Showing posts with label Tambah Pendapatan. Show all posts
Showing posts with label Tambah Pendapatan. Show all posts

Wednesday, January 11, 2017

Rutin baru di tahun baru 2017

Salam Semua..

Liza rasa belum terlambat kot untuk Liza ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017 kepada semua pembaca blog Liza ni. Semoga tahun ni memberi seribu kebahagian dan kejayaan buat kita semua.

Lama dah tak ber-update blog Liza nih. Liza tengok balik rupa-rupanya dah hampir setahun tak de entry baru. Dari sebelum bersalinkan Faheem, sekarang Faheem dah nak masuk 11 bulan. Hihi. Tapi InsyaAllah lepas ni Liza cuba untuk update dengan konsisten sebab memang Liza ni suka bercerita. Nak bercerita kat siapa lagi kalau dah 24 jam kat rumah, bercerita kat blog la.

Ok lah. Untuk entry pembuka tirai 2017 ni, Liza share story santai-santai je, rutin baru Liza sebagai seorang work-at-home-mom ni. Tahun ni, Aqil dah masuk 4 tahun, jadi Liza dan husband decide untuk start hantar dia ke sekolah. Bukan untuk pandai akedemik sangat pon. Alah, kalau untuk umur 4 tahun tu, mama boleh ajar lagi. Hehe. Tapi, lebih kepada nak ,mengajar dia untuk pandai berdikari, pandai bergaul, berkawan dan bersosial tanpa Mama dan Abi dia, Ye lah, kalau sebelum ni 24 jam asyik dengan mama je, bagi lah peluang dia berada di dunia luar pulak.



So.. bermula lah rutin baru Liza. Setiap pagi, setelkan Aqil nak pergi sekolah, hantar dia sekolah (kalau suami outstation), tengahari ambil dia dari sekolah, then malam setelkan keperluan sekolah dia. Hari ni dah masuk hari ke-4 dia sekolah, tapi mood Liza masih lagi ke laut. Serius, malam pertama dia sekolah tu, memang gloomy habis, Teresak-esak sebelah dia yang tengah lena tidur. dah besar anak mama.



Tapi, Liza anggap semua yang berlaku ada hikmahnya. Aqil masuk sekolah ni pon ada hikmahnya. Boleh la Liza mula menjadi morning-person. Kalau tak, lepas subuh asyik tarik selimut balik. Hehe. Hikmah lain, boleh lah Liza sambung berblogging ni ha, Sebab once dia dah start sekolah, dah pandai tidur awal dah. Jadi, malam atau pagi time dia pergi sekolah tu, ada la peluang untuk Liza menaip.

Akhir kata, semoga tahun 2017 ni akan mencipta lebih banyak kebaikan dan kenangan manis yang boleh kita banggakan pada akhir tahun nanti. InsyaAllah.

Opss! Tahun baru, biasanya perbelanjaan pon makin bertambah, Awal-awal tahun pon dah dapat hadiah New Year dari kerajaan - minyak naik! Jadi,, bagi sesiapa yang berminat nak buat side income (atau main income) boleh la contact Liza ye. Jangan bimbang sebab bisnes ni hampir tiada risiko. Tanpa modal pon, hanya perlukan orang yang POSITIF dan RAJIN je. Jika anda orang nya? Jom whatsapp Liza ye. Jangan tangguh-tangguh, kerana " FAST ACTION, FAST RESULT ".





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


Wednesday, January 6, 2016

Peluang tambah pendapatan di tahun baru 2016

Salam semua..

Belum terlambat rasanya untuk Liza ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016 kepada semua pembaca blog Faza Shop. Diharapkan agar semua azam anda pada tahun ini akan terlaksana dan semestinya tahun ni akan lebih cemerlang berbanding tahun lepas dalam semua hal. InsyaAllah..


Sebagai rakyat Malaysia, sudah mesti anda semua sedar dan sudah pon terasa akan bahang ekonomi negara yang semakin tegang sejak kebelakangan ni. Kos sara hidup naik, tol naik, tarif elektrik naik, tambang pengangkutan awam naik, boleh dikatakan serba serbi naik lah! Yang menjadi tanda tanya, gaji kita naik tak? Haaaaa.. Tepuk dada, tengok payslip.. Hihi

Bulan lepas pon Liza dapat berita yang ada jugak benda yang naik dalam Shaklee. Tapi... Bukan harga barang yang naik, tapi bonus Shaklee! Alhamdulillah.. Baiknya Shaklee, prihatin jugak kat rakyat Malaysia yang semakin tersempit ni. Jadi, rasa macam tak best pulak kalau Liza simpan benda ni sorang2.

Jadinya, Liza mengalu-alukan sesiapa sahaja, tak kiralah penjawat kerajaan, pekerja swasta, suri rumah, pelajar (pelajar sekarang pon dah ada yang pegang 5 angka dengan Shaklee tau) ataupun penganggur yang tengah mencari-cari peluang untuk menambah pendapatan tu, untuk sama-sama grab peluang yang Shaklee tawarkan ni. 

Tak de modal?
Tak nak simpan stok?
Tak reti berbisnes?
Susah?

Kalau itu yang bermain di fikiran anda sekarang, jangan bimbang. Sebab Liza pon macam tu dulu. Daftar ahli hanyalah RM75 seumur hidup, yang mana Liza rasa sangat2 lah mampu untuk anda sediakan. Kalau kena caranya, bulan pertama join pon dah dapat balik modal tu, malah boleh dapat berganda2 lagi.

Anda juga tak perlu simpan stok, tak perlu nak keluar menjaja sana-sini, tak perlu hadir ke meeting2 yang bukan2. Semuanya dihujung jari je. Alhamdulillah.. Group Liza juga mempunyai kumpulan sokongan yang sangat aktif membantu antara satu sama lain dalam memberi tunjuk ajar tentang Tips marketing, info produk, atau apa saja urusan mengenai Shaklee. 


Bagi Liza, inilah bisnes yang paling mudah dan flexible untuk semua orang. Tak mengganggu urusan harian anda langsung!

Ok lah, Liza pon tak nak tulis panjang-panjang lagi dah, nanti korang bosan pulak baca Liza membebel. Hehe. Pada sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh wasap/mesej Liza terus ye. Jangan bertangguh lagi tau sebaaaabbb 'FAST ACTION, FAST RESULT'. Jom mulakan langkah kejayaan anda yang pertama dengan menghubungi Liza segera.






Pertanyaan atau tempahan:
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787