Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Saturday, March 21, 2015

Elfira Loy dan Emma Maembong kini pengguna Shaklee

Salam Semua..

Selamat berhujung minggu Liza ucapkan kepada semua yang bercuti hari ni. Liza ni macam biasa lah, setiap hari bekerja, setiap hari pun cuti. Kita bos, kita kuli lah katakan. Hihi.. Ok, macam biasalah, enty hari minggu santai-santai je. Kali ni, saja la Liza nak share yang Elfira Loy dan Emma Maembong sekarang dah jadi pengguna Shaklee, yeay!



Sebenarnya, ramai lagi artis-artis lain yang ambil Shaklee sebagai suplement pilihan diorang (contohnya Ayu Raudhah, Erra Fazira, Rita Rudaini dll), cuma tak dihebohkan je. Ye la, diorang ni kan public figure, kang susah pulak kalau ada syarikat-syarikat produk kecantikan atau kesihatan nak ambil diorang jadi duta.

Inilah perbezaan Shaklee dengan produk-produk lain di pasaran, Shaklee tak memerlukan artis-artis terkenal untuk jadi duta produk. Shaklee tak perlukan televisyen, surat khabar atau majalah untuk jadi medium pengiklanan. Cukup sekadar testimonial-testimonial sebenar para pengguna Shaklee.

Kadang-kadang rasa tak adil pun ada jugak. Ye lah, sesetengah syarikat tu ambil artis yang dah sememangnya cantik, untuk jadi duta produk diorang. Kalau tak makan produk tu pon dah semulajadi cantik mulus dan ramping, bukannya disebabkan produk tersebut. Pengguna-pengguna yang tengok mudah la terpengaruh, lagi-lagi kalau artis tu ada ramai peminat. Kalau macam tu, baik ambil produk Shaklee ni je, dari yang kusam berkerak boleh jadi cantik berseri, yang kulit berjerawat pon dah mulus. Perubahan ketara sangat, sampai orang pun tak percaya. macam kes adik Ainur kita ni. Kesian dia.


Tu je la nak cerita hari ni. Sekali lagi, selamat berhujung minggu, kalau nak lakukan aktiviti outdoor, jangan lupa guna payung dan minum banyak air. Lagi bagus kalau ambil minuman isotonik tanpa perisa, tanpa karbonat, dan kurang gula macam Performance Drink Shaklee tu. Elfira Loy pun dah cuba, anda bila lagi? =D






Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Sunday, November 16, 2014

Kekal bertenaga walaupun cuaca panas

Salam Semua..

Cuaca kat Malaysia sekarang ni panas dan kering kan? Dah macam musim kemarau pun ada. Dalam berita pun ada bagitau, air empangan di beberapa negeri dah surut hingga ke tahap kritikal, sehingga beberapa kawasan terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur dah pun dibuat catuan air. Syukur lagi, rumah Liza tak terbabit. 

Keluar rumah kejap pun dah rasa dahaga dan cepat letih dek bahang matahari. Kalau yang bekerja dalam aircond, ok lagi lah. Tapi bagi mereka yang kerja di luar terutamanya di bawah terik matahari, kesian kan? Anak-anak atau adik- adik yang masih bersekolah pun kesian jugak, kebanyakannya, berpanas la pergi balik sekolah.

Bagi mengurangkan keletihan dan hidrasi pada musim panas macam ni, Liza sarankan minuman isotonik TANPA KARBONAT dan KURANG GULA dari Shaklee, Performance drink. Uniknya minuman ni sebab kita boleh bancuh sendiri, jadi terpulang kat selera kita samada ada nak pekat atau tak. Selain pekerja yang bekerja di luar bangunan, minuman berperisa oren ini juga banyak memberi manfaat kepada golongan berikut;
  1.  Individu yang sentiasa lesu dan lemah badan
  2. Wanita hamil
  3. Ibu menyusu
  4. Individu yang mengalami demam/selesema
  5. Ahli sukan
  6. Pengidap kencing manis
  7. Individu yang berpuasa
  8. Individu yang kurang gemar meminum air masak

Cuaca panas dan kering seperti sekarang juga mengundang kepada jerebu akibat debu-debu yang berterbangan atau asap dari kebakaran terbuka yang tak disengajakan. Ia boleh mengundang penyakit seperti demam, sakit tekak, batuk dan sebagainya. Jadi, pengambilan Vitamin C adalah amat disyorkan untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Selain itu, kita juga dinasihat agar elakkan daripada berada di luar bangunan/rumah dalam tempoh yang lama, banyak minum air masak dan lebih elok jika memakai topeng muka ketika berada di luar.

Akhir kata, jaga kesihatan baik-baik ye. Kalau berminat dengan mana-mana suplement Shaklee, bolehlah hubungi Liza. Harga istimewa, konsultasi percuma tanpa had, serta service after sale yang tip top khas untuk anda.







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Thursday, July 3, 2014

Hilangkan rasa mengantuk di bulan puasa

Salam Semua..

Salam Ramadhan ke-5. Tidur dan puasa macam dah sinonim kan? Tapi kan lagi best kalau kita berpuasa tapi kurang tidur, bolehlah gunakan masa yang ada untuk aktiviti-aktiviti lain yang lebih berfaedah. Tapi nak buat macam mana, dah mengantuk, kena la tidur! Mengantuk di waktu tengahari tu normal la kut, dengan cuaca panas, mudah la rasa penat dan mengantuk. Kita pun digalakkan untuk tidur sekejap pada waktu tengahari, bagi recharge balik tenaga.


Tapi, ada dua waktu yang elok benor la kalau kita elakkan dari tidur. Ia adalah waktu selepas sahur dan selepas berbuka. Biasalah bila perut dah penuh, mata mudahlah nak layu. Tahukah anda, bila anda tidur selepas waktu sahur, anda akan bangun dengan keadaan yang lemah kerana energy badan anda dah drop. Berbeza dengan orang yang tidak tidur selepas sahur. Mereka akan lebih bertenaga untuk memulakan hari tersebut kerana energy mereka meningkat dan terus meningkat dari awal mereka bangun sehinggalah tengahari.

Mengantuk selepas berbuka lagi parah, terawih dah ke laut, dan jika anda tidur selepas berbuka pulak, tak elok untuk sistem penghadaman badan. Aktiviti malam tu pun terkubur macam tu je, tak ke rugi? Ada yang tanya Liza, ada tak supplement yang bagi tenaga dan hilangkan rasa mengantuk pada bulan puasa ni, Alhamdulillah ada.


Performance Drink merupakan minuman isotonik berperisa oren yang akan memberi kesegaran segera kepada anda dan boleh mengelakkan anda dari mengantuk. Boleh diambil ketika berbuka ataupun ketika sahur.

Cinch Energy Tea Mix pula merupakan campuran daripada teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau, dan teh putih yang berfungsi sebagai penggalak tenaga semulajadi dan dapat mengekalkan kecergasan tubuh. Selalu diambil oleh individu yang ingin memandu perjalanan jauh atau yang ingin berjaga malam. InsyaAllah, berbuka atau bersahur dengan Cinch Energy Tea Mix ni, confirm tak mengantuk dah.

Apa kata mereka?



Amacam? Berminat untuk mendapatkan kedua-dua atau salah satu daripada 'ejen anti-mengantuk' ni, meh hubungi Liza segera untuk keterangan lanjut. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dan bermakna berbanding tahun-tahun sebelum ni. Aminn






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, May 26, 2014

Pengajaran di sebalik Thomas Cup 2014

Salam Semua..

Selamat hari isnin semua. Hari ni mungkin anda yang bekerja ni lemau sikit la, sebab harapan untuk 'cuti free' hari ni musnah selepas pasukan badminton negara kita tak berjaya membawa balik Piala Thomas edisi 2014. Entry kali ni lari sikit dari tema asal blog Liza, tak pe lah, sekali sekala kan. Liza memang tengok perlawanan semalam dari awal sampai akhir, jadi ada beberapa pengajaran atau iktibar Liza nampak, yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. 

  1. Berjuang sehabis daya. Bila team beregu pertama tewas, Liza dah macam 'down' dan cakap 'hum, tak de rezeki la kita kali ni'. See, cepatnya menyerah, padahal ada 3 game lagi selepas tu. Liza nampak team beregu kedua (walaupun team yang baru), sangat bersungguh-sungguh untuk menang. Sama juga dengan Liew Darren (rank 66 dunia vs rank 25 dunia) sangat bersungguh-sungguh berusaha untuk menang sehingga titisan peluh terakhir. Yang ni memang Liza tabik!
  2. Teamwork. Dalam game macam ni, teamwork sangat penting. Walaupun pemain rank pertama dunia ada dalam team kita, tapi yang lain kurang menyengat. Sebab tu pentingnya terer sama-sama dan hebat secara berjemaah, barulah kita mudah berjaya.
  3. Mentor yang hebat. Tahukah anda siapa jurulatih pasukan Jepun? Dia adalah pemain badminton berkelas dunia, Park Joo Bong. Jadi tidak hairanlah dengan pencapaian yang diperolehi oleh team Jepun sekarang, kerana disebaliknya ada mentor yang sudah masak dengan selok belok perlawanan seperti ini.
Ni lah tiga point utama yang Liza dapat ambil dari perlawanan semalam. Samalah juga dalam kehidupan kita. Liza rasa kes ni sangat dekat dengan hidup Liza sebagai pengedar Shaklee. Untuk berjaya dalam Shaklee ni, memang Liza kena berusaha sehabis daya. Ye lah, mana ada kejayaan yang datang bergolek kat kita kan? Tapi, 'perjalanan' Liza dimudahkan kerana Liza mempunyai 'teamwork' yang sangat kuat. Sokongan dari ahli group yang lain sangat menharukan. Dan yang paling penting, Liza mempunyai seorang mentor yang sudah cukup hebat. Liza dah tak perlu fikir banyak dah. Cuma perlu ikut je apa yang dia ajar, kerana apa yang diajar itulah yang telah dia buktikan sebagai cara atau teknik terbaik untuk berjaya.


Anda juga ingin sama-sama merasai kemanisan 'berjuang' dalam Shaklee-Cup bersama Liza? Ha, lagipun sesuai sangat lah kalau anda join sekarang, boleh la kumpul duit raya yang akan datang lagi 2 bulan ni. Kalau dapat dalam RM500-RM1000 pun dah ok sangat dah kan? Nak? Liza akan tunjukkan caranya. Jom hubungi Liza segera ye!


P/S: Anyway, tahniah team badminton Malaysia terutamanya Liew Daren. You guys have done a great job!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Tuesday, May 20, 2014

Suplement untuk ibu hamil yang mengalami alahan

Salam Semua..


Sebenarnya dah lama nak share pasal alahan ni, tapi asyik tertangguh je. Ok, kali ni mesti taip sampai habis! Hehe. Bila dapat berita bakal menyambut 'orang baru' dalam rumah tangga kita, mesti sangat teruja tahap tak tergambar dengan kata-kata kan? Tapi, tak semua bakal ibu bernasib baik. Ada sesetengah ibu hamil yang mengalami alahan ataupun dikenali sebagai 'morning sickness' terutamanya pada trimester yang pertama. Ada yang lagi teruk, alahan akan berlarutan sehingga ke akhir kehamilan. Pengalaman Liza dulu, morning sickness sehingga bulan ke-3 je, alhamdulillah. Tapi, ada juga insan-insan terpilih yang tak diuji dengan 'nikmat' alahan ni tau. Kawan Liza salah sorang daripadanya la. Dia siap cakap, kadang-kadang dia lupa yang dia tengah pregnant sebab tak de rasa pape. Haha.. Over sangat!


Sebelum ni, Liza pernah kongsikan satu entry mengenai kepentingan suplement pada ibu mengandung kan? Tapi buat ibu yang alahan ni, pengambilan suplement adalah 2 kali lebih penting untuk melengkapkan nutrisi untuk keperluan ibu itu sendiri serta anak yang dikandung. Ye lah, kalau sebut pasal alahan ni, ia amat sinonim dengan muntah, loya, pening, kurang selera makan. Jadi, jika si ibu sering muntah dan tidak ada selera untuk makan, dari mana ibu dan bayi mendapat nutrisi dan zat? Sebab itulah, golongan ini disarankan untuk mengambil makanan tambahan ataupun suplement.

Ok,lets straight to the point. Dalam banyak-banyak produk Shaklee, ada dua item ni yang boleh membantu ibu-ibu hamil yang masih dalam fasa mabuk/alahan sekarang ni.

Performance Drink merupakan minuman isotonik berperisa oren. Biasanya kalau alahan, mesti muntah kan? Kalau muntah, alahan la tu kan?Hihi.. So, badan ibu yang selalu muntah ni akan dehidrasi atau bahasa mudahnya, kehilangan air dalam badan. Jadi, fungsi PD amat diperlukan di sini untuk mengekalkan bendalir dalam badan serta membantu mengekalkan tenaga yang secukupnya untuk ibu hamil. Selain tu, PD juga dapat mengelakkan ibu hamil dari cepat pitam.


Peppermint Ginger Plus pula berfungsi untuk membuang angin dalam badan. Punca sebenar ibu hamil selalu muntah-muntah adalah kerana angin yang terkumpul dalam perut ingin keluar, lalu menolak segala makanan-makanan yang ada. Peppermint Ginger Plus ni merupakan kombinasi 4 herba(pudina, halia, pokok adas, cekur manis) dari barat dan timur yang dihasilkan di bawah prosedur standard melalui penggunaan teknologi sains terkini. Ia membantu menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.


Mudah-mudahan dengan pengambilan dua produk dari Shaklee ni dapat membantu ibu hamil di luar sana untuk lebih gembira dan ceria dalam menikmati fasa kehamilan masing-masing. Jangan bimbang, pengambilan suplement Shaklee ni tidak menganggu bayi dalam kandungan kerana sifatnya yang semulajadi, tiada bahan perasa tiruan serta telah disahkan selamat oleh KKM. Oh ye, bila fasa alahan ni dah berakhir, boleh lah teruskan dengan Suplement untuk ibu hamil pula, untuk memastikan agar ibu dan baby dalam kandungan sentiasa sihat dan bertenaga. Sebarang pertanyaan atau konsultasi boleh hubungi Liza ye.







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

Monday, February 3, 2014

Promosi set combo Shaklee sempena promo Vitalea

Salam semua..

Seperti biasa, setiap kali ada produk promo, Liza mesti akan buat promo set combo sekali kan. Yang membezakan set combo ni, bergantung pada produk promo bulan tu. So, bulan ni Vitalea yang jadi produk promo, jom kita cekidout set apa yang Liza tawarkan harga terbaik.

SET IBU HAMIL

Bagi ibu hamil, nutrisi yang seimbang sangat penting untuk kesihatan ibu dan juga perkembangan tumbesaran anak di dalam kandungan. Amatlah mustahil untuk si ibu mendapat nutrisi yang lengkap dari pemakanan seharian sahaja. Sebab itulah, setiap ibu yang hamil akan dibekalkan vitamin tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan. Jangan ambil mudah tau, kekurangan nutrisi oleh ibu hamil boleh menyumbang kepada kelahiran pra-matang dan kecacatan pada bayi.


Set yang disyorkan terdiri daripda Energizing Soy Protein (ESP), Vitamin C, B-complex dan Vitalea. Dengan pengambilan set ini, si ibu akan rasa lebih bertenaga, tidak mudah terkena penyakit berjangkit seperti demam selesema, HB akan normal, dan membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

SET IBU MENYUSU

Ibu yang menyusu juga memerlukan nutrisi yang mencukupi sama seperti ibu hamil kerana ibu yang menyusu akan menyalurkan zat yang baik kepada anak melalui susu badan. Ini amat penting terutamanya bagi anak di bawah umur enam bulan yang fully breast-feed kerana dia bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. 


Set ibu menyusu yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Alfalfa dan Vitalea ini akan membekalkan tenaga yang secukupnya untuk si ibu, memekatkan susu supaya anak cepat kenyang, meningkatkan pengeluaran susu ibu, mengurang sakit-sakit badan pada si ibu serta meningkatkan imunisasi ibu dan anak.

SET PEMBERI TENAGA

Set pemberi tenaga ini pula khas untuk individu yang berkerja kuat, bekerja di luar pejabat atau di bawah cahaya matahari, bekerja lebih masa, pekerja yang selalu outstation, individu yang kerap memandu untuk tempoh masa yang lama, atau mereka yang selalu lemah dan tidak bermaya. Set pemberi tenaga terdiri daripada Performance drink (PD) dan juga Vitalea. PD yang berperisa oren ini merupakan minuman isotonik yang menghalang penghidratan atau dalam erti kata lain, membantu menyimpan air dalam badan. Jadi, dengan pengambilan set ini, badan akan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.


Ha, menarik tak set promo Liza kali ni? TUNGGU DULU!! dengan setiap pembelian set Ibu Hamil dan set Ibu Menyusu, anda layak menerima 20% LESS untuk pembelian Ostematrix Shaklee. Kalau nak tahu, Ostematrix ni salah satu dari suplement favourite Liza tau. Nak tahu kenapa? boleh baca kat sini.

Ok, pada sesiapa yang berminat, atau ingin bertanya apa saja berkaitan dengan produk Shaklee, boleh la hubungi Liza segera ye. Harga istimewa dan konsultasi percuma hanya untuk anda.




P/S: Nak order set boleh, nak order ala carte pun boleh =D





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage








 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Sunday, July 21, 2013

Hot selling bulan Ramadhan - Set Berpuasa

Salam Semua..

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk bersama Ramadhan yang ke 12 hari ni. Semua boleh nilai sendiri kan macam mana dengan prestasi ibadah masing-masing, tepuk dada tanya iman..Hehe. Ada masa lagi ni untuk speed up, tambah amalan ibadat kita. (pesanan untuk diri sendiri juga) Ok, bagi yang masih lagi tak tahu mengenai set berpuasa dari Shaklee ni, meh Liza share sekali lagi. Jangan salah faham ye, Liza bukan nak ambil kesempatan bulan Ramadhan ni untuk buat jualan, tapi memang ikhlas nak share kat anda semua tentang kelebihan Set Berpuasa ni. Ye lah, kalau ada pilihan untuk beribadat dengan lebih bertenaga, lebih cergas kenapa nak pilih yang lemah lesu kan? Jom kita tengok sekali lagi apa kelebihan 3 produk hangat dalam set berpuasa ni.


Energizing Soy Protein (ESP) adalah minuman soya yang mengandungi 9 asid amino yang sangat baik untuk badan. Ia mempunyai paras Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal. Jadi, ia mampu membuatkan anda kekal bertenaga dan berasa kenyang sepanjang hari. Meal Shakes pula.mengandungi 19 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina sekali gus membuatkan anda berasa kenyang. Meal Shakes berperisa vanilla memang sesuai untuk semua lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Merupakan sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein yang mengenyangkan selain meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak. Performance Drink membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan(kehilangan air) dalam badan. Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga dan otot.

Set berpuasa ni sangat-sangatlah mendapat sambutan hangat. Kalau tak, tak de lah ESP dah sold out satu Malaysia sekarang! Kat tangan Liza pun dah tak de, tinggal satu untuk stok guna sendiri je.Tapi, jangan panik dulu, Meal Shakes kan ada..Hehe. Fungsi tak jauh beza dengan ESP, dua-dua soya based dan mampu membekalkan tenaga kepada individu yang berpuasa. Yang beza, ESP berperisa soya, MealShakes pula berperisa vanilla. Bagi mereka yang nak ESP juga, boleh pre-order dulu, insyaAllah minggu depan dah ade stok, Liza boleh terus pos. Jangan lepaskan peluang, hanya tinggal 18 hari je lagi untuk merasai kenikmatan beribadah dengan lebih bertenaga dan ceria. Liza dah rasa, anda bila lagi? Jom contact Liza laju-laju.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Monday, July 15, 2013

Sihat bertenaga di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan semua..

Hari ni dah masuk hari yang ke-6 kita menunaikan rukun islam yang ketiga ni kan. Sekejap je masa berlalu. Macam mana dengan puasa anda semua setakat ni? Ada rasa lapar gigil-gigil tak?Atau dah ada yang tak cukup 6 hari?Hehe. Macam mana pulak gelagat adik-adik/anak-anak kita yang baru belajar-belajar nak puasa?Mampu bepuasa penuh tak? Untuk Liza pulak, Alhamdulillah masih lagi sihat dan mampu untuk berpuasa penuh (setakat ni la) walaupun usia kandungan dah masuk bulan kelima.


Kali ni merupakan pengalaman pertama Liza berpuasa sebagai isteri dan ibu hamil, perasaannya mungkin tak banyak beza, cuma mungkin kali ni perlukan tenaga yang lebih untuk bawa perut yang semakin ke depan dan perlu berkongsi nutrisi dengan baby dalam kandungan. Dalam masa yang sama, tanggungjawab terhadap suami dan rumah tangga pun tak boleh diabaikan. Tapi, Liza kiranya bernasib baik jugak sebab dapat suami yang banyak membantu dan memahami situasi Liza sekarang.  Ye la, penat kot setiap hari naik tren tukar tren pergi kerja..huk2

Alhamdulillah jugak Liza ambil suplement Shaklee sepanjang hamil ni, jadi secara tak langsung badan Liza masih kekal bertenaga dan sihat sepanjang hamil di bulan Ramadhan ni. InsyaAllah walaupun Liza berpuasa sepanjang hari, nutrisi yang sepatutnya masih lagi dapat disalurkan kepada baby dalam kandungan. Liza tak berani nak ambil risiko untuk mengabaikan part ni. Sebab tu dalam Islam pun, adanya *rukhsah untuk membolehkan ibu hamil/ibu menyusu untuk tidak berpuasa bagi menjamin kesihatan bayi. Itu menunjukkan, betapa pentingnya kita sebagai ibu perlu mengutamakan kesihatan anak-anak.


Kedua-dua set berpuasa Shaklee ini juga akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama, menjadikan badan lebih bertenaga, mengurangkan kelesuan, mengelakkan dehidrasi, mengelakkan simptom pedih hulu hati selain membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada badan walaupun seharian berpuasa.



So, bagi semua ibu hamil/ibu menyusu kat luar sana yang ingin mencuba set ibu hamil/set ibu menyusu ataupun set berpuasa dari Shaklee, sangat2lah dialu-alukan. Eh, jangan salah faham, individu yang tak hamil, dan tak menyusu pun boleh ambil set berpuasa ni. Lelaki pun boleh malah lagi la digalakkan. Ye la, kebanyakkannya, golongan lelaki ni lah yang selalu kerja berat/ tengah panas kan? lagi la memerlukan suplement tambahan ni untuk menunaikan ibadat puasa dengan lebih sihat dan bertenaga.

Golongan kanak-kanak pun tak terkecuali, Shaklee menyediakan set berpuasa khas untuk kanak-kanak terutamanya yang baru mula nak belajar berpuasa. Rasa campuran Performance Drink dan Meal Shakes yang sangat lazat ni(rasa macam yogurt/vitagen), pasti akan membuka selera kanak-kanak untuk bersahur. Kedua-dua set berpuasa ini juga boleh dijadikan sahur express andai anda terlajak bangun, tak sempat masak nasi atau makanan berat yang lain. Apa tunggu lagi, berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang tersayang di bulan Ramadhan ini. 


 
Pssttt: Bonus untuk pengguna ESP: Sihat bertenaga di bulan Ramadhan, cantik berseri di Aidilfitri. 
* Rukhsah : Kemudahan/kelonggaran yang diberikan Allah swt kepada seseorang kerana sesuatu sebab, tidak dapat melaksanakan ibadah wajib.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

Sunday, July 29, 2012

Suplemen untuk kekal bertenaga ketika berpuasa..

Salam Semua..

Walaupun dah sembilan hari kita berpuasa, tak terlalu lambat kan untuk Liza nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak untuk semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan yang terbaik buat kita semua. Jom lipat gandakan amalan. InsyaAllah. Liza dah dekat sebulan menyepi kan (ada ke yang kisah?haha). Agak sibuk dengan tugasan harian, family serta persiapan untuk menjadi raja sehari. Adoi, nak jadi raja sehari je, persiapan makan tahun, tu yang lemah tu. *sigh

Ok. Sempena bulan Ramadhan ni, Liza nak kenalkan satu produk yang sangat bagus untuk mereka yang ingin kekal bertenaga seperti biasa. Shaklee Performance Drink sesuai untuk perempuan ataupun lelaki, lebih2 lagi yang bekerja kuat, bekerja di tengah panas. Walaupun kita ni bukan atlet macam Azizul Hasni Awang, tapi kita juga mempunyai tugas harian yang menuntut kita supaya sentiasa cergas dan aktif kan?


Bagaimana Performance Drink berfungsi?

1. Performance drink mempunyai imbangan elektrolit yang sempurna yang boleh membantu mengelakkan dehydration
2. Ia menjaga kestabilan bendalir tubuh agar tidak kekeringan
3. Ia juga mengandungi karbohidrat unik shaklee (opticarb) yang membekalkan tenaga serta merta tanpa menggangu kestabilan gula dalam darah

Bagi yang berpuasa, minum segelas pada waktu sahur, mudah2n akan berasa segar sepanjang keesokkan harinya. Performance Drink lebih selamat berbanding minuman isotonik di luar sana kerana tidak bergas. So, jom kekal cergas dan bertenaga di bulan puasa ni. Bagi golongan wanita, boleh jugak dijadikan hadiah untuk abang/ayah/suami yang tersayang sebagai tanda menghargai kerja keras mereka =D





Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage







** untuk pembelian RM100 dan ke atas