Monday, February 4, 2013

Testimonial pengguna Set G..

Salam Semua..

Seperti yang Liza dah janji minggu lepas, Liza nak kongsikan beberapa testimonial pangguna yang dah menggunakan SET G Shaklee ni. Ni bukan testimonial rekaan ye, original dari pengguna, yang bold ke, ape ke sume dari dorang. Bukan prinsip Faza Shops menipu orang..Hehe. Ok, tak yah merapu lebih2..jom layaaannn..

Jika dahulu, ibu tidak boleh langsung makan apa jua juadah yang dimasak oleh mak ibu dalam bentuk seafood, mulalah kaki berkudis dan bernanah. Tapi kini alhamdulillah, sudah berubah dan ibu tiada masalah untuk makan segala macam makanan laut termasuklah umai Ibu dapati sejak ibu mula mengambil ESP sebagai makanan tambahan pada tahun 2001 dulu, kulit muka yang mudah ditumbuhi jerawat dah mula menunjukkan perubahan yang positif. Kaki ibu yang mudah berkudis apabila makanan laut pun sudah banyak berubah dan tidak menunjukkan kesan seperti sebelum consume ESP.Ibu membuat kesimpulan bahawa ESP Shaklee banyak membantu tubuh ibu menghasilkan sel yang sihat.Begitu juga dengan keadaan Addin dan Nasa yang mempunyai masalah gegata dan ekzema.Ibu akan pastikan mereka ini minum Energizing Soy Protien (ESP) dengan bancuhan Performance Drink (PD) untuk 1-3 kali sehari dengan bancuhan yang moderate iaitu tidak terlalu pekat mahupun tidak terlalu tawar.ESP sangat membantu mengurangkan masalah yang mereka alami, alhamdulillah. - Pn Norita


Sejak lahir, Aisyah dah diserang Ekzema. Apa yang pasti, pasti dia akan menangis sambil menggaru kepala, leher dan bahagian lampin. Saya notice kawasan yang kerap jadi merah-merah ialah di kawasan leher, sekitar bahu dan bahagian lampin. Yang paling teruk ialah 2-3 minggu lepas, setiap malam dia bangun, mengamuk2..atai!atai!. Heran, hari tak panas, badan tak berpeluh pun apsal jadi jugak. Apa nak buat ek. Aisyah jenis yang tidak suka telan ubat.Sebenarnya, saya dah beberapa kali bawa Aisyah berjumpa doktor. Tapi kali ini saya tidak berbuat demikian kerana, saya tahu, masalah ini akan terus berulang dan Sberulang, setakat sapu krim, bagi makan ubat, gatal-gatalnya tak hilang-hilang pun. Bila tanya doktor, sebab apa dan sampai bila, doktor jawab, biasalah ekzema ni terjadi di kalangan budak-budak, tak bahaya pun, jangan risau...Emak memberi petua agar disapukan air garam pada bahagian yang gatal-gatal tu terutama di bahagian lampin. Cara ini memang berkesan tetapi hanya untuk sementara. Esok, jadi lagi, fed up! fed up!Berpandukan pengalaman yang dikongsikan oleh Kak N tentang bagaimana beliau merawat anaknya yang ekzema, saya pun cuba cara yang sama. Saya masukkan setengah sudu kecil ESP ke dalam botol susu Aisyah. Semenjak dari hari itu Aisyah tidak lagi menjerit2 di tengah malam. Hampir 3 minggu barulah kesan merah-merah yang menggelikan itu completely hilang. Sekarang ni, saya masih continue masukkan sedikit ESP ke dalam bancuhan susunya setiap malam beserta sedikit Mealshake sekali setiap hari. Ini bagi memastikan Aisyah tidak lagi diserang keradangan kulit yang teruk.Sekarang ni, Aisyah bukan sahaja dapat tidur lena, malah lebih nyenyak dan kurang meragam bila bangun tidur. - Nur Fiza

Terkejut juga Iffa, adik Iffa memang tak pernah missed untuk minum Shaklee Meal Shake ini. Buat pengetahuan semua, kulit adik Iffa ini sangat sensitif. Semasa beliau menuntuk di MRSM Gemencheh, beberapa kali Bonda Iffa perlu mengambil beliau untuk mendapatkan rawatan sakit kulit beliau yang kronik. Kulit muka dan kulit di bahagian kaki seakan tumbuh macam jerawat yang banyak dan bernanah(Resdung Kulit kata doctor)…..Kini, Alhamdulillah kali terakhir Iffa jumpe beliau 2 minggu lepas, kulit muka Aizat bukan sahaja kering tetapi makin licin, kulit kaki pun sama... Suka sangat! Harap Ijat akan teruskan consume Shaklee Meal Shake dan yang terbaru Iffa berikan Ijat Shakee Alfalfa Complex (untuk resdung dan alahannya) dan juga Shaklee Sustained Released Vita-C untuk meningkatkan imuniti Ijat. - Iffa

Hum, sedih baca kisah2 dorang ni, lebih2 lagi kalau yang melibatkan budak2. Tapi Alhamdulillah, dengan ada nya Suplemen macam Shaklee ni boleh la membantu mengurangkan sedikit sebanyak penderitaan dorang. Jadi, bagi yang mempunyai masalah Athma/Resdung/Ekzema/Allergik, jangan tunggu lagi. Dapatkan segera suplemen semulajadi ni dengan harga menarik di Faza Shops. Kita kena lah usaha dulu kan sebelum berserah pada yang Maha Kuasa.





Pertanyaan atau tempahan:
Mobile : 019-364 4787/017-921 1848
Cod (KL/Selangor)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage







** untuk pembelian RM100 dan ke atas

*** Testimonial di pinjam dari Sini

No comments:

Post a Comment