Showing posts with label Tips FazaShops. Show all posts
Showing posts with label Tips FazaShops. Show all posts

Friday, October 16, 2015

5 tanda mudah untuk mengetahui bahawa anda sedang hamil!

Salam Semua..

Tajuk ada tanda seru(!) tu bukan sebab marah, tapi sebab teruja. Hihi. Mungkin ada dikalangan bakal-bakal ibu yang masih tak tahu nak detect yang diorang tengah pregnant, lagi-lagi buat mereka yang pertama kali nak bergelar ibu. Ada juga yang belum bersedia/ tak sempat nak buat UPT(urine pregnancy test) dan ada jugak yang dah buat tapi hasilnya (-ve). Sesetengah kes, UPT (-ve) padahal si ibu hamil sebab usia kandungan masih terlalu awal.

Jadi, kali ni Liza senaraikan beberapa tanda yang boleh membantu anda faham yang diri anda sedang hamil. Semua ni adalah perubahan yang berlaku kat diri Liza sendiri ye dan terbukti ianya memang mempunyai kaitan dengan proses kehamilan.
  1. Kerap meludah/buang air liur
  2. Kerap buang air kecil
  3. Badan terasa mudah penat dan malas. Jenis Liza pulak, kalau penat atau rasa tak selesa, memang Liza tidur je. Hihi
  4. Payudara membengkak dan sensitif. Rasa macam time bengkak susu dulu-dulu tu. Lagi la sekarang Liza masih lagi menyusukan Aqil, memang memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Hehe
  5. Rasa tak selesa pada bahagian perut. Berangin semacam sama cam time datang haid. Badan pun rasa panas suam-suam kuku macam nak demam.

Semua tanda-tanda kat atas ni berlaku tak lain tak bukan disebabkan perubahan hormon dalam badan kita akibat kehamilan. Oh ye.. Tanda-tanda ni semua Liza perasan lepas dah lewat datang haid dalam 2 minggu kot. Bila dah selalu sangat penat, berdiri lama pon tak kuat, rasa nak pitam, cuba la buat UPT. Gigih buat kali ni, time Aqil dulu tak sempat nak buat. Hehe

Selepas keputusan dah sah (+ve), bermula lah episod alahan dan simptom ibu mengandung yang sebenar. Sensitif dengan bau-bauan, tak boleh masak, tak de selera makan, tak lalu makan nasi, loya, muntah-muntah, penat melampau dan seangkatan dengan nya. Time ni rasanya Liza tidur 18 jam sehari kot, Aqil pun dah tak mampu nak dibelai-belai. Terpaksa balik kampung supaya ada yang jaga Aqil, kesian dia :(

Alhamdulillah, sekarang kandungan Liza dah masuk bulan-5, dah masuk trimester kedua dah pun. Punyalah berkurun baru update. Hihi. Alahan pun dah beransur-ansur hilang. Betul lah kata orang yang alahan anak kedua ketiga dah kurang berbanding dengan anak sulung.


Akhir kata, doakan Liza dan 'adik baby' sentiasa sihat dan selamat hingga ke akhirnya ye. Oh ye, pada sesiapa yang masih dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata, boleh pertimbangkan suplemen untuk kesuburan ni sebagai salah satu ikhtiar. Atau bagi mereka yang dalam fasa kehamilan macam Liza, boleh la risik-risik set ibu hamil ni untuk kebaikan dan kesihatan si ibu dan juga anak di dalam kandungan. InsyaAllah.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, March 24, 2015

Kerja mudah - Goyang kaki dapat duit

Salam Semua..

Kos sara hidup yang semakin meningkat dan bebanan perbelanjaan harian yang semakin bertambah dari sehari ke sehari menyebabkan masyarakat sekarang dah mula mencari pendapatan sampingan. Bagus! Kalau duk mengeluh, harga barang naik, kos sara hidup makin tinggi pun, tak de apa yang berubah jugak. Cara paling bijak, cari sumber pendapatan baru! 


Bukan orang yang dah berkeluarga je, student pon ada yang cari duit poket untuk tampung perbelajaan harian tanpa menyusahkan ibu-bapa. Tapi yang sedihnya, ramai diantara kita yang nak kerja yang mudah je, tanpa fikir panjang. Tak selidik dulu ketelusan dan halal haram sesuatu pekerjaan tu. Maaf cakap, kebiasaannya bangsa melayu lah yang paling ramai ditipu oleh skim cepat kaya, money game, pelaburan atau MLM yang entah apa-apa.


Antara iklan-iklan yang berjaya menarik/mempengaruhi ramai orang;

Kerja mudah
Mana ada kerja mudah dalam dunia ni dik oii? Cuba gi tanya orang-orang yang dah berjaya tu, jutawan-jutawan semua tu, mudah ke kerja diorang tu? Mungkin sekarang dah nampak mudah, tapi awal-awal diorang bermula dulu, agak-agak mudah tak? Kalau mudah, tak de orang susah la dalam dunia ni.

Goyang kaki dapat duit
Goyang kaki dapat duit? Celah mana nak dapat duit nye, kalau kerja kau duk goyang kaki je, kecualilah kau seorang tukang jahit. Tapi tukang jahit sekarang pon dah jarang yang goyang kaki, diorang canggih dah, guna mesin jahit auto, tekan aje.

Tak perlu jual barang 
Habis, kalau tak perlu jual barang, kau meniaga ape? Meniaga orang? Hihi

Tak perlu cari orang
Ni lagi satu statement klakor. Tak perlu cari orang untuk urus niaga? Setahu Liza la kan, orang jual makanan kucing pun kena cari orang/pemilik kucing untuk beli barang diorang. Tak kan lah nak promot kat kucing? Adoiilahnyepun..

Satu lagi, kalau iklan yang ada gambar pegang duit berkepuk-kepuk, tayang rumah besar, tayang kereta mewah, tayang cek, cepat je orang nak join kan? Hai lah, teknik macam tahun 80-an je. Liza ada jugak kenalan yang kaya-raya, jutawan pun ada, tapi tak de pulak diorang duk tayang macam-macam. Ok lah, maaf kalau ada yang terasa dengan entry Liza kali ni. Cuma, Liza sedih kalau ada kawan-kawan Liza, sebangsa dengan Liza yang terpedaya dengan tipu helah ni. Yang ditipu tu sah-sah la kesian. Tapi yang menipu tu pun, cuba la istighfar sikit. Kawan tu dah la tengah susah, nak cari duit poket, sanggup pulak kau tipu dia ye.


Pada yang berminat nak cari duit lebih tu, baiklah join real bisnes yang ada barang yang berkualiti, ada urus niaga, ada akad jual beli. Contohnya Shaklee la. Ok ok, kalau anda semua tak berminat dengan Shaklee, join la apa-apa bisnes sekalipun, asalkan real-bisnes dan semestinya tidak diragui, halal!

Sekian luahan hati Liza hari ni. Sesiapa yang berminat nak bersama-sama Liza menjana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi Liza, nanti Liza terangkan lebih details ye.








Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, February 26, 2015

Cara nak dapatkan anak yang berkulit cantik dan sihat

Salam Semua..

Selain dapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang berkulit cantik dan comel juga menjadi idaman dan impian setiap ibu yang hamil. Kalau tak, tak de la entry Liza  Tips nak dapatkan anak comel gebu gebas macam anak Che Ta  boleh dapat 836 hits walaupun baru berapa bulan Liza post, kalah entry-entry yang lain. Hihi. Liza juga, ada terima mesej dan wasap dari ibu hamil yang mintak tips untuk dapatkan anak yang berkulit cantik dan sihat. 




Ok, disebabkan ramai golongan ibu-ibu ni yang nak tahu apa yang boleh diamalkan sewaktu hamil untuk dapatkan baby yang berkulit cantik, putih dan gebu, meh Liza kongsikan sekali lagi. Kulit kita ni terdiri daripada sel, dan sel yang sihat akan menghasilkan kulit yang sihat. Protein pula merupakan sumber asas atau 'makanan utama' sel. Jadi, sel yang mendapat sumber protein yang berkualiti dengan kadar yang mencukupi, akan menghasilkan sel yang sihat. Hasilnya, kulit akan tegang, lembut, kelihatan segar, bersih dan cantik.


Dalam produk Shaklee pula, sudah semestinya ESP merupakan sumber protein terbaik yang tidak boleh disangkal lagi. Alhamdulillah, ramai ibu hamil yang dah berpuas hati dengan hasil yang mereka perolehi apabila mengamalkan ESP sepanjang proses kehamilan. Bukan kulit anak je cantik, terus pakej dengan mak sekali ye. Kulit ibu pun cantik, lebih bertenaga dan mengurangkan risiko GDM (kencing manis ketika hamil). Nak lagi cun, ambil satu set ibu hamil terus, baru boleh tampung keperluan nutrisi ibu dan bayi secara menyeluruh.

Jadi, sesiapa yang nak anak berkulit cantik dan sihat serta inginkan pengalaman hamil yang indah bersama Shaklee, boleh hubungi Liza segera. Konsultasi adalah PERCUMA! 






Pertanyaan atau tempahan:
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Wednesday, November 26, 2014

Petua untuk tidur lena dan mudah bangun pagi

Salam Semua..

Dulu Liza selalu ada masalah susah bangun pagi. Lagi-lagi time masih bekerja dulu, liat sangat nak bangun pagi. Hihi.. Tapi sebenarnya bila difikirkan balik, susah bangun pagi ni berpunca daripada tidur yang tak lena di malam hari. Jadi bila badan tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup, mulalah susah nak bangun pagi. Tidur tak semestinya perlu lama, tapi yang penting berkualiti.


Masalahnya macamana nak dapatkan tidur yang berkualiti? Nak tidur dengan lena? Nak rehat yang cukup? Meh Liza bagi beberapa petua atau tips.
  1. Jangan melengah-lengahkan waktu tidur. Mungkin kita tak perasan yang kita mempunyai gelombang mengantuk setiap 60-90 minit sekali. Jadi, ambil waktu tersebut untuk tidur dengan segera. Merutinkan waktu tidur juga turut membantu, contohnya tetapkan pukul 11 malam adalah masa untuk tidur. Setelah dirutinkan, lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.
  2. Tenangkan fikiran dan elakkan daripada emosi terganggu. Lupakan seketika masalah-masalah atau perkara-perkara yang tidak menyeronokkan sebelum tidur.
  3. Pastikan tempat tidur bersih, wangi dan selesa. Barulah mood untuk tidur pon membara-bara kan? 
  4. Jaga makan minum. Elakkan minum minuman berkafein beberapa jam sebelum waktu tidur kerana ia boleh menyebabkan anda tidak mengantuk.
  5. Hadkan atau kurangkan masa tidur pada siang hari. Sebaliknya, lakukan aktiviti fizikal pada siang hari, jadi badan akan penat pada malamnya dan secara tak langsung akan membuatkan anda mengantuk.

Ha, pada siapa yang ada masalah susah tidur boleh lah mencuba tips yang Liza bagi di atas ni ya. Bila tidur malam lena, maka nya nak bangun pagi pun senang. Tak de lah asyik subuh gajah aje.. Hihi. Tapi kalau susah nak ikot tips kat atas ni ataupun dah cuba tapi tak de perubahan, masih jugak susah nak bangun pagi,  Liza suggestkan ambil je Ostematrix dari Shaklee. Ostematrix bukan sekadar sumber kalsium biasa tau, ia juga membantu untuk melegakan sakit-sakit badan, lenguh-lenguh, serta memberi anda tidur yang lena. 


Liza sendiri pon ambil Ostematrix untuk sumber kalsium, ye la jarang minum susu kan. Ibu menyusu ni kalsium kena cukup, sebab anak yang menyusu masih lagi menyerap kalsium dari badan si ibu. Kang tak pasal-pasal, anak baru sorang, tapi gigi dah luruh! Pada sesiapa yang berminat nak formula tidur lena dan bangun awal ni, meh hubungi Liza segera. Harga dan konsultasi terbaik khas untuk anda.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
 
 

Friday, November 21, 2014

Tips melegakan batuk selesema pada kanak-kanak

Salam Semua..

Keadaan cuaca sekarang yang hujan dan sejuk boleh mengakibatkan kanak-kanak mudah jatuh sakit. Jangankan kanak-kanak, kita yang dewasa ni pun boleh terkena demam batuk dan selesema jika tidak menjaga kesihatan dengan baik. Tapi, kita orang dewasa kalau sakit pon boleh digagahkan lagi, kalau kanak-kanak atau bayi yang sakit, alahai..kesian sangat.


Jadi, hari ni Liza nak kongsikan sedikit tips atau cara untuk menghilangkan batuk dan selesema bagi golongan kanak-kanak atau bayi.
  1. Berikan anak anda rehat yang secukupnya. Elakkan daripada membawa anak-anak anda ke kawasan yang ramai orang(pusat membeli belah, restorant,kenduri).
  2. Menyusukan anak anda dengan lebih kerap, tidak kisahlah samada susu badan atau susu formula.
  3. Kanak-kanak yang berumur setahun dan ke atas, boleh diberikan air suam yang dicampurkan sedikit madu dan lemon.
  4. Berikan makanan berkhasiat dan tinggi sumber protein seperti sup ayam atau sup kaki ayam.
  5. Sapukan minyak bawang putih di belakang badan dan kaki anak anda. Boleh juga pakaikan anak anda dengan garlic sock atau onion sock. Sebenarnya banyak khasiat bawang ni untuk meningkatkan antibodi badan, nanti Liza cerita details dalam entry yang lain ye.
  6. Asah kunyit hidup dan campurkan dengan minyak masak atau minyak bawang putih. Sapukan ke atas tulang hidung anak anda.
  7. Boleh mencuba teknik steaming and cupping.
Antara sumber makanan yang perlu dielakkan dan diambil ketika anak selesema
Contoh teknik steaming and cupping
Sebenarnya, batuk dan selesema pada kanak-kanak atau bayi tidak memerlukan ubat-ubatan. Badan mereka sendiri sudah mempunyai antibodi tersendiri untuk menentang jangkitan ni. Alhamdulillah, anak Liza sendiri pon belum pernah Liza bagi ubat batuk atau selesema. Tips diatas hanya untuk membantu mempercepatkan penyembuhan serta memberi keselesaan kepada mereka.

Walau bagaimanapun, jika anak anda mengalami batuk selesema yang berpanjangan(lebih dari 5 hari), kahak berwarna kuning kehijauan, anak-anak tidak aktif dan sukar hendak bernafas, bolehlah segera ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.


P/S: Berikan yang terbaik untuk kesihatan dan kecerdasan si manja anda.




Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Wednesday, November 19, 2014

Tips dan petua untuk sembuhkan luka bersalin dengan cepat

Salam Semua..

Hari ni Liza nak share beberapa tips untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin, tak kiralah samada bersalin secara normal ataupun secara pembedahan(czer). Tips ni Liza dapat daripada pengalaman sendiri, hasil perkongsian dengan para ibu gojes di luar sana serta daripada pembacaan. Semoga tips ni dapat membantu ibu-ibu terutamanya buat ibu yang pertama kali melalui proses bersalin.


Tips menyembuhkan luka bersalin dengan cepat
  1. Pastikan kawasan luka sentiasa bersih dan kering. Liza pernah dengar ada ibu yang keringkan luka czer mereka dengan hair dryer. Kalau bersalin normal, boleh tukar pad dengan lebih kerap. Tapi tak kisah la nak guna apa, asalkan kawasan luka tu tak berair, lembap atau basah kerana bimbang terkena jangkitan dan bernanah.
  2. Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Ini supaya kawasan luka tidak tertekan(bagi yang bersalin normal) dan memberi ruang pengudaraan. Bagi ibu bersalin czer pula, boleh melakukan pergerakan dan aktiviti ringan.
  3. Elakkan sembelit atau kurangkan tegangan ketika membuang air besar. Ini mengelakkan daripada jahitan terbuka semula bagi ibu yang bersalin normal.
  4. Mengambil makanan yang seimbang terutamanya protein, vitamin C serta serat agar dapat membantu proses penyembuhan luka berlaku dengan baik. Walaupun masih berpantang, ibu bersalin mesti mendapatkan zat yang mencukupi untuk kekal bertenaga dan cepat pulih.
Terdapat juga beberapa petua traditional yang masih diamalkan hingga sekarang dan berkesan bagi sesetengah orang. Anda yang ingin mencuba, sangat dialu-alukan selagi ia tidak memudaratkan.
  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda hingga mendidih. Apabila air telah suam, boleh gunakan untuk membasuh luka dibahagian sulit 3 kali sehari sehingga luka sembuh.

2.  Rebus ikan haruan yang telah dicuci bersih bersama halia, lada hitam dan sedikit garam. Boleh dimakan bersama nasi putih atau dibuat sup.


3. Rebus gamat dengan air yang banyak sehingga mendidih. Kemudian, air rebusan yang telah suam boleh diminum atau disapukan di kawasan luka
4. Campurkan biji manjakani, akar kayu, halia dan air. Rebus sehingga mendidih dan minum ketika masih panas atau suam. Amalkan setiap hari.
5. Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain dari minum air rebusannya, ia juga boleh dijadikan ulam dan dimakan bersma nasi dan lada hitam.

Amacam? Ok tak setakat ni? Nampak agak rumit ye petua traditional ni. Jika anda tidak berkesempatan atau ada kenkangan lain untuk ikut petua traditional ni, boleh je ambil Zinc Complex dari Shaklee. Ia memang mempunyai fungsi yang hebat dalam menyembuhkan luka termasuk luka bersalin. Liza dah ada pengalaman jugak dengan Zinc Complex ni time Liza operate Breast Abscess hari tu. Memang puas hati.


Jika anda berminat untuk mendapatkan Zinc Complex atau apa-apa produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Liza ye. Konsultasi PERCUMA khas untuk customer Liza yang tersayang.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Saturday, November 15, 2014

Cara merawat masalah keputihan ketika hamil

Salam Semua..

Masalah keputihan adalah masalah biasa yang boleh dikatakan berlaku ke atas semua wanita samada hamil ataupun tidak. Ia dikatakan keputihan biasa jika ianya berwarna jernih, tidak berbau serta tidak ada simptom kegatalan. Wanita hamil mungkin mempunyai masalah keputihan yang lebih banyak berbanding sebelum mereka hamil. Ini adalah tindak balas normal akibat hormon estrogen yang terhasil ketika hamil dan tidak perlu dirisaukan.


Namun, apabila keputihan yang terhasil berwarna kuning kehijauan, berbau serta terdapat kesan merah dan terasa gatal di bahagian miss V, ini bukan lagi masalah keputihan biasa. Ibu hamil mestilah peka dan perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana, jika terdapat jangkitan pada faraj, ia boleh menyebabkan kecacatan pada bayi, risiko keguguran serta kelahiran pra-matang. Anda haruslah berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Antara cara untuk merawat masalah keputihan
  1. Pakai pakaian yang longgar dan serap peluh untuk mengelakkan bakteria daripada berkumpul terutamanya di kawasan panty
  2. Menukar panty lebih kerap atau menggunakan panty liner agar Miss V sentiasa kering, bersih dan selesa
  3. Kurangkan makanan manis dan berkafein
  4. Mengambil suplement yang sesuai (seperti Garlic Complex dari Shaklee)
  5. Jumpa doktor jika masalah masih berlarutan
Garlic Complex untuk mengatasi masalah keputihan
Garlic Complex diperbuat daripada bawang putih premium yang di tanam secara organik di California, USA pada musim panas dan bebas 100% daripada racun serangga perosak. Pembuatan Garlic Complex ini juga adalah terkawal bagi mengekalkan pengaktifan Allicin. Allicin adalah sebatian yang terdapat dalam bawang putih yang berfungsi sebagai antibakteria dan anti-kulat serta mempunyai sifat penyembuh.

Jadi, bagi ibu hamil di luar sana yang mempunyai masalah keputihan, bolehlah mencuba tips yang telah Liza kongsikan diatas. Tapi awas! jangan cuci Miss V anda dengan sabun atau apa-apa bahan pembersih kerana ia dibimbangi akan mengganggu PH normal Miss V, yang penting untuk menghalang dari sebarang jangkitan. Jika berminat untuk mencuba garlic complex atau mana-mana produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Liza. Konsultasi TERBAIK dan PERCUMA hanya khas untuk anda!






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Wednesday, November 5, 2014

Tips dapat anak comel gebu gebas macam anak Che Ta

Salam Semua..

Tiga empat hari ni penuh wall facebook dengan gambar baby girl primadona Malaysia, Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Cerita ni punyalah viral hinggakan tenggelam stori perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara JDT dan Pahang sabtu lepas. Macam tu la kuatnya penangan baby Che Ta yang super comel ni. Ye la, tengok mak ayah dia la kan? Mak 40-an pon cun melecun macam anak dara, ayah pulak mix. Ape pun, ni semua nak tunjukkan indahnya dan hebatnya Dia yang Maha Kuasa sebagai pencipta. SubhanaAllah..



Nanti ada la tu bakal-bakal ibu atau mak-mak yang tengah pregnant duk tatap gambar anak Che Ta ni siang malam, kot-kot terkenan kat anak sendiri.. Hehe. Tak yah susah-susah, Liza ada tips macam mana nak dapatkan anak putih, kulit cantik gebu gebas macam anak cik Ta tu. Tapi muka ikot mak ayah masing-masing la, dah kenapa pulak nak anak korang ikot muka Zain Saidin tu.. Hihi

Caranya adalah, ibu yang sedang hamil digalakkan untuk mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sepanjang proses kehamilan sehingga bersalin. Tak perlu banyak pun, ambil sekali sehari pun dah cukup. Ni bukan kisah dongeng macam lagu Stacy tu tau, ni kenyataan. Beberapa orang kawan Liza termasuklah Liza sendiri pon dah lalui benda ni. Anak Liza Alhamdulillah, lahir je tak de masalah kulit muka yang biasa berlaku kat baby-baby baru lahir. Comel je kulit dia walaupun tak seputih anak Che Ta. (Ye lah, dah mak ayahnya tak berapa nak putih.. Hihi). Tapi yang penting kulit dia sihat, tak de masalah. 

Antara kelebihan lain yang ibu hamil dapat apabila ambil ESP
  • Ibu hamil lebih bertenaga
  • Mengurangkan risiko ibu hamil terkena kencing manis ketika hamil (diabetis gestasi)
  • Merangsang penghasilan susu ibu sebaik sahaja selepas bersalin
  • Mengawal berat badan ibu hamil supaya tidak naik secara mendadak 
Mereka dah cuba, anda bila lagi?








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787



Wednesday, September 3, 2014

Tips melegakan bengkak susu

Salam Semua..

Liza rasa semua ibu menyimpan hasrat untuk menyusukan bayi masing-masing selama yang boleh, dan kalau mampu tak nak topup pun dengan susu formula. Walaupun ianya tak semudah yang disangka, tapi ia juga tidak mustahil kerana ramai juga ibu yang telah berjaya menyusukan bayi mereka dengan susu ibu secara eksklusif sehingga bayi berusia 2 tahun.

Ia mestilah dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh, disamping perlunya ilmu penyusuan yang betul dan jika perlu, ibu memerlukan 'pertolongan' daripada makanan tambahan bagi membantu proses penyusuan mereka berjalan dengan lebih baik. Sungguh, bukan mudah sebenarnya proses penyusuan ni. Ibu menyusu bakal berdepan dengan beberapa cabaran seperti luka di bahagian puting, bengkak susu, lenguh-lenguh badan, gigi rongak akibat kekurangan kalsium, dan lain-lain lagi. Namun, semuanya ini dapat diatasi dengan adanya ilmu yang betul ataupun pengambilan suplement yang sesuai.


Hari ni Liza nak berkongsi tips untuk melegakan atau mengatasi masalah bengkak susu yang selalu berlaku pada golongan ibu menyusu terutamanya selepas bersalin, lebih-lebih lagi ibu bagi anak pertama. Para ibu dinasihatkan supaya berjaga-jaga untuk mengelak  daripada terkena bengkak susu ni, kerana ianya amat menyakitkan (boleh menyebabkan demam, sakit-sakit badan) dan yang paling ditakuti ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti 'Breast Abscess'.

Faktor terjadinya bengkak susu
  1. Susu yang terhasil melebihi keperluan bayi. Biasanya, bayi yang baru lahir, kurang menyusu, jadi ibu perlulah keluarkan susu (pam) untuk mengelakkan bengkak susu.
  2. Bayi menyusu atau 'melekap' dengan teknik yang salah. Bila, bayi tidak melekap dengan betul, susu tidak dapat dikeluarkan habis. Jadi, sisa-sisa susu yang tertinggal inilah yang akan menyebabkan bengkak susu
  3. Pemakaian bra yang salah saiz menyebabkan ia tidak boleh menampung breast dengan baik.
Di atas adalah beberapa faktor yang boleh membawa kepada berlakunya bengkak susu. Cubalah elakkan sedaya yang mungkin, tapi jika ia terjadi juga, boleh cuba tips di bawah ni.

Tips melegakan bengkak susu
  • Tuam breast dengan tuala/air suam. Tuam di kawasan bengkak sehingga bengkak berkurangan
  • Apabila bengkak berkurangan, bolehlah urut perlahan-lahan dari atas hingga ke puting. Ini bagi merangsang susu untuk mengalir dengan baik dan memulihkan semula liang susu yang tersumbat.
  • Apabila susu mula keluar dan rasa sakit semakin kurang, boleh la pam susu/bagi baby minum sehingga breast kosong
  • Ada juga petua orang tua-tua supaya menyikat breast dengan sikat rambut dari atas hingga ke puting untuk melancarkan pengaliran susu untuk keluar. Liza pun pernah buat ni, senang dan efektif jugak. Hehe
  • Pengambilan suplement seperti Shaklee. Lecithin dapat mengelakkan berlakunya aliran susu tersumbat (duct) sekaligus mengurangkan risiko bengkak susu. Pengambilan B-Complex pula bertindak untuk mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.

Tu jelah tips untuk kali ni ye. Nanti Liza bagi tips lain pulak. Apa-apa pun, paling utama untuk mengelakkan bengkak susu adalah sentiasa kosongkan susu sekerap yang mungkin. Teknik susuan yang betul (cara lekapan mulut baby) dan pemakaian bra yang betul juga penting untuk mengelakkan bengkak susu ye. Akhir kata, Liza doakan ibu-ibu semua sentiasa sihat, kuat semangat dan bergembira dalam tempoh penyusuan ni. Sebarang pertanyaan, boleh la hubungi Liza ye.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, July 4, 2014

Tips mengelakkan gastrik ketika berpuasa

Salam Semua..

Salam Ramadhan ke-6. Macam mana ibadah puasa korang setakat ni? Harap baik-baik je ye. Semalam, ada seorang kawan Liza ni, terpaksa berbuka puasa awal akibat diserang gastrik. Siap kena cucuk lagi. Kesian kan? Ada sesetengah pendapat yang bagitau, pesakit gastrik tak perlu berpuasa. Tapi, lain pula pandangan seorang pegawai perubatan ni.


"Sakit perut ketika berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat pemakanan ketika berbuka. Ini kerana, ramai yang terus mengambil makanan berat ketika berbuka. Ini adalah tindakan yang salah dan membebankan sistem penghadaman pesakit gastrik itu sendiri". - Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari.

Gastrik boleh berlaku apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Secara semulajadi, sel perut akan merembeskan asid hidroklorik untuk mencernakan makanan. Apabila terlalu banyak asid yang terhasil dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit mula mendapat gastritis.

Jadi, apa yang perlu pesakit gastrik lakukan untuk menghalang daripada terkena serangan gastrik di bulan Ramadhan?
  1. Berbuka puasa dengan mengambil makanan ringan seperti kurma, buah-buahan atau kuih muih terlebih dahulu. Kemudian, selepas menunaikan solat maghrib, bolehlah mengambil makanan berat. Ini akan melancarkan sistem penghadaman dan menjadikan perut lebih selesa.
  2. Elakkan daripada mengambil makanan yang pedas dan berempah ketika berbuka.
  3. Pesakit gastrik dinasihatkan untuk mengambil kurma, susu, yogurt, madu atau apa-apa suplement yang boleh membantu mengurangkan risiko serangan gastrik.

Ha, kalau produk Shaklee pula, mesti Energizing Soy Protein (ESP) yang dah terbukti boleh menggelakkan daripada gastrik menyerang. ESP yang kaya dengan protein kacang soya terpilih, bersifat alkali dapat meneutralkan lebihan asid hidroklorik yang dirembeskan secara berlebihan. Kandungan protein yang tinggi dalam ESP juga dapat membantu sistem percernaan agar bekerja dengan lebih baik.  

Apa kata mereka?




Bagi pesakit gastrik yang berhasrat untuk berpuasa penuh dengan selesa tahun ni, boleh la amalkan tips-tips di atas ye. Jika berminat untuk tahu lebih lanjut tentang ESP, boleh hubungi Liza segera. Konsultasi adalah percuma saje.



P/S: Berminat untuk cari duit sampingan lepas raya? Meh Liza tunjukkan caranya.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, May 16, 2014

Tips untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik

Salam Semua..

Happy Friday semua! Bagi yang bekerja, hari jumaat ni la hari yang ditunggu-tunggu kan? Datang kerja pun sengih-sengih je. Ye lah, tak sabar nak cuti hujung minggu. Hehe.. Eh, tapi bagus la senyum selalu. Selain dianggap sedekah, orang cakap senyum ni boleh buat awet muda. Orang la yang cakap, bukan Liza. Hihi.. Ok, dah alang-alang cakap pasal muka ni, hari ni Liza nak share beberapa tips untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik. Bagi mereka yang ada masalah kulit tu, boleh la cuba tips yang Liza bagi ni ye.


Tips kecantikan kulit wajah
  1. Pencuci - Toner - Pelembab. Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Tapi awas, jangan cuci muka terlalu kerap, nanti kulit akan jadi kering. Lepas dah cuci muka, anda digalakkan untuk menggunakan toner bagi me-nyahkan segala habuk2 atau kotoran yang masih tertinggal di muka. Toner juga berfungsi untuk menutup liang-liang pori kulit, jadi kebarangkalian untuk jerawat datang adalah rendah. Yeay! Eh, belum siap lagi. Akhir sekali, pakailah pelembab untuk melembabkan kulit. Sebelum pakai makeup pun, elok guna pelembab dulu supaya makeup akan nampak smooth dan sekata.
  2. Tidur yang cukup. Jangan terkurang, jangan terlebih. Tidur 6-8 jam bagi orang dewasa adalah cukup untuk merehatkan badan bagi sistem tubuh berjalan dengan baik. Kurang tidur boleh menyebabkan jerawat dan badan menjadi lesu dan tak bermaya.
  3. Bersenam. Tak kira lah apa jenis senaman sekalipun, jalan dari rumah pergi LRT station pun dah kira bersenam. Kalau pergi kerja dengan kereta atau motor, park jauh-jauh sikit. Hehe.. Tapi lagi bagus kalau anda berjogging ke, cycling ke, yang boleh keluarkan banyak peluh. Barulah keluar semua toksin dalam badan.
  4. Minum banyak air. Minum air putih sekurang2nya 8 gelas sehari. Air cincau, teh O ais dan bandung tidak dikira ya. Air putih sahaja. Minum air dengan secukupnya adalah penting kerana tubuh kita memerlukan air untuk melancarkan pengedaran darah. Oh ya, air juga berfungsi untuk melembabkan kulit. Barulah kulit nampak moist macam moist chocolate cake (tetibe).
  5. Lindungi kulit dari matahari. Selain daripada mengelapkan warna kulit, cahaya matahari juga akan menyebabkan kulit wajah mudah berkedut. Jadi, jangan malas guna pelindung UV sebelum keluar rumah ye. Kalau tak nak guna pelindung UV, guna payung pun boleh. Hahaha.. Ok, tak lawak.
  6. Jangan biarkan rambut terkena kulit wajah. Ini kerana rambut mempunyai minyak yang akan menyebabkan kulit berjerawat. Sarung bantal, cadar juga mesti ditukar sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk mengelakkan habuk, debu dan kotoran bermaharajalela. 
  7. Seminggu atau 2 minggu sekali, rajin-rajinkan lah diri untuk pakai scrub atau masker.
  8. Seterusnya, elakkan makanan yang berminyak, banyak bahan perasa dan makanan segera. Kita digalakkan untuk melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian bagi membekalkan zat-zat dan nutrisi yang terbaik untuk sel-sel badan kita yang seterusnya akan menghasilkan kecantikkan luaran yang kita idamkan. 
  9. Mengambil supplement yang sesuai untuk menampung kekurangan nutrient dalam badan. Jika sel-sel badan mendapat makanan(nutrisi) yang secukupnya, maka badan pun sihat, cantik dan tidak bermasalah.

Ini lah serba sedikit tips yang Liza rasakan sangat bagus untuk dicuba bagi mendapatkan kulit yang cantik berseri dan yang paling penting, untuk mendapatkan kulit yang sihat. Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Skin Care Shaklee untuk membantu mendapatkan kulit wajah idaman anda, boleh hubungi Liza segera. Jangan bimbang, Liza akan pastikan anda mendapat konsultasi dan harga yang terbaik di sini.



P/S: Jom mulakan sekarang untuk menjayakan projek 'Cantik berseri di Aidilfitri'.. Hehe






Pertanyaan atau tempahan:
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, May 5, 2014

Petua lebatkan rambut bayi

Salam Semua..

Menjadi kebiasaan bagi bayi yang baru lahir akan dibotakkan kepala mereka sebagai mengikut sunnah serta bertujuan untuk membersihkan kepala bayi. Namun, ada satu masalah selepas rambut bayi dicukur, rambut baru lambat tumbuh dan bayi berkeadaan botak agak lama. Ia mungkin juga dipengaruhi oleh faktor genetik ibu bapa bayi tersebut. Macam keluarga Liza sendiri, memang kebanyakkan anak saudara Liza, tak kiralah lelaki atau perempuan,  botak sewaktu kecil, termasuk la anak sendiri, Muhammad Aqil ni. Hihi


Ia terpulang kepada pendapat masing-masing sebenarnya, bagi Liza tidak ada masalah untuk bayi botak dan mempunyai rambut yang sedikit. Macho ape, baby botak, kan? Hehe. Boleh gunakan topi untuk anak lelaki dan head-band untuk anak perempuan, comel je. Tapi, ada juga ibu bapa yang rungsing apabila bayi mereka mempunyai rambut yang nipis atau terlalu sedikit. Ok, meh Liza kongsikan satu petua orang lama untuk melebatkan rambut bayi.

Cara-caranya, ambil seranting daun asin, seranting daun delima dan enam helai daun melur. Gilingkan kesemua daun tadi dan campurkan dengan bedak sejuk dan air. Sapukan campuran tadi ke seluruh kepala bayi. Lama kelamaan rambut bayi anda akan mulai lebat. Petua mak Liza pulak, hanya lumurkan bedak sejuk pada kepala bayi, supaya kepala bayi sentiasa sejuk dan merangsang pertumbuhan rambut baru. Tapi, Liza tak buat pun..Hihi. Kepada mak ayah yang nak lebatkan rambutkan bayi masing-masing, boleh la cuba petua ni ye, Selamat Mencuba!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Wednesday, March 13, 2013

Tips hangatkan cinta suami isteri

Salam Semua..

Dalam pada melayan mood rindukan suami yang jauh tu, Liza nak share  tips2 untuk menghangatkan lagi hubungan cinta antara suami isteri. Untuk suami isteri sahaja ye, yang belum kawin, duk diam2. Tips ni sangat berguna lebih2 lagi yang duduk sekali dengan suami, sebab dah hari2 jumpa, kang bosan pulak. Kalau yang 'perkahwinan jarak jauh' macam Liza ni, ok lagi..sebab jarang jumpa. Sekali jumpa, mesti semunya indah, ya idok? Bagi yang dah lama melayari alam rumah tangga pon, elok praktikkan tips2 ni, baru la rasa cinta pengantin baru..Hehe..

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan
dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.


12.Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
 

20. Last but not least, pengambilan suplemen amatlah di galakkan dalam mencipta hubungan cinta suami isteri yang sempurna. Sebagai contoh, Set Suami Isteri yang juga dikenali sebagai vitamin cinta ni dapat membantu anda untuk meningkatkan daya sensual anda.











Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








** untuk pembelian RM100 dan ke atas