Showing posts with label Set Enfuselle. Show all posts
Showing posts with label Set Enfuselle. Show all posts

Wednesday, February 18, 2015

Testimonial Enfuselle - Purifying Cleansing Gel

Salam Semua..

Lama sangat dah Liza tak update blog ni kan, rindu nak update, macam-macam cerita tengah beratur dalam kepala ni untuk dikongsi dalam blog ni, tapi masa tidak mengizinkan (Ye lah tu..) Alhamdulillah.. hari ni Liza mulakan mood nak meng-update blog dengan testimoni Liza sendiri selepas seminggu menggunakan pencuci muka Enfuselle.


Kalau ada yang masih belum tahu, set Enfuselle ni untuk orang yang ada masalah kulit seperti kulit berminyak, kuit sensitif, kulit berjerawat ataupun kulit kering. Liza punya ni dalam set Purifying - untuk kulit berminyak. Biasanya, kulit yang berminyak ni la menjadi punca adanya jerawat, jadi kalau tak nak jerawat singgah, kena la pastikan kulit wajah bersih dari segala kotoran dan juga minyak.

Ok meh nak cerita testimonial Liza ni, mula-mula pakai tu, kulit rasa tegang dan kering sikit. Risau jugak, kot kulit jadi menggelupas, tapi Alhamdulillah tak menggelupas pun. Hari ketiga pakai, dah macam biasa balik, tak de rasa kering dah. Sekarang dah seminggu guna, apa yang Liza boleh kongsikan, apa yang Liza rasa:

  • Kulit rasa BERSIH dan kurang BERMINYAK
  • Kulit jadi HALUS dan LEMBAP
  • Tiada lagi JERAWAT yang datang menyinggah walaupun tengah bendera merah


Pendek kata, memang berbaloi cuba pencuci muka ni. Lepas ni boleh la bertukar ke set NUTRIWHITE pulak, ye lah.. kulit dah tak de masalah kan, Alhamdulillah. Liza bukan syok sendiri je, suami Liza pun perasan perubahan kulit wajah Liza ni tau. Oh ye, selain guna pencuci muka ni, Liza pun tak tinggal set kulit cantik Liza tu (Vitamin E dan Vitamin C). Kadang-kadang top-up jugak dengan ESP dan kalau rajin, buat masker.

Sekian, testimoni ikhlas dari tuan tanah :) Doakan Liza dipermudahkan urusan untuk rajin update blog lepas ni ye!






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, May 16, 2014

Tips untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik

Salam Semua..

Happy Friday semua! Bagi yang bekerja, hari jumaat ni la hari yang ditunggu-tunggu kan? Datang kerja pun sengih-sengih je. Ye lah, tak sabar nak cuti hujung minggu. Hehe.. Eh, tapi bagus la senyum selalu. Selain dianggap sedekah, orang cakap senyum ni boleh buat awet muda. Orang la yang cakap, bukan Liza. Hihi.. Ok, dah alang-alang cakap pasal muka ni, hari ni Liza nak share beberapa tips untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik. Bagi mereka yang ada masalah kulit tu, boleh la cuba tips yang Liza bagi ni ye.


Tips kecantikan kulit wajah
  1. Pencuci - Toner - Pelembab. Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Tapi awas, jangan cuci muka terlalu kerap, nanti kulit akan jadi kering. Lepas dah cuci muka, anda digalakkan untuk menggunakan toner bagi me-nyahkan segala habuk2 atau kotoran yang masih tertinggal di muka. Toner juga berfungsi untuk menutup liang-liang pori kulit, jadi kebarangkalian untuk jerawat datang adalah rendah. Yeay! Eh, belum siap lagi. Akhir sekali, pakailah pelembab untuk melembabkan kulit. Sebelum pakai makeup pun, elok guna pelembab dulu supaya makeup akan nampak smooth dan sekata.
  2. Tidur yang cukup. Jangan terkurang, jangan terlebih. Tidur 6-8 jam bagi orang dewasa adalah cukup untuk merehatkan badan bagi sistem tubuh berjalan dengan baik. Kurang tidur boleh menyebabkan jerawat dan badan menjadi lesu dan tak bermaya.
  3. Bersenam. Tak kira lah apa jenis senaman sekalipun, jalan dari rumah pergi LRT station pun dah kira bersenam. Kalau pergi kerja dengan kereta atau motor, park jauh-jauh sikit. Hehe.. Tapi lagi bagus kalau anda berjogging ke, cycling ke, yang boleh keluarkan banyak peluh. Barulah keluar semua toksin dalam badan.
  4. Minum banyak air. Minum air putih sekurang2nya 8 gelas sehari. Air cincau, teh O ais dan bandung tidak dikira ya. Air putih sahaja. Minum air dengan secukupnya adalah penting kerana tubuh kita memerlukan air untuk melancarkan pengedaran darah. Oh ya, air juga berfungsi untuk melembabkan kulit. Barulah kulit nampak moist macam moist chocolate cake (tetibe).
  5. Lindungi kulit dari matahari. Selain daripada mengelapkan warna kulit, cahaya matahari juga akan menyebabkan kulit wajah mudah berkedut. Jadi, jangan malas guna pelindung UV sebelum keluar rumah ye. Kalau tak nak guna pelindung UV, guna payung pun boleh. Hahaha.. Ok, tak lawak.
  6. Jangan biarkan rambut terkena kulit wajah. Ini kerana rambut mempunyai minyak yang akan menyebabkan kulit berjerawat. Sarung bantal, cadar juga mesti ditukar sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk mengelakkan habuk, debu dan kotoran bermaharajalela. 
  7. Seminggu atau 2 minggu sekali, rajin-rajinkan lah diri untuk pakai scrub atau masker.
  8. Seterusnya, elakkan makanan yang berminyak, banyak bahan perasa dan makanan segera. Kita digalakkan untuk melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian bagi membekalkan zat-zat dan nutrisi yang terbaik untuk sel-sel badan kita yang seterusnya akan menghasilkan kecantikkan luaran yang kita idamkan. 
  9. Mengambil supplement yang sesuai untuk menampung kekurangan nutrient dalam badan. Jika sel-sel badan mendapat makanan(nutrisi) yang secukupnya, maka badan pun sihat, cantik dan tidak bermasalah.

Ini lah serba sedikit tips yang Liza rasakan sangat bagus untuk dicuba bagi mendapatkan kulit yang cantik berseri dan yang paling penting, untuk mendapatkan kulit yang sihat. Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Skin Care Shaklee untuk membantu mendapatkan kulit wajah idaman anda, boleh hubungi Liza segera. Jangan bimbang, Liza akan pastikan anda mendapat konsultasi dan harga yang terbaik di sini.



P/S: Jom mulakan sekarang untuk menjayakan projek 'Cantik berseri di Aidilfitri'.. Hehe






Pertanyaan atau tempahan:
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, February 17, 2014

Set Skin Care Shaklee untuk kulit bermasalah

Salam Semua..

Selalu post Liza semua pasal supplement je kan? Tapi ada juga yang jenis memang tak suka ambil supplement. Ataupun jenis yang tak konsisten, semangat ambil seminggu dua, pastu peram tak sentuh-sentuh dah. Makan ubat pun bila dah sakit je. Jadi, Shaklee tak ketinggalan juga untuk menyediakan rawatan luaran bagi sesiapa saja yang inginkan kulit cantik berseri bebas cela tanpa mengambil Set Kulit Cantik. 

Kat sini, ada dua set penjagaan wajah yang Shaklee sediakan untuk individu berusia 25 tahun dan ke atas yang mempunyai masalah kulit wajah. Bagi mereka yang tak de masalah kulit, lain kali Liza post skin care untuk kulit normal tu pulak ye. Mula-mula kita kena kenal pasti dulu kulit wajah kita ni  jenis berminyak ataupun kering, barulah boleh pilih set skin care yang sesuai.

Set Enfuselle Basic System Normal to Oily


  • Purifying Cleansing Gel : Bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan habuk-habuk pencemaran, mekap dan minyak yang berlebihan pada kulit. Mengandungi vitamin E yang menyegarkan dan melembutkan kulit serta dapat mencerahkan tona kulit. Bersifat hipoalergenik dan mempunyai PH yang seimbang.
  • Purifying Toner : Dengan tiga tindakan untuk menghentikan kerosakan pro-oksida disamping menyegarkan kulit. Terbukti secara klinikal dapat meneutralkan kerosakan sel kulit. Mempunyai PH yang seimbang bagi menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel. Meminimumkan kemunculan liang-liang besar pada kulit serta membantu mengawal kulit berminyak.
  • Balancing Moisturizer : Formula ringkas yang menyubur dan melembapkan kulit. Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit. Terbukti secara klinikal:

  1. 146% meningkatkan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  2. 268% mengurangkan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  3. 173% mengurangkan kedutan dalam masa 28 hari


Enfuselle Basic System Normal to Dry


  • Hydrating Cleansing Lotion : Bertindak menanggalkan kotoran, habuk pencemaran dan mekap tanpa menggeringkan kulit. Kaya dengan Emolien dan Vitamin E yang menghaluskan kulit dan menjadikan kulit berseri-seri. Ia juga berfungsi untuk mencerahkan kulit. Mengandungi PH yang seimbang dan bersifat hipoalergenik.
  • Hydrating Toner : Meneutralkan kulit dan kerosakan sel kulit . Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit. Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan kulit dengan ekstrak witch hazel dan cammomile
  • Hydrating Moisturizer : Krim tanpa minyak dan tidak melekit  berfungsi untuk melembapkan kulit sehingga 24 jam bagi menyerlah kehalusan dan keanjalan kulit. Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta merta dan berterusan sehingga 24 jam. Terbukti secara klinikal:

  1. 102% meningkatkan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  2. 195% mengurangkan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  3. 21% mengurangkan kedutan dalam masa 28 hari

Apa kata mereka?




Dengan harga yang sangat-sangat berpatutan, ada yang cakap Set Enfuselle ni standing jenama-jenama hebat SKII, Estee Lauder, Shisedo. Liza tak boleh nak komen la sebab tak pernah guna jenama-jenama mahal tu.. Hehe. Sesuai sangat la kalau siapa-siapa nak buat hantaran. Kalau Liza kenal Enfuselle ni time nak kawen haritu, confirm dah ada atas par satu set. Tapi nak buat macam mana, dah ada anak sorang pun sekarang. Hehe.. Ha, yang best lagi, satu set ni boleh tahan lama. Paling koman pun tahan 6 bulan, yang tahan nak dekat setahun pun ada. Mau tak jimat?

Tapi apa-apa pun, Liza sangat sarankan pengguna set Enfuselle ni untuk mengambil supplement Set Kulit Cantik sekali, untuk kesan yang maksimum. Kalau rasa susah sangat nak ambil satu set, cukuplah sekadar ambil Vitamin C je. Baru lah lengkap penjagaan kulit kita. Dari dalam kita jaga, dari luar kita pelihara. Selamat menjadi cantik dengan Shaklee!



P/S: Ingin jadi ahli Shaklee secara PERCUMA?





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas