Wednesday, January 11, 2017

Rutin baru di tahun baru 2017

Salam Semua..

Liza rasa belum terlambat kot untuk Liza ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017 kepada semua pembaca blog Liza ni. Semoga tahun ni memberi seribu kebahagian dan kejayaan buat kita semua.

Lama dah tak ber-update blog Liza nih. Liza tengok balik rupa-rupanya dah hampir setahun tak de entry baru. Dari sebelum bersalinkan Faheem, sekarang Faheem dah nak masuk 11 bulan. Hihi. Tapi InsyaAllah lepas ni Liza cuba untuk update dengan konsisten sebab memang Liza ni suka bercerita. Nak bercerita kat siapa lagi kalau dah 24 jam kat rumah, bercerita kat blog la.

Ok lah. Untuk entry pembuka tirai 2017 ni, Liza share story santai-santai je, rutin baru Liza sebagai seorang work-at-home-mom ni. Tahun ni, Aqil dah masuk 4 tahun, jadi Liza dan husband decide untuk start hantar dia ke sekolah. Bukan untuk pandai akedemik sangat pon. Alah, kalau untuk umur 4 tahun tu, mama boleh ajar lagi. Hehe. Tapi, lebih kepada nak ,mengajar dia untuk pandai berdikari, pandai bergaul, berkawan dan bersosial tanpa Mama dan Abi dia, Ye lah, kalau sebelum ni 24 jam asyik dengan mama je, bagi lah peluang dia berada di dunia luar pulak.



So.. bermula lah rutin baru Liza. Setiap pagi, setelkan Aqil nak pergi sekolah, hantar dia sekolah (kalau suami outstation), tengahari ambil dia dari sekolah, then malam setelkan keperluan sekolah dia. Hari ni dah masuk hari ke-4 dia sekolah, tapi mood Liza masih lagi ke laut. Serius, malam pertama dia sekolah tu, memang gloomy habis, Teresak-esak sebelah dia yang tengah lena tidur. dah besar anak mama.



Tapi, Liza anggap semua yang berlaku ada hikmahnya. Aqil masuk sekolah ni pon ada hikmahnya. Boleh la Liza mula menjadi morning-person. Kalau tak, lepas subuh asyik tarik selimut balik. Hehe. Hikmah lain, boleh lah Liza sambung berblogging ni ha, Sebab once dia dah start sekolah, dah pandai tidur awal dah. Jadi, malam atau pagi time dia pergi sekolah tu, ada la peluang untuk Liza menaip.

Akhir kata, semoga tahun 2017 ni akan mencipta lebih banyak kebaikan dan kenangan manis yang boleh kita banggakan pada akhir tahun nanti. InsyaAllah.

Opss! Tahun baru, biasanya perbelanjaan pon makin bertambah, Awal-awal tahun pon dah dapat hadiah New Year dari kerajaan - minyak naik! Jadi,, bagi sesiapa yang berminat nak buat side income (atau main income) boleh la contact Liza ye. Jangan bimbang sebab bisnes ni hampir tiada risiko. Tanpa modal pon, hanya perlukan orang yang POSITIF dan RAJIN je. Jika anda orang nya? Jom whatsapp Liza ye. Jangan tangguh-tangguh, kerana " FAST ACTION, FAST RESULT ".





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Friday, January 15, 2016

ESP Shaklee kuatkan rahim dan tingkatkan peluang untuk hamil

Salam Semua..

Bagi orang yang kenal Liza, mungkin fikir Liza bertuah sebab tak de masalah untuk mendapatkan zuriat. Ye lah, sekarang pon tengah hamil anak kedua. Tapi, orang tak tahu kisah disebaliknya. Ye, mungkin betul Liza tak de masalah untuk dapatkan anak pertama, berjaya conceive mengikut perancangan. Tapi tidak lagi untuk anak yang kedua ni. 


Kami suami isteri plan untuk dapatkan anak kedua pada hujung tahun lepas(2015), jadi ada gap 2 tahun la dengan anak sulung. Tapi, tak de rezeki untuk hamil pada awal tahun tu. Lepas sebulan, sebulan. Lepas sebulan, sebulan mencuba, tetap tak berhasil. Yang lagi sedih, period Liza yang sebelum ni teratur je, jadi makin lewat. Ada lewat 5 hari, lewat seminggu, lewat 10 hari. Jadi bila dah lewat tu, ingatkan ada rezeki, last2 period jugak, frust je.

Faktor usia, badan penat, stress pon boleh menjadi faktor jugak susah untuk 'lekat' kali kedua ni. Jadi, selepas beberapa bulan tak berjaya, Liza nekad untuk konsisten balik dengan suplemen Shaklee sebagai salah satu ikhtiar. Liza mulakan dengan ambil ESP dulu untuk kuatkan rahim. Sebab Liza pernah terbaca, bila period delay mungkin persenyawaan dah berlaku tapi gugur, tu yang berlakunya haid.


Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah dan mungkin asbab dari ESP tu, Liza berjaya jugak hamil selepas tiga bulan konsisten dengan ESP. Selain menguatkan rahim, ESP ni jugak berfungsi untuk membekalkan tenaga yang secukupnya pada kita. Walaupun Liza ni suri rumah je, tapi penatnya boleh tahan jugak. Aqil pon tengah lasak kan sekarang, jenuh la nak layankan dia. Hehe


Jadi, bagi pembaca2 yang sedang ber-TTC (Try To Cenceive), Liza sangat mengsyorkan anda dan pasangan untuk mencuba suplemen dari Shaklee ni. Semoga dengan mencuba suplemen Shaklee ni, menjadi salah satu ikhtiar yang akan 'dipandang' oleh yang Maha Pencipta. Bukan Liza je yang dah berjaya, tapi dah ramaaaaii sangat yang dah berjaya menjadi ibu dan ayah selepas mengamalkan suplemen dari Shaklee. Kat bawah ni Liza bagi satu contoh testimoni yang baru je Liza terima minggu lepas. Seronok kan? Liza sebagai penjual je ni pon, tumpang gembira sekali.


Pada yang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh contact Liza ye. Sebaik-baiknya kita borak2 dulu, supaya Liza tau produk apa yang sesuai untuk disyorkan kepada anda dan pasangan. Ye lah, masalah dan situasi setiap orang tak sama kan? Jangan bimbang, konsultasi dan sebarang pertanyaan PERCUMA je, dan lepas tu decide tak jadi beli pon tak per, Liza tak marah pon. Memang niat ikhlas nak membantu je. =D





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, January 11, 2016

Ikhtiar untuk hamil dengan Vivix Shaklee

Salam Semua..

Secara jujurnya, Liza jarang sangat buat entry blog atau update di FB/IG mengenai kesuburan. Bukan apa, Liza risau pembaca, kawan2 khususnya akan fikir lain dan boleh buat diorang terasa. Ye lah, isu zuriat ni kan isu yang sensitif. Bimbang jugak kot2 kawan2 fikir Liza ni nak ambil kesempatan/buat keuntungan daripada masalah diorang tu.

Tapi, bila difikir2kan balik, kenapa Liza perlu fikir benda negatif je. Kenapa tak fikir dari sudut positif, misalnya dengan asbab Liza kenalkan Shaklee, diorang berjaya hamil, kan lebih baik. Jadi, dengan sebab tu Liza tekad untuk berkongsi, ikhlas untuk nak membantu mana2 pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata dengan mengsyorkan suplemen dari Shaklee ni.


Ok, dalam Shaklee memang dah ada Set Kesuburan yang mengandungi Alfalfa, GLA-Complex, ESP (untuk isteri) dan Vitamin E dan Zinc Complex (untuk suami). Tapi, set ni juga boleh berubah2 mengikut kepada situasi dan keadaan pasangan. Sebagai contoh, jika pasangan ni selalu stress dan berada dalam keadaan tertekan, Liza akan suggestkan ambil B-Complex sekali. Ha, begitu lah lebih kurang.. bergantung kepada keperluan dan bajet customer jugak.


Tapi, memandangkan bulan ni promo Vivix - si tonik ajaib tu, Liza nak syorkan bagi pasangan yang sedang ber-TTC (try to conceive) ni untuk ambil Vivix je terus. Bukan apa, ianya lebih mudah dan lebih 'power'. Dah alang2 harga tengah murah bulan ni kan?

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN?

Ok. Mula-mula, kita perlu tahu yang Vivix Shaklee ni mengandungi Resveratrol yang sangat tinggi. Ia bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat bagi melindungi sel-sel badan kita daripada rosak. Antara punca yang boleh merosakkan sel adalah pemakanan, alam sekitar yang tercemar, stress dan sebagainya. Vivix Shaklee juga sangat unik kerana mempunyai satu mekanisme yang mampu memperbaiki sel2 yang abnormal, telah teroksida atau rosak.


Resveratrol juga berfungsi untuk melindungi 'telur' daripada teroksida atau rosak. Jadi, peluang untuk telur yang sihat itu tadi untuk membesar, matang dan seterusnya disenyawakan adalah lebih tinggi.

Jadi, secara kesimpulannya, Vivix membantu dalam kesuburan wanita dan lelaki dengan meningkatkan kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan secara tidak langsung juga, ia meningkatkan peluang persenyawaan. Jom kita tengok antara testimoni mereka yang telah berjaya:


Yang lagi best, khas buat customer Liza yang berminat untuk dapatkan Vivix sebagai ikhtiar untuk hamil, Liza dah sediakan LIMITED EKSKLUSIF FREE GIFT yang sangat2 berguna untuk anda.

Selain dari tu, jika anda beli dua botol Vivix, anda juga akan layak untuk dapat FREE KEAHLIAN SEUMUR HIDUP SHAKLEE dan CASH REBATE pada bulan depannya. Menarik kan? Jadi, apa tunggu lagi, jom wasap Liza sekarang. Nak borak2 tanya2 dulu pon tak per je, tak de masalah. =D





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, January 8, 2016

Vivix - tonik ajaib yang memelihara kesihatan anda secara menyeluruh

Salam Semua..

Kalau semalam Liza dah kongsikan mengenai salah satu produk promo bulan ni - Zinc Complex, hari ni Liza nak share lagi satu produk promo yang digelar tonik ajaib - Vivix. Bila ada customer yang mintak pendapat untuk dapatkan hanya satu jenis suplemen sahaja (tak nak ambil set/banyak2 jenis suplemen), tapi inginkan yang cover secara menyeluruh, memang Liza akan syorkan Vivix ni terus. 

Bagi pengguna setia Vivix, memang tak perlu dihebahkan lagi tentang kehebatan dan manfaatnya dalam menyelesaikan masalah kesihatan mereka. Kalau anda nak tahu, Vivix ni diperbuat dari anggur muscadine yang hanya boleh didapati di negara Eropah. Saiz sebiji anggur muscadine ni sebesar bola golf tau, dan berharga lebih kurang RM100 sebiji. Wow! Cuba anda bayangkan berapa biji anggur muscadine yang ada dalam sebotol Vivix tu? Mewahkan?



Antara khasiat Vivix untuk anda:
  • Menggalakkan penuaan yang sihat (awet muda)
  • Membantu mengelakkan kanser (merencat sel kanser dari menjadi semakin serius)
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan komplikasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi
  • Menggalakkan kehilangan berat badan
  • Menyokong kesihatan mata
  • Membantu memulihkan penyakit strok/angin Ahmar
  • Membantu merawat cyst
  • Membantu memulihkan penyakit gout
  • Mengawal penyakit darah tinggi
  • Mengurangkan ketagihan merokok
  • Meningkatkan kesuburan
  • Membantu merawat gejala lupus/ SLE
  • Menggalakan kesihatan secara menyeluruh
Hebatnya Vivix ni adalah ia mampu melambatkan proses penuaan sel, melindungi, memperbaiki serta berupaya memperbaharui sel dan DNA yang telah rosak. Asas badan kita kan daripada sel dan DNA, jadi apabila kedua2nya ini sihat dan terjaga, maka kesihatan kita secara keseluruhannya juga InsyaAllah dalam keadaan yang baik dan terhindar daripada penyakit2 berbahaya.


Semua orang pon boleh ambil Vivix ni ye, cuma bagi kanak-kanak dan ibu hamil je, ia tidak digalakkan. Pengambilannya pun simple, tak perlu telan banyak2, tak perlu bancuh/shake, hanya ambil satu sudu setiap hari sudah cukup untuk melindungi kesihatan anda secara menyeluruh. Ia juga sangat sesuai untuk golongan warga emas, tak kiralah samada mereka yang mempunyai masalah kesihatan ataupun tidak.


Ha, dah alang2 bulan ni promo ni.. Boleh lah beli Vivix ni untuk dijadikan hadiah tahun baru buat mak ayah kan? Kalau rasa mahal, boleh kongsi beli dengan adik-beradik, confirm mak ayah terharu! Berapalah sangat harga Vivix ni jika nak dibandingkan dengan kesihatan mereka yang tidak ternilai tu kan? Setuju tak? Kalau setuju, jom contact Liza cecepat ye! Hihi





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787