Showing posts with label Keahlian Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Keahlian Shaklee. Show all posts

Wednesday, January 11, 2017

Rutin baru di tahun baru 2017

Salam Semua..

Liza rasa belum terlambat kot untuk Liza ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017 kepada semua pembaca blog Liza ni. Semoga tahun ni memberi seribu kebahagian dan kejayaan buat kita semua.

Lama dah tak ber-update blog Liza nih. Liza tengok balik rupa-rupanya dah hampir setahun tak de entry baru. Dari sebelum bersalinkan Faheem, sekarang Faheem dah nak masuk 11 bulan. Hihi. Tapi InsyaAllah lepas ni Liza cuba untuk update dengan konsisten sebab memang Liza ni suka bercerita. Nak bercerita kat siapa lagi kalau dah 24 jam kat rumah, bercerita kat blog la.

Ok lah. Untuk entry pembuka tirai 2017 ni, Liza share story santai-santai je, rutin baru Liza sebagai seorang work-at-home-mom ni. Tahun ni, Aqil dah masuk 4 tahun, jadi Liza dan husband decide untuk start hantar dia ke sekolah. Bukan untuk pandai akedemik sangat pon. Alah, kalau untuk umur 4 tahun tu, mama boleh ajar lagi. Hehe. Tapi, lebih kepada nak ,mengajar dia untuk pandai berdikari, pandai bergaul, berkawan dan bersosial tanpa Mama dan Abi dia, Ye lah, kalau sebelum ni 24 jam asyik dengan mama je, bagi lah peluang dia berada di dunia luar pulak.



So.. bermula lah rutin baru Liza. Setiap pagi, setelkan Aqil nak pergi sekolah, hantar dia sekolah (kalau suami outstation), tengahari ambil dia dari sekolah, then malam setelkan keperluan sekolah dia. Hari ni dah masuk hari ke-4 dia sekolah, tapi mood Liza masih lagi ke laut. Serius, malam pertama dia sekolah tu, memang gloomy habis, Teresak-esak sebelah dia yang tengah lena tidur. dah besar anak mama.



Tapi, Liza anggap semua yang berlaku ada hikmahnya. Aqil masuk sekolah ni pon ada hikmahnya. Boleh la Liza mula menjadi morning-person. Kalau tak, lepas subuh asyik tarik selimut balik. Hehe. Hikmah lain, boleh lah Liza sambung berblogging ni ha, Sebab once dia dah start sekolah, dah pandai tidur awal dah. Jadi, malam atau pagi time dia pergi sekolah tu, ada la peluang untuk Liza menaip.

Akhir kata, semoga tahun 2017 ni akan mencipta lebih banyak kebaikan dan kenangan manis yang boleh kita banggakan pada akhir tahun nanti. InsyaAllah.

Opss! Tahun baru, biasanya perbelanjaan pon makin bertambah, Awal-awal tahun pon dah dapat hadiah New Year dari kerajaan - minyak naik! Jadi,, bagi sesiapa yang berminat nak buat side income (atau main income) boleh la contact Liza ye. Jangan bimbang sebab bisnes ni hampir tiada risiko. Tanpa modal pon, hanya perlukan orang yang POSITIF dan RAJIN je. Jika anda orang nya? Jom whatsapp Liza ye. Jangan tangguh-tangguh, kerana " FAST ACTION, FAST RESULT ".





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Wednesday, January 6, 2016

Peluang tambah pendapatan di tahun baru 2016

Salam semua..

Belum terlambat rasanya untuk Liza ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016 kepada semua pembaca blog Faza Shop. Diharapkan agar semua azam anda pada tahun ini akan terlaksana dan semestinya tahun ni akan lebih cemerlang berbanding tahun lepas dalam semua hal. InsyaAllah..


Sebagai rakyat Malaysia, sudah mesti anda semua sedar dan sudah pon terasa akan bahang ekonomi negara yang semakin tegang sejak kebelakangan ni. Kos sara hidup naik, tol naik, tarif elektrik naik, tambang pengangkutan awam naik, boleh dikatakan serba serbi naik lah! Yang menjadi tanda tanya, gaji kita naik tak? Haaaaa.. Tepuk dada, tengok payslip.. Hihi

Bulan lepas pon Liza dapat berita yang ada jugak benda yang naik dalam Shaklee. Tapi... Bukan harga barang yang naik, tapi bonus Shaklee! Alhamdulillah.. Baiknya Shaklee, prihatin jugak kat rakyat Malaysia yang semakin tersempit ni. Jadi, rasa macam tak best pulak kalau Liza simpan benda ni sorang2.

Jadinya, Liza mengalu-alukan sesiapa sahaja, tak kiralah penjawat kerajaan, pekerja swasta, suri rumah, pelajar (pelajar sekarang pon dah ada yang pegang 5 angka dengan Shaklee tau) ataupun penganggur yang tengah mencari-cari peluang untuk menambah pendapatan tu, untuk sama-sama grab peluang yang Shaklee tawarkan ni. 

Tak de modal?
Tak nak simpan stok?
Tak reti berbisnes?
Susah?

Kalau itu yang bermain di fikiran anda sekarang, jangan bimbang. Sebab Liza pon macam tu dulu. Daftar ahli hanyalah RM75 seumur hidup, yang mana Liza rasa sangat2 lah mampu untuk anda sediakan. Kalau kena caranya, bulan pertama join pon dah dapat balik modal tu, malah boleh dapat berganda2 lagi.

Anda juga tak perlu simpan stok, tak perlu nak keluar menjaja sana-sini, tak perlu hadir ke meeting2 yang bukan2. Semuanya dihujung jari je. Alhamdulillah.. Group Liza juga mempunyai kumpulan sokongan yang sangat aktif membantu antara satu sama lain dalam memberi tunjuk ajar tentang Tips marketing, info produk, atau apa saja urusan mengenai Shaklee. 


Bagi Liza, inilah bisnes yang paling mudah dan flexible untuk semua orang. Tak mengganggu urusan harian anda langsung!

Ok lah, Liza pon tak nak tulis panjang-panjang lagi dah, nanti korang bosan pulak baca Liza membebel. Hehe. Pada sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh wasap/mesej Liza terus ye. Jangan bertangguh lagi tau sebaaaabbb 'FAST ACTION, FAST RESULT'. Jom mulakan langkah kejayaan anda yang pertama dengan menghubungi Liza segera.






Pertanyaan atau tempahan:
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Wednesday, May 27, 2015

Peluang untuk dapatkan Vitalea secara PERCUMA

Salam semua..

Baru sempat nak update Blog untuk bulan ni dek kerana ada hal-hal keluarga yang perlu di-setelkan terlebih dulu. Tertahan-tahan je rasa kat hati ni nak kongsikan pasal barang free ni. Barang free, siapa tak nak kan? Ok la, Liza nak bagitau ni, sempena ulang tahun Vitalea (multivitamin yang pertama di dunia) yang ke-100, Shaklee dengan baik hatinya nak bagi free je Vitalea ni kat sesiapa saja yang daftar ahli. Jadi, bagi mereka yang dah lama plan nak sign up ahli Shaklee atau tengah intai-intai peluang nak cari duit sampingan, ha sekarang ni lah masa yang sangat sesuai.


Yuran keahlian tak sampai RM80 pun, tapi dapat Vitalea yang harganya lebih mahal dari tu (RM88.75). Untung kan? Yang lagi best, kalau anda nak free membership pon ada caranya. Boleh hubungi Liza untuk nak tahu lebih details ok? Ada jugak yang tanya Liza,

"Apa yang bestnya Vitalea ni? Biasa dengar Vitamin C dan ESP je. Kalau saya tak nak makan Vitalea tu, ada ke orang nak beli, kang membazir je."

Ishhh.. Tak kenal maka tak cinta tau! Vitalea ni adalah multivitamin yang pertama di dunia dan masih bertahan di pasaran dunia sehinggalah berusia 100 tahun. Agak-agak la kan, kalau produk tu tak best, tak berkesan, tak selamat, mampu ke nak bertahan dalam pasaran lama macam ni? Mestilah tak kan.. Bagi Liza sebagai peniaga, kebiasaanya orang yang cari Vitalea ni adalah golongan ibu hamil, ibu menyusu dan individu yang mudah letih dan lesu. 

Antara fungsi utama Vitalea Iron Formula:

  • Menstabilkan bacaan HB. Baik untuk ibu hamil dan ibu menyusu
  • Memberi tenaga dan mengelakkan badan mudah letih dan lesu
  • Pengambilan bersama Vitamin C mampu mencantikkan kulit


Ni baru sikit je yang Liza listkan. Sebenarnya banyak lagi tau fungsi Vitalea ni yang boleh membantu menyelesaikan masalah kesihatan ramai orang di luar sana. Jadi, sesiapa yang berminat untuk berkongsi kebaikan produk ni dengan orang ramai disamping menjana wang sampingan, sekaligus dapat Vitalea ni secara PERCUMA, boleh la hubungi Liza ye. Jangan bertangguh tau sebabnya promo ni adalah terhad dan raya pun dah tak lama, jom kumpul duit raya dari sekarang!






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, May 1, 2015

Promosi hebat bulan Mei

Salam Semua..

Sebelum tu, Liza nak ucapkan selamat bercuti kepada semua, cuti panjang la kan dari jumaat sampai isnin, lama tu. Dalam facebook pun ramai yang bagi 'info traffic' sepanjang perjalanan balik kampung. Cuma kali ni kitorang sekeluarga tak de peluang la nak makan jem tanpa roti di jalan raya, sebab tak pergi mana pun. Cuti kali ni, bukan kami yang balik kampung, tapi mak Liza dan mertua dua-dua sekali datang melawat kami, Alhamdulillah =D

Semalam, sekali lagi Liza berjaya 'closing' untuk bulan April dengan lebih bergaya dari bulan sebelumnya. Sale peribadi dan team Liza dua-dua pun meningkat walaupun bulan lepas kerajaan mula laksanakan GST dan macam-macam orang duk bergosip tentang Shaklee. Alhamdulillah masih ramai yang percayakan produk kami. Terima kasih banyak-banyak tau. Liza bukan main share je, Liza berani share selepas betul-betul yakin dan percaya yang produk Shaklee ni adalah benar-benar selamat dan terbukti berkesan.

Ok, next time Liza cerita kenapa Liza yakin sangat dengan produk dan bisnes Shaklee ni ye.

Kali ni, Liza nak war-warkan dulu promo yang super gempak bulan ni. Serius cakap, bila dapat tau info ni pagi tadi, otak ni asyik duk keluar macam-macam idea. Hati ni pulak tak sabar-sabar nak canang kat semua orang, tapi tu la kena sabar dulu siang tadi sebab nak spend time dengan family. Ha, sekarang anak syurga tu dah tidur, boleh la Liza lepaskan hasrat yang terpendam ni. Hihi


Ha, tengok betapa baiknya Shaklee bulan ni (bulan-bulan lepas baik jugak..hihi), bagi Omega, Pyhtocol dan Vitalea kids sebagai promo, sampai tiga produk tuu. Kena sangat lah dengan bulan kita meraikan hari ibu ni, Omega dan Phytocol boleh dibuat hadiah untuk mak-mak kita. Ye lah, biasakan mak-mak ni sinonim dengan masalah sakit-sakit sendi, kolestrol, darah tinggi. InsyaAllah dua produk ni boleh membantu. Selain tu, kolagen dan Nutriferons yang dah lama tak de stok tu, dah ada semula dah. Yeay! Siapa yang rindu dengan dua produk hebat ni, dah boleh start order dah.

Tapi, kemuncak daripada semua promosi ni, mestilah - Vitalea akan diberikan PERCUMA pada sesiapa yang daftar ahli! Wow.. bestnya! Sebelum ni, daftar ahli dapat memberkit je. Hihi. Jadi, ni lah masa dan peluang terbaik untuk anda sign up sebagai ahli Shaklee. Hanya RM80 (Harga Vitalea pun dah RM88++) seumur hidup. Tapi, kalau nak dapatkan FREE MEMBERSHIP pun boleh je, meh roger Liza, kita sembang-sembang. 

Pendek kata, banyak sangat yang Shaklee offer bulan ni, so cepat-cepatlah rebut peluang ni ye. Lagi dua bulan kita dah nak raya, bagi yang rasa nak cari duit extra untuk raya tahun ni, jom kita sama-sama kumpul duit raya dengan Shaklee.






Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Friday, April 3, 2015

Promosi Shaklee bulan April 2015

Salam Semua..

Di kala rakyat Malaysia tengah rungsing, marah, kecewa dan bersedih dengan pelaksanaan GST yang bermula 1 April lepas, Alhamdulillah permintaan terhadap produk Shaklee masih ada dan bisnes Shaklee Liza juga berjalan seperti biasa. InsyaAllah semakin berkembang dalam sebulan dua ni. Produk Shaklee adalah makanan tambahan yang merupakan keperluan dalam hidup kita, nak tak nak kita kena juga beli. Tak kan sanggup gadaikan kesihatan diri demi nak berjimat? Tak berbaloi kan.


Lagipun perlaksanaan GST tak memberi kesan kepada pengguna Shaklee, sebab harga jualan tetap tak berubah! Baik kan Shaklee?? Pada yang masih berkira-kira untuk berbisnes dengan Shaklee, baik buat keputusan cepat-cepat, sebab dijangkakan ramai yang akan memilih bisnes Shaklee pada bulan ni demi nak mencari duit sampingan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, lagi-lagi lepas GST.

Ok, kita stop jap cakap GST ni. Macam biasa, awal bulan macam ni, Shaklee akan umumkan produk promo untuk bulan tersebut. Berita baiknya, bulan ni Shaklee menawarkan banyakkkk produk promo! Ni tak tahu lah gara-gara GST atau ape, yang pasti Shaklee dah umumkan produk promo bagi bulan April adalah GLA Complex, Lecithin, DTX Complex, Vitalea for kids dan Cinch Shake (coklat dan  Latte). Sampai lima produk sekali gus!


Apa yang Liza nampak dari promo bulan ni, orang yang nak kurus la tersenyum lebar. Ye la, beli produk promo memang banyak boleh jimat, alang-alang tu boleh jadi ahli terus, lagi jimat berganda. Nanti Liza cerita details tentang produk promo ni satu persatu dalam next entry. Kang Liza cerita panjang lebar, bosan pulak korang. Dah la tengah emo dengan GST kan? Ok ok.

Anyway, kalau anda berminat untuk tahu apa saja tentang produk Shaklee atau macamana nak buat duit dengan Shaklee, jangan segan silu untuk contact Liza ye. Konsultasi terbaik dan percuma hanya untuk anda. Terima Kasih.







Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, April 2, 2015

GST dilaksanakan di Malaysia bermula 1 April

Salam semua..

Maaf dah beberapa hari Liza tak sempat nak update. Biasa la tu, bila dah balik kampung, lari la sikit jadual kerja. Maklumlah kerja sendiri, ikut suka hati je nak kerja ke tak. Eh, tapi jangan lah ikut perangai Liza ni pulak. Kerja sendiri la kena lebih disiplin. Kan? Ok bila dah balik ni, kena kerja kuat la, nak ganti balik masa bercuti hari tu. Hihi

Semalam, hari yang ditunggu-tunggu dengan penuh harapan oleh semua rakyat Malaysia agar ada perubahan, tapi nampaknya kerajaan di bawah pimpinan Dato' Seri Najib tetap nak laksanakan GST (Good and Services Tax) seperti yang dijanjikan. Sejak malam sebelum 1 April lagi, meriah di media sosial bercakap pasal ni, macam malam raya. Post yang troll GST pun banyak, kadang tu boleh tergelak jugak la baca pasal ni.



Walau seteruk mana pun kita mengeluh dan merungut, hakikatnya tetap tidak berubah. Kita tetap kena lalui kenaikan harga barang dan tetap kena bayar cukai ni secara paksa rela. Semalam pun Liza sempat jugak berbelanja barang dapur, memang sayu je hati ni tengok barang-barang yang dah jadi keperluan harian tu dah naik harga, bukan sikit, banyak pulak tu!

Pada pandangan Liza, apa yang kita patut buat sekarang, bukan lagi setakat berjimat-cermat dalam berbelanja. Sampai bila nak berjimat? Sehari ke sehari harga barang semakin naik, tapi gaji duk takat tu jugak. Penyelesaian yang terbaik dan paling bijak ialah dengan menambah sumber kewangan. Jangan berharap pada gaji bulanan semata-mata.


Pada sesiapa yang berminat nak ceburi diri dengan bisnes, Liza nak buka peluang ni pada anda. Ia merupakan bisnes yang paling tepat buat masa sekarang kerana yuran pendaftarannya yang rendah (hanya RM80), tak perlukan modal untuk simpan stok, plan perniagaan yang telus, produk yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi, boleh dijalankan secara online atau offline dan peluang untuk menjana pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan adalah tidak mustahil.

Jangan bimbang jika anda tidak mempunyai pengalaman berniaga. Yang paling penting anda mempunyai minat, keinginan yang tinggi, tidak mudah berputus asa dan rajin. Peluang ni Liza buka hanya untuk 7 orang yang pertama sahaja untuk bulan ni. Tak kiralah siapa anda, samada anda seorang suri rumah, pelajar, pekerja swasta, kaki-tangan kerajaan, lelaki atau perempuan, boleh hubungi Liza untuk maklumat lanjut. Mana tahu, perniagaan ni bakal merubah masa depan dan kehidupan anda sekeluarga?






Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, March 24, 2015

Kerja mudah - Goyang kaki dapat duit

Salam Semua..

Kos sara hidup yang semakin meningkat dan bebanan perbelanjaan harian yang semakin bertambah dari sehari ke sehari menyebabkan masyarakat sekarang dah mula mencari pendapatan sampingan. Bagus! Kalau duk mengeluh, harga barang naik, kos sara hidup makin tinggi pun, tak de apa yang berubah jugak. Cara paling bijak, cari sumber pendapatan baru! 


Bukan orang yang dah berkeluarga je, student pon ada yang cari duit poket untuk tampung perbelajaan harian tanpa menyusahkan ibu-bapa. Tapi yang sedihnya, ramai diantara kita yang nak kerja yang mudah je, tanpa fikir panjang. Tak selidik dulu ketelusan dan halal haram sesuatu pekerjaan tu. Maaf cakap, kebiasaannya bangsa melayu lah yang paling ramai ditipu oleh skim cepat kaya, money game, pelaburan atau MLM yang entah apa-apa.


Antara iklan-iklan yang berjaya menarik/mempengaruhi ramai orang;

Kerja mudah
Mana ada kerja mudah dalam dunia ni dik oii? Cuba gi tanya orang-orang yang dah berjaya tu, jutawan-jutawan semua tu, mudah ke kerja diorang tu? Mungkin sekarang dah nampak mudah, tapi awal-awal diorang bermula dulu, agak-agak mudah tak? Kalau mudah, tak de orang susah la dalam dunia ni.

Goyang kaki dapat duit
Goyang kaki dapat duit? Celah mana nak dapat duit nye, kalau kerja kau duk goyang kaki je, kecualilah kau seorang tukang jahit. Tapi tukang jahit sekarang pon dah jarang yang goyang kaki, diorang canggih dah, guna mesin jahit auto, tekan aje.

Tak perlu jual barang 
Habis, kalau tak perlu jual barang, kau meniaga ape? Meniaga orang? Hihi

Tak perlu cari orang
Ni lagi satu statement klakor. Tak perlu cari orang untuk urus niaga? Setahu Liza la kan, orang jual makanan kucing pun kena cari orang/pemilik kucing untuk beli barang diorang. Tak kan lah nak promot kat kucing? Adoiilahnyepun..

Satu lagi, kalau iklan yang ada gambar pegang duit berkepuk-kepuk, tayang rumah besar, tayang kereta mewah, tayang cek, cepat je orang nak join kan? Hai lah, teknik macam tahun 80-an je. Liza ada jugak kenalan yang kaya-raya, jutawan pun ada, tapi tak de pulak diorang duk tayang macam-macam. Ok lah, maaf kalau ada yang terasa dengan entry Liza kali ni. Cuma, Liza sedih kalau ada kawan-kawan Liza, sebangsa dengan Liza yang terpedaya dengan tipu helah ni. Yang ditipu tu sah-sah la kesian. Tapi yang menipu tu pun, cuba la istighfar sikit. Kawan tu dah la tengah susah, nak cari duit poket, sanggup pulak kau tipu dia ye.


Pada yang berminat nak cari duit lebih tu, baiklah join real bisnes yang ada barang yang berkualiti, ada urus niaga, ada akad jual beli. Contohnya Shaklee la. Ok ok, kalau anda semua tak berminat dengan Shaklee, join la apa-apa bisnes sekalipun, asalkan real-bisnes dan semestinya tidak diragui, halal!

Sekian luahan hati Liza hari ni. Sesiapa yang berminat nak bersama-sama Liza menjana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi Liza, nanti Liza terangkan lebih details ye.








Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Sunday, March 8, 2015

Bekerja dari rumah adalah pilihan yang terbaik untuk Liza

Salam Semua..

Entry kali ni adalah sambungan dari kisah Liza, Aqil dan nursery yang Liza cerita semalam. Rasa macam tergantung pulak cerita tu, jadi nak tambah lagi sikit la, barulah seronok, kan? Hehe.. Daripada cerita Liza semalam, mungkin ada yang cakap, 'alah, dia boleh la tak kerja, suami dia mampu' atau 'alah, dia boleh la tak kerja, sebab tak de komitment nak bayar bulan-bulan'?

Ok. Untuk pengetahuan semua, suami Liza kerja sebagai eksekutif biasa je dalam syarikat swasta. Kadang-kadang, bila buat kira-kira, tolak komitment wajib bulanan, ada la lebih seratus dua. Tu je la baki untuk simpanan, beli baju baru ke, beli mainan aqil ke atau pergi jalan-jalan.

Siapa kata Liza tak de komitment bulanan? Liza ade hutang Liza sendiri, ade mak ayah, ada adik-adik yang masih lagi menjadi tanggungjawab Liza, walaupun diorang tak mengharap. Jadi, kenapa kami berani buat keputusan (untuk tidak bekerja makan gaji) ni?


Sebab yang pertama, kami yakin dengan rezeki Allah (dengan syarat, kena la usaha) yang Dia sediakan untuk kami. Kami percaya, rezeki bukan hanya datang dari kerja makan gaji. Cukuplah dengan suami Liza seorang je yang kerja dengan orang dan terikat dengan peraturan-peraturan syarikat. Ye lah, kerja kadang tak tentu masa, dan masa bersama keluarga akan terhad. Jadi, kalau dua-dua kerja, kesian Aqil. Padahal waktu-waktu dia tengah nak membesar ni lah waktu yang kritikal untuk kita mendidik dan membentuk dia seperti mana acuan yang kita mahu. Lagipun, anak-anak membesar dengan sangat cepat, jadi Liza nak hargai setiap detik masa tu.

Sebab lain, jika kita rasa pendapatan kita rm2000, jangan lah perbelanjaan kita jadi rm2300. Orang cakap, ukur baju di badan sendiri, biar balance. Macam Liza, kain baju tak kisah tak bertukar, handbag ke accessory ke memang Liza tak minat. Kadang-kadang suami nak belikan (sebab kesian..haha) pun Liza tak bagi, suruh dia berjimat. Kitorang pun sedaya upaya cut cost selagi boleh (plan telefon, astro) dan berjimat cermat dalam berbelanja.

Oh ya, Liza tak bekerja ni, tak bermakna Liza duk golek-golek dengan Aqil je 24 jam. Liza gunakan lah masa sebaik mungkin untuk fokus dengan online bisnes Liza. Kalau dulu ia merupakan bisnes part time, sekarang dah jadi full time dan perlu usaha dengan lebih serius dan gigih lagi. Impian Liza, biarlah suatu hari nanti, bisnes Liza ni memberi pulangan paling cokia pon sama dengan gaji kawan-kawan Liza yang kerja makan gaji.
Antara barang-barang yang akan dipos kepada customer. Alhamdulillah
Antara barang yang di-restock untuk customer
Ha, bila dah dengar cerita Liza ni, ada ke ibu-ibu yang bekerja dah start pasang cita-cita untuk bekerja dari rumah macam Liza? atau suri rumah yang nak ada pendapatan sendiri? atau student yang nak cari duit poket tanpa menyusahkan mak ayah? Kalau ada, jangan tunggu lama-lama, kos sara hidup, GST makin mencengkam kita hari demi hari, jom mulakan sekarang! Bermacam-macam bisnes yang boleh anda ceburi, tapi kalau nak tahu lebih lanjut tentang bisnes Liza yang sempoi tapi masyuk dunia akhirat (insyaAllah) ni, boleh la contact Liza cepat-cepat tau.

Semua kejayaan yang besar bermula daripada langkah pertama. Mulakan langkah pertama anda dengan taip no fon Liza 019-364 4787 segera dan tanya Liza macam mana?? Liza akan explain sebaik mungkin.InsyaAllah.

Doakan Liza sekeluarga ye!






Pertanyaan atau tempahan:
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, November 4, 2014

Internet terpantas umpama nadi peniaga online

Salam Semua..

Jika anda merupakan salah seorang peniaga online seperti Liza, mesti anda akan faham dan setuju dengan pendapat Liza kan? Sebagai peniaga online, internet merupakan asas penting untuk menggerakkan perniagaan. Ye lah, dah nama pun peniagaan online (online bisnes) mesti la kena online dan perlukan internet. Lagi bagus kalau line internet tu paling laju berdesup, modem boleh dibawa kema-mana, tapi murah. Hihi

Selepas Liza dan suami survey internet provider yang ada kat pasaran (ni kes tak puas hati dengan broadband Celcom), kitorang decide untuk subcribe plan dari YES. Dan yang best nya, tak pasal-pasal dapat free sebijik Tab Acer Iconia One 7, bila subcribe Plan Super 78. Alhamdulillah rezeki Aqil. Bulan-bulan hanya RM66.  Setakat ni, Liza guna ok la line dia, event lampu 4G dia merah, still laju je surfing. Nanti kalau ada ape-ape update tentang YES ni, Liza kongsi lagi ye.




Eh, Liza bukan agent jual YES la, Liza masih lagi peniaga Shaklee tegar. Saje je nak share kot-kot ada yang tengah survey internet provider yang best. Kalau unifi memang laju, tapi tak portable, tak boleh angkut gi mana-mana. Maklumlah, Liza and suami selalu outstation (suami yang outstation, Liza penyebok aje..hihi), so memang tak lekat kat rumah, rugi la kan pakai streamyx or unifi. So, sesiapa yang berkenan, boleh la terjah kaunter YES yang berdekatan dengan anda, boleh jugak terjah Liza, tapi untuk yang berkenan dengan Shaklee je la.. ;)




P/S: Berminat untuk menjadi peniaga online dengan modal yang super rendah, meh PM Liza, kita cerita-cerita.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, September 2, 2014

Peluang buat duit untuk pelajar

Salam Semua..

Pagi tadi, Liza sekeluarga pergi ke UIAM Gombak untuk menghantar adik bongsu kami, Nurul Ain untuk pendaftaran kemasukan bagi sesi 2014/2015. Adik Liza ni ambil jurusan undang-undang, sesuai sangat la dengan 'mulut murai' dia tu. Hihi.. Bila tengok student-student baru masuk universiti ni, teringat pulak nak kongsi satu peluang bisnes ni dengan adik-adik. Walaupun student, kan best kalau boleh dapat duit sampingan, tak de lah mengharapkan sepenuhnya pada pinjaman pelajaran ataupun elaun PaMa, kan?


Liza faham la, sebab Liza pun pernah jadi student jugak. Siap kerja kopitiam lagi time tu sebab nak cari duit poket, tak nak susahkan mak ayah kat kampung. Ok, untuk adik-adik yang berminat, meh akak kongsikan satu bisnes yang AWESOME ni. 

Apa yang BEST sangat bisnes ni??

  • Tiada risiko kerugian
  • Tak perlu simpan stok
  • Berkonsep dropship (Promot --> Terima pesanan --> Buat pesanan terus kepada pembeli)
  • Modal yang sangat minima (RM65 seumur hidup)
  • Pendapatan boleh mencecah 4 atau 5 angka
  • Produk yang terbukti selamat dan berkesan, telah dikenali ramai dan mempunyai permintaan yang semakin tinggi dari sehari ke sehari
  • Waktu kerja yang fleksibel dan tidak menganggu waktu belajar
  • Kumpulan sokongan yang sangat aktif dan sedia membantu pada bila-bila masa
  • Boleh dijalankan secara online, offline atau kedua-duanya sekali 

Jangan risau! bisnes ni dijamin tidak akan menganggu tugas harian adik-adik sebagai seorang pelajar. Di dalam 'group' kami juga sudah terbukti ada yang sudah berjaya memperolehi pendapatan 4 dan 5 angka sebulan  walaupun masih bergelar seorang pelajar universiti. Peluang bisnes ni lebih berbaloi daripada adik-adik yang bekerja 'part time' di restoran-restoran makanan segera, kedai-kedai serbaneka atau sebagainya. Ha, menarik tak? Jika ada adik-adik yang berminat dengan peluang ni, hubungi akak segera, nanti boleh la kita bisik-bisik ye. 

Akhir kata, bagi adik-adik yang baru nak menempuh alam universiti ni, akak nak ucapkan selamat maju jaya. Enjoy your study life, study smart, play hard. Hehe. Kalau nak dapatkan suplement untuk pelajar pon, boleh hubungi akak ye.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, July 1, 2014

Berniaga lebih mudah jika tahu caranya

Salam Semua..

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-3 ummat Islam menunaikan ibadah puasa. Liza doakan supaya puasa dan Ramadhan kita pada tahun ni adalah yang terbaik berbanding tahun-tahun yang lepas. Semalam, closing untuk bulan Jun bagi semua pengedar Shaklee, dan buat pertama kalinya, Liza dapat rasa debaran closing. Syukur, sale Liza bulan lepas meningkat secara mendadak, hampir 900% berbanding bulan-bulan berikutnya! 


Apa yang Liza buat? 12-15 June lepas, Allah telah takdirkan Liza untuk hadir salah satu program yang sebelum ni tak pernah terdetik pun untuk hadir. Program "Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan" yang dikelola oleh pakar pemasaran no 1 Asia, Dr Azizan Osman. Banyak yang Liza belajar dari program tu. Tapi yang paling penting, Liza nampak 'satu jalan' yang boleh memudahkan atau sebagai short-cut untuk Liza berjaya dalam perniagaan Liza ni. Liza tak bertangguh lagi, amalkan semua yang diajar dan Alhamdulillah, dah nampak hasilnya.


Semua tu kebetulan?  Maaf. Liza tak percaya kepada kebetulan, Liza percaya bahawa semua yang berlaku dalam dunia ni adalah ketentuan Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya. Jadi, sempena bulan yang mulia dan pembuka bulan Julai ni, Liza ingin menjemput mereka yang minat untuk berbisnes atau mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan, untuk bersama-sama dengan Liza di dalam Shaklee. Liza akan kongsikan segala ilmu yang ada semoga kita sama-sama berjaya di dalam bidang ini. 

Cepat bertindak! Sebab Liza hanya buka peluang ni kepada 4 atau 5 orang yang terawal sahaja. Sebab Liza nak fokus! Hubungi Liza segera.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, May 26, 2014

Pengajaran di sebalik Thomas Cup 2014

Salam Semua..

Selamat hari isnin semua. Hari ni mungkin anda yang bekerja ni lemau sikit la, sebab harapan untuk 'cuti free' hari ni musnah selepas pasukan badminton negara kita tak berjaya membawa balik Piala Thomas edisi 2014. Entry kali ni lari sikit dari tema asal blog Liza, tak pe lah, sekali sekala kan. Liza memang tengok perlawanan semalam dari awal sampai akhir, jadi ada beberapa pengajaran atau iktibar Liza nampak, yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. 

  1. Berjuang sehabis daya. Bila team beregu pertama tewas, Liza dah macam 'down' dan cakap 'hum, tak de rezeki la kita kali ni'. See, cepatnya menyerah, padahal ada 3 game lagi selepas tu. Liza nampak team beregu kedua (walaupun team yang baru), sangat bersungguh-sungguh untuk menang. Sama juga dengan Liew Darren (rank 66 dunia vs rank 25 dunia) sangat bersungguh-sungguh berusaha untuk menang sehingga titisan peluh terakhir. Yang ni memang Liza tabik!
  2. Teamwork. Dalam game macam ni, teamwork sangat penting. Walaupun pemain rank pertama dunia ada dalam team kita, tapi yang lain kurang menyengat. Sebab tu pentingnya terer sama-sama dan hebat secara berjemaah, barulah kita mudah berjaya.
  3. Mentor yang hebat. Tahukah anda siapa jurulatih pasukan Jepun? Dia adalah pemain badminton berkelas dunia, Park Joo Bong. Jadi tidak hairanlah dengan pencapaian yang diperolehi oleh team Jepun sekarang, kerana disebaliknya ada mentor yang sudah masak dengan selok belok perlawanan seperti ini.
Ni lah tiga point utama yang Liza dapat ambil dari perlawanan semalam. Samalah juga dalam kehidupan kita. Liza rasa kes ni sangat dekat dengan hidup Liza sebagai pengedar Shaklee. Untuk berjaya dalam Shaklee ni, memang Liza kena berusaha sehabis daya. Ye lah, mana ada kejayaan yang datang bergolek kat kita kan? Tapi, 'perjalanan' Liza dimudahkan kerana Liza mempunyai 'teamwork' yang sangat kuat. Sokongan dari ahli group yang lain sangat menharukan. Dan yang paling penting, Liza mempunyai seorang mentor yang sudah cukup hebat. Liza dah tak perlu fikir banyak dah. Cuma perlu ikut je apa yang dia ajar, kerana apa yang diajar itulah yang telah dia buktikan sebagai cara atau teknik terbaik untuk berjaya.


Anda juga ingin sama-sama merasai kemanisan 'berjuang' dalam Shaklee-Cup bersama Liza? Ha, lagipun sesuai sangat lah kalau anda join sekarang, boleh la kumpul duit raya yang akan datang lagi 2 bulan ni. Kalau dapat dalam RM500-RM1000 pun dah ok sangat dah kan? Nak? Liza akan tunjukkan caranya. Jom hubungi Liza segera ye!


P/S: Anyway, tahniah team badminton Malaysia terutamanya Liew Daren. You guys have done a great job!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, February 4, 2014

Inginkan keahlian Shaklee secara PERCUMA?

Salam semua..

Selalu Liza duk cerita pasal produk Shaklee je kan? Kali ni, kita ubah topik sikit, Liza nak cerita macam mana nak dapatkan keahlian Shaklee secara PERCUMA dan apa kelebihan apabila mendaftar sebagai ahli Shaklee. Eh, boleh eh jadi ahli tanpa bayar apa-apa? Bolehhh.. jom Liza cerita.


CARA INGIN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE

Nak daftar sebagai ahli Shaklee ni, ada dua cara. Terpulang la kat anda semua nak pilih cara yang mana satu. Oh ya, keahlian Shaklee ni sampai bila-bila ye, so tak yah susah-susah nak renew ke apa.

  1. Dengan setiap pembelian 200 UV (lebih kurang RM650), anda layak untuk menerima keahlian secara PERCUMA. Macam mana nak dapatkan 200 UV tu? Atau anda cakap anda tak reti nak meniaga? PM Liza, nanti Liza akan tunjukkan caranya.
  2. Bayaran sebanyak RM65 dikenakan untuk member-kit dan RM10 sebagai caj penghantaran. 
Ha, selepas proses pendaftaran selesai, anda dah sah menjadi ahli Shaklee dan berpeluang untuk menerima tawaran-tawaran hebat yang Shaklee sediakan. Kenapa ramai sangat yang nak jadi ahli Shaklee ni? Apa yang menariknya bila dah jadi ahli? Meh Liza terangkan sedikit sebanyak.


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
  • Dapat beli produk dengan harga yang lebih murah (diskaun sehingga 30%). Kalau nak makan sendiri pun dah boleh jimat. Kalau nak meniaga, lagi la untung bila jual dengan harga retail.
  • Jika serius nak buat bisnes (part time atau fulltime), Shaklee menawarkan 3C yang sangat menarik untuk anda.
  1. CASH - Cash bonus ni akan dibayar pada 14 hb setiap bulan. Setiap produk mempunyai UV/point yang tertentu. Makin banyak UV yang terkumpul, makin banyak la RM yang anda akan dapat. Selain daripada tu, Shaklee juga menawarkan pelbagai bonus lain seperti bonus kepimpinan, bonus naik pangkat, bonus coordinator dan macam-macam lagi. Jadi, tak hairanlah agent-agent Shaklee punya bonus dah jauh kalahkan orang makan gaji.
  2. CAR BONUS - Car bonus Shaklee ni berbeza sikit dengan car bonus syarikat MLM lain yang bagi kereta sebijik tu. Car bonus Shaklee dibayar dalam bentuk cash dan amountnya akan meningkat dari sebulan ke sebulan. Jadi, terpulang la kat kita nak guna duit ni untuk beli kereta baru ke, bayar ansurans kereta lama ke, nak beli benda lain ke, ataupun simpan je tak buat apa-apa.
  3. CONVENTION - Trip Umrah atau International trip berkelas 5 bintang yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee untuk dealer-dealer yang layak. Kelayakan untuk trip ni berdasarkan point yang dikumpul untuk satu cycle.

Ha, menarik tak? Apa tunggu lagi, dapatkan keahlian anda sekarang! Jangan bimbang kerana group kami adalah group yang terbesar di Malaysia dan telah melahirkan 36 orang Master (rank tertinggi dalam Shaklee). Sangat penting ye, memilih group yang betul untuk berjaya kerana bimbingan dan tunjuk ajar diorang ni lah yang akan memudahkan lagi perjalanan bisnes kita.


Bagi sesiapa yang nak tahu dengan lebih lanjut macamana nak dapatkan keahlian secara PERCUMA sekali gus layak untuk terima bonus pertama pada bulan berikutnya, silalah PM Liza cepat-cepat ye. Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. Mulakan langkah pertama anda dengan PM Liza sekarang!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas