Showing posts with label GLA Complex. Show all posts
Showing posts with label GLA Complex. Show all posts

Friday, April 3, 2015

Promosi Shaklee bulan April 2015

Salam Semua..

Di kala rakyat Malaysia tengah rungsing, marah, kecewa dan bersedih dengan pelaksanaan GST yang bermula 1 April lepas, Alhamdulillah permintaan terhadap produk Shaklee masih ada dan bisnes Shaklee Liza juga berjalan seperti biasa. InsyaAllah semakin berkembang dalam sebulan dua ni. Produk Shaklee adalah makanan tambahan yang merupakan keperluan dalam hidup kita, nak tak nak kita kena juga beli. Tak kan sanggup gadaikan kesihatan diri demi nak berjimat? Tak berbaloi kan.


Lagipun perlaksanaan GST tak memberi kesan kepada pengguna Shaklee, sebab harga jualan tetap tak berubah! Baik kan Shaklee?? Pada yang masih berkira-kira untuk berbisnes dengan Shaklee, baik buat keputusan cepat-cepat, sebab dijangkakan ramai yang akan memilih bisnes Shaklee pada bulan ni demi nak mencari duit sampingan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, lagi-lagi lepas GST.

Ok, kita stop jap cakap GST ni. Macam biasa, awal bulan macam ni, Shaklee akan umumkan produk promo untuk bulan tersebut. Berita baiknya, bulan ni Shaklee menawarkan banyakkkk produk promo! Ni tak tahu lah gara-gara GST atau ape, yang pasti Shaklee dah umumkan produk promo bagi bulan April adalah GLA Complex, Lecithin, DTX Complex, Vitalea for kids dan Cinch Shake (coklat dan  Latte). Sampai lima produk sekali gus!


Apa yang Liza nampak dari promo bulan ni, orang yang nak kurus la tersenyum lebar. Ye la, beli produk promo memang banyak boleh jimat, alang-alang tu boleh jadi ahli terus, lagi jimat berganda. Nanti Liza cerita details tentang produk promo ni satu persatu dalam next entry. Kang Liza cerita panjang lebar, bosan pulak korang. Dah la tengah emo dengan GST kan? Ok ok.

Anyway, kalau anda berminat untuk tahu apa saja tentang produk Shaklee atau macamana nak buat duit dengan Shaklee, jangan segan silu untuk contact Liza ye. Konsultasi terbaik dan percuma hanya untuk anda. Terima Kasih.







Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, March 19, 2015

Cara kira waktu subur untuk senang hamil

Salam semua..

Masih lagi entry berkisar tentang 'kahwin-kahwin', ye la nak ikot trend musim orang kahwin sekarang ni. Semua pasangan yang berkahwin mesti berhasrat untuk dapatkan anak kan? Peluang untuk hamil InsyaAllah lebih mudah, kalau kena caranya. Entry kali ni bukan untuk pengantin baru je, pasangan pengantin lama pun boleh gunakan cara ni jugak samada untuk mendapatkan zuriat atau dalam merangcang keluarga. Cara kira waktu subur ni lebih mudah dan praktikal jika kitaran haid isteri adalah normal.


Jom kita kira! Ok, kita bahagikan kitaran haid seseorang wanita kepada 4 fasa. Kita andaikan wanita ni datang bulan pada 1 hari bulan pada setiap bulan. Kalau anda punya kitaran haid start 4 hari bulan ke 14 ke 20 ke, pandai-pandai la adjust ye. 


Fasa pertama : Fasa ni mudah je, iaitu waktu keluar darah haid atau datang bulan atau bendera merah atau ABC (Allah bagi cuti) atau apa-apa je la. Bagi wanita normal, fasa ni akan berlaku selama lima hingga lapan hari.

Fasa kedua : Fasa yang kedua ni pulak dinamakan sebagai fasa pra-kehamilan. Dinding rahim mula menebal dan ovum (telur) dalam keadaan matang dan sedia untuk dilepaskan,

Fasa ketiga: Pada fasa ini, proses ovulasi (telur dilepaskan) berlaku untuk menunggu kehadiran sperma. Jika tiada persenyawaan berlaku dalam proses ini, telur akan menuju ke tiub fallopio untuk dikeluarkan dari badan wanita.

Fasa keempat : Fasa yang terakhir ni adalah fasa di mana hormon progesteron akan dirembeskan untuk menebalkan dinding rahim. Time ni lah, kebiasaanya nafsu makan wanita ni bertambah-tambah. Hihi. Jika tiada persenyawaan berlaku pada fasa ketiga tadi, maka darah yang menebal tu akan runtuh dan dikenali sebagai darah haid. Fasa pertama pun berulang semula.

Jadi, bila waktu subur seseorang wanita tu? Mengikut pengiraan di atas, waktu subur berlaku pada fasa ketiga, sewaktu telur dilepaskan. Ia adalah kira-kira 14 hari selepas hari pertama haid. Jika anda ingin hamil, jadi gunalah waktu ni sebaik mungkin untuk bersama dengan suami. Menurut Dr Zubaidi, peluang untuk hamil adalah 60% jika bersama ketika waktu subur. 


Selamat mencuba lah ye pada pasangan-pasangan pengantin baru ataupun pengantin lama. Kalau menjadi untuk hamil tu, jangan lupa dapatkan set ibu hamil dengan Liza tau. Hehe. Tapi, macam Liza bagitau awal-awal tadi la, pengiraan ni lebih tepat dan mudah jika wanita tu mempunyai kitaran haid yang teratur. Kalau tak teratur, nak buat macam mana? Ha, senang je, GLA Complex kan ada. 






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, April 8, 2014

Hilangkan masalah haid tidak teratur dan senggugut dengan GLA Complex

Salam Semua..

Masalah haid tidak teratur dan senggugut boleh dikatakan masalah biasa bagi golongan wanita terutamanya yang belum berumah tangga. Namun, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan dibiarkan begitu saja. Ini kerana, ia boleh berlarutan dan menjadi masalah kesuburan yang serius seterusnya membawa kepada masalah untuk mendapatkan zuriat. Kitaran haid yang normal adalah 28 hari dan mesti berlaku pada setiap bulan. Jika tidak, ini bermaksud anda mempunyai masalah haid tidak teratur.


Punca haid tidak teratur
  1. Hormon yang tidak seimbang
  2. Pengambilan ubat-ubatan
  3. Berat badan yang berlebihan
  4. Tekanan perasaan/stress
  5. Kekurangan nutrient tertentu dalam badan
Jadi, sesiapa yang mempunyai masalah haid tidak teratur dan senggugut ni, Liza sarankan untuk mengambil GLA Complex dari Shaklee. Ia mengandungi Asid Linoleik Gama, minyak Borage, minyak benih bunga matahari, serta vitamin E. Biasanya, Asid Linoleik Gama digunakan digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid normal dan melegakan tanda-tanda monopus.


Antara fungsi GLA Complex


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan sidrom pra-haid (ketidak selesaan emosi dan fizikal ketika haid)
  • Membantu menangani monopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit sihat dan berseri
  • Memudarkan jeragat
Apa kata mereka?



Bagi mereka yang ada masalah kitaran haid tak teratur atau senggugut tu, boleh la hubungi Liza untuk dapatkan GLA Complex ni. Jangan segan-segan tau, Liza akan tolong sebaik mungkin. Harga terbaik dan konsultasi percuma khas untuk anda. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesuburan pulak, boleh la mencuba Set Kesuburan ni. Alhamdulillah, dah ada customer Liza yang bagi feedback positif lepas ambil set ni. Disamping berdoa pada yang Esa, kita mestilah berusaha jugak kan?





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, September 17, 2013

Berat badan berlebihan faktor individu kurang subur?

Salam Semua..

Kalau post yang lepas, Liza senaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan seseorang, kali ni Liza nak cerita lebih lanjut lagi tentang salah satu faktor tu iaitu faktor berat badan yang berlebihan. Ramai yang ambil mudah tentang perkara ni kan, tapi samada kita sedar ataupun tak, berat badan seseorang tak kiralah si suami atau isteri akan memberi kesan terhadap tahap kesuburan. Ada kajian yang menyatakan bahawa 12% masalah ketidaksuburan berpunca daripada berat badan. Berat badan yang berlebihan akan mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.



Minggu lepas, Liza ada consult sorang customer ni. Dia nak cuba consume Set Kesuburan sebab dah setahun kahwin tapi belum ada rezeki. Bila Liza tanya, semua tak de masalah kecuali isteri ada berat badan badan yang belebihan (65KG). Jadi, di samping berusaha untuk hamil, Liza suruh jugak dia untuk berusaha turunkan berat badan. Jadi, Liza suggestkan dia dan suami ambil set kat bawah ni yang berfungsi untuk menurunkan berat badan disamping meningkatkan peluang kehamilan.

  • Pengambilan ESP sebelum makan dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama, seterusnya mengurangkan pengambilan kuantiti makanan individu dan secara tidak langsung dapat menurunkan berat badan seseorang. Dari aspek kesuburan pula, ESP mengandungi isaflavone yang sangat penting untuk hormon wanita (estrogen)
  • GLA  membantu menstabilkan hormon dan meningkatkan tahap kesuburan wanita.
  • B-Complex diambil untuk sistem reproduktif wanita yang sihat. Membekalkan asid folik yang baik untuk persediaan bagi wanita yang ingin hamil. Asid folik juga penting dalam proses pembentukan janin.
  • Alfalfa Membakar lemak secara efektif serta membuang toksin yang berada dalam badan.
  • Zinc penting untuk pertumbuhan sistem reproduktif. Meningkatkan penghasilan testosteron dan meningkatkan kuantiti sperma. 
  • Vitamin E Merupakan aktioksida yang kuat membersihkan radikal bebas yang merosakkan sel dan berfungsi untuk melindungi sperma.


InsyaAllah dengan pengambilan set kesuburan ni secara konsisten, usaha yang berterusan dan doa yang tidak putus-putus kepada yang Maha Esa, Liza doakan hajat dan impian customer Liza ni akan termakbul. Kepada individi-individu kat luar sana yang mempunyai masalah yang sama, samada masalah kesuburan atau masalah berat badan, jangan segan silu hubungi Liza untuk konsultasi percuma. Lepas tu, nak consume set ni ataupun tak, terpulanglah pada anda.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Sunday, August 25, 2013

Suplement untuk Kesuburan

Salam Semua..

Memandangkan Liza sekarang dan join club bakal-bakal mak budak, rasa terpanggil pulak untuk post pasal Set Kesuburan ni. Padahal dah lama dah Set kesuburan Shaklee ni wujud, tapi bila dah ada perasaan mak-mak ni, baru la nak ambil tahu. Bukan apa, dalam Liza tengah-tengah seronok, teruja nak sambut orang baru, Liza perasan ada kawan-kawan Liza yang kahwin lebih kurang Liza ataupun lebih awal dari tu, masih belum ada rezeki. Yang ni bukan dari kategori belum nak anak ye, ni memang nak tapi belum dapat. Ada juga Liza dengar orang cakap, kalau selepas setahun berkahwin, masih belum ada tanda-tanda kehamilan, lebih baik pergi check, kot-kot ada masalah kesuburan ataupun masalah kesihatan yang lain.


FAKTOR-FAKTOR MASALAH KESUBURAN
  1. Gangguan ovulasi - Wanita yang mempunyai masalah ini biasanya berpunca daripada ketidak stabilan hormon dalam badan yang akhirnya menggangu proses ovulasi. Wanita yang mempunyai hormon prolaktin yang tinggi, akan menganggu penghasilan telur.
  2. Masalah tiub Fallopio - Kerosakkan pada tiub Fallopio boleh menghalang persenyawaan telur dan sperma. Antara sebab-sebab kerosakkan tiub Fallopio adalah keradangan tiub Fallopio, tiub Fallopio tersumbat, pernah mengalami kehamilan luar rahim, serta pernah melakukan pembedahan di sekitar tiub fallopio/rahim.
  3. Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin yang berpunca dari hubungan seksual
  4. Lelaki yang mempunyai masalah testis yang tidak dapat menghasilkan sperma (azoopsermia), masalah salur sperma tersumbat, mati pucuk atau lemah tenaga batin
  5. Ketumbuhan tidak normal - Kehadiran pertumbuhan sel-sel tidak normal di sekitar rahim. Sebagai contoh:
      • Tisu dari selaput rahim yang tumbuh membesar di luar rahim (Endometriosis)
      • Masalah Tiriod
      • Masalah Fibroid
Selain daripada faktor di atas, cara pemakanan, kekurangan zat dalam badan, amalan merokok dan pengambilan minuman beralkohol, usia yang meningkat, pencemaran, pengambilan ubat-ubatan, badan yang terlalu gemuk atau terlalu kurus, badan yang letih akibat penat bekerja, serta tekanan daripada persekitaran juga boleh menjadi faktor masalah kesuburan. Masyarakat di sekeliling pulak jangan la asyik duk tanya je, paham-paham sendiri dah la. Mau tak stress si polan ni aysik dapat soalan sama?


SET KESUBURAN SHAKLEE (WANITA)

GLA Complex diperlukan oleh wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur atau sengugut yang teruk ketika haid. Ia membantu menstabilkan hormon, membakar lemak serta bonusnya ia dapat mencantikkan kulit. GLA juga akan menyediakan keadaan yang memudahkan perjumpaan antara ovum dan sperma. Energizing Soy Protein (ESP) membantu membentuk tisu rahim, serta sel ovum yang sihat dan sempurna sekali gus meningkatkan tahap kesuburan dan peluang kehamilan seseorang. Bagi wanita yang mempunyai badan yang besar, ESP dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama, secara tak langsung dapat menurunkan berat badan dan meningkatkan peluang untuk hamil. B-Complex mengandungi B6 dan asid Folik yang diperlukan untuk kesuburan wanita. Ia juga berperanan menukarkan makanan kepada tenaga dalam tempoh yang cepat. Isteri yang penat setelah sibuk bekerja seharian sudah tentu memerlukan tenaga yang mencukupi untuk bersama dengan suami.


SET KESUBURAN SHAKLEE (LELAKI)

Zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses penghasilan hormon testosteron dan membekalkan tenaga kepada sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Ia juga berperanan dalam proses pembentukkan genetik iaitu pada DNA. Vitamin E pula berfungsi untuk menyuburkan sel-sel dan organ reproduksi lelaki serta melancarkan saluran darah. Kehadiran vitamin E yang bekerja sebagai agen anti-oksida akan menghalang radikal bebas daripada merosakkan sperma dan ovum. Selenium yang didapati dalam vitamin E Shaklee ini pula dapat membantu pergerakkan sperma agar lebih kuat dan akhirnya berjaya bersenyawa dengan ovum.


Perlu diingatkan juga, masalah kesuburan boleh menjadi punca penceraian ataupun boleh menjadi alasan untuk si suami membuka cawangan baru.(Haih, macam confirm je masalah tu dari si isteri. Emo mak tau!)

Jadi, bagi pasangan-pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, apa kata cuba Set Kesuburan Shaklee ni sebagai salah satu usaha disamping bermohon pada yang Esa. Tak cukup bajet? Tak per, set lengkap kat atas ni sebagai cadangan je, ada pasangan yang hanya ambil GLA Complex dan Zinc je pun, dah dapat feedback yang positif. Semuanya terpulang kepada anda untuk mencuba. Kalau anda ada kenalan atau saudara mara yang mempunyai masalah yang sama, boleh la tolong sampaikan kat dorang juga ya. Harga dan konsultasi yang awesome adalah jaminan dari Liza.








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Thursday, July 18, 2013

Kulit cantik berseri di Aidilfitri dengan Shaklee

Salam semua..

Lebih kurang 21 hari lagi ummat Islam akan menyambut Aidilfitri. Eh, awal sangat ke Liza countdown ni? Hehe.. bukan ape, saje je nak remindkan kalau ada yang nak buat persediaan awal kan. Mesti ramai yang dah berkira-kira bajet baju, kasut, tudung, langsir, perabot dan bermacam barang lain untuk raya kali ni kan? Ada yang lagi best, tahun ni beraya dengan kereta baru atau rumah baru. Untung la~ Isteri baru tak kira eh..Haip! Tapi kalau baju je bukan main merelip, tudung bukan main lilit-lilit, kasut dah bling-bling tapi kulit muka kusam je, tak best jugak kan? Ha, sebab tu la Liza nak kenalkan kat korang semua set skin care yang dah terbukti berkesan dari Shaklee ni.

Fungsi set skin care Shaklee:

Vitamin E
  • Antioksida yang penting yang melawan radikal bebas daripada merosakkan sel
  • Vitamin anti-penuaan yang baik
  • Membantu penyerapan oksigen
  • Merawat dan memudarkan parut lama dan baru
Vitamin C (chewable)
  • Merupakan antioksida yang baik
  • Membantu memulihkan sel akibat luka/jerawat dengan lebih cepat
  • Membantu pembentukkan kolagen secara semula jadi di dalam badan. Kolagen diperlukan oleh badan untuk pembinaan sendi, otot, gigi, tulang dan kulit
B-Complex 
  • Dikenali sebagai beauty-vitamin kerana mengandungi B2 (Riboflavin)
  • Diperlukan dalam mengatasi kulit berminyak, kulit kering, whitehead, blackhead, memudarkan kesan parut serta dapat mengatasi kelesuan
GLA Complex
  • Merupakan kombinasi minyak Borage(mengandungi Gamma Linolenik Acid), minyak matahari dan vitamin E
  • Menjadikan kulit lebih berseri dan kelihatan glowing
  • Berfungsi untuk menyeimbangkan hormon dalam badan, jadi sesuai sangatlah kepada mereka yang mempunyai masalah jerawat ketika datang bulan.
  • Ia juga membantu menguatkan kuku dan rambut.
Energizing Soy Protein (ESP)
  • Menyokong pembentukkan kolagen dan proses pembentukkan sel-sel baru yang sihat kerana protein merupakan asas penting dalam pembinaan sel-sel baru
  • Menjadikan kulit lebih anjal, gebu, dan putih berseri
Omega Guard
  • Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon ketika datang bulan.
  • Melicinkan kulit dan menjadikan kulit kelihatan kemerah-merahan(tak payah pakai blusher dah pasni..hehe)
  • Mengurangkan masalah alahan kulit seperti eczema dan psoriasis

Jangan ada yang terkejut pulak tengok senarai vitamin kat atas ni. Bukan anda perlu ambil semua pun untuk cantikkan kulit, ia bergantung kepada masalah yang anda hadapi dan keperluan individu. Kepada adik kakak yang teringin nak cuba, hanya beritahu keperluan anda dan bajet, InsyaAllah Liza akan berikan konsultasi dan harga yang awesome untuk anda. Pada mereka yang kurang bajet pulak, Liza dah sediakan set skin care versi bajet. So, semua orang boleh mendapatkan kulit yang sihat dan berseri di hari raya ini.

Ha, ni Liza kongsikan satu testimoni pengguna set skin care Shaklee. Ha, tercabar tak? Tak nak ke muka glowing macam ni Aidilfitri nanti?

Kredit to Liana Manjaku

Opss! Ni mesti geng-geng lelaki tak puas hati kat Liza ni, asyik bagi suplement untuk perempuan je.. Rileks brader, set skin care ni pun boleh diambil oleh kaum adam. Tak kan si isteri je nak cantik, si suami pun nak hemsem bergaya jugak di hari raya nanti kan? Apa tunggu lagi, jom contact Liza laju-laju. Kena cepat tau, Syawal dah tak lama kan, Shaklee ni bukan ubat ye, hari ni makan esok terus mulus gebu. Suplement memerlukan masa untuk bertindak balas dan meresap dengan badan kita. So, bertindak sekarang!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas