Showing posts with label Set Slimming. Show all posts
Showing posts with label Set Slimming. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

Cara untuk kempiskan perut buncit dengan mudah

Salam Semua..

Siapa yang tak nak pinggang yang ramping kan? Perempuan mahupun lelaki, dua-dua pun tak gemar dengan perut buncit ni. Walaupun ada yang cakap perut buncit tanda bahagia, tapi bagi Liza tak bahagia sangat la kot kalau jalan, nak tengok kaki sendiri pun tak nampak kan? Aiyooo.. Tak semua orang buncit ni berbadan besar dan mempunyai berat badan yang berlebihan tau. Ada je yang nampak kurus, tapi bila angin tiup, sibuk nak cover perut yang dah maju kedepan. Hehe


Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mereka yang ingin mengempiskan semula perut yang buncit tu. Tapi kali ni, Liza nak kongsikan cara yang mudah, jimat dan yang paling penting, ianya berkesan! Bonus jugak pada mereka yang berbadan besar dan mempunyai berat badan berlebihan sebab dengan kaedah ni, secara tak langsung berat badan akan turun dan mengalami inchloss.


Ok, caranya mudah. Hanya ambil 3 biji Herb-lax pada setiap malam selama 3 hari berturut-turut. Selepas 3 hari, ambil 3 biji Lecithin selepas makan pagi dan 3 biji Lecithin lagi selepas makan tengahari. Pengambilan Herb-lax selepas tu adalah setiap malam sabtu dan ahad (3 biji sekali), dan pengambilan Lecithin pula diteruskan seperti biasa. Untuk mempercepatkan proses pengempisan perut ni, anda bolehlah membuat sedikit senaman, terutamanya yang melibatkan bahagian perut (sit up). 




Ramai yang dah berpuas hati dan berjaya mengempiskan perut mereka dengan cara yang Liza kongsikan ni. Setiap pembelian Herb-lax dan Lecithin di Faza Shops berhak menerima konsultasi PERCUMA selama mana anda masih menggunakan produk ni. Tips-tips istimewa juga akan diberikan dari masa ke semasa agar misi anda untuk mendapatkan semula bentuk badan dan berat ideal akan tercapai. Harga? Harganya sangatlah murah jika dibandingkan dengan kesan yang bakal anda perolehi nanti. 

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Atau berminat untuk mencuba? Boleh hubungi Liza segera ye. 





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Thursday, November 6, 2014

Cara kurus dengan lebih cepat

Salam Semua..

Dalam banyak-banyak produk Shaklee kan, ada dua produk yang paling femes untuk bakar lemak dalam badan sekali gus menurunkan berat badan dan mengecilkan saiz badan. Produk tersebut ialah Lecithin dan Omega Guard. Namun, mungkin ramai yang belum tahu bahawa Omega Guard lebih cepat membakar lemak jika dibandingkan dengan Lecithin. Analogi mudah ialah;

Lecithin umpama kita naik kereta dari Terengganu ke KL, Omega pulak umpama naik kapal terbang dari Terengganu ke KL. Dua-dua pun insyaAllah akan selamat sampai ke destinasi, tapi satu lebih perlahan, satu lebih cepat.


Mesti ramai yang nak cepat kan? Biasanya, dalam dunia ni, semua benda pun orang nak cepat aje, tak de yang nak lambat. Jadi, alang-alang bulan ni promo Omega Guard, meh Liza terangkan sikit bagaimana Omega boleh membantu anda menurunkan berat badan dan kembali kepada saiz badan yang anda inginkan.

Asid lemak yang terdapat dalam Omega membantu meningkatkan hormon LEPTIN, iaitu sejenis hormon yang berfungsi mengawal selera makan kita. Semakin tinggi hormon Leptin dalam badan kita, semakin menurunlah selera makan. Selain tu, hormon Leptin juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisme badan. Apabila metaboslime badan meningkat, proses pembakaran lemak juga akan meningkat.

Jom kita tengok apa kata mereka



Satu kajian di Australia membuktikan bahawa individu yang bersenam dan mengamalkan asid lemak omega 3, adalah lebih baik daripada individu yang hanya bersenam sahaja. Ha, menarik kan? Jadi, bagi sesiapa yang dalam proses ingin menurunkan berat badan, Liza sangat sarankan untuk mengambil Omega Guard ni sebagai 'fat burner' anda yang efektif. Dah la bulan ni boleh dapat dengan harga promosi, siapa yang tak rebut peluang, memang rugiii!





P/S: Boleh juga dapatkan Set Slimming yang lengkap untuk kesan yang lebih optimum. 





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Monday, April 7, 2014

Kurus dan sihat dengan Set Kurus Bajet Shaklee

Salam Semua..

Anda mempunyai masalah berat badan tapi kekurangan bajet untuk mengambil produk pelangsingan yang mahal? Tak per, Liza ada penyelesaiannya. Dengan Set Kurus bajet dari Shaklee, anda boleh kurus dengan bajet yang hanya RM100++. Jangan tak percaya tau, walaupun hanya bajet yang rendah, kesannya cukup memuaskan. Tapi, selain dari pengambilan Set Kurus bajet ni, ada 3 syarat utama yang anda perlu patuhi. Lepas dah ikut syarat-syarat ni dan ambil Set Kurus ni dengan konsisten, InsyaAllah impian anda untuk mendapat berat badan yang ideal akan menjadi kenyataan.

3 Syarat penting untuk kurus dengan sihat

  1. Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu suplemen untuk diserap ke dalam badan dengan optimum.
  2. Melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.
  3. Pengambilan makanan yang mencukupi. Ramai yang salah anggap bahawa, untuk kurus perlu kurangkan makan. Setiap hari, kita perlu mengambil antara 1200 kcal - 1500 kcal. Selain itu, elakkan daripada mengambil makanan segera, makanan berminyak, makanan manis dan minuman bergas.

Lecithin
  • Bertindak sebagai pemecah lemak-lemak degil seterusnya menghalang badan dari masalah obesiti.
  • Ia juga bertindak sebagai pembersih salur darah, mengelmusikan lemak dan menurunkan paras kolestrol dalam badan.
  • Selain fungsi untuk kuruskan badan, lecithin juga dapat membantu menghasilkan rambut yang sihat cantik berkilat, kulit yang lembut gebu serta dapat mencegah eczema. Bonus untuk ibu menyusu yang ingin mendapatkan berat badan, lecithin dapat mengelakkan berlakunya 'clogged duct' atau dikenali sebagai bengkak susu yang sangat menyakitkan.
Alfalfa Complex
  • Menyah-toksikkan segala kotoran dan toksin yang ada dalam badan di samping mencuci usus. Apabila badan kita 'bersih', kadar penyerapan nutriet adalah lebih baik dan pengambilan suplemen akan memberi kesan yang optimum. 
  • Membantu mengatasi masalah penghadaman, pencernaan serta sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Melengkapkan zat dan nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan seseorang

Hanya dengan pengambilan 2 suplemen ini, sudah memadai bagi anda yang inginkan turunkan berat badan atau bagi mereka yang inginkan saiz badan yang ideal dengan harga bajet. Walaupun berat dapat diturunkan, badan masih lagi mendapat bekalan nutrient yang mencukupi untuk menjalankan fungsi tubuh dengan baik. Namun, jika anda mempunyai bajet yang lebih dan inginkan kesan yang lebih cepat, anda digalakkan untuk mengambil Set Slimming Complete ni atau menambah Energizing Soy Protein (ESP) bersama-sama dengan Lecithin dan Alfalfa. ESP berfungsi untuk membekalkan tenaga serta mengekalkan rasa kenyang lebih lama, seterusnya dapat mengawal kuantiti makanan yang diambil. 

Apa kata mereka?





Ha, apa tunggu lagi. Jom dapatkan berat dan saiz badan yang anda inginkan dengan hanya bajet yang cukup rendah sekarang. Setiap pembelian di Faza Shop akan layak menerima konsultasi terbaik dan berterusan. 





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, January 13, 2014

Promosi bulan Januari - Alfalfa

Salam semua..

Kesian blog Liza ni dah bersawang, hampir tiga bulan tak update. Betul lah orang kata, manusia hebat merancang, tapi Allah jua yang Maha menentukan. Liza plan time cuti bersalin hari tu, nak fokus kat Shaklee ni, tapi macam-macam dugaan pulak datang dalam masa tiga bulan tu. Yang tu, len kali Liza cerita ye. Hari ni Liza nak cerita tentang product promo bulan ni (dah 13 hb, baru nak bagitau? haih..), suplement kecintaan wanita - Alfalfa.


Produk promosi pembuka tahun baru ni unik sikit sebab ada dalam dua saiz, small saiz (330bj) dan large (700bj). Alfalfa ni memang dikenali sebagai raja segala tumbuhan yang kaya khasiatnya terutama untuk golongan wanita. Tapi jangan salah anggap pulak, kaum adam pun boleh ambil alfalfa ni. No problem!

Tahukah anda? Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrient. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.


Sempena dengan promosi kali ni, Liza nak buat NEW YEAR SALE untuk 2 set yang fames amos ni:


SET KURUS SHAKLEE

Alfalfa - Merupakan agent detox yang baik. Berfungsi untuk menyingkirkan segala toksik, lendir dan lemak yang berkumpul di dinding usus melalui pembuangan air besar. Proses detox ini amat diperlukan kerana ingin memaksimumkan kadar penyerapan nutrient oleh badan.

Lecithin -  Merupakan agent pemecah lemak yang baik sebelum menyingkirkannya dari badan. Lecithin tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, oleh itu ia mesti diambil dari luar.

Cinch Shake - Merupakan minuman protein yang boleh didapati dalam 3 perisa iaitu Cafe Latte, Chocolate dan Vanilla. Meningkatkan metabolisme tubuh dan perkembangan otot, mengawal nafsu makan serta menjaga otot bebas lemak. Pengambilan protein amat perlu untuk individu yang ingin menurunkan berat badan agar badan tidak mengelebeh setelah lemak-lemak dari badan berjaya disingkirkan.


SET MENYUSU SHAKLEE

Alfalfa - Berfungsi sebagai 'milk booster' yang meningkatkan pengeluaran susu ibu. Selain itu juga, ia baik untuk ibu lepas bersalin kerana ia juga dapat memulihkan urat selepas bersalin.

Energizing Soy Protein (ESP) - Pengambilan ESP dapat memekatkan susu ibu sekali gus anak yang menyusu akan cepat kenyang dan kurang meragam. bu menyusu yang mengambil ESP juga akan lebih bertenaga dan tak mudah penat.


Jadi, untuk anda-anda yang ingin mencuba salah satu dari set di atas, boleh hubungi Liza segera. Bukan apa, selalu sangat produk promo ni habis stok sebelum akhir bulan. Haih, shaklee kan dah jadi fenomena sekarang. Harga akan kembali kepada harga asal selepas 31 Januari. Nak tanya-tanya dulu pon boleh, jangan takut, Liza makan Shaklee je, tak makan orang. Hehe..



P/S: Boleh beli alacarte atau set, yang pasti harga rendah cecah lantai!







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, October 14, 2013

Set kurus dengan sihat bersama Shaklee


Salam Semua..

Selamat hari isnin. Amacam hari ni? Ada yang puasa sunat Arafah ke hari ni? Besar tau pahala puasa hari ni. Tapi, walaupun berpuasa, jangan jadikan alasan untuk bermalas-malasan dalam melakukan tugas harian. Ye lah, hari Isnin kan, ramai yang monday blues. Lebih-lebih lagi esok cuti Hari Raya Aidil-Adha kan, ramai la yang member-member ofis yang bercuti hari ni. Lagi lah bertambah lemau. Hehe..

Ha, sempena Hari Raya Qurban yang akan kita sambut esok, Liza nak kongsikan sikit tentang Set Kurus Shaklee. Bagi yang ada masalah berat badan, mesti berkira-kira nak menjamu selera di hari raya kan? Eh, Shaklee pun ada Set Kurus ke? Mestilah ada.. Liza dah cakap kan, Shaklee ni adalah satu jenama suplement lengkap untuk semua golongan. Yang nak cantik, nak sihat, nak tambah susu, nak bijak, nak bertenaga, nak kurus, nak gemuk, semua ada. Tapi, yang membezakan Set kurus Shaklee ni berbanding dengan produk kurus yang lain, tak lain tak bukan Set kurus Shaklee ni adalah semula jadi. Tak de maknanya hari ni guna, esok terus kurus. Kalau ada produk yang claim boleh buat macam tu, memang ada lah tu yang tak kena. 

Macamana Set Kurus Shaklee ni berfungsi dengan berkesan? Meh Liza terangkan. Set kurus Shaklee terdiri daripada 3 konsep utama iaitu:



BAKAR - Proses yang pertama adalah membakar segala lemak dan kolestrol yang dah berkumpul dalam badan kita. Lecithin atau Omega Guard adalah agent pembakar dan pemecah lemak yang baik. Ia juga merupakan pembersih salur darah yang membantu dalam pelangsingan badan.Omega guard lebih efisien dalam mengawal obesiti dan kandungan kolestrol dalam badan.

BUANG - Ok, bila lemak dan kolestrol tu dah berjaya dipecahkan, sekarang kita perlu keluarkan atau buang semua lemak, kolestrol serta bahan-bahan bertoksin tu dari badan kita. So, pengambilan Alfalfa atau Herba-Lax sangat membantu untuk membersihkan hati, darah dan usus, seterusnya menyingkirkan lemak serta kolestrol dari badan melalui usus besar.



BINA - Proses yang terakhir adalah mengekalkan kepejalan otot dalam badan. Selepas lemak dah dikeluarkan dari badan, kita tak nak la badan jadi kendur dan menggeleber kan? Jadi, kita memerlukan Energizing Soy Protein (ESP) atau Cinch Shake yang merupakan sumber protein berkualiti tinggi untuk membina otot badan. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan kadar metabolisme badan, memberi tenaga, dan memberi rasa kenyang yang lebih lama. Jadi, lemak tiada, badan makin sihat bertenga, shape badan pun dah tentu-tentu la nampak cantik dan menarik.

Ha, ni lah tiga proses utama dalam memberikan bentuk badan yang ideal disamping mengekalkan kesihatan yang terbaik untuk pengguna. Ramai yang dah berpuas hati dengan Set Kurus Shaklee ni. Anda bila lagi? Jangan bimbang, Liza akan konsult mengikut bajet masing-masing. Konsultasi dan harga terbaik semestinya khas untuk anda.


P/S: Jangan lepaskan peluang promosi Oktober -  dapatkan Collagen terbaik di pasaran sekarang!!







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Tuesday, September 17, 2013

Berat badan berlebihan faktor individu kurang subur?

Salam Semua..

Kalau post yang lepas, Liza senaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan seseorang, kali ni Liza nak cerita lebih lanjut lagi tentang salah satu faktor tu iaitu faktor berat badan yang berlebihan. Ramai yang ambil mudah tentang perkara ni kan, tapi samada kita sedar ataupun tak, berat badan seseorang tak kiralah si suami atau isteri akan memberi kesan terhadap tahap kesuburan. Ada kajian yang menyatakan bahawa 12% masalah ketidaksuburan berpunca daripada berat badan. Berat badan yang berlebihan akan mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.



Minggu lepas, Liza ada consult sorang customer ni. Dia nak cuba consume Set Kesuburan sebab dah setahun kahwin tapi belum ada rezeki. Bila Liza tanya, semua tak de masalah kecuali isteri ada berat badan badan yang belebihan (65KG). Jadi, di samping berusaha untuk hamil, Liza suruh jugak dia untuk berusaha turunkan berat badan. Jadi, Liza suggestkan dia dan suami ambil set kat bawah ni yang berfungsi untuk menurunkan berat badan disamping meningkatkan peluang kehamilan.

  • Pengambilan ESP sebelum makan dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama, seterusnya mengurangkan pengambilan kuantiti makanan individu dan secara tidak langsung dapat menurunkan berat badan seseorang. Dari aspek kesuburan pula, ESP mengandungi isaflavone yang sangat penting untuk hormon wanita (estrogen)
  • GLA  membantu menstabilkan hormon dan meningkatkan tahap kesuburan wanita.
  • B-Complex diambil untuk sistem reproduktif wanita yang sihat. Membekalkan asid folik yang baik untuk persediaan bagi wanita yang ingin hamil. Asid folik juga penting dalam proses pembentukan janin.
  • Alfalfa Membakar lemak secara efektif serta membuang toksin yang berada dalam badan.
  • Zinc penting untuk pertumbuhan sistem reproduktif. Meningkatkan penghasilan testosteron dan meningkatkan kuantiti sperma. 
  • Vitamin E Merupakan aktioksida yang kuat membersihkan radikal bebas yang merosakkan sel dan berfungsi untuk melindungi sperma.


InsyaAllah dengan pengambilan set kesuburan ni secara konsisten, usaha yang berterusan dan doa yang tidak putus-putus kepada yang Maha Esa, Liza doakan hajat dan impian customer Liza ni akan termakbul. Kepada individi-individu kat luar sana yang mempunyai masalah yang sama, samada masalah kesuburan atau masalah berat badan, jangan segan silu hubungi Liza untuk konsultasi percuma. Lepas tu, nak consume set ni ataupun tak, terpulanglah pada anda.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas