Showing posts with label Peluang Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Peluang Perniagaan. Show all posts

Wednesday, January 6, 2016

Peluang tambah pendapatan di tahun baru 2016

Salam semua..

Belum terlambat rasanya untuk Liza ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016 kepada semua pembaca blog Faza Shop. Diharapkan agar semua azam anda pada tahun ini akan terlaksana dan semestinya tahun ni akan lebih cemerlang berbanding tahun lepas dalam semua hal. InsyaAllah..


Sebagai rakyat Malaysia, sudah mesti anda semua sedar dan sudah pon terasa akan bahang ekonomi negara yang semakin tegang sejak kebelakangan ni. Kos sara hidup naik, tol naik, tarif elektrik naik, tambang pengangkutan awam naik, boleh dikatakan serba serbi naik lah! Yang menjadi tanda tanya, gaji kita naik tak? Haaaaa.. Tepuk dada, tengok payslip.. Hihi

Bulan lepas pon Liza dapat berita yang ada jugak benda yang naik dalam Shaklee. Tapi... Bukan harga barang yang naik, tapi bonus Shaklee! Alhamdulillah.. Baiknya Shaklee, prihatin jugak kat rakyat Malaysia yang semakin tersempit ni. Jadi, rasa macam tak best pulak kalau Liza simpan benda ni sorang2.

Jadinya, Liza mengalu-alukan sesiapa sahaja, tak kiralah penjawat kerajaan, pekerja swasta, suri rumah, pelajar (pelajar sekarang pon dah ada yang pegang 5 angka dengan Shaklee tau) ataupun penganggur yang tengah mencari-cari peluang untuk menambah pendapatan tu, untuk sama-sama grab peluang yang Shaklee tawarkan ni. 

Tak de modal?
Tak nak simpan stok?
Tak reti berbisnes?
Susah?

Kalau itu yang bermain di fikiran anda sekarang, jangan bimbang. Sebab Liza pon macam tu dulu. Daftar ahli hanyalah RM75 seumur hidup, yang mana Liza rasa sangat2 lah mampu untuk anda sediakan. Kalau kena caranya, bulan pertama join pon dah dapat balik modal tu, malah boleh dapat berganda2 lagi.

Anda juga tak perlu simpan stok, tak perlu nak keluar menjaja sana-sini, tak perlu hadir ke meeting2 yang bukan2. Semuanya dihujung jari je. Alhamdulillah.. Group Liza juga mempunyai kumpulan sokongan yang sangat aktif membantu antara satu sama lain dalam memberi tunjuk ajar tentang Tips marketing, info produk, atau apa saja urusan mengenai Shaklee. 


Bagi Liza, inilah bisnes yang paling mudah dan flexible untuk semua orang. Tak mengganggu urusan harian anda langsung!

Ok lah, Liza pon tak nak tulis panjang-panjang lagi dah, nanti korang bosan pulak baca Liza membebel. Hehe. Pada sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh wasap/mesej Liza terus ye. Jangan bertangguh lagi tau sebaaaabbb 'FAST ACTION, FAST RESULT'. Jom mulakan langkah kejayaan anda yang pertama dengan menghubungi Liza segera.






Pertanyaan atau tempahan:
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, April 3, 2015

Promosi Shaklee bulan April 2015

Salam Semua..

Di kala rakyat Malaysia tengah rungsing, marah, kecewa dan bersedih dengan pelaksanaan GST yang bermula 1 April lepas, Alhamdulillah permintaan terhadap produk Shaklee masih ada dan bisnes Shaklee Liza juga berjalan seperti biasa. InsyaAllah semakin berkembang dalam sebulan dua ni. Produk Shaklee adalah makanan tambahan yang merupakan keperluan dalam hidup kita, nak tak nak kita kena juga beli. Tak kan sanggup gadaikan kesihatan diri demi nak berjimat? Tak berbaloi kan.


Lagipun perlaksanaan GST tak memberi kesan kepada pengguna Shaklee, sebab harga jualan tetap tak berubah! Baik kan Shaklee?? Pada yang masih berkira-kira untuk berbisnes dengan Shaklee, baik buat keputusan cepat-cepat, sebab dijangkakan ramai yang akan memilih bisnes Shaklee pada bulan ni demi nak mencari duit sampingan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, lagi-lagi lepas GST.

Ok, kita stop jap cakap GST ni. Macam biasa, awal bulan macam ni, Shaklee akan umumkan produk promo untuk bulan tersebut. Berita baiknya, bulan ni Shaklee menawarkan banyakkkk produk promo! Ni tak tahu lah gara-gara GST atau ape, yang pasti Shaklee dah umumkan produk promo bagi bulan April adalah GLA Complex, Lecithin, DTX Complex, Vitalea for kids dan Cinch Shake (coklat dan  Latte). Sampai lima produk sekali gus!


Apa yang Liza nampak dari promo bulan ni, orang yang nak kurus la tersenyum lebar. Ye la, beli produk promo memang banyak boleh jimat, alang-alang tu boleh jadi ahli terus, lagi jimat berganda. Nanti Liza cerita details tentang produk promo ni satu persatu dalam next entry. Kang Liza cerita panjang lebar, bosan pulak korang. Dah la tengah emo dengan GST kan? Ok ok.

Anyway, kalau anda berminat untuk tahu apa saja tentang produk Shaklee atau macamana nak buat duit dengan Shaklee, jangan segan silu untuk contact Liza ye. Konsultasi terbaik dan percuma hanya untuk anda. Terima Kasih.







Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, April 2, 2015

GST dilaksanakan di Malaysia bermula 1 April

Salam semua..

Maaf dah beberapa hari Liza tak sempat nak update. Biasa la tu, bila dah balik kampung, lari la sikit jadual kerja. Maklumlah kerja sendiri, ikut suka hati je nak kerja ke tak. Eh, tapi jangan lah ikut perangai Liza ni pulak. Kerja sendiri la kena lebih disiplin. Kan? Ok bila dah balik ni, kena kerja kuat la, nak ganti balik masa bercuti hari tu. Hihi

Semalam, hari yang ditunggu-tunggu dengan penuh harapan oleh semua rakyat Malaysia agar ada perubahan, tapi nampaknya kerajaan di bawah pimpinan Dato' Seri Najib tetap nak laksanakan GST (Good and Services Tax) seperti yang dijanjikan. Sejak malam sebelum 1 April lagi, meriah di media sosial bercakap pasal ni, macam malam raya. Post yang troll GST pun banyak, kadang tu boleh tergelak jugak la baca pasal ni.



Walau seteruk mana pun kita mengeluh dan merungut, hakikatnya tetap tidak berubah. Kita tetap kena lalui kenaikan harga barang dan tetap kena bayar cukai ni secara paksa rela. Semalam pun Liza sempat jugak berbelanja barang dapur, memang sayu je hati ni tengok barang-barang yang dah jadi keperluan harian tu dah naik harga, bukan sikit, banyak pulak tu!

Pada pandangan Liza, apa yang kita patut buat sekarang, bukan lagi setakat berjimat-cermat dalam berbelanja. Sampai bila nak berjimat? Sehari ke sehari harga barang semakin naik, tapi gaji duk takat tu jugak. Penyelesaian yang terbaik dan paling bijak ialah dengan menambah sumber kewangan. Jangan berharap pada gaji bulanan semata-mata.


Pada sesiapa yang berminat nak ceburi diri dengan bisnes, Liza nak buka peluang ni pada anda. Ia merupakan bisnes yang paling tepat buat masa sekarang kerana yuran pendaftarannya yang rendah (hanya RM80), tak perlukan modal untuk simpan stok, plan perniagaan yang telus, produk yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi, boleh dijalankan secara online atau offline dan peluang untuk menjana pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan adalah tidak mustahil.

Jangan bimbang jika anda tidak mempunyai pengalaman berniaga. Yang paling penting anda mempunyai minat, keinginan yang tinggi, tidak mudah berputus asa dan rajin. Peluang ni Liza buka hanya untuk 7 orang yang pertama sahaja untuk bulan ni. Tak kiralah siapa anda, samada anda seorang suri rumah, pelajar, pekerja swasta, kaki-tangan kerajaan, lelaki atau perempuan, boleh hubungi Liza untuk maklumat lanjut. Mana tahu, perniagaan ni bakal merubah masa depan dan kehidupan anda sekeluarga?






Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, March 24, 2015

Kerja mudah - Goyang kaki dapat duit

Salam Semua..

Kos sara hidup yang semakin meningkat dan bebanan perbelanjaan harian yang semakin bertambah dari sehari ke sehari menyebabkan masyarakat sekarang dah mula mencari pendapatan sampingan. Bagus! Kalau duk mengeluh, harga barang naik, kos sara hidup makin tinggi pun, tak de apa yang berubah jugak. Cara paling bijak, cari sumber pendapatan baru! 


Bukan orang yang dah berkeluarga je, student pon ada yang cari duit poket untuk tampung perbelajaan harian tanpa menyusahkan ibu-bapa. Tapi yang sedihnya, ramai diantara kita yang nak kerja yang mudah je, tanpa fikir panjang. Tak selidik dulu ketelusan dan halal haram sesuatu pekerjaan tu. Maaf cakap, kebiasaannya bangsa melayu lah yang paling ramai ditipu oleh skim cepat kaya, money game, pelaburan atau MLM yang entah apa-apa.


Antara iklan-iklan yang berjaya menarik/mempengaruhi ramai orang;

Kerja mudah
Mana ada kerja mudah dalam dunia ni dik oii? Cuba gi tanya orang-orang yang dah berjaya tu, jutawan-jutawan semua tu, mudah ke kerja diorang tu? Mungkin sekarang dah nampak mudah, tapi awal-awal diorang bermula dulu, agak-agak mudah tak? Kalau mudah, tak de orang susah la dalam dunia ni.

Goyang kaki dapat duit
Goyang kaki dapat duit? Celah mana nak dapat duit nye, kalau kerja kau duk goyang kaki je, kecualilah kau seorang tukang jahit. Tapi tukang jahit sekarang pon dah jarang yang goyang kaki, diorang canggih dah, guna mesin jahit auto, tekan aje.

Tak perlu jual barang 
Habis, kalau tak perlu jual barang, kau meniaga ape? Meniaga orang? Hihi

Tak perlu cari orang
Ni lagi satu statement klakor. Tak perlu cari orang untuk urus niaga? Setahu Liza la kan, orang jual makanan kucing pun kena cari orang/pemilik kucing untuk beli barang diorang. Tak kan lah nak promot kat kucing? Adoiilahnyepun..

Satu lagi, kalau iklan yang ada gambar pegang duit berkepuk-kepuk, tayang rumah besar, tayang kereta mewah, tayang cek, cepat je orang nak join kan? Hai lah, teknik macam tahun 80-an je. Liza ada jugak kenalan yang kaya-raya, jutawan pun ada, tapi tak de pulak diorang duk tayang macam-macam. Ok lah, maaf kalau ada yang terasa dengan entry Liza kali ni. Cuma, Liza sedih kalau ada kawan-kawan Liza, sebangsa dengan Liza yang terpedaya dengan tipu helah ni. Yang ditipu tu sah-sah la kesian. Tapi yang menipu tu pun, cuba la istighfar sikit. Kawan tu dah la tengah susah, nak cari duit poket, sanggup pulak kau tipu dia ye.


Pada yang berminat nak cari duit lebih tu, baiklah join real bisnes yang ada barang yang berkualiti, ada urus niaga, ada akad jual beli. Contohnya Shaklee la. Ok ok, kalau anda semua tak berminat dengan Shaklee, join la apa-apa bisnes sekalipun, asalkan real-bisnes dan semestinya tidak diragui, halal!

Sekian luahan hati Liza hari ni. Sesiapa yang berminat nak bersama-sama Liza menjana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi Liza, nanti Liza terangkan lebih details ye.








Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Wednesday, March 18, 2015

Hadiah Dato' Aliff buat isteri memang terlajak istimewa

Salam Semua..

Pelik tak dengan tajuk entry Liza kali ni? Biasanya pasal produk Shaklee je, atau paling tak pun, pasal life Liza je kan? Tapi tak per la, sekali sekala nak jugak selit cerita lain. Mesti ramai yang dah tahu kan cerita ni, cerita Dato' Aliff Syukri yang terlajak laris tu hadiahkan Range Rover Evoque buat isterinya yang tersayang sempena majlis hari jadi baru-baru ni. Mak aiii, hadiah tak de best lagi ke? Dah la warna merah! Liza pun nak sebijik!




Tu la, rezeki dia kan. Dalam orang duk kutuk-kutuk dia (sama la macam Dr Vida Qu Puteh Qu Puteh barulah Putehhh tu), dia berjaya juga, tak hirau orang cakap ape. Orang yang duk mengutuk tu, dapat apa pun tak tau. Hihi. Liza dah tau yang dia ni anak kepada pengasas Sendayu Tinggi, Rozita (tu pun suami yang bagitau), tapi Liza baru je dapat tahu yang dia ni sebaya dengan Liza! Sebaya dengan Liza, tapi dah berjaya macam ni sekali, dah bergelar jutawan! Sangat tercabar ok!

Dato' Aliff dulu pun bukan terus senang macam ni, suami Liza cakap dia ni berniaga kat pasar tani je, demi nak kenalkan produk dia tu. Kita je yang kenal dia bila dia dah senang. Jadi, kesimpulannya, dalam apa jua bidang sekalipun, usaha keras tanpa erti putus asa adalah kunci kejayaan. Semua orang nak berjaya kan, tapi tak sema orang sanggup bekorban untuk berjaya. Semoga Liza terus istiqamah dalam usaha Liza untuk berjaya dengan Shaklee. Ada jugak ke yang nak berjaya dengan Shaklee bersama-sama Liza? Jom ler kite...

Mohon doakan Liza ye!







Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Sunday, November 30, 2014

November melabuhkan tirai

Salam Semua..

Alhamdulillah, November hampir melabuhkan tirai dalam sejam lebih lagi. Esok bulan terakhir dalam tahun 2014 akan menjelma. Banyak perkara yang menarik berlaku sepanjang bulan ni. Diharapkan yang baik-baik terus berlaku dalam kehidupan Liza sekeluarga pada bulan hadapan. Mana-mana azam tahun 2014 yang belum terlaksana, hanya Disember je yang tinggal untuk direalisasikannya.




Ingatkan dah tamat kisah MAHA 2014, rupa-rupanya ada lagi sambungan episod 4 kami di MAHA. Haha. Sayang sangat dengan MAHA, sampaikan tiap-tiap hari pergi. Tu pun tak puas lagi tu, banyak lagi tempat tak pergi, simpan dua tahun lagi la pulak. Kali ke-4 ni, kami pergi ke kawasan padi dan perikanan pulak. Lain sikit dari lawatan kami yang lepas-lepas. Seronok jugak, sempat la merasa bubur lambuk dan join kuiz anjuran Bernas. Dapat beras sekilo. Hihi


Tamatlah sudah cerita MAHA kami. Semoga bulan Disember yang bakal tiba memberi seribu kenangan yang indah, kejayaan yang lebih baik dan rezeki yang melimpah ruah. Aminn. Kalau bulan November ni, Liza berjaya cabar diri untuk update blog pada setiap hari, diharapkan  bulan depan  ni cabaran tetap diteruskan dan lebih konsisten lagi.

Terima kasih buat semua yang menyokong Liza, tak kiralah sebagai pembaca atau customer Liza. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Semoga kita sama-sama berjaya, kaya, dan bahagia di dunia dan akhirat. Aminn





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Tuesday, November 25, 2014

Kos sara hidu makin meningkat selepas pelaksanaan GST?

Salam Semua..

Ha, baca tajuk entry pun muka dah serius. Bukan senang Liza nak buat entry serius ni, sampai berkerut-kerut dahi nak taip. Hihi. Mesti semua orang tengah tertunggu-tunggu kesan daripada pelaksanaan GST April tahun depan. Adakah dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat ataupun makin mencekik rakyat. Disember ni pulak, subsidi minyak ron95 dan diesel dimansuhkan, naik lagi harga minyak. Naik harga minyak, maka naik la harga barang-barang keperluan yang lain. Tu dah confirm dah, memang tak boleh elak. Adoiii la

Siapa kita untuk merungut. Sekadar cakap-cakap belakang macam ni, tak de siapa ambil peduli pon. Jadi, macam mana nak atasi masalah ni, nak hidup lebih selesa. Caranya cuma satu, iaitu USAHA. Usaha untuk menambah pendapatan yang sedia ada. Apa lagi cara nak tambah pendapatan dengan paling mudah, fleksible dan boleh dilakukan secara part time kalau bukan BERNIAGA. Liza bukan nak suruh korang semua berhenti kerja dan buat bisnes. Bisnes sekarang berlambak yang boleh dibuat secara part time. Yang penting, samada korang nak atau tak je.


Bagi siapa yang berminat untuk menyertai perniagaan tanpa modal dengan team Liza, bolehlah hubungi Liza segera ye. 





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, November 17, 2014

Happy second anniversary, husband!

Salam semua..

Pejam celik pejam celik, hari ni kami dah pun menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2. Rasa macam baru je lagi rasa excited dengan persiapan untuk majlis perkahwinan kami.. Hihi. Alhamdulillah, dua tahun berlalu, perkahwinan kami dah pun hampir sempurna dengan kehadiran Muhammad Aqil yang semakin hari semakin banyak akal tu. Up and down dalam rumah tangga tu biasa, apetah lagi usia perkahwinan masih lagi dalam fasa pertama (lima tahun pertama). Kami bukan perfect, tapi akan perfect bila bersama..InsyaAllah.


Kalau anniversary yang pertama tahun lepas, Liza masih berkain batik, bertungku, bau minyak urut, masih berpantang kan, memang tak de sebarang sambutan la. Wish pon via mesej je sebab masa tu suami kat rumah kami di Serdang, Liza kat kampung, Terengganu. 

Alhamdulillah, hari ni dapat la dinner sekali (padahal hari-hari biasa pun dinner sekali jugak). Nak romantik dinner susah sikit la bila dah bertiga ni. Hehe.. Lagipun, hari ni Liza ikut suami outstation ke Raub, Pahang. Kami pun tak biasa dan tak tau kat mana tempat makan yang best kat sini. So, makan je la kat Secrect Recipe, alang-alang dah ada kek sekali. Dah rezeki kami, dapat pulak kek free, sebab bayar guna kad maybank.


Liza tak de plak prepair apa-apa hadiah untuk suami kali ni. Sebab baru je bagi hadiah time birthday dia (15/9) hari tu. Liza pun tak terfikir akan dapat apa-apa hadiah, ingatkan cukup dengan dinner je. Tapi, rupa-rupanya suami Liza dah memang plan awal-awal nak surprisekan Liza dengan hadiah anniversary kali ni. Alhamdulillah, rezeki. 


Time dapat tu, seronok tak yah cerita la. Mula-mula Liza ingatkan monitor PC (sebab pernah plan nak beli), tapi bila tahu rupa-rupanya suami belikan laptop, terus rasa terharu kuasa lapan belas! Bergenang air mata. Dia belikan laptop ni untuk memudahkan lagi Liza berbisnes. Allah.. terharu sangat! Bertambah lagi satu sebab kenapa Liza tak boleh main-main dan berputus asa dengan bisnes Liza ni.

Macam tulah serba sedikit tentang cerita anniversary kami tahun ni. Semoga perkahwinan kami ni sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Oh ya, sempena anniversary kami hari ni, Liza nak bagi hadiah tau kat semua customer atau bakal customer Liza. Dengan setiap pembelian produk Shaklee atau Feelvogue pada hari ini dan esok, anda berhak menerima FREE POSTAGE dari kami. Jangan lepaskan peluang ye!







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Saturday, November 8, 2014

Pengalaman jatuh cinta kali ke-dua

Salam Semua..

Hari minggu ni mood nak jiwang-jiwang sikit. Boleh kan? Hehe. Liza nak cerita kisah cinta Liza dengan si dia (X). Orang cakap, kalau jatuh cinta kali kedua ni hubungan makin erat, makin utuh. Susah untuk berpisah lagi dah. Betul ke?

Kisahnya, bermula Jun 2012. Sehingga sekarang hubungan kami dah hampir 2 tahun 5 bulan, dah lama dah tu kan? Liza memang betul-betul suka kat X, sebabnya X ni lain dari yang lain. Walaupun X masih belum mampu berikan Liza kemewahan kewangan, tapi dia jaga kesihatan Liza dan keluarga dengan baik. Dengan mengenali X juga, amalan rohani Liza bertambah baik. Yang wajib diutamakan, yang sunat dirutinkan. Jiwa dalaman Liza pun makin kuat lepas kenal X.

Banyak yang Liza dapat belajar daripada hubungan kami. X jugak menjadi asbab Liza dapat tolong orang kat luar sana yang mempunyai masalah kesihatan. Kadang, kawan sekerja dulu, kadang kawan U, kadang kawan sekolah yang dah bertahun lama tak jumpa, tapi berjumpa semula disebabkan X. Yang lagi best,  Liza dapat tolong orang yang langsung tak pernah kenal sebelum ni.

Sebagai manusia biasa, kadang-kadang Liza buat tak layan je dengan X ni. Tapi di hati masih sayang dan tak berniat pun nak tinggalkan dia. X pulak masih setia menunggu Liza, tanpa sebarang paksaan atau desakan (tu yang sayang sangat tu!).


Tapi, Julai 2014 hubungan kami diuji. Sebelum-sebelum ni pun ada je fitnah dan benda buruk yang orang cakap pasal X ni. Tapi, isu bulan Julai ni, memang memberi impak yang cukup besar. Ia melibatkan isu kemanusiaan dan agama, yang sememangnya sensitif dalam masyarakat kita. Liza tak nak nanti, disebabkan X, orang pandang serong kat Liza. Hubungan kami mula renggang.

Sepanjang tempoh tu, Liza ada juga cuba untuk mencari pengganti, tapi yang Liza nampak indah di luar, bila kenal rapat, tak kena dengan jiwa Liza. Banyak la jugak try, tapi bila dibanding dengan X, masih dia jadi nombor satu! Dalam tempoh ni jugak, Liza berdoa sungguh-sungguh pada Allah untuk Dia tunjukkan Liza kebenaran. Jika betul X tu tak elok, jauhkan lah Liza dengan dia. Hasilnya (mungkin hidayah dari Allah..Waallahua'lam), ramai pulak yang berkenan dan tanya Liza pasal X. Liza mula serba salah.

Akhirnya, bulan ni (November), Liza buat keputusan untuk 'bercinta' semula dengan X dan akan setia dengannya. Kali ni tak nak main-main lagi, nak bercinta bersungguh-sungguh! Keputusan ni pon Liza buat selepas fikir sedalam-dalamnya. Buat apa nak dengar fitnah orang(yang dah memang terang-terang tak betul) tentang X, kalau dengan X Liza boleh jadi seorang yang lebih baik.


Jadi, tu lah serba sedikit kisah cinta Liza. Mohon doakan jodoh kami berkekalan dan membuahkan hasil ye.. Aminn


Siapa X? Tak lain tak bukan, perniagaan Liza sekarang --> SHAKLEE =D





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Tuesday, November 4, 2014

Internet terpantas umpama nadi peniaga online

Salam Semua..

Jika anda merupakan salah seorang peniaga online seperti Liza, mesti anda akan faham dan setuju dengan pendapat Liza kan? Sebagai peniaga online, internet merupakan asas penting untuk menggerakkan perniagaan. Ye lah, dah nama pun peniagaan online (online bisnes) mesti la kena online dan perlukan internet. Lagi bagus kalau line internet tu paling laju berdesup, modem boleh dibawa kema-mana, tapi murah. Hihi

Selepas Liza dan suami survey internet provider yang ada kat pasaran (ni kes tak puas hati dengan broadband Celcom), kitorang decide untuk subcribe plan dari YES. Dan yang best nya, tak pasal-pasal dapat free sebijik Tab Acer Iconia One 7, bila subcribe Plan Super 78. Alhamdulillah rezeki Aqil. Bulan-bulan hanya RM66.  Setakat ni, Liza guna ok la line dia, event lampu 4G dia merah, still laju je surfing. Nanti kalau ada ape-ape update tentang YES ni, Liza kongsi lagi ye.




Eh, Liza bukan agent jual YES la, Liza masih lagi peniaga Shaklee tegar. Saje je nak share kot-kot ada yang tengah survey internet provider yang best. Kalau unifi memang laju, tapi tak portable, tak boleh angkut gi mana-mana. Maklumlah, Liza and suami selalu outstation (suami yang outstation, Liza penyebok aje..hihi), so memang tak lekat kat rumah, rugi la kan pakai streamyx or unifi. So, sesiapa yang berkenan, boleh la terjah kaunter YES yang berdekatan dengan anda, boleh jugak terjah Liza, tapi untuk yang berkenan dengan Shaklee je la.. ;)




P/S: Berminat untuk menjadi peniaga online dengan modal yang super rendah, meh PM Liza, kita cerita-cerita.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, September 23, 2014

Peluang buat duit tanpa modal

Salam Semua..

Hari ni Liza sekali lagi nak tawarkan peluang buat duit atau berbisnes kepada pembaca semua. Ni bukan skim cepat kaya ye, ni memang perniagaan betul, yang ada barang, ada penjual dan pembeli. Tapi yang bestnya, anda semua tak perlu keluarkan modal walau satu sen pon. Menarik kan? Tugas anda hanyalah untuk IKLANKAN SAHAJA. Semua urusan order barang dari HQ dan pos/cod pada customer, pihak Faza Shop yang akan uruskan.


Lagi satu, apa yang mudahnya bisnes ni, segala tips untuk berniaga, promosi dan sebagainya akan sentiasa disediakan di dalam group rahsia Faza Shop. Ini untuk memastikan anda mempunyai ilmu dan kemahiran yang cukup untuk berniaga. Bisnes ni boleh la dibuat secara part time sahaja kerana langsung tidak menganggu tugas seharian anda. Bagi pelajar atau suri rumah juga amatlah dialu-alukan untuk mencuba. 


Bagi setiap barang yang terjual, anda akan menerima komisyen yang lumayan. Jangan tak tahu ye, dah ada yang berjaya menjana rm100 sehari dan 4 angka sebulan dengan bisnes ni walaupun hanya berbisnes secara part time. Bonusnya lagi, produk ni sekarang sedang mendapat sambutan yang sangat luar biasa kerana kehebatan produknya yang telah terbukti berkesan dan selamat. Jadi, tak susah la bagi anda untuk buat promosi, sebab permintaannya tengah tinggi sekarang ni.

Syarat-syarat kelayakan:

Sebenarnya, tiada syarat-syarat khas pun untuk berbisnes tanpa modal ni. Tak kira lah lelaki atau perempuan, umur 18-60 tahun, berkerja atau tak, apa-apa kelulusan pendidikan pun boleh sertai Liza. Tapi, oleh kerana tempat yang terhad (10 orang sahaja), Liza ingin letak beberapa syarat mudah untuk memastikan kejayaan anda dalam bisnes ni. 

- Rajin
- Berusaha bersungguh-sungguh 
- Ikut segala ilmu dan panduan yang diberikan
- Terbuka dalam menerima nasihat dan teguran
- Berjiwa besar dan bersemangat waja
- Tidak mudah berputus asa

Jika anda mempunyai ciri-ciri di atas, dan memang berminat untuk menjalankan bisnes tanpa modal ni, jangan tunggu lagi, cepat buat keputusan sekarang dan bertindak untuk hubungi Liza segera. Liza hanya perlukan 10 orang yang terawal sahaja untuk dibimbing pada bulan Oktober ni. InsyaAllah, Liza akan beri tunjuk ajar yang terbaik sehingga anda perolehi pendapatan yang anda inginkan. 





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, September 2, 2014

Peluang buat duit untuk pelajar

Salam Semua..

Pagi tadi, Liza sekeluarga pergi ke UIAM Gombak untuk menghantar adik bongsu kami, Nurul Ain untuk pendaftaran kemasukan bagi sesi 2014/2015. Adik Liza ni ambil jurusan undang-undang, sesuai sangat la dengan 'mulut murai' dia tu. Hihi.. Bila tengok student-student baru masuk universiti ni, teringat pulak nak kongsi satu peluang bisnes ni dengan adik-adik. Walaupun student, kan best kalau boleh dapat duit sampingan, tak de lah mengharapkan sepenuhnya pada pinjaman pelajaran ataupun elaun PaMa, kan?


Liza faham la, sebab Liza pun pernah jadi student jugak. Siap kerja kopitiam lagi time tu sebab nak cari duit poket, tak nak susahkan mak ayah kat kampung. Ok, untuk adik-adik yang berminat, meh akak kongsikan satu bisnes yang AWESOME ni. 

Apa yang BEST sangat bisnes ni??

  • Tiada risiko kerugian
  • Tak perlu simpan stok
  • Berkonsep dropship (Promot --> Terima pesanan --> Buat pesanan terus kepada pembeli)
  • Modal yang sangat minima (RM65 seumur hidup)
  • Pendapatan boleh mencecah 4 atau 5 angka
  • Produk yang terbukti selamat dan berkesan, telah dikenali ramai dan mempunyai permintaan yang semakin tinggi dari sehari ke sehari
  • Waktu kerja yang fleksibel dan tidak menganggu waktu belajar
  • Kumpulan sokongan yang sangat aktif dan sedia membantu pada bila-bila masa
  • Boleh dijalankan secara online, offline atau kedua-duanya sekali 

Jangan risau! bisnes ni dijamin tidak akan menganggu tugas harian adik-adik sebagai seorang pelajar. Di dalam 'group' kami juga sudah terbukti ada yang sudah berjaya memperolehi pendapatan 4 dan 5 angka sebulan  walaupun masih bergelar seorang pelajar universiti. Peluang bisnes ni lebih berbaloi daripada adik-adik yang bekerja 'part time' di restoran-restoran makanan segera, kedai-kedai serbaneka atau sebagainya. Ha, menarik tak? Jika ada adik-adik yang berminat dengan peluang ni, hubungi akak segera, nanti boleh la kita bisik-bisik ye. 

Akhir kata, bagi adik-adik yang baru nak menempuh alam universiti ni, akak nak ucapkan selamat maju jaya. Enjoy your study life, study smart, play hard. Hehe. Kalau nak dapatkan suplement untuk pelajar pon, boleh hubungi akak ye.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, July 1, 2014

Berniaga lebih mudah jika tahu caranya

Salam Semua..

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-3 ummat Islam menunaikan ibadah puasa. Liza doakan supaya puasa dan Ramadhan kita pada tahun ni adalah yang terbaik berbanding tahun-tahun yang lepas. Semalam, closing untuk bulan Jun bagi semua pengedar Shaklee, dan buat pertama kalinya, Liza dapat rasa debaran closing. Syukur, sale Liza bulan lepas meningkat secara mendadak, hampir 900% berbanding bulan-bulan berikutnya! 


Apa yang Liza buat? 12-15 June lepas, Allah telah takdirkan Liza untuk hadir salah satu program yang sebelum ni tak pernah terdetik pun untuk hadir. Program "Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan" yang dikelola oleh pakar pemasaran no 1 Asia, Dr Azizan Osman. Banyak yang Liza belajar dari program tu. Tapi yang paling penting, Liza nampak 'satu jalan' yang boleh memudahkan atau sebagai short-cut untuk Liza berjaya dalam perniagaan Liza ni. Liza tak bertangguh lagi, amalkan semua yang diajar dan Alhamdulillah, dah nampak hasilnya.


Semua tu kebetulan?  Maaf. Liza tak percaya kepada kebetulan, Liza percaya bahawa semua yang berlaku dalam dunia ni adalah ketentuan Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya. Jadi, sempena bulan yang mulia dan pembuka bulan Julai ni, Liza ingin menjemput mereka yang minat untuk berbisnes atau mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan, untuk bersama-sama dengan Liza di dalam Shaklee. Liza akan kongsikan segala ilmu yang ada semoga kita sama-sama berjaya di dalam bidang ini. 

Cepat bertindak! Sebab Liza hanya buka peluang ni kepada 4 atau 5 orang yang terawal sahaja. Sebab Liza nak fokus! Hubungi Liza segera.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, May 26, 2014

Pengajaran di sebalik Thomas Cup 2014

Salam Semua..

Selamat hari isnin semua. Hari ni mungkin anda yang bekerja ni lemau sikit la, sebab harapan untuk 'cuti free' hari ni musnah selepas pasukan badminton negara kita tak berjaya membawa balik Piala Thomas edisi 2014. Entry kali ni lari sikit dari tema asal blog Liza, tak pe lah, sekali sekala kan. Liza memang tengok perlawanan semalam dari awal sampai akhir, jadi ada beberapa pengajaran atau iktibar Liza nampak, yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. 

  1. Berjuang sehabis daya. Bila team beregu pertama tewas, Liza dah macam 'down' dan cakap 'hum, tak de rezeki la kita kali ni'. See, cepatnya menyerah, padahal ada 3 game lagi selepas tu. Liza nampak team beregu kedua (walaupun team yang baru), sangat bersungguh-sungguh untuk menang. Sama juga dengan Liew Darren (rank 66 dunia vs rank 25 dunia) sangat bersungguh-sungguh berusaha untuk menang sehingga titisan peluh terakhir. Yang ni memang Liza tabik!
  2. Teamwork. Dalam game macam ni, teamwork sangat penting. Walaupun pemain rank pertama dunia ada dalam team kita, tapi yang lain kurang menyengat. Sebab tu pentingnya terer sama-sama dan hebat secara berjemaah, barulah kita mudah berjaya.
  3. Mentor yang hebat. Tahukah anda siapa jurulatih pasukan Jepun? Dia adalah pemain badminton berkelas dunia, Park Joo Bong. Jadi tidak hairanlah dengan pencapaian yang diperolehi oleh team Jepun sekarang, kerana disebaliknya ada mentor yang sudah masak dengan selok belok perlawanan seperti ini.
Ni lah tiga point utama yang Liza dapat ambil dari perlawanan semalam. Samalah juga dalam kehidupan kita. Liza rasa kes ni sangat dekat dengan hidup Liza sebagai pengedar Shaklee. Untuk berjaya dalam Shaklee ni, memang Liza kena berusaha sehabis daya. Ye lah, mana ada kejayaan yang datang bergolek kat kita kan? Tapi, 'perjalanan' Liza dimudahkan kerana Liza mempunyai 'teamwork' yang sangat kuat. Sokongan dari ahli group yang lain sangat menharukan. Dan yang paling penting, Liza mempunyai seorang mentor yang sudah cukup hebat. Liza dah tak perlu fikir banyak dah. Cuma perlu ikut je apa yang dia ajar, kerana apa yang diajar itulah yang telah dia buktikan sebagai cara atau teknik terbaik untuk berjaya.


Anda juga ingin sama-sama merasai kemanisan 'berjuang' dalam Shaklee-Cup bersama Liza? Ha, lagipun sesuai sangat lah kalau anda join sekarang, boleh la kumpul duit raya yang akan datang lagi 2 bulan ni. Kalau dapat dalam RM500-RM1000 pun dah ok sangat dah kan? Nak? Liza akan tunjukkan caranya. Jom hubungi Liza segera ye!


P/S: Anyway, tahniah team badminton Malaysia terutamanya Liew Daren. You guys have done a great job!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Wednesday, May 7, 2014

MealShake suplement untuk seisi keluarga

Salam Semua..

Ni kes entry semalam la ni, ramai pulak yang salah anggap MealShake ni khas untuk kanak-kanak je. Bukan... MealShake ni boleh di ambil dari kanak-kanak berumur setahun sehinggalah warga emas. Sebab tu customer Liza ambil peluang bulan promo ni, borong bertong-tong terus buat stok. Ye lah, satu keluarga boleh ambil MealShake ni, beli bulan promo, kan dah boleh jimat banyak. 

Siapa yang boleh ambil MealShake:
  • Individu yang berpuasa. Tak lama lagi dah nak puasa kan, ramai la yang ambil peluang beli siap-siap sementara harga promo bulan ni sebagai persediaan untuk jadikan MealShake ni hidangan sahur. Biasanya, kanak-kanak tak suka sahur makanan berat kan, jadi anda boleh bancuhkan je MealShake ni. Senang! Lagi satu, MealShake juga boleh dijadikan sahur segera andai anda terlajak bangun, tak sempat untuk sediakan juadah sahur. Hehe
  • MealShake juga baik untuk ibu hamil dan ibu menyusu untuk kekal bertenaga. Ia juga mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu sama seperti Energizing Soy Protein (ESP). Bagi sesiapa yang kurang menggemari soya, bolehlah ambil MealShake sebagai ganti kepada ESP. MealShake yang berperisa vanila sangat sedap untuk dinikmati terutamanya golongan kanak-kanak.
  • Warga emas juga boleh mengambil MealShake untuk kekal bertenaga dalam menjalankan aktiviti harian. Ada sesetengah warga emas yang tidak gemar untuk mengambil suplement berbentuk tablet, jadi MealShake merupakan pilihan terbaik untuk mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan mereka.
  • Para pelajar juga tidak terkecuali untuk memilih MealShake, samada untuk dijadikan hidangan sarapan segera atau bagi mengatasi masalah kulit. Ye lah, zaman remaja ni lah, kulit wajah bermasalah sikit. Mungkin disebabkan oleh faktor hormon, tekanan, permakanan atau persekitaran. Jadi, ambil je MealShake ni, sihat dalam luar, kan senang.
  • Individu yang ingin menambah berat badan. Eh, bukan semua orang sibuk nak turunkan berat badan je tau. Ada juga golongan yang mempunyai saiz badan yang terlalu kecil atau badan yang terlalu ringan. MealShake boleh membantu golongan ini untuk mendapatkan berat badan yang ideal.


Jadi, anda dikategori yang mana? Jika anda merasakan yang diri anda sudah cukup sihat untuk tidak mengambil suplement tambahan, bagaimana pula dengan anak anda atau ibu bapa anda? Rebutlah peluang harga promo bulan ni, untuk berikan yang terbaik untuk insan yang anda sayang. Nak tanya-tanya dulu, sebelum beli pun boleh je. Konsultasi adalah percuma!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, April 25, 2014

Perniagaan online trend masyarakat sekarang

Salam Semua..

Entry kali ni, santai je. Tak nak cerita pasal produk dah hari ni. Hehe. Cuma nak kongsikan sedikit pendapat Liza mengenai perniagaan online yang semakin mendapat sambutan oleh masyarakat kita terutamanya golongan wanita. Kalau kita tengok di internet sekarang ni, khususnya di Facebook dan Blog, bermacam-macam perniagaan yang ada. Ada yang jual kain baju, tupperware, mainan kanak-kanak, pelbagai jenis suplemen, ubat-ubatan serta makanan (kek, biskut, coklat dan lain-lain). Bukan perniagaan produk fizikal je yang ada, perniagaan yang menawarkan servis pon ada, sebagai contohnya servis pengiklanan, agent hartanah ataupun khidmat insurans.


Ini adalah respond positif yang menunjukkan perniagaan oniline telah mendapat tempat di hati masyarakat kita. Ye lah, tak perlu lagi susah-susah keluar rumah, bayar parking, beratur panjang di kaunter bayaran untuk mendapatkan barang-barang yang anda ingini. Hanya di hujung jari, barang dah sampai di muka pintu. Dari perspektif lainnya pula, Liza sebagai salah seorang peniaga online  percaya bahawa perniagaan online ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan. Selain dapat menjimatkan tenaga dan masa, ia juga dapat menjimatkan kos kerana kita tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk sewa premis dan marketing. 


Perniagaan online juga boleh dijalankan secara part time bagi mereka yang masih bekerja. Masa yang perlu diperuntukkan sangatlah minima dan flexible. Hal yang sama jugalah yang Liza sedang alami sekarang. Liza berniaga online secara part time disamping menguruskan hal rumah tangga. Jadi, Liza sendiri yang peruntukkan bila waktu bekerja, dan bila waktu untuk hal keluarga. Ianya sangat indah apabila menguruskan hal rumah tangga, melihat anak membesar di depan mata, tapi dalam waktu yang sama masih mampu mencari duit poket. Alhamdulillah.

Jadi, Liza sarankan kepada pembaca semua, yang semestinya mempunyai medium online samada facebook, blog, twitter atau instagram untuk merebut peluang keemasan ni. Daripada kita online sekadar suka-suka, kan lagi best kalau kita pun dapat income darinya. Terpulanglah jenis pernigaan apa yang anda nak ceburi, itu hak anda. Tapi, jika anda berminat untuk bersama-sama dengan Liza dalam perniagaan yang tiada risiko, tak perlu simpan stok dan semuanya di hujung jari, jom hubungi Liza segera. InsyaAllah, Liza akan berikan bimbingan yang terbaik untuk berjaya dalam bisnes online ni. Mungkin lebih berjaya daripada yang Liza dapat sekarang. Kebetulan pulak, tak lama lagi kita semua akan sambut Aidilfitri, banyak nak guna duit tu. Jom kumpul duit dari sekarang!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, April 15, 2014

Jom kumpul duit raya dengan sertai kami sebagai pengedar

Salam Semua..

Tak lama lagi, kita sekali lagi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seperti yang kita sedia maklum, walaupun Aidilfitri memang dinanti-nanti dan diraikan penuh gembira, namun ia bakal menuntut belanja yang lebih berbanding bulan-bulan biasa. Apa tidaknya, baju raya, duit raya, kuih raya, semuanya memerlukan belanja yang besar. Apa kata tahun ni, kita buat persedian lebih awal dengan mencari duit sampingan dengan modal yang cukup rendah. Jadi, tak perlu la sebelum atau selepas raya nanti sibuk korek duit simpanan.

Hari ni, Liza nak membuka peluang kepada anda di luar sana yang berminat atau sedang mencari-cari peluang bisnes untuk menyertai Liza sebagai pengedar Shaklee secara part time ataupun full time. Peluang ini terbuka kepada semua orang yang berumur 18 tahun dan ke atas, tak kiralah anda seorang pelajar, pekerja swasta, kakitangan kerajaan ataupun seorang suri rumah macam Liza. Hehe. Kenapa bisnes Shaklee adalah yang terbaik setakat ini?


Kenapa mesti Shaklee?

  1. Shaklee telah bertahan sejak tahun 1956 lagi, dan bertapak di Malaysia sejak 20 tahun yang lalu.
  2. Produknya adalah terbukti selamat, berkualiti tinggi dan berkesan. 
  3. Yuran keahlian seumur hidup yang sangat rendah, hanya RM75
  4. Tidak perlu simpan stok. Risiko kerugian hampir tiada.
  5. Segalanya online. Bermula daripada kerja-kerja promosi, pembelian, daftar ahli, atau sesi 'coaching', semuanya secara online/maya. Tidak perlu keluarkan kos dan keluar rumah hadiri kelas-kelas atau seminar-seminar. Hanya dihujung jari.
  6. Kami mempunyai 'Group Exclusive' di Facebook khas buat group kami untuk perkongsian tips, konsultasi, info produk, plan pemasaran dan pelbagai ilmu lain yang telah terbukti berkesan melahirkan usahawan berpendapatan 2-6 angka sebulan.
  7. Anda berpeluang merebut 3C (Cash bonus, Car bonus, Convention/Trip) yang sangat menarik ditawarkan oleh Shaklee.
Dengan kenaikan kos sara hidup sekarang, patutlah kiranya anda memandang peluang ini dengan serius. Suatu kejayaan akan hadir jika kita berani untuk memulakan langkah pertama. Mulakan langkah pertama anda dengan menghubungi Liza segera untuk cerita lebih lanjut ye. 






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Wednesday, April 2, 2014

Ostematrix bukan sekadar sumber kalsium biasa

Salam Semua..

Alhamdulillah, selepas post Liza pasal kelebihan jadi ahli Shaklee semalam, ramai yang PM dan berminat untuk join ahli. Ha, anda tunggu apa lagi, peluang dah ada depan mata ni. Dalam sibuk duk berbalas-balas PM ni, Liza sempatkan la jugak untuk update satu entry hari ni, mengenai salah satu produk favourite Liza, Ostematrix!

Liza start guna ostematrix ni, time pregnant hari tu. Awal-awal memang tak konsisten, tapi bila dah start sakit belakang (kandungan enam bulan), Liza konsisten ambil Ostematrix. Alhamdulillah, memang ketara sakit belakang kurang, dan pagi-pagi kaki tak cramp. Lagi satu yang Liza suka, nak 'membuang' pun senang je, lawas! Hihi. Padahal, mula-mula Liza ambil Ostematrix ni sebagai sumber kalsium untuk Liza dan baby je. Tapi, banyak pulak manfaat lain yang Liza dapat. Sebab tu la Liza cakap yang Ostematrix ni bukan sebagai sumber kalsium biasa.


Antara fungsi Ostematrix yang perlu anda tahu:
  • Membantu dalam pembentukkan tulang dan gigi yang sihat
  • Mengelakkan penyakit osteoporosis(tulang rapuh)
  • Memulihkan kekejangan, kebas-kebas, sakit tulang belakang atau kejang(cramp) kaki
  • Meringankan stress
  • Menstabilkan tekanan darah normal
  • Melegakan senggugut atau ketidakselesaan ketika haid
  • Membantu untuk kekal bertenaga sepanjang hari
  • Mengurangkan risiko serangan gastrik
  • Mengatasi sembelit
  • Membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih lena

Dengan harga yang sangat berpatutan dan manfaat yang sangat banyak, Liza syorkan semua orang agar menjadikan Ostematrix ni sebagai salah satu suplement wajib. Individu yang berusia antara 19-50 tahun memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari. Agak mustahil untuk kita dapat memenuhi keperluan ni melalui makanan sahaja. Tapi, dengan hanya 4 biji ostematrix setiap hari, kita dah dapat sumber kalsium yang cukup untuk keperluan badan. Bila kalsium dah cukup, barulah tulang kuat, gigi sihat, badan pun cergas.




Bagi Ibu mengandung dan ibu menyusu pula, keperluan kalsium adalah lebih penting kerana kalsium yang ada di dalam badan ibu sedang diserap oleh si anak. Sebab tu, kita pernah jumpa ibu dah ronggak walaupun anak baru satu! Kerana apa? Mestilah sebab kekurangan kalsium dalam badan si ibu. Ha, Ostematrix ni juga merupakan bonus bagi individu yang tak suka minum susu tau. Dengan tablet yang senang ditelan, sesungguhnya membantu anda dalam mendapat sumber kalsium dengan cara yang cukup mudah sekali.

Apa? Nak promo buy 6 free 1 Ostematrix? Apa lagi, jom join ahli!






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787