Showing posts with label Allergik. Show all posts
Showing posts with label Allergik. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

Ubat resdung yang selamat dan berkesan

Salam Semua..

Rupa-rupanya ramai rakyat Malaysia ni yang menderita akibat resdung. Rasa bersalah pulak kalau Liza tak kongsi benda ni kat semua. Walaupun Liza dan ahli keluarga tak mempunyai masalah ni, tapi Liza pernah ada pengalaman melihat kawan Liza yang asyik bersin pada setiap pagi akibat resdung. Kesian bila tengok dia tu, nak buat kerja harian pun macam terganggu. 


Selain bersin, pesakit resdung juga mudah diserang sakit kepala dan biasanya akan alah pada makanan laut seperti sotong, udang atau belacan. Keadaan yang berhabuk atau cuaca yang sejuk pun boleh menyebabkan mereka tidak selesa. Resdung juga boleh mengakibatkan masalah pada kulit seperti jerawat yang teruk, bukan sahaja di muka tapi di bahagian badan. Sebenarnya resdung tidak boleh diambil mudah, ada kes yang mengakibatkan hilang pendengaran dan memerlukan pembedahan.

Pada mereka yang mempunyai resdung dan telah bosan mencuba pelbagai rawatan dan ubat-ubatan di luar sana tapi masih belum berhasil, Liza sangat syorkan untuk mencuba Set Resdung daripada Shaklee ni. Sebenarnya, produk Shaklee ni bukanlah sejenis ubat, tapi ia merupakan makanan tambahan yang akan melengkapkan nutrisi yang masih kurang di dalam badan kita. Bila nutrisi dalam badan mencukupi, risiko untuk terkena serangan penyakit atau alahan (resdung juga sejenis alahan) seperti ini akan dapat dikurangkan.


SET RESDUNG SHAKLEE 

ALFALFA
  • Mengurangkan keradangan
  • Kaya dengan klorofil yang mengurangkan rasa tidak selesa, alahan dan gatal-gatal
VITAMIN C
  • Sebagai antioksida yang hebat dalam meningkatkan antibodi badan
  • Mempercepatkan proses penyembuhan tisu badan
B-COMPLEX
  • Berfungsi untuk meredakan tekanan dan sakit kepala
  • Pemuliharaan selaput lendir yang sihat
  • Membantu meningkatkan antibodi badan
  • Membantu hati dalam menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel mati
Telah ramai pesakit resdung yang dah berjaya mengatasi masalah resdung mereka selepas konsisten dengan set resdung dari Shaklee ni. Jadi, Liza sangat-sangat berharap agar anda yang masih lagi tercari-cari rawatan yang terbaik untuk resdung tu, bagi peluang pada diri sendiri untuk mencuba set resdung ni. Ingat! Produk ni adalah selamat, berasaskan bahan semulajadi dan tidak akan memberikan kesan yang tidak diingini. 




Setiap pembelian dengan Liza berhak menerima konsultasi PERCUMA selama mana anda masih menggunakan produk ini. InsyaAllah, Liza akan memberikan konsultasi yang terbaik sehingga anda semua berjaya mendapatkan hasil yang anda inginkan. Harga? Memang sangat berpatutan dan berbaloi.







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Sunday, January 19, 2014

Alfalfa raja segala tumbuhan

Salam semua..

Dah tahu kan bulan ni promo alfalfa. Dah tahu ke asal usul raja tumbuhan ni? Dah tahu ke semua kelebihan-kelebihan yang ada pada tumbuhan berklorofil tinggi ni? Kalau tak tahu, moh kita cekidout same-same.

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrient. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Shaklee adalah BERBEZA sama sekali dengan Alfalfa lain kerana Alfalfa Shaklee diperbuat dari DAUN ALFALFA bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pestisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.



ANTARA FUNGSI ALFALFA UNTUK WANITA:
  1. Meningkatkan pengeluaran susu ibu
  2. Memulihkan urat selepas bersalin
  3. Memberikan kelegaan sewaktu haid
  4. Merawat masalah keputihan 
  5. Membesar dan menegangkan payudara
  6. Bertindak sebagai kacip fatimah kepada para isteri
FUNGSI ALFALFA UNTUK SEMUA:
  1. Melegakan sakit sendi dan sakit belakang
  2. Bagus untuk individu yang mempunyai masalah allergi dan eczema
  3. Mencuci usus bagi membuanh toksin
  4. Membuang angin dalam badan
  5. Melegakan sembelit
  6. Membantu proses penghadaman dan pencernaan
  7. Mengatasi masalah badan dan nafas berbau
  8. Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  9. Merawat athma

Ha, teruja tak? Dengan 1001 khasiat ni, rasa macam tak wajar pulak kenapa shaklee jual Alfalfa ni MURAH SANGAT. Jangankan yang saiz kecil, yang saiz besar (700bj) tu pon tak sampai RM100 je harganya. Memang berbaloi-baloi dan boleh tahan lama. Jadi, sesiapa yang mempunyai masalah yang berkaitan, jangan lepaskan peluang sementara promo Alfalfa ni masih berjalan. Februari depan, harga Alfalfa ni dah kembali seperti asal. Ha, kalau nak lebih jimat, boleh dapatkan SET PROMO yang Liza ceritakan pada entry yang lepas.







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, March 4, 2013

Kulit cantik berseri.. Jerawat dan parut tiada lagi!

Salam Semua..

Anda mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat? Ataupun masih tercari2 produk untuk menghilangkan parut jerawat lama? Jika Ya, entry ini khas untuk anda. Kebanyakkan daripada kita begitu taksub dengan produk luaran ataupun kosmetik semata2 untuk menutup cela yang ada pada kulit wajah. 


Kita terlupa untuk berfikir apa penyebab sebenar kepada masalah tersebut. Sebenarnya masalah ini adalah tak lain tak bukan berpunca daripada sel-sel kulit kita yang tidak mendapat nutrient  secukupnya. Ye lah, di tambah pulak dengan persekitaran kita yang udaranya tercemar, makanan2 yang dah hilang khasiat, stress, dan beberapa faktor lain lagi yang menyumbang ke arah kulit yang tidak sihat.

Tapi jangan bimbang! Set skin care dari Shaklee dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Macamana? Set skin care ini terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin B yang merupakan gabungan vitamin TERBAIK untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik berseri.

  • Vitamin C - Membekalkan kolagen yang secukupnya kepada kulit untuk kelihatan tegang dan sihat.
  • Vitamin E - Merupakan vitamin yang terpenting dalam set ini. Memperbaiki struktur asas kulit, mengatasi masalah jerawat, masalah kulit kering, kulit berminyak dan memudarkan parut lama.
  • Vitamin B - Menaikkan seri wajah. kulit kelihatan 'glowing' dan berseri.

Kesan daripada penggunaan set skin care ini boleh dilihat seawal 7 hari dan paling lambat 21 hari. Ini kerana sel kulit mengambil masa selama 21 hari membentuk sel2 yang baru. Bagi mereka yang inginkan kesan yang lebih cepat dan ketara pulak, boleh lah menambah ESP dalam set skin care ni. ESP ni bagus untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru sekali gus berfungsi untuk menghilangkan parut. Tak per, Liza tetap akan bagi harga yang istimewa ;) So, kalau ingin mencuba, cepat2 hubungi Liza, cepat2 order, dan cepat2 lah kita dapat kulit yang cantik berseri.. InsyaAllah






Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, February 4, 2013

Testimonial pengguna Set G..

Salam Semua..

Seperti yang Liza dah janji minggu lepas, Liza nak kongsikan beberapa testimonial pangguna yang dah menggunakan SET G Shaklee ni. Ni bukan testimonial rekaan ye, original dari pengguna, yang bold ke, ape ke sume dari dorang. Bukan prinsip Faza Shops menipu orang..Hehe. Ok, tak yah merapu lebih2..jom layaaannn..

Jika dahulu, ibu tidak boleh langsung makan apa jua juadah yang dimasak oleh mak ibu dalam bentuk seafood, mulalah kaki berkudis dan bernanah. Tapi kini alhamdulillah, sudah berubah dan ibu tiada masalah untuk makan segala macam makanan laut termasuklah umai Ibu dapati sejak ibu mula mengambil ESP sebagai makanan tambahan pada tahun 2001 dulu, kulit muka yang mudah ditumbuhi jerawat dah mula menunjukkan perubahan yang positif. Kaki ibu yang mudah berkudis apabila makanan laut pun sudah banyak berubah dan tidak menunjukkan kesan seperti sebelum consume ESP.Ibu membuat kesimpulan bahawa ESP Shaklee banyak membantu tubuh ibu menghasilkan sel yang sihat.Begitu juga dengan keadaan Addin dan Nasa yang mempunyai masalah gegata dan ekzema.Ibu akan pastikan mereka ini minum Energizing Soy Protien (ESP) dengan bancuhan Performance Drink (PD) untuk 1-3 kali sehari dengan bancuhan yang moderate iaitu tidak terlalu pekat mahupun tidak terlalu tawar.ESP sangat membantu mengurangkan masalah yang mereka alami, alhamdulillah. - Pn Norita


Sejak lahir, Aisyah dah diserang Ekzema. Apa yang pasti, pasti dia akan menangis sambil menggaru kepala, leher dan bahagian lampin. Saya notice kawasan yang kerap jadi merah-merah ialah di kawasan leher, sekitar bahu dan bahagian lampin. Yang paling teruk ialah 2-3 minggu lepas, setiap malam dia bangun, mengamuk2..atai!atai!. Heran, hari tak panas, badan tak berpeluh pun apsal jadi jugak. Apa nak buat ek. Aisyah jenis yang tidak suka telan ubat.Sebenarnya, saya dah beberapa kali bawa Aisyah berjumpa doktor. Tapi kali ini saya tidak berbuat demikian kerana, saya tahu, masalah ini akan terus berulang dan Sberulang, setakat sapu krim, bagi makan ubat, gatal-gatalnya tak hilang-hilang pun. Bila tanya doktor, sebab apa dan sampai bila, doktor jawab, biasalah ekzema ni terjadi di kalangan budak-budak, tak bahaya pun, jangan risau...Emak memberi petua agar disapukan air garam pada bahagian yang gatal-gatal tu terutama di bahagian lampin. Cara ini memang berkesan tetapi hanya untuk sementara. Esok, jadi lagi, fed up! fed up!Berpandukan pengalaman yang dikongsikan oleh Kak N tentang bagaimana beliau merawat anaknya yang ekzema, saya pun cuba cara yang sama. Saya masukkan setengah sudu kecil ESP ke dalam botol susu Aisyah. Semenjak dari hari itu Aisyah tidak lagi menjerit2 di tengah malam. Hampir 3 minggu barulah kesan merah-merah yang menggelikan itu completely hilang. Sekarang ni, saya masih continue masukkan sedikit ESP ke dalam bancuhan susunya setiap malam beserta sedikit Mealshake sekali setiap hari. Ini bagi memastikan Aisyah tidak lagi diserang keradangan kulit yang teruk.Sekarang ni, Aisyah bukan sahaja dapat tidur lena, malah lebih nyenyak dan kurang meragam bila bangun tidur. - Nur Fiza

Terkejut juga Iffa, adik Iffa memang tak pernah missed untuk minum Shaklee Meal Shake ini. Buat pengetahuan semua, kulit adik Iffa ini sangat sensitif. Semasa beliau menuntuk di MRSM Gemencheh, beberapa kali Bonda Iffa perlu mengambil beliau untuk mendapatkan rawatan sakit kulit beliau yang kronik. Kulit muka dan kulit di bahagian kaki seakan tumbuh macam jerawat yang banyak dan bernanah(Resdung Kulit kata doctor)…..Kini, Alhamdulillah kali terakhir Iffa jumpe beliau 2 minggu lepas, kulit muka Aizat bukan sahaja kering tetapi makin licin, kulit kaki pun sama... Suka sangat! Harap Ijat akan teruskan consume Shaklee Meal Shake dan yang terbaru Iffa berikan Ijat Shakee Alfalfa Complex (untuk resdung dan alahannya) dan juga Shaklee Sustained Released Vita-C untuk meningkatkan imuniti Ijat. - Iffa

Hum, sedih baca kisah2 dorang ni, lebih2 lagi kalau yang melibatkan budak2. Tapi Alhamdulillah, dengan ada nya Suplemen macam Shaklee ni boleh la membantu mengurangkan sedikit sebanyak penderitaan dorang. Jadi, bagi yang mempunyai masalah Athma/Resdung/Ekzema/Allergik, jangan tunggu lagi. Dapatkan segera suplemen semulajadi ni dengan harga menarik di Faza Shops. Kita kena lah usaha dulu kan sebelum berserah pada yang Maha Kuasa.





Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage







** untuk pembelian RM100 dan ke atas

*** Testimonial di pinjam dari Sini