Monday, May 5, 2014

Petua lebatkan rambut bayi

Salam Semua..

Menjadi kebiasaan bagi bayi yang baru lahir akan dibotakkan kepala mereka sebagai mengikut sunnah serta bertujuan untuk membersihkan kepala bayi. Namun, ada satu masalah selepas rambut bayi dicukur, rambut baru lambat tumbuh dan bayi berkeadaan botak agak lama. Ia mungkin juga dipengaruhi oleh faktor genetik ibu bapa bayi tersebut. Macam keluarga Liza sendiri, memang kebanyakkan anak saudara Liza, tak kiralah lelaki atau perempuan,  botak sewaktu kecil, termasuk la anak sendiri, Muhammad Aqil ni. Hihi


Ia terpulang kepada pendapat masing-masing sebenarnya, bagi Liza tidak ada masalah untuk bayi botak dan mempunyai rambut yang sedikit. Macho ape, baby botak, kan? Hehe. Boleh gunakan topi untuk anak lelaki dan head-band untuk anak perempuan, comel je. Tapi, ada juga ibu bapa yang rungsing apabila bayi mereka mempunyai rambut yang nipis atau terlalu sedikit. Ok, meh Liza kongsikan satu petua orang lama untuk melebatkan rambut bayi.

Cara-caranya, ambil seranting daun asin, seranting daun delima dan enam helai daun melur. Gilingkan kesemua daun tadi dan campurkan dengan bedak sejuk dan air. Sapukan campuran tadi ke seluruh kepala bayi. Lama kelamaan rambut bayi anda akan mulai lebat. Petua mak Liza pulak, hanya lumurkan bedak sejuk pada kepala bayi, supaya kepala bayi sentiasa sejuk dan merangsang pertumbuhan rambut baru. Tapi, Liza tak buat pun..Hihi. Kepada mak ayah yang nak lebatkan rambutkan bayi masing-masing, boleh la cuba petua ni ye, Selamat Mencuba!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

2 comments: