Showing posts with label Energizing Soy Protein (ESP). Show all posts
Showing posts with label Energizing Soy Protein (ESP). Show all posts

Sunday, October 18, 2015

Set kulit cantik yang terlajak laris

Salam Semua..

Alhamdulillah.. Permintaan untuk SET KULIT CANTIK memang laju sungguh bulan ni. Samada set basic (Vitamin E + Vitamin C ) atau set lengkap (Vitamin E + Vitamin C + ESP) dua2 pun terlajak laris bulan ni. Ni tak lain tak bukan gara2 promo Vitamin E (50% OFF) la ni, secara automatik kedua-dua set ni pon turun harga sekali. Set ni memang sangat sesuai dan dah pun terbukti berkesan bagi sesiapa yang ada masalah kulit seperti:
  • Kulit berminyak
  • Jerawat
  • Jeragat
  • Tona kulit tidak sekata
  • Parut (jerawat/ luka/ chicken pox)
  • Allergi
Ha, jangan tunggu-tunggu lagi tau, sebab Liza tak tau kat branch ada berapa banyak lagi Vitamin E yang tinggal. Kat tangan Liza pulak, restock je orang order, restock je orang nak. Kalau habis, maka berakhir la promosi hebat ni tau. So, cepat-cepat buat keputusan ye. Jom kita tengok apa fungsi set kulit cantik ni untuk anda.


Kelebihan Vitamin E:

* Wajah kelihatan lebih awet muda
* Membaiki peredaran darah serta memperbaiki tisu
* Memudarkan kesan parut (bekas jerawat/ chicken pox/ luka)
* Melembabkan kulit

Kelebihan Vitamin C:

* Membentuk kolagen dalam kulit (Menjadikan kulit lebih tegang dan anjal)
* Mencerahkan kulit
* Melambatkan proses penuaan
* Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat
* Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung
* Mengatasi masalah kulit berminyak
* Mengurangkan pertumbuhan jerawat
* Memberi perlindungan dari sinar UV
* Menjadikan kulit lebih gebu
* Melembabkan kulit dari dalam
* Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
* Tona kulit menjadi lebih sekata
* Membantu kelihatan lebih muda


Kelebihan ESP:

* Memudarkan parut jerawat
* Mengawal pertumbuhan jerawat
* Menganjalkan kulit
* Kulit menjadi lebih tegang, gebu dan sihat
* Sumber protein yang baik dalam proses menggantikan sel-sel kulit yang rosak kepada sel-sel baru yang lebih sihat

Tunggu dulu! Bulan ni juga Liza sediakan FREE GIFT (bernilai hampir RM40) yang super awesome kepada semua pembeli mana2 set kulit cantik ni. Tapi, sementara stok masih ada la, sebab tu jangan tangguh-tangguh tau, kang melepas! Bagi yang berminat, boleh hubungi Liza segera ye. Nak risik-risik dulu pon boleh, jangan takut, Liza tak makan orang, makan nasi je. Hehe






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
 

Thursday, June 4, 2015

ESP Shaklee mampu tingkatkan kesuburan

Salam Semua..

Kalau dalam entry sebelum ni Liza share cara nak kesan tanda-tanda wanita berada dalam waktu subur dengan mudah, kali ni Liza nak bagitau salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan pulak. Kita cerita pasal subur-subur je bulan ni, mana tahu ada rezeki boleh puasa penuh tahun ni kan? Hehe. Aminn

Berdasarkan kajian, pasangan yang kurang subur dan tidak mempunyai anak adalah berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat, tidak menjaga pemakanan, merokok, obesiti, stress dan sebagainya. Jadi, jika ingin pastikan diri anda dan pasangan bebas dari masalah kesuburan, paling penting mesti jaga kesihatan masing-masing dengan baik.


Salah satu cara untuk memelihara kesihatan adalah dengan menjaga pemakanan. Pengambilan suplemen atau makanan tambahan juga diperlukan untuk menampung lompong-lompong kekurangan nutrisi daripada pengambilan makanan harian. Suplemen yang sesuai untuk tujuan ni, tak lain tak bukan adalah Energizing Soy Protein (ESP).


Bagaimana ESP boleh membantu meningkatkan kesuburan:
  • ESP mengandungi isoflavones yang dapat meningkatkan kesuburan dengan merangsang proses ovulasi
  • Menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
  • Telah terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga sehingga berjam-jam lamanya
  • Membina sel otot, kulit dan hormon yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan serta menyokong kesihatan jantung dan prostat (bagi lelaki)
  • Menguatkan rahim dan membantu pembentukan sel ovum dan sperma yang sihat
  • Meningkatkan tahap kesihatan ke paras yang optimum
Kesimpulannya, bagi pasangan yang dalam proses nak dapatkan zuriat, elok la amalkan ESP ni sebagai salah satu ikhtiar. Bukan untuk wanita je tau, lelaki pun boleh ambil jugak, tak de masalah. Bonusnya nanti, kulit akan lebih bersih, sihat dan lembut. Ye la, ESP secara tak langsung dapat menggantikan sel-sel kulit lama yang rosak dan bermasalah tu dengan sel kulit baru yang lebih sihat dan cantik.


Nanti kalau ada rezeki anda hamil, boleh teruskan je ambil ESP ni macam biasa. Kulit baby pun akan terkena tempiasnya sekali, nampak cerah, sihat dan bersih gebu. Ok lah, kalau ada apa-apa boleh contact Liza anytime ok?







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Saturday, April 4, 2015

Nak kulit wajah putih berseri dengan selamat?

Salam Semua..

Semalam kecoh di media mengenai satu produk memutihkan kulit wajah yang boleh mengundang maut. Seram kan? Disebalik ketaksuban masyarakat khususnya golongan wanita di negara kita ni yang nak kulit putih berseri, muncul lah golongan macam ni yang hanya pentingkan keuntungan semata-mata. Tapi, para pengguna pun salah jugak, kenapa la tak selidik dulu sedikit sebanyak pasal syarikat dan kandungan ubat tu. Jangan disebabkan ghairah nak kulit putih, terus je rembat. Tambah lagi kalau produk ni dijual dengan harga yang rendah, lagi la cepat laku.


Jadi, nasihat Liza pada semua pembaca, tak kiralah anda nak putih ke, nak kurus ke nak subur ke, pastikan produk yang anda ambil tu selamat dengan adanya kajian, lulus KKM, dan halal. Jangan sekadar produk tangkap muat je. Kalau mintak pendapat Liza, dah tentu lah Liza akan pilih produk Shaklee. Ni bukan sebab Liza agent Shaklee, tapi Liza juga merupakan pengguna kepada produk-produk Shaklee. 

Sesuai dengan motto Shaklee, BERKESAN, SEMULAJADI dan SELAMAT, produk Shaklee telah membelanjakan berjuta dollar untuk menjalankan ujikaji, clinical test dan kajian untuk memastikan ianya selamat dan berkesan. Clinical test Shaklee pulak bukan di buat ke atas tikus makmal, terus test kat manusia. Ye lah, produk tu bukan tikus yang nak guna, manusia kan yang nak guna. Ia juga telah berada di pasaran hampir 50 tahun, dah kukuh dan sangat meyakinkan dah.

Ok, kalau ada yang tanya, ada ke produk Shaklee untuk putihkan kulit? Jawapannya, MESTILAH ADA. Hihi. Daripada anda pergi ambil produk yang ntah apa-apa tu, apa kata kalau anda cuba produk Shaklee ni, dan rasai sendiri hasilnya. Ada seorang veteran dalam Shaklee (yang dan guna produk Shaklee lebih dari 20 tahun) bagitau, 

"Produk Shaklee ni memang selamat, andai kata tersalah cara makan pun, masih lagi selamat dan tak memudaratkan, yang bezanya kalau makan dengan cara yang betul, dapat pakej la, selamat dan berkesan!"


Bagi mereka yang nak kulit cerah berseri dengan produk Shaklee, sudah tentu Liza akan syorkan ;

ESP - ESP memang dah tak boleh dinafikan lagi kehebatannya dalam mencerahkan kulit. Ia berfungsi menyingkirkan sel-sel kulit mati yang kusam, berparut dan gelap tu kepada sel kulit baru yang lebih sihat.

Vitamin C -  Bertindak untuk menghasilkan kolagen secara semulajadi yang akan menganjalkan dan mejadikan kulit wajah lebih berseri.


Amacam? Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee ni,, pakej sekali dengan cara pengambilan yang betul (penting untuk mendapatkan hasil seperti yang diigini), jangan lupa hubungi Liza ye. Konsultasi adalah percuma untuk anda!

Kredit : Ainur Farahin Zainal







Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, March 23, 2015

Kenapa anda harus miliki ESP dengan segera

Salam Semua..

Selamat hari isnin dan selamat kembali bertugas kepada anda-anda yang bercuti sebelum ni. Tak kiralah samada cuti seminggu atau cuti weekend dua hari tu, yang penting betulkan semula niat dalam mencari rezeki, insyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Cuti sekolah pun dah berakhir kan, selamat kembali ke sekolah lah ye adik-adik.

Hari ni, masih lagi dalam demam promo ESP yang bakal berakhir pada hari sabtu, 28 Mac nanti. Walaupun bulan ni ada 31 hari, tapi pihak Shaklee dah umumkan dah, yang urusan jual beli akan berakhir pada 28 haribulan untuk bulan ni disebabkan preparation nak sambut GST. Gitewww.. Selain ESP, Vitalea (for kids) dan Zinc Complex yang baik untuk pulihkan luka dan mengatasi masalah rambut gugur tu pun masih promo tau.


Jadi, nak diingatkan lah sekali lagi, pada individu-individu berkenaan, silalah buat keputusan segera untuk rebut peluang ni. Rugi sangat siapa yang tak grab peluang terakhir ni, sebab lepas ni memang kirim salam lah nak dapat ESP dengan harga kasih-sayang macam yang Liza nak berikan sekarang. Dah la harga meletop kebabom dah, siap nak bagi FREE GIFT dan SURPRISE GIFT lagi tu!


Anda wajib dapatkan ESP jika anda seorang:
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Inginkan kulit yang halus, cerah, cantik dan sekata
  • Mempunyai masalah kulit berjerawat atau berjeragat
  • Berhasrat ingin turunkan berat badan dan kelihatan langsing
  • Pesakit diabetis
  • Selalu letih dan lesu
  • Mempunyai masalah rahim lemah dan bercadang untuk hamil
Ha, anda tergolong dalam list di atas? Apa lagi, memang ESP lah yang anda perlukan. Kenapa ESP ni penting sangat dalam kehidupan kita? Eh, memang la penting, sebab ESP adalah protein. Protein pula adalah 'makanan' utama atau komponen utama dalam pembentukan sel badan kita. Ok, analogi mudah, protein ibarat batu-bata dan badan kita ibarat rumah. Kalau batu-bata tu rapuh, tak kuat, lubang sana-sini, agak-agak kukuh tak rumah tu? Agak-agak mudah tak rumah tu nak roboh? Mesti la mudah roboh kan?


Ha, macam tu lah jugak badan kita ni, kalau sel kita kuat, sihat, terbentuk dengan sempurna, InsyaAllah fungsi badan pun akan berjalan dengan baik. Kulit pun cantik, lembap, badan pun jadi bertenaga. Siapa yang tak nak hidup dengan lebih sihat dan ceria. Mau tak ceria kalau ramai yang puji, kulit makin cerah, makin mulus, makin berseri? Hihi

Ok, apa tunggu lagi. Liza pun dah tak tahu nak guna ayat apa dah untuk bagitau kat korang semua yang berminat nak dapatkan ESP, samada baru nak mencuba ataupun untuk simpan stok. Sebabnya, memang rugi sangat kalau tak grab time promo ni adik kakak oiii. Siap dapat free gift menarik ni. Nak tak? Bagi sesiapa yang berminat tu, atau yang nak chit-chit je pasal ESP ni, anytime boleh contact Liza ok? Ingat! Konsultasi dari Liza adalah sentiasa PERCUMA!







Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Sunday, March 22, 2015

[Testimonial] Kulit anak cantik akibat minum ESP ketika hamil

Salam Semua..

Siapa yang tak happy kalau anak yang dikandung sembilan bulan 10 hari, tup-tup keluar kulit cerah, bersih, gebu, badan semangat, pastu kulit pun sihat dan tak allergic. Lagi-lagi kalau kulit mak ayah nya tak berapa nak cerah, mau nak melompat ke bintang kan? Hihi


Kalau ikotkan entry Liza pasal anak Che Ta hari tu, memang ramai sebenarnya mak ayah yang berimpian nak anak comel macam Aaisyah Dhia Rana (anak perempuan Che Ta) tu. Tapi iras muka ikot muka mak ayah masing-masing la, kalau semua nak mix omputih macam Zain Saidin payah gak la. Liza dah bagitau dah caranya haritu kan, tapi mungkin ada lagi yang ragu-ragu.

Tak per, tak de masalah. Pada yang masih was-was ni, Liza bagi beberapa testimonial ibu hamil yang mengamalkan suplement Shaklee (terutamanya ESP) dan berjaya mendapatkan anak yang berkulit cerah, cantik, gebu dan sihat. Biasalah, orang ni kalau tak ada bukti yang nyata, susah nak percaya kan? Ok tak per, tengok ni dan nilailah sendiri ye.



Ha, teruja tak? Liza yang belum pregnant ni pun rasa tak sabar pulak nak pregnant lagi, pastu nak konsisten dengan Shaklee. Geram tau tengok baby-baby Shaklee ni. Mungkin la bab kulit cantik, cerah dan gebu tu kurang penting bagi kita, tapi bab kulit sihat tu penting ye. Sebab ada jugak Liza pernah jumpa baby atau kanak-kanak yang kulitnya memang sensitif dan mudah terkena penyakit (gatal-gatal, ruam, kudis dll). Kesian kan kalau anak-anak kecil kita kena macam tu.

Jadi, buat ibu ayah yang inginkan anak yang berkulit cantik, cerah dan gebu bolehlah hubungi Liza sekarang. Cepat bertindak tau, sebab bulan ni promo ESP dan bulan terakhir produk Shaklee tak dikenakan GST. Pada mereka yang dah jadi pengguna Shaklee pun, dinasihatkan untuk beli bulan ni, buat stok. Boleh la jimat sikit, bulan depan dah start GST, confirm harga dah naik.


p/s: Free gift yang awesome untuk setiap pembelian ESP tu hanya tinggal 3 ketul je lagi. Cepat buat keputusan sekarang!






Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, March 20, 2015

Bakal pengantin risau dengan masalah parut jerawat berlubang

Salam Semua..

Sebagai seorang yang pernah merasai debaran dalam menghitung hari untuk bergelar isteri, Liza faham sangat dah apa yang bakal-bakal pengantin ni rasa. Berdebar sebab nak semua berjalan dengan lancar. Ye lah, event sekali seumur hidup tu, mestilah nak yang sehabis baik kan. 

Dari pakaian, hantaran, pelamin, lauk pauk, doorgift, makeup semua nak nampak sempurna. Eh, bila sebut pasal make up, ada tak bakal pengantin yang tengah rungsing dengan masalah parut jerawat? Bukan apa, kalau anda ada parut jerawat yang ketara, lebih-lebih lagi jenis yang berlubang-lubang tu, pakai makeup pun still tak boleh cover dengan cantik tau. Liza bercakap ni melalui pengalaman Liza sendiri. Kenapa lah Liza tak kenal Shaklee lagi waktu tu (tears).


Pada bakal-bakal pengantin yang ada masalah parut jerawat jenis tompok gelap kehitaman atau berlubang tu, jangan bimbang, sebab set kulit cantik Shaklee boleh tolong anda. Liza sendiri pun tengah amalkan set ni dan memang dapat rasa perubahannya.
  • ESP adalah sumber asid amino yang baik dalam merangsang semula pembentukan sel kulit yang baru bagi menggantikan sel-sel kulit lama yang rosak  dan tidak sihat. Parut-parut lama yang berwarna gelap kehitaman akan semakin pudar, manakala parut berlubang pula akan mula menipis dan tertutup.
  • Vitamin C penting dalam penghasilan kolagen untuk kulit wajah kelihatan anjal dan berseri tanpa kedutan.
  • Vitamin E pula memang sudah terkenal dengan sifatnya yang tinggi antioksida dan sangat berkesan dalam memudarkan parut. Ia juga bagus sebagai anti-penuaan, barulah sentiasa kelihatan awet muda.


Siapa yang tak nak bagi yang terbaik untuk pasangan masing-masing kan? Lebih-lebih lagi perempuan, mesti la nak sentiasa kelihatan cantik menawan di mata suami. Yang bestnya lagi pasal set kulit cantik Shaklee ni, bukan kulit wajah je yang lembut, bersih, dan cantik, tapi seluruh badan tau! Bonusnya, tumit kaki licin, payudara anjal, kulit pun bertambah cerah. Suami mana yang tak happy kalau dapat isteri cantik gebu macam ni. Hihi


Apa yang penting, pengambilan vitamin ni mestilah betul dan konsisten, barulah dapat hasil yang diingini. Sebab tu, eksklusif untuk customer Liza, Liza akan guide cara pengambilan yang betul dan bagi tips-tips best supaya mereka semua dapat rasa kesan yang terbaik. Eh, tawaran ni bukan untuk bakal pengantin je tau, pengantin lama atau yang masih single pun boleh. Apalah salahnya berbelanja sikit untuk diri sendiri, kan?


Oppss! Promo ESP dah nak berakhir, jangan lepaskan peluang tau!







Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, March 17, 2015

Bakal pengantin bimbang dengan masalah jerawat di badan

Salam Semua..

Sekarang dah start cuti sekolah kan. Asal cuti sekolah je, berderet la kenduri kahwin kan? Selamat pengantin baru kepada yang telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing. Semoga berbahagia hingga ke Syurga. Ha, ucapan tak nak kalah kan, macam dah berpengalaman sangat la tu dalam rumah tangga. Hihi. Bertepatan dengan musim orang kahwin sekarang ni kan, entry Liza pun mesti la ada kena mengena dengan kahwin-kahwin ni jugak. Ok, kita mulakan etry 'kahwin-kahwin' kita ni dengan masalah yang hanya suami-isteri je yang tahu - masalah jerawat di belakang badan.


Masalah jerawat di badan (kebiasaanya di belakang badan) boleh terjadi kepada perempuan dan juga lelaki remaja atau orang dewasa. Walaupun masalah ni tidak boleh dilihat oleh orang ramai, biasanya hanya diri sendiri je yang tahu, tapi ia tetap tidak boleh diambil mudah. Bila dah kahwin, dah berkongsi hidup dengan isteri/suami, mesti lah hal ni terbongkar juga. Mungkin pasangan kita tak kan komplen (ye lah, pengantin baru kann), tapi mesti akan timbul rasa rendah diri, kurang selesa dan kurang yakin dalam diri kita.

Kenapa jerawat di badan boleh terjadi
  • Faktor perubahan hormon yang biasanya berlaku kepada perempuan yang berumur belasan tahun atau awal 20-an. Tapi, ada je lelaki yang mempunyai masalah ni.
  • Faktor keturunan yang memang mempunyai masalah jerawat
  • Penggunaan pil perancang atau ubat-ubat tertentu
  • Penggunaan produk kosmetik/sabun yang tidak sesuai
  • Stress
  • Penghasilan minyak yang berlebihan dan sebum kulit
  • Faktor alam sekitar dan kebersihan diri
Jadi, hari ni Liza nak syorkan produk Shaklee - Alfalfa dan ESP kepada bakal-bakal pengantin atau sesiapa sahaja yang ada masalah jerawat di badan ni. Shaklee lagi? Ye la, sebab ni je produk yang Liza yakin selamat, semulajadi dan dalam waktu yang sama, berkesan.


Alfalfa berfungsi sebagai agent detoks untuk membuang segala kotoran dan toksin di dalam badan. Jerawat merupakan salah satu petanda yang badan kita mempunyai toksin yang berlebihan. Proses detoks ni juga penting sebelum pengambilan apa-apa suplement kerana toksin yang ada dalam badan boleh mengurangkan kadar penyerapan suplement, seterusnya akan melambatkan proses penyembuhan.


ESP adalah sumber protein yang terbaik dan sangat diperlukan dalam proses pembentukan dan pembaharuan sel kulit. Dengan pengambilan ESP secara konsisten, sel-sel kulit lama yang rosak  dan tidak sihat (jerawat) akan digantikan dengan sel-sel kulit baru. Bukan jerawat je hilang, parut-parut lama (berwarna gelap kehitaman, atau parut berlubang) pun boleh hilang. 

Dengan pengambilan dua produk ni, InsyaAllah masalah jerawat akan hilang. Yang bestnya ambil suplement ni, nak hilangkan jerawat di badan je, tapi kulit di tempat lain (seperti kulit wajah) pun sama-sama jadi cantik, sihat dan gebu. Produk Shaklee ni bukan ubat, tapi suplement atau makanan tambahan yang membantu 'top-up' segala kekurangan nutrisi dalam badan kita. Jadi, bila kesihatan badan kita dijaga secara menyeluruh, badan pun makin bertenaga dan jarang terkena penyakit.

Kepada sesiapa yang berminat dengan mana-mana produk Shaklee, boleh hubungi Liza - pengedar Shaklee area Serdang, Bangi, Seri Kembangan. Opss! sempena bulan promo ESP bulan ni kan, setiap pembelian ESP layak menerima FREE GIFT istimewa dari Liza. Tapi, selagi stok masih ada la, sebab tu kena cepat-cepat tau!







Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, March 6, 2015

Promosi hebat bulan Mac 2015

Salam Semua..

Hari ni dah masuk 6 hb, tapi baru nak update produk promo untuk bulan ni? Haih.. Ampun ye, Liza kat kampung, line internet mak aihhh bukan macam siput lagi dah, ni tahap siput cacat, dah tak gerak langsung. Sabor je lah dengan 4G ni, bila nak upgrade?

Ok, dipendekkan cerita, bulan ni pun ada tiga produk promo tau, sama macam bulan lepas jugak. Ha bukan satu, bukan dua, tapi tiga Shaklee bagi, best kan? Yang lagi best, produk promo bulan ni pulak hot seller, bukan calang-calang produk ye. Apa lagi kalau bukan Energizing Soy Protein(ESP), Zinc Complex dan akhir sekali, Vitalea for kids.


Bila Liza dapat tahu je promo bulan ni, Liza boleh bayangkan dah siapa yang akan senyum lebar. Siapa lagi kalau bukan bakal-bakal ibu yang akan bersalin tak lama lagi dan geng-geng yang nak rambut, kulit dan kuku yang cantik.

Zinc Complex bukan sekadar bagus untuk merawat masalah rambut gugur dan mempercepatkan proses penyembuhan luka je, bagi individu yang ingin mengatasi masalah jerawat pun elok sangat ambil Zinc ni. Biasanya golongan remaja lah kan yang ada masalah jerawat. Kalau bukan kita sekalipun, boleh la syorkan kat adik-adik, saudara mara, kawan-kawan ect yang kita tahu ada masalah jerawat. Harga sebelum promo pun dah mampu milik, apetah lagi harga selepas prom,o, murah sangat!


ESP pulak ramai yang dah tahu kan sebagai sumber protein terbaik untuk mendapatkan sel yang baik dan sihat. Bila sel (asas binaan badan kita) sihat, maka fungsi badan yang lain pun akan berjalan dengan sempurna. Kurang lah sikit risiko untuk dapat masalah kesihatan kan? Siapa yang nak cantik, nak kurus, nak susu banyak, nak bertenaga semuanya ambil ESP. Sebab tu la, dalam banyak-banyak produk Shaklee, ESP ni digelar hot seller product!


Ok, nanti Liza cerita lebih lanjut lagi tentang kepentingan produk-produk hebat ni dalam entry yang lain ye, cerita panjang-panjang dalam satu entry, kang ada pulak yang pengsan. Hihi. Macam biasa, kalau nak dapatkan apa-apa produk Shaklee atau FeelVogue, boleh lah contact Liza cepat-cepat ye. Konsultasi adalah sentiasa PERCUMA, nak risik-risik dulu pon ok je, jangan takut jangan segan tau.

Sekian.






Pertanyaan atau tempahan:
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, February 26, 2015

Cara nak dapatkan anak yang berkulit cantik dan sihat

Salam Semua..

Selain dapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang berkulit cantik dan comel juga menjadi idaman dan impian setiap ibu yang hamil. Kalau tak, tak de la entry Liza  Tips nak dapatkan anak comel gebu gebas macam anak Che Ta  boleh dapat 836 hits walaupun baru berapa bulan Liza post, kalah entry-entry yang lain. Hihi. Liza juga, ada terima mesej dan wasap dari ibu hamil yang mintak tips untuk dapatkan anak yang berkulit cantik dan sihat. 




Ok, disebabkan ramai golongan ibu-ibu ni yang nak tahu apa yang boleh diamalkan sewaktu hamil untuk dapatkan baby yang berkulit cantik, putih dan gebu, meh Liza kongsikan sekali lagi. Kulit kita ni terdiri daripada sel, dan sel yang sihat akan menghasilkan kulit yang sihat. Protein pula merupakan sumber asas atau 'makanan utama' sel. Jadi, sel yang mendapat sumber protein yang berkualiti dengan kadar yang mencukupi, akan menghasilkan sel yang sihat. Hasilnya, kulit akan tegang, lembut, kelihatan segar, bersih dan cantik.


Dalam produk Shaklee pula, sudah semestinya ESP merupakan sumber protein terbaik yang tidak boleh disangkal lagi. Alhamdulillah, ramai ibu hamil yang dah berpuas hati dengan hasil yang mereka perolehi apabila mengamalkan ESP sepanjang proses kehamilan. Bukan kulit anak je cantik, terus pakej dengan mak sekali ye. Kulit ibu pun cantik, lebih bertenaga dan mengurangkan risiko GDM (kencing manis ketika hamil). Nak lagi cun, ambil satu set ibu hamil terus, baru boleh tampung keperluan nutrisi ibu dan bayi secara menyeluruh.

Jadi, sesiapa yang nak anak berkulit cantik dan sihat serta inginkan pengalaman hamil yang indah bersama Shaklee, boleh hubungi Liza segera. Konsultasi adalah PERCUMA! 






Pertanyaan atau tempahan:
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Wednesday, November 5, 2014

Tips dapat anak comel gebu gebas macam anak Che Ta

Salam Semua..

Tiga empat hari ni penuh wall facebook dengan gambar baby girl primadona Malaysia, Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Cerita ni punyalah viral hinggakan tenggelam stori perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara JDT dan Pahang sabtu lepas. Macam tu la kuatnya penangan baby Che Ta yang super comel ni. Ye la, tengok mak ayah dia la kan? Mak 40-an pon cun melecun macam anak dara, ayah pulak mix. Ape pun, ni semua nak tunjukkan indahnya dan hebatnya Dia yang Maha Kuasa sebagai pencipta. SubhanaAllah..



Nanti ada la tu bakal-bakal ibu atau mak-mak yang tengah pregnant duk tatap gambar anak Che Ta ni siang malam, kot-kot terkenan kat anak sendiri.. Hehe. Tak yah susah-susah, Liza ada tips macam mana nak dapatkan anak putih, kulit cantik gebu gebas macam anak cik Ta tu. Tapi muka ikot mak ayah masing-masing la, dah kenapa pulak nak anak korang ikot muka Zain Saidin tu.. Hihi

Caranya adalah, ibu yang sedang hamil digalakkan untuk mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sepanjang proses kehamilan sehingga bersalin. Tak perlu banyak pun, ambil sekali sehari pun dah cukup. Ni bukan kisah dongeng macam lagu Stacy tu tau, ni kenyataan. Beberapa orang kawan Liza termasuklah Liza sendiri pon dah lalui benda ni. Anak Liza Alhamdulillah, lahir je tak de masalah kulit muka yang biasa berlaku kat baby-baby baru lahir. Comel je kulit dia walaupun tak seputih anak Che Ta. (Ye lah, dah mak ayahnya tak berapa nak putih.. Hihi). Tapi yang penting kulit dia sihat, tak de masalah. 

Antara kelebihan lain yang ibu hamil dapat apabila ambil ESP
  • Ibu hamil lebih bertenaga
  • Mengurangkan risiko ibu hamil terkena kencing manis ketika hamil (diabetis gestasi)
  • Merangsang penghasilan susu ibu sebaik sahaja selepas bersalin
  • Mengawal berat badan ibu hamil supaya tidak naik secara mendadak 
Mereka dah cuba, anda bila lagi?








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787



Thursday, June 26, 2014

Berpuasa dengan Shaklee

Salam Semua..

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, mudah-mudahan kita semua sekali lagi akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Tahun ni merupakan tahun ke-dua Liza berpuasa dengan Shaklee. Jika tahun lepas, Liza berjaya untuk berpuasa penuh dengan usia kandungan 5 bulan, InsyaAllah tahun ni Liza harapkan dapat menunaikan ibadat puasa dengan lebih baik lagi. Tapi dah tak boleh puasa penuh la. Hehe. Ramai orang yang mampu berpuasa, tapi badan letih, lemau je. Nak buat kerja pun tak bersemangat, amalan-amalan sunat pun tak mampu nak buat.

Kan best kalau kita berpuasa, tapi badan segar dan bertenaga je. Aktiviti harian pun tak terganggu, amalan-amalan sunat pun boleh dirutinkan. Jangan risau, ni lah fungsi Set Berpuasa dari Shaklee ni. Ia boleh membantu kita untuk mendapatkan tenaga dan kesegaran ketika berpuasa.


ESP memang tak boleh dinafikan lagi sebagai pembekal tenaga yang baik kan. Tahun lepas Liza memang amalkan minum ESP waktu sahur, memang bertenaga sampai la waktu berbuka. Tapi bagi mereka yang kurang gemarkan soya atau golongan kanak-kanak, bolehlah gantikan dengan Mealshake. Liza pun dah cuba Mealshake ni, wangi bau vanila memang sedap!

Tahun lepas Liza belum cuba Performance Drink, tapi baru-baru ni Liza puasa dan try berbuka dengan PD. Memang lain sangat! Badan terus rasa bertenaga dan tak mengantuk. Biasa lepas berbuka kan kita rasa mengantuk, tu yang terawih ke laut aje tu. Huhu. 

Apa kata mereka?



Bagi mereka yang nak cuba berpuasa dengan Shaklee pada tahun ni, bolehlah hubungi Liza ye. Set ni sesuai untuk semua golongan, termasuk warga emas, kanak-kanak, ibu hamil atau ibu menyusu. Jangan segan-segan untuk hubungi Liza tau, konsultasi percuma je. Nanti Liza akan suggestkan mengikut bajet dan keperluan anda.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, May 26, 2014

Set berpantang Shaklee terbaik untuk ibu dan anak

Salam Semua..

Entry kali ni Liza tujukan khas untuk kawan-kawan serta pembaca yang bakal bersalin tidak lama lagi. Bagi ibu-ibu yang bakal bersalin, set berpantang adalah salah satu 'check-list' yang mesti ada kan? Ia penting untuk memastikan ibu cepat pulih, sihat dan bertenaga sepanjang tempoh berpantang. Tiada paksaan untuk memilih Set Berpantang dari Shaklee ni sebenarnya, cuma Liza nak berkongsi pengalaman Liza sendiri dan beberapa testimoni mereka yang telah berpuas hati selepas menggunakan Set Berpantang Shaklee. Yang penting, pilihlah set berpantang yang dirasakan terbaik untuk anda serta bayi. Taip entry ni, tetiba rasa rindu pulak nak bersalin lagi, padahal Muhammad Aqil baru je 7 bulan..Hehe


Set Berpantang Shaklee
  1. Zinc Complex - Mempercepatkan proses pemulihan luka
  2. B-Complex -  Sebagai anti-stress dan mengelakkan ibu daripada meroyan
  3. Vitalea - Multivitamin, juga untuk seimbangkan HB ibu 
  4. Vitamin C - Meningkatkan imunisasi ibu 
Jika anda mempunyai bajet lebih, disarankan juga untuk menambah Energizing Soy Protein (ESP) dan Ostematrix ke dalam Set berpantang di atas. Ini kerana, ESP dapat membantu anda untuk kekal bertenaga serta membantu dalam memekatkan susu ibu. Bila susu ibu lebih pekat, bayi akan cepat kenyang dan tidur lebih lama. Jadi, ibu mempunyai masa lebih untuk berehat.

Ostematrix pula berfungsi untuk membekalkan kalsium untuk keperluan ibu dan secara tak langsung kepada bayi, melalui susu ibu. Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan badan ibu mudah lenguh, kebas, tidur kurang lena dan yang paling ditakuti, gigi ibu mungkin akan ronggak. Ha, seram kan?


Dari pengalaman Liza pulak, memang sangat berpuas hati dengan Set Berpantang ni. Luka memang cepat baik, susu memang meriah (baju basah sokmo..hihi), dan yang paling Liza suka adalah Ostematrix. Selain nak jaga gigi dan tulang, Ostematrix juga dapat mengelakkan Liza dari sembelit. Fuhh, ngeri pulak kalau bayangkan sembelit selepas bersalin kan? Oh ya, lagi satu.. alhamdulillah, berat badan Liza dah kembali semula kepada berat asal sebelum pregnant dulu. Seronok!  Ok, sekarang jom kita tengok apa kata mereka:

Testimonial Set Bersalin Shaklee




Jadi, jika anda berminat untuk mencuba atau ada sebarang pertanyaan tentang Set Berpantang ni (atau mana-mana produk Shaklee yang lain), boleh la hubungi Liza ye. Jangan risau, konsultasi adalah percuma, jadi beli atau tak, lain cerita. Hehe. Sekali lagi Liza nak bagitau, yang Liza adalah pengedar Shaklee kawasan Sri kembangan. Sesiapa yang tinggal di kawasan Ekuine, Serdang, Bangi dan yang sewaktu dengannya, boleh COD (Cash on delivery) sahaja. Selain dari kawasan ni pulak, tak de masalah, Liza boleh post. InsyaAllah, order sebelum pukul 2 petang, akan dipos pada hari yang sama, dan kebiasaannya, esok dah sampai ke tangan anda. Menarik tak?


P/S: Jom kumpul DUIT RAYA!



Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Sunday, March 2, 2014

Promo ESP harga rendah cecah lantai

Salam Semua..

Seram tak baca tajuk entry kali ni? Hehe.. Tapi ni bukan auta atau gimik semata-mata tau, memang kenyataan. Promo yang ditunggu-tunggu telah pun muncul! Kali terakhir, bulan Oktober 2012, lama sangat dah kan? Jadi, ni la masa yang sesuai untuk pencinta-pencinta Energizing Soy Protein (ESP) untuk dapatkan hot seller Shaklee ni. Kenapa ESP hot seller? Tentulah sebab ESP adalah protein yang merupakan asas penting dalam pembentukkan sel. Jika sel badan kita sihat, maka bolehlah ia berfungsi dengan baik. 


RM0.00 Shaklee: Mar'14 Buy 6 Free 1 Promotion - ESP Soy Protein Isolated Powder (00P209) DN726, 234UV. Place your order now!


Apa yang Liza tawarkan sempena promo kali ni, ya? Macam biasa, semua set yang mengandungi ESP akan dapat harga istimewa kaw-kaw punya. Paling tidak pun, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tawaran di bawah ni:
  • 1 canister ESP dengan harga istimewa + Free gift
  • 2 (atau lebih) canister ESP dengan harga istimewa + Free gift + Free postage
  • Beli 6 canister ESP + Free 1 canister ESP + Exclusive Free gift + Free Shaklee membership + rebate
Pilihan yang ketiga tu sangat-sangat la best, rugi tak grab tau. Share dengan kawan-kawan, cukup 6 orang, anda dah boleh dapat free 1 canister ESP, siap dengan cash rebate. Mudah kan? Lagipun, ESP dah memang ramai peminat, dah popular sangat, so tak payah explain banyak pun, dorang nak. 

Ok, sebarang pertanyaan boleh hubungi Liza ye. Jangan ketinggalan promo hebat ni. Ops! lagi satu, kena cepat tau, nanti habis stok kat branch, lama pulak kena tunggu. Ye lah, dah nama pun hot seller kan? Harga biasa pun orang sapu, ni kan pulak time promo camni, memang angkut berkoyan-koyan la dorang ni. Buat stok pun boleh tau, ye lah sementara harga tengah murah kan. Jangan risau, expired date lambat lagi.



P/S: Kenapa ESP Shaklee ni lain dari yang lain?








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, February 3, 2014

Promosi set combo Shaklee sempena promo Vitalea

Salam semua..

Seperti biasa, setiap kali ada produk promo, Liza mesti akan buat promo set combo sekali kan. Yang membezakan set combo ni, bergantung pada produk promo bulan tu. So, bulan ni Vitalea yang jadi produk promo, jom kita cekidout set apa yang Liza tawarkan harga terbaik.

SET IBU HAMIL

Bagi ibu hamil, nutrisi yang seimbang sangat penting untuk kesihatan ibu dan juga perkembangan tumbesaran anak di dalam kandungan. Amatlah mustahil untuk si ibu mendapat nutrisi yang lengkap dari pemakanan seharian sahaja. Sebab itulah, setiap ibu yang hamil akan dibekalkan vitamin tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan. Jangan ambil mudah tau, kekurangan nutrisi oleh ibu hamil boleh menyumbang kepada kelahiran pra-matang dan kecacatan pada bayi.


Set yang disyorkan terdiri daripda Energizing Soy Protein (ESP), Vitamin C, B-complex dan Vitalea. Dengan pengambilan set ini, si ibu akan rasa lebih bertenaga, tidak mudah terkena penyakit berjangkit seperti demam selesema, HB akan normal, dan membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

SET IBU MENYUSU

Ibu yang menyusu juga memerlukan nutrisi yang mencukupi sama seperti ibu hamil kerana ibu yang menyusu akan menyalurkan zat yang baik kepada anak melalui susu badan. Ini amat penting terutamanya bagi anak di bawah umur enam bulan yang fully breast-feed kerana dia bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. 


Set ibu menyusu yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Alfalfa dan Vitalea ini akan membekalkan tenaga yang secukupnya untuk si ibu, memekatkan susu supaya anak cepat kenyang, meningkatkan pengeluaran susu ibu, mengurang sakit-sakit badan pada si ibu serta meningkatkan imunisasi ibu dan anak.

SET PEMBERI TENAGA

Set pemberi tenaga ini pula khas untuk individu yang berkerja kuat, bekerja di luar pejabat atau di bawah cahaya matahari, bekerja lebih masa, pekerja yang selalu outstation, individu yang kerap memandu untuk tempoh masa yang lama, atau mereka yang selalu lemah dan tidak bermaya. Set pemberi tenaga terdiri daripada Performance drink (PD) dan juga Vitalea. PD yang berperisa oren ini merupakan minuman isotonik yang menghalang penghidratan atau dalam erti kata lain, membantu menyimpan air dalam badan. Jadi, dengan pengambilan set ini, badan akan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.


Ha, menarik tak set promo Liza kali ni? TUNGGU DULU!! dengan setiap pembelian set Ibu Hamil dan set Ibu Menyusu, anda layak menerima 20% LESS untuk pembelian Ostematrix Shaklee. Kalau nak tahu, Ostematrix ni salah satu dari suplement favourite Liza tau. Nak tahu kenapa? boleh baca kat sini.

Ok, pada sesiapa yang berminat, atau ingin bertanya apa saja berkaitan dengan produk Shaklee, boleh la hubungi Liza segera ye. Harga istimewa dan konsultasi percuma hanya untuk anda.




P/S: Nak order set boleh, nak order ala carte pun boleh =D





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, January 13, 2014

Promosi bulan Januari - Alfalfa

Salam semua..

Kesian blog Liza ni dah bersawang, hampir tiga bulan tak update. Betul lah orang kata, manusia hebat merancang, tapi Allah jua yang Maha menentukan. Liza plan time cuti bersalin hari tu, nak fokus kat Shaklee ni, tapi macam-macam dugaan pulak datang dalam masa tiga bulan tu. Yang tu, len kali Liza cerita ye. Hari ni Liza nak cerita tentang product promo bulan ni (dah 13 hb, baru nak bagitau? haih..), suplement kecintaan wanita - Alfalfa.


Produk promosi pembuka tahun baru ni unik sikit sebab ada dalam dua saiz, small saiz (330bj) dan large (700bj). Alfalfa ni memang dikenali sebagai raja segala tumbuhan yang kaya khasiatnya terutama untuk golongan wanita. Tapi jangan salah anggap pulak, kaum adam pun boleh ambil alfalfa ni. No problem!

Tahukah anda? Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrient. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.


Sempena dengan promosi kali ni, Liza nak buat NEW YEAR SALE untuk 2 set yang fames amos ni:


SET KURUS SHAKLEE

Alfalfa - Merupakan agent detox yang baik. Berfungsi untuk menyingkirkan segala toksik, lendir dan lemak yang berkumpul di dinding usus melalui pembuangan air besar. Proses detox ini amat diperlukan kerana ingin memaksimumkan kadar penyerapan nutrient oleh badan.

Lecithin -  Merupakan agent pemecah lemak yang baik sebelum menyingkirkannya dari badan. Lecithin tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, oleh itu ia mesti diambil dari luar.

Cinch Shake - Merupakan minuman protein yang boleh didapati dalam 3 perisa iaitu Cafe Latte, Chocolate dan Vanilla. Meningkatkan metabolisme tubuh dan perkembangan otot, mengawal nafsu makan serta menjaga otot bebas lemak. Pengambilan protein amat perlu untuk individu yang ingin menurunkan berat badan agar badan tidak mengelebeh setelah lemak-lemak dari badan berjaya disingkirkan.


SET MENYUSU SHAKLEE

Alfalfa - Berfungsi sebagai 'milk booster' yang meningkatkan pengeluaran susu ibu. Selain itu juga, ia baik untuk ibu lepas bersalin kerana ia juga dapat memulihkan urat selepas bersalin.

Energizing Soy Protein (ESP) - Pengambilan ESP dapat memekatkan susu ibu sekali gus anak yang menyusu akan cepat kenyang dan kurang meragam. bu menyusu yang mengambil ESP juga akan lebih bertenaga dan tak mudah penat.


Jadi, untuk anda-anda yang ingin mencuba salah satu dari set di atas, boleh hubungi Liza segera. Bukan apa, selalu sangat produk promo ni habis stok sebelum akhir bulan. Haih, shaklee kan dah jadi fenomena sekarang. Harga akan kembali kepada harga asal selepas 31 Januari. Nak tanya-tanya dulu pon boleh, jangan takut, Liza makan Shaklee je, tak makan orang. Hehe..



P/S: Boleh beli alacarte atau set, yang pasti harga rendah cecah lantai!







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas