan menjadi normal selepas bayi berumur 12 bulan dan keatas. 

Sakit sendi pula adalah tindak balas normal kepada kebanyakkan wanita lepas bersalin. Sewaktu hamil, tubuh telah mengeluarkan 'hormon relaxing' yang berfungsi untuk melonggarkan sendi dan ligamen. Ianya supaya tulang pelvis mudah dilonggarkan dan 'jalan' untuk bersalin dapat diperbesarkan. Ligamen yang longgar inilah yang menyebabkan sakit sendi ketika bergerak.

Bagi ibu-ibu yang senasib dengan Liza, Liza sarankan untuk mengambil 3 suplement ni bagi mengatasi masalah-masalah berikut. Sampai bila anda nak terseksa setiap kali nak buang air besar? Tak kan tak segan kalau rambut di kepala dah semakin menipis, kata nak jaga penampilan untuk suami? Tak kan nak biar je sakit sendi tu, macam mana nak uruskan baby kalau nak bergerak pun sakit-sakit dan tak selesa kan?

3 suplement Shaklee yang disyorkan:

  1. Ostematrix - Selain menjadi sumber kalsium untuk anda dan bayi, ia juga mengandungi Magnesium yang berfungsi untuk menarik air ke dalam usus untuk melembutkan najis. Liza mengalami sembelit sejak hamil dan Ostematrix adalah salah satu suplement wajib Liza. Alhamdulillah, memang terbukti ostematrix ni boleh mengatasi sembelit.
  2. Zinc Complex - Zinc Complex berupaya untuk menguatkan akar rambut sekaligus mengurangkan risiko rambut gugur.
  3. Advanced Joint Health - AJHT mengandungi glukosamia yang bertindak sebagai pelincir untuk anda bergerak dengan lebih selesa.

Apa kata mereka?



Ha, semestinya suplement-suplement ni dalam harga yang mampu milik ye. Dan yang paling penting, ianya semulajadi, selamat dan berkesan. Kalau anda atau kenalan anda mengalami masalah rambut gugur, sakit sendi dan sembelit, boleh la cuba suplement-suplement yang Liza syorkan ni. Eh, bukan untuk untuk ibu lepas bersalin je tau, untuk orang biasa pun boleh. Kalau ada apa-apa hal nak tanya, contact Liza ye. Konsultasi terbaik dan percuma khas untuk anda.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Sunday, August 25, 2013

Suplement untuk Kesuburan

Salam Semua..

Memandangkan Liza sekarang dan join club bakal-bakal mak budak, rasa terpanggil pulak untuk post pasal Set Kesuburan ni. Padahal dah lama dah Set kesuburan Shaklee ni wujud, tapi bila dah ada perasaan mak-mak ni, baru la nak ambil tahu. Bukan apa, dalam Liza tengah-tengah seronok, teruja nak sambut orang baru, Liza perasan ada kawan-kawan Liza yang kahwin lebih kurang Liza ataupun lebih awal dari tu, masih belum ada rezeki. Yang ni bukan dari kategori belum nak anak ye, ni memang nak tapi belum dapat. Ada juga Liza dengar orang cakap, kalau selepas setahun berkahwin, masih belum ada tanda-tanda kehamilan, lebih baik pergi check, kot-kot ada masalah kesuburan ataupun masalah kesihatan yang lain.


FAKTOR-FAKTOR MASALAH KESUBURAN
  1. Gangguan ovulasi - Wanita yang mempunyai masalah ini biasanya berpunca daripada ketidak stabilan hormon dalam badan yang akhirnya menggangu proses ovulasi. Wanita yang mempunyai hormon prolaktin yang tinggi, akan menganggu penghasilan telur.
  2. Masalah tiub Fallopio - Kerosakkan pada tiub Fallopio boleh menghalang persenyawaan telur dan sperma. Antara sebab-sebab kerosakkan tiub Fallopio adalah keradangan tiub Fallopio, tiub Fallopio tersumbat, pernah mengalami kehamilan luar rahim, serta pernah melakukan pembedahan di sekitar tiub fallopio/rahim.
  3. Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin yang berpunca dari hubungan seksual
  4. Lelaki yang mempunyai masalah testis yang tidak dapat menghasilkan sperma (azoopsermia), masalah salur sperma tersumbat, mati pucuk atau lemah tenaga batin
  5. Ketumbuhan tidak normal - Kehadiran pertumbuhan sel-sel tidak normal di sekitar rahim. Sebagai contoh:
      • Tisu dari selaput rahim yang tumbuh membesar di luar rahim (Endometriosis)
      • Masalah Tiriod
      • Masalah Fibroid
Selain daripada faktor di atas, cara pemakanan, kekurangan zat dalam badan, amalan merokok dan pengambilan minuman beralkohol, usia yang meningkat, pencemaran, pengambilan ubat-ubatan, badan yang terlalu gemuk atau terlalu kurus, badan yang letih akibat penat bekerja, serta tekanan daripada persekitaran juga boleh menjadi faktor masalah kesuburan. Masyarakat di sekeliling pulak jangan la asyik duk tanya je, paham-paham sendiri dah la. Mau tak stress si polan ni aysik dapat soalan sama?


SET KESUBURAN SHAKLEE (WANITA)

GLA Complex diperlukan oleh wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur atau sengugut yang teruk ketika haid. Ia membantu menstabilkan hormon, membakar lemak serta bonusnya ia dapat mencantikkan kulit. GLA juga akan menyediakan keadaan yang memudahkan perjumpaan antara ovum dan sperma. Energizing Soy Protein (ESP) membantu membentuk tisu rahim, serta sel ovum yang sihat dan sempurna sekali gus meningkatkan tahap kesuburan dan peluang kehamilan seseorang. Bagi wanita yang mempunyai badan yang besar, ESP dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama, secara tak langsung dapat menurunkan berat badan dan meningkatkan peluang untuk hamil. B-Complex mengandungi B6 dan asid Folik yang diperlukan untuk kesuburan wanita. Ia juga berperanan menukarkan makanan kepada tenaga dalam tempoh yang cepat. Isteri yang penat setelah sibuk bekerja seharian sudah tentu memerlukan tenaga yang mencukupi untuk bersama dengan suami.


SET KESUBURAN SHAKLEE (LELAKI)

Zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses penghasilan hormon testosteron dan membekalkan tenaga kepada sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Ia juga berperanan dalam proses pembentukkan genetik iaitu pada DNA. Vitamin E pula berfungsi untuk menyuburkan sel-sel dan organ reproduksi lelaki serta melancarkan saluran darah. Kehadiran vitamin E yang bekerja sebagai agen anti-oksida akan menghalang radikal bebas daripada merosakkan sperma dan ovum. Selenium yang didapati dalam vitamin E Shaklee ini pula dapat membantu pergerakkan sperma agar lebih kuat dan akhirnya berjaya bersenyawa dengan ovum.


Perlu diingatkan juga, masalah kesuburan boleh menjadi punca penceraian ataupun boleh menjadi alasan untuk si suami membuka cawangan baru.(Haih, macam confirm je masalah tu dari si isteri. Emo mak tau!)

Jadi, bagi pasangan-pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, apa kata cuba Set Kesuburan Shaklee ni sebagai salah satu usaha disamping bermohon pada yang Esa. Tak cukup bajet? Tak per, set lengkap kat atas ni sebagai cadangan je, ada pasangan yang hanya ambil GLA Complex dan Zinc je pun, dah dapat feedback yang positif. Semuanya terpulang kepada anda untuk mencuba. Kalau anda ada kenalan atau saudara mara yang mempunyai masalah yang sama, boleh la tolong sampaikan kat dorang juga ya. Harga dan konsultasi yang awesome adalah jaminan dari Liza.








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas