Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts

Friday, November 21, 2014

Tips melegakan batuk selesema pada kanak-kanak

Salam Semua..

Keadaan cuaca sekarang yang hujan dan sejuk boleh mengakibatkan kanak-kanak mudah jatuh sakit. Jangankan kanak-kanak, kita yang dewasa ni pun boleh terkena demam batuk dan selesema jika tidak menjaga kesihatan dengan baik. Tapi, kita orang dewasa kalau sakit pon boleh digagahkan lagi, kalau kanak-kanak atau bayi yang sakit, alahai..kesian sangat.


Jadi, hari ni Liza nak kongsikan sedikit tips atau cara untuk menghilangkan batuk dan selesema bagi golongan kanak-kanak atau bayi.
  1. Berikan anak anda rehat yang secukupnya. Elakkan daripada membawa anak-anak anda ke kawasan yang ramai orang(pusat membeli belah, restorant,kenduri).
  2. Menyusukan anak anda dengan lebih kerap, tidak kisahlah samada susu badan atau susu formula.
  3. Kanak-kanak yang berumur setahun dan ke atas, boleh diberikan air suam yang dicampurkan sedikit madu dan lemon.
  4. Berikan makanan berkhasiat dan tinggi sumber protein seperti sup ayam atau sup kaki ayam.
  5. Sapukan minyak bawang putih di belakang badan dan kaki anak anda. Boleh juga pakaikan anak anda dengan garlic sock atau onion sock. Sebenarnya banyak khasiat bawang ni untuk meningkatkan antibodi badan, nanti Liza cerita details dalam entry yang lain ye.
  6. Asah kunyit hidup dan campurkan dengan minyak masak atau minyak bawang putih. Sapukan ke atas tulang hidung anak anda.
  7. Boleh mencuba teknik steaming and cupping.
Antara sumber makanan yang perlu dielakkan dan diambil ketika anak selesema
Contoh teknik steaming and cupping
Sebenarnya, batuk dan selesema pada kanak-kanak atau bayi tidak memerlukan ubat-ubatan. Badan mereka sendiri sudah mempunyai antibodi tersendiri untuk menentang jangkitan ni. Alhamdulillah, anak Liza sendiri pon belum pernah Liza bagi ubat batuk atau selesema. Tips diatas hanya untuk membantu mempercepatkan penyembuhan serta memberi keselesaan kepada mereka.

Walau bagaimanapun, jika anak anda mengalami batuk selesema yang berpanjangan(lebih dari 5 hari), kahak berwarna kuning kehijauan, anak-anak tidak aktif dan sukar hendak bernafas, bolehlah segera ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.


P/S: Berikan yang terbaik untuk kesihatan dan kecerdasan si manja anda.




Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Tuesday, November 18, 2014

Happy 1st birthday my little boyfriend, Muhammad Aqil Fareez

Salam Semua..

Sekarang dah masuk musim tengkujuh kan? Sejuk-sejuk macam ni, Liza nak share cerita santai-santai je la. Cerita dah basi pun ni, tapi tak per la, selain dapat berkongsi dengan pembaca, boleh juga jadikan kenangan untuk Liza sampai bila-bila kan? Alhamdulillah, 20 Oktober yang lepas, dah genap setahun umur si kecik ni. Rasa macam baru semalam masuk ward, masuk labour room, berpantang dan berjaga malam demi si dia ni. 


Lahirnya dia setahun yang dulu sangat dinanti terutamanya Liza dan suami. Ye lah, anak sulung kan, lambang cinta suci kami, zuriat harta akhirat kami. Walaupun disambut dengan cukup sederhana, tapi penuh kesyukuran. Mengimbau saat kelahiran tu, rasa sayu sangat. Liza percaya, semua ibu-ibu pun akan rasa apa yang Liza rasa, kan?

Tanpa sebarang tanda nak bersalin, Liza start rasa contraction pada 15 Oktober 2012 (masa tu tengah kerja kat ofis lagi) walaupun due date (7 November). Dipendekkan cerita, selepas warded selama 5 hari, barulah masuk labour room untuk 'cuba' bersalin. 19/10/13 6:30pm air ketuban di pecahkan, dan Alhamdulillah Allah permudahkan, 12:20am Muhammad Aqil Fareez dikeluarkan dengan kaedah vacuum sebab heart beat dia dah slow sangat time tu. Tak kisah la guna cara apa, yang penting dia keluar dengan selamat.

Walaupun pelbagai dugaan menimpa dalam proses membesarkan Aqil, terutama 6 bulan yang pertama, Liza redha dan bersyukur dapat laluinya dengan baik. Salah satunya ialah Aqil 'dikatakan' mengalami sawan tangis, sehingga Liza mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Apalah sangat dengan meninggalkan kerja makan gaji tu, jika dibandingkan dengan nikmat menjadi seorang ibu dan isteri sepenuh masa sekarang.

Pantang nampak sejadah, dia pun sibuk nak solat sama
Thanks kat Cik Dah sebab buat kek kat Aqil
Setahun telah berlalu. Muhammad Aqil semakin behave, bijak, dan kadang-kadang telatahnya membuatkan Liza tak percaya yang dia bukan lagi baby kecil Liza yang dulu, he's grown up! Tak de birthday party pun untuk Aqil kali ni sebab dia belum faham lagi kan, tak seronok la. Nanti Aqil dah faham, kita sambut sama-sama ye.

Liza bagi Aqil minyak ikan terbaik untuk perkembangan otak dan imunisasi dia

Sama seperti semua ibu diluar sana,  mesti nak berikan yang terbaik untuk si manja kan? Walaupun tak boleh jadi ibu yang terbaik, at least kita dah berusaha untuk memberi yang terbaik, itu sudah memadai. Akhir kata, Selamat hari lahir sayang mama, u'r my baby boy.. forever! Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, bijak dan berguna untuk agama dan masyarakat. Aminn







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Thursday, May 15, 2014

Testimonial MealShake tingkatkan selera makan kanak-kanak

Salam Semua..

Semua dah tahu kan, bulan ni bulan promo suplement terbaik untuk kanak-kanak, MealShakes. Tapi tak semestinya untuk kanak-kanak je ye. MealShake ni sesuai untuk kanak-kanak berumur setahun hinggalah kepada golongan warga emas. Bagi ibu ayah yang masih belum tahu apa kebaikkan untuk anak mereka, meh Liza bagitau secara ringkas. Tapi ingat, MealShake hanyalah suplement yang mengisi kekurangan atau lompong-lompong nutrient dalam badan anak anda. Ia bukan lah pengganti makanan utama mereka. Cara dan kuantiti setiap pengambilannya juga mestilah betul untuk mendapatkan kesan yang diingini.


Manfaat MealShake untuk kanak-kanak
  • Membantu melawaskan kanak-kanak yang mempunyai masalah sembelit
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan kanak-kanak. Telah terbukti kanak-kanak yang mengambil MealShake tidak mudah terkena jangkitan demam, batuk atau selesema
  • Membantu mengatasi masalah kulit kanak-kanak seperti ruam, eczema atau allergic
  • Kanak-kanak lebih sihat dan bertenaga samada ketika belajar atau bermain
MealShake ni perisa vanilla, rasa lemak-lemak sikit macam aiskrim vanilla. Bau pun sedap. Mesti anak anda suka. Ada diantara anak customer Liza yang dah cuba MealShake ni, terpaksa sorok dari anak diorang. Sebabnya kalau anak diorang terpandang je, mesti mintak, siap  buat ratah!Hehe.. Ok, kali ni Liza sertakan sekali beberapa testimonial dari ibu-ibu yang telah berpuas hati dengan kesan pengambilan MealShake untuk anak masing-masing.




Mak ayah mana yang tak gembira bila tengok anak makin berselera dan tak memilih ketika makan, kan? Kalau dah cukup makan, InsyaAllah hampir cukuplah nutrient yang diperlukan oleh badan anak-anak kita. Nutrient dan mineral yang mencukupi sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak tau, jadi kita sebagai ibu bapa memang kena ambil berat supaya perkembangan mental dan fizikal mereka berlaku dengan baik. 

Anak anda cerewet dan memilih untuk makan? Kurang berselera? Mudah terkena penyakit berjangkit seperti demam, batuk dan selesema? Kerap sembelit? Mempunyai masalah kulit? Mealshake lah jawapannya. Bulan ni promosi MealShake tau, jadi jangan lepaskan peluang untuk berikan yang terbaik untuk si manja anda. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Liza ye.




Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, May 9, 2014

Keistimewaan Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan yang lain

Salam Semua..

Kita redakan sekejap 'kehangatan' promo MealShake dengan Omega Guard pulak. Tapi, dua produk ni ada kaitannya jugak. Ini kerana, ibu bapa yang prihatin dan yang pentingkan kesihatan serta kecerdasan anak-anak mereka akan memilih Set Kanak-Kanak dari Shaklee ni sebagai hadiah untuk anak masing-masing. Set Kanak-kanak ni terdiri daripada Omega Guard, si minyak ikan terbaik dan MealShake, makanan tambahan yang penuh khasiat.

Omega Guard juga sama seperti MealShake yang bukan hanya untuk kegunaan kanak-kanak sahaja. Ia boleh diambil oleh sesiapa sahaja yang berumur satu tahun dan ke atas. Antara fungsi Omega Guard yang popular adalah untuk membakar lemak-lemak degil dalam badan, menstabilkan tekanan darah serta membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak bermula dari dalam kandungan lagi. 


Keistimewaan Omega Guard
  1. Membekalkan asid lemak omega-3 yang berpontensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal yang berfungsi untuk melindungi jantung.
  2. Hasil kajian mendapati pengambilan omega dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini kerana paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardivaskular, membantu menstabilkan tekanan darah, dan memelihara paras trigliserida yang normal.
  3. Ia juga baik untuk memelihara kesihatan otak, penglihatan dan sendi.
  4. Omega Guard menjalani satu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang bertujuan memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi. Sementara itu, bahan-bahan berbahaya seperti plumbum dan merkuri yang terdapat dalam kebanyakkan ikan akan disingkirkan.
  5. Merupakan minyak ikan terbaik di dunia kerana mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA, dan sebagainya. EPA bertujuan untuk menjaga kesihatan jantung dan sendi manakala DHA pula penting dalam membantu perkembangan otak. 
Siapa yang perlukan Omega Guard
Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Mengelakkan berlakunya kelahiran pra-matang
  • Mengawal berat badan ibu sewaktu hamil
  • Mengelakkan berlakunya 'gila meroyan' selepas kelahiran
Ibu Menyusu
  • Mengembalikan berat badan ideal ibu tanpa menjejaskan penghasilan susu ibu
  • Meningkatkan imunisasi dan membantu perkembangan otak bayi yang disusu
Kanak-kanak
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Membantu perkembangan otak
  • Sangat sesuai untuk kanak-kanak mudah diserang athma, demam, batuk dan selesema
Individu yang mempunyai masalah berat badan
  • Omega-3 meningkatkan penghasilan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan memberi rasa kenyang yang lebih lama
  • Omega Guard juga merupakan agent pembakar lemak yang effektif
Individu yang mempunyai masalah kesihatan
  • Batuk berkahak serta selesema yang berterusan
  • Masalah sakit sendi atau gout
  • Masalah tahap kolestrol yang tinggi dalam badan
  • Masalah tekanan darah tinggi 


Kalau testimoni Liza pasal Omega Guard ni, mak Liza sendiri la. Dia ada darah tinggi. Memang konsisten amalkan Omega Guard. Alhamdulillah, tekanan darah stabil dan yang bestnya, kitorang adik beradik nampak yang badan dia dah menyusut sikit. Bila bagitau dia, senyum malu-malu. Hihi. Jadi, sesiapa yang nak cuba Omega Guard ni boleh la hubungi Liza ye. Harga memang berpatutan dan boleh tahan sehingga 3 bulan. Apa salahnya melabur sikit untuk dapat yang terbaik. Lebih-lebih lagi untuk anak atau ibu bapa kita, kan?

Konsultasai adalah percuma!






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, May 8, 2014

Kelebihan MealShake Shaklee yang perlu anda tahu

Salam Semua..

Kali ni entry pasal MealShake lagi, yelah tengah 'demam' MealShake kan sekarang. Alhamdulillah, setiap hari ada je yang order MealShake ni. Ni tak lain tak bukan membuktikan yang rakyat Malaysia sekarang semakin terbuka untuk menerima makanan tambahan seperti MealShake dari Shaklee ni. Kebanyakkannya memang beli untuk anak masing-masing la. Tapi, ada juga yang beli untuk masalah sendiri seperti masalah kulit, ingin menambah berat badan dan untuk persediaan untuk berpuasa nanti. Time bulan promo ni lah, nak beli banyak-banyak kan? Baru la jadi pengguna yang bijak. 

Bagi yang kurang gemar dengan soya (ESP) macam Liza pula, bulan ni la boleh cuba beralih angin kepada MealShake.Hehe. Sebelum ni, Liza memang ambil ESP untuk membantu supaya kekal bertenaga disamping membantu meningkatkan pengeluaran susu badan. Jadi, alang-alang bulan ni promo MealShake, jadi nak buat eksperimen apa kesan kalau tukar ESP kepada MealShake pulak. Dah la MealShake ni perisa vanila, lagi la teruja nak try. Nanti Liza share resultnya ye. 


Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana MealShake ni boleh membantu menyelesaikan masalah kita, kan? Jadi, meh kita tengok apa kelebihan yang ada pada Mealshake ni.
  1. Mengandungi 24 jenis vitamin A-Z, mineral dan juga 'trace mineral' yang membantu meningkatkan kadar penyerapan vitamin ke dalam badan.
  2. Kaya dengan protein yang menjadi bahan asas dalam pembentukkan kulit, rambut, kuku, organ-organ, darah, sel imunisasi dan sebagainya. Protein juga penting dalam penghasilan susu ibu. Jadi, MealShake seharusnya baik dan disarankan untuk ibu menyusu. * * Yang ni Liza nak try.
  3. Ia juga mengandungi asid folik, biotin, serta kaya dengan kalsium dan magnesium yang amat diperlukan dalam proses tumbesaran. Oleh sebab itulah, Mealshake turut disarankan kepada ibu hamil dan kanak-kanak yang sedang dalam proses untuk membesar.
  4. Mengandungi vitamin A, C, E, zinc dan selenium yang merupakan komponen anti-oksida dan akti-penuaan. Ia baik untuk individu yang pentingkan kecantikkan dan kesihatan kulit.
  5. Lengkap dengan vitamin B-complex, iron dan copper yang berfungsi untuk menghaluskan dan melembutkan kulit.
  6. Kaya dengan serat yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit bagi kanak-kanak serta orang dewasa.

Bila dah tengok apa bahan-bahan atau nutrisi yang ada dalam MealShake ni, makin bertambah teruja untuk mencuba MealShake. Lagipun, semua produk Shaklee ada klinikal test, jadi memang dah terbukti berkesan dan selamat la, sebelum dipasarkan. Bagi mereka yang ada masalah kulit, kurang berat badan, mudah lesu dan tak bermaya, ataupun anak anda seorang yang 'picky eater', pengidap eczema, selalu demam, sering sembelit dan sebagainya, boleh la mencuba MealShake ni. Yang seronoknya, bulan ni promo MealShake, jadi boleh la berjimat, kan? Hubungi Liza jika ada sebarang pertanyaan ye. Konsultasi adalah percuma!




Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, May 6, 2014

Berita baik untuk ibu ayah yang pentingkan kesihatan anak-anak

Salam Semua..

Maaf ye, terlambat pulak update promo bulan ni. Bulan ni merupakan peluang terbaik untuk ibu ayah yang pentingkan kesihatan anak masing-masing. Sebabnya, promo bulan ni merupakan suplement terbaik untuk kanak-kanak - MealShake! Bagi mereka yang dah pernah mencuba MealShake sebelum ni, mesti tak kan lepaskan peluang promo macam ni kan? Tapi, bagi mereka yang belum mengenali apa dia MealShake ni, meh Liza ceritakan serba sedikit.

MealShake adalah multivitamin berbentuk serbuk yang dilengkapi dengan sumber protein, kalsium dan fiber. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan yang diperlukan oleh badan setiap kanak-kanak. MealShake didatangkan dengan perisa vanila yang sungguh enak dan pasti digemari oleh anak anda.


Antara kelebihan MealShake:

  1. Meningkatkan sistem imunisasi badan kanak-kanak. Ia telah terbukti, kanak-kanak yang mengambil MealShake jarang dijangkiti penyakit berjangkit seperti demam, batuk dan selesema.
  2. Ia juga akan memberi tenaga yang mencukupi untuk kanak-kanak dalam menjalankan aktiviti harian mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan anak anda akan sentiasa sihat, cergas dan ceria.
  3. MealShake juga dapat melawaskan sistem perkumuhan anak-anak anda seterusnya mengelakkan berlakunya sembelit.
  4. Kanak-kanak yang mengalami masalah kulit atau eczema juga sangat disarankan untuk mengambil MealShake kerana sumber protein yang terdapat di dalamnya dapat mengatasi masalah tersebut.
  5. Pengambilan MealShake secara konsisten juga dapat membantu meningkatkan selera makan anak-anak anda. Mungkin anda merupakan salah seorang ibu bapa yang rungsingkan anak anda yang memilih makanan atau kurang makan. InsyaAllah, MealShake dapat membantu. 

Apa kata mereka?



Jadi, jika anak anda mempunyai masalah sembelit, kurang selera makan, mudah dijangkiti penyakit berjangkit, atau mempunyai masalah kulit, bolehlah mencuba MealShake ni. Dengan harga yang berpatutan dan tahan lama, ianya merupakan pelaburan yang sangat berbaloi untuk kesihatan anak anda. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Liza ya!


P/S: Tak sabar nak tunggu Aqil cukup setahun, nak bagi MealShake dan Omega Guard..Hihi




Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, June 6, 2013

[Quick Update] : Bulan Jun, Bulan Meal Shake untuk semua..

Salam Semua..

Selamat pagi semua!! Mulakan hari anda dengan senyuman ye, dan jangan lupa untuk bersyukur masih diberi nikmat kehidupan pada hari ni. Pagi ni nak buat quick update sebelum pergi kerja ni. Bukan ape, bahang promo bulan Jun ni lain macam sikit, sampai tak boleh duduk diam. Hehe

Rasanya dah ramai yang tau kot, yang bulan Jun ni Shaklee menawarkan Meal Shake sebagai product promo, Beli 6 PERCUMA 1. Bagi ibu2 diluar sana yang ingin mendapatkan Meal Shake harga PROMO, jangan tunggu2 tau sebab sambutan sangat2 lah menggalakkan.. Beli 6, PERCUMA 1 kot, Sape yang tak haru kan? Tapi kalau beli 1, 2 canister pun still lagi ada diskaun, jangan bimbang, dunia ni tak kejam, cewah! Macam tahun lepas, belum habis promo period pun product dah out of stock, pastu kena tunggu. Jadi, jangan biarkan sejarah berulang, place ur order now ye mommy2 gojes. Berilah anak anda suplement yang terbaik untuknya membesar dengan hebat.


Meal Shake sesuai untuk siapa?

- Kanak2 yang selalu sembelit
- Kanak2 yang mempunyai masalah Athma
- Kanak2 yang kurang selera makan
- Kanak2 yang selalu demam/batuk/selesema
- Kanak2 selalu lemah dan tak bermaya
- Kanak2 yang mempunyai masalah kulit/eczema

Bukan untuk kanak2 je tau, Anda pun boleh

- Lelaki/perempuan yang ingikan kulit cantik mulus gebu
- Wanita hamil yang ingin lebih bertenanga
- Wanita menyusu
- Warga emas yang selalu letih/ tak bermaya
- Lelaki/perempuan yang selalu skip breakfast
- Lelaki/perempuan yang inginkan tenaga untuk berpuasa (ye la, kot2 ada yang tak habis lagi ganti puasa..hihi..Tak pun, dah boleh buat stok, bulan depan kan dah start puasa)

Meal Shake ni berperisa vanila, tinggi protein, sangat lazat dan menjadi kegemaran kanak2, orang dewasa dan juga warga emas. Meal Shake berbentuk serbuk yang senang dibancuh dengan milo/horlick/ribena atau boleh diminum begitu saja. Ada anak2 customer yang suka ratah gitu je, tak yah bancuh2. Ia juga sangat sesuai untuk individu yang tak gemarkan suplement berbentuk tablet. Grab this promo now, atau hujung bulan baru gigit jari. Awww!







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Sunday, February 24, 2013

Combo Set - Suplemen untuk kanak-kanak

Salam Semua..

Kecoh sekarang kan duk cerita pasal isu yang kononya, Tuan Guru Nik Aziz samakan penerima BR1M dengan binatang. Tu kisah politik, hiburan pulak tak kurang hebat bila Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang. Haih, macam2 hal. Komen Liza, (walaupun orang tak suruh komen, nak jugak sibuk) Jangan mudah menunding jari, nanti terkena diri sendiri (hah, berpantun pulak).

Ok, kita tinggalkan kejap gosip2 ni semua, sebab Liza pun ada benda PANAS yang nak di kongsi. Bulan Februari dah nak melabuhkan tirai dah tak lama lagi. Pejam celik, pejam celik kejap je kan masa pergi meninggalkan kita. Jadi, dalam masa yang suntuk ni, Liza nak buat SALE.. apa? ya, SALE! Combo Set untuk anak-anak tersayang, kena pulak dengan promosi Omega bulan ni yek.



Combo Set Kanak-Kanak

Omega Guard 
  • Minyak ikan yang terbaik di dunia (mengandungi lebih 85% kandungan minyak ikan, jenama minyak ikan lain mengandungi campuran lemak ikan yang tinggi)
  • Tinggi kandungan DHA (menyokong pertumbuhan dan  perkembangan otak, mata dan saraf) dan EPA (menyihatkan jantung) 
  • Meningkatkan daya tumpuan
Meal-Shake
  • Membekalkan 19 nutrient dan mineral penting yang perlu untuk pertumbuhan kanak-kanak
  • Diperbuat dari soya bermutu tinggi untuk menampung keperluan protein kanak-kanak 
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan kanak-kanak
  • Menambah selera makan (bagus untuk anak-anak yang picky-eater) 
  • Di datangkan dengan perisa vanilla yang sangat lazat!

Testimonial Omega Guard dah tengok kat sini kan, kat bawah ni pulak Liza tunjukkan satu testimonial sorang akak ni yang dah pun bagi Set Combo ni untuk anak dia.



Dah la harga jatuh merundum ni, 1 set pulak boleh tahan hingga 3-4 bulan. So, apa tunggu lagi, jangan malu jangan segan untuk hubungi Liza, kalau nak tahu berapa harga Combo Set ni. Yang pasti memang dijamin sangat murah. Ha, jangan lambat2 buat keputusan, promosi ni akan tamat pada 05:00 PM 28-02-2013. Selepas dari masa tu, sebarang rayuan tidak akan dilayan. Cewah! Jadikan Combo Set ni hadiah kasih sayang anda pada si manja tersayang untuk bulan ni. Oh ye, Combo Set ni sesuai untuk kanak-kanak yang berumur dari 1 tahun dan ke atas.




Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage







** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Wednesday, February 13, 2013

Promosi bulan Februari - Omega Guard

Salam Semua..

Untuk makluman semua, pada setiap bulan Shaklee akan mengadakan promosi bagi produk terpilih. Promosi beli 6 percuma 1 ni adalah sah untuk satu bulan dan memang menjadi sesuatu yang ditunggu2 oleh pengguna Shaklee. Di Faza Shops, kalau tak beli 6 pun, kami tetap akan bagi harga istimewa bagi semua produk, lebih2 lagi untuk yang ada promosi macam ni. Jadi, untuk bulan februari ni, Omega Guard telah menjadi pilihan. Yuuuuhu! Happy sangat sebab ni merupakan salah satu hot item di Shaklee. Kenapa hot item? Sebab Omega Guard ni boleh membantu masalah dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat tak mengira umur, jantina apetah lagi bangsa. (1 Malaysia sangat.. Haha).


Siapa yang perlukan Omega Guard? Kenapa Omega Guard diperlukan?

  • Pesakit darah tinggi/jantung. Paras asid lemak omega 3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.
  • Ibu Hamil - Membantu pembentukkan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkan selepas kehamilan bulan ke-4 (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega 3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega 3.
  • Orang yang nak kurus - Omega 3 merupakan agen pemecah lemak yang sangat baik. Ia juga dapat mengawal kolesterol dengan baik dengan membantu membuang kolesterol yang tidak perlu dari tubuh badan.
  • Kanak- kanak - Baik untuk perkembangan otak, meningkatkan daya tumpuan serta dapat memanaskan badan kanak-kanak untuk mengelakkan daripada terkena selesema. 
  • Ibu Menyusu - Dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Di samping itu, ibu yang mengambil Omega sebagai suplemen harian akan kurang mengalami sakit sendi serta lenguh2 badan.
  • Pesakit buasir - Omega 3 baik untuk sendi/otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga penyebabkan proses pembuangan air besar menjadi sangat perit. Jadi, Omega membantu mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
  • Pesakit Athma/lelah - Mengelakkan serangan atham/lelah kerana fungsi Omega adalah untuk memanaskan badan.
  • Pesakit Gout - Mengelakkan inflamation pada sendi-sendi dan langkah berjaga-jaga supaya bengkak tersebut tidak membesar.

Banyak kan khasiat dan kebaikan Omega Guard ni? Memang betul2 sesuai untuk dijadikan suplemen/vitamin untuk satu keluarga. So apa lagi, kebetulan pulak bulan ni promosi Omega Guard. Nak lagi jimat, beli 6 terus, boleh dapat percuma 1 botol. Boleh dijadikan stok ataupun dijadikan hadiah buat suami/isteri/mak/ayah/mak mertua/ayah mertua/mak saudara/ayah saudara/atuk/nenek dan lain-lain. Berminat? hubungi Faza Shops sekarang!



Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage







** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Friday, February 8, 2013

Omega Guard makanan untuk otak yang sihat

Salam Semua..

Liza yakin, semua ibu bapa di dunia ni inginkan yang terbaik untuk anak2 mereka kan. Jadi, tak hairanlah jika ibu bapa ni sanggup berhabis untuk anak masing2. Ramai yang Liza kenal pon (kakak2, kawan2), time bujang, bukan main sakan lagi bershopping untuk diri sendiri. Tapi, bila dah ada anak, diri sendiri dah jadi nombor 2. Sehabis boleh mereka akan pastikan anak2 mereka ni akan dapat keperluan yang terbaik, tak kira lah dari segi pakaian, makanan, mainan, pendidikan serta persekitaran. 



Kali ni, Liza nak kongsikan salah satu info yang mungkin ada ibu bapa yang terlepas pandang berkaitan dengan perkembangan otak si manja. DHA dan Omega 3 sangat diperlukan oleh si manja untuk perkembangan otaknya. Susu formula di pasaran sekarang pun sangat menekankan kandungan DHA dalam produk masing2. Itu menunjukkan betapa pentingnya DHA untuk keperluan anak2. Jom kita tengok apa kelebihan Omega Guard dari Shaklee ni:

  • Minyak ikan yang terbaik di dunia
  • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semula jadi seperti EPA, DHA, ALA dan sebagainya
  • EPA menyihatkan jantung dan sendi
  • DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak

Dr Alan Logan, penulis buku 'The Brain Diet: The Connection Between Nutrition, Mental Health, and Intelligence' mengungkap, makanan yang diambil ibu ketika hamil memengaruhi perkembangan otak anak.

Kesihatan dan perkembangan otak penting untuk diransang dari si manja masih di dalam kandungan lagi. Sebab tu, ibu yang hamil digalakkan untuk mengambil omega 3 sejak hamil trimester ke-2 lagi. Bonusnya, ibu hamil yang mengamalkan Omega 3 secara tak langsung dapat mengawal tahap kolestrol dalam darah, menjaga kesihatan jantung serta mengurangkan sakit2 sendi. Untung la kan? Hehe..Keperluan Omega 3 untuk ibu hasil adalah sebanyak 300 mg sehari.



Bermula dari janin hingga baby, Omega 3 perlu di ambil oleh ibu dan akan disalurkan kepada baby secara semula jadi (melalui darah ketika janin dan melalui penyusuan ketika baby).  Apabila anak dah pandai mengunyah atau masuk usia 2 tahun, pengambilan Omega 3 boleh dilakukan terus oleh anak. Kanak2 yang memilih Omega Guard Shaklee sebagai suplemen utama, biasanya jarang dijangkiti selesema disebabkan fungsi Omega Guard yang memanaskan badan. 


Psssssttt: Bulan ni ada promotion Omega Guard, so memang masa yang sesuai untuk anda dapatkan suplemen terbaik buat permata hati anda.. =D





Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage







** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Wednesday, February 6, 2013

Suplemen untuk kanak kanak

Salam Semua..

Seperti yang kita sedia maklum, suplemen Shaklee khas untuk semua golongan usia. Golongan kanak-kanak pun tak terkecuali tau. Teringat Liza pada topik sejauh mana perlunya vitamin dalam kehidupan seharian yang dibincangkan dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3 baru- baru ni. Doktor yang dijemput tu menegaskan yang pentingnya mengambil vitamin sejak dari kanak-kanak lagi sebab golongan kanak-kanak ni 'picky eater', sedang membesar dan pastinya memerlukan makanan tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan.



Doktor tu pun ada cakap yang vitamin juga sangat diperlukan pada zaman sekarang ni disebabkan cara hidup kita yang dah tak sama dengan dulu. Sekarang tanam sayur, buah semua guna racun serangga. Tu belum campur dengan pengambilan segala mak nenek makanan proses seperti sardin, sosej, nuget, ayam goreng dan lain-lain. Ayam mentah pun sekarang dah kena cucuk2 bagai..ish2. Stress/ tekanan pun menjadi salah satu faktor pentingnya pengambilan vitamin. Jangan kata orang dewasa je yang stress, kanak-kanak pun ada stress masing2. Macam2 exam, harapan ibu bapa, kawan2 sekolah, hal adik beradik, semua tu boleh buat kanak-kanak tension walaupun tak sehebat orang dewasa.

Jom kita tengok apa vitamin/suplemen yang sesuai untuk kanak- kanak bagi meningkatkan kepekaan, daya ingatan dan sangat sesuai untuk kanak-kanak yang cerewet makan.

Mealshake  
- Berperisa vanilla yang sangat lazat dan dapat menambah selera makan
- Multivitamin berbentuk minuman
- Mengandungi fiber yang membantu dalam pelawasan (kurangkan masalah anak sembelit)
- Menyihatkan dan mencantikkan kulit
- Multivitamin yang turut membantu meningkatkan imunisasi sistem kanak-kanak
- Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang mengidap athma/eczema

Omega Guard 
- Mengurangkan risiko selesema
-  Meningkatkan perkembangan otak

Vit C Chewable
- Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
- Membantu menjaga kesihatan gigi, gusi dan struktur tulang
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

Vitalea Chewable
- Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
- Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
- Baik untuk kesihatan
- Sumber harian tambahan bagi vitamin B



Kanak-kanak kena ambil semua vitamin ni ke?

Kanak-kanak 1 tahun = Nutrisi disalurkan melalui susu ibu
Kanak-kanak 1-3 tahun = Mealshake + Omega Guard
Kanak-kanak 4 tahun dan ke atas = Mealshake + Vitalea Chewable + Omega Guard + Vit C Chewable

Mungkin ada yang anggap suplemen dari Shaklee mahal. Tapi bagi saya, harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan setanding dengan keberkesanan yang diberikan. Sekali kita bawak anak-anak makan pizza, KFC pun dah habis berapa kan. So, apelah sangat jika kita melabur sikit demi masa depan anak-anak. Siapa yang tak gembira bila anak-anak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang pintar kan?





Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage







** untuk pembelian RM100 dan ke atas