Monday, January 13, 2014

Promosi bulan Januari - Alfalfa

Salam semua..

Kesian blog Liza ni dah bersawang, hampir tiga bulan tak update. Betul lah orang kata, manusia hebat merancang, tapi Allah jua yang Maha menentukan. Liza plan time cuti bersalin hari tu, nak fokus kat Shaklee ni, tapi macam-macam dugaan pulak datang dalam masa tiga bulan tu. Yang tu, len kali Liza cerita ye. Hari ni Liza nak cerita tentang product promo bulan ni (dah 13 hb, baru nak bagitau? haih..), suplement kecintaan wanita - Alfalfa.


Produk promosi pembuka tahun baru ni unik sikit sebab ada dalam dua saiz, small saiz (330bj) dan large (700bj). Alfalfa ni memang dikenali sebagai raja segala tumbuhan yang kaya khasiatnya terutama untuk golongan wanita. Tapi jangan salah anggap pulak, kaum adam pun boleh ambil alfalfa ni. No problem!

Tahukah anda? Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrient. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.


Sempena dengan promosi kali ni, Liza nak buat NEW YEAR SALE untuk 2 set yang fames amos ni:


SET KURUS SHAKLEE

Alfalfa - Merupakan agent detox yang baik. Berfungsi untuk menyingkirkan segala toksik, lendir dan lemak yang berkumpul di dinding usus melalui pembuangan air besar. Proses detox ini amat diperlukan kerana ingin memaksimumkan kadar penyerapan nutrient oleh badan.

Lecithin -  Merupakan agent pemecah lemak yang baik sebelum menyingkirkannya dari badan. Lecithin tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, oleh itu ia mesti diambil dari luar.

Cinch Shake - Merupakan minuman protein yang boleh didapati dalam 3 perisa iaitu Cafe Latte, Chocolate dan Vanilla. Meningkatkan metabolisme tubuh dan perkembangan otot, mengawal nafsu makan serta menjaga otot bebas lemak. Pengambilan protein amat perlu untuk individu yang ingin menurunkan berat badan agar badan tidak mengelebeh setelah lemak-lemak dari badan berjaya disingkirkan.


SET MENYUSU SHAKLEE

Alfalfa - Berfungsi sebagai 'milk booster' yang meningkatkan pengeluaran susu ibu. Selain itu juga, ia baik untuk ibu lepas bersalin kerana ia juga dapat memulihkan urat selepas bersalin.

Energizing Soy Protein (ESP) - Pengambilan ESP dapat memekatkan susu ibu sekali gus anak yang menyusu akan cepat kenyang dan kurang meragam. bu menyusu yang mengambil ESP juga akan lebih bertenaga dan tak mudah penat.


Jadi, untuk anda-anda yang ingin mencuba salah satu dari set di atas, boleh hubungi Liza segera. Bukan apa, selalu sangat produk promo ni habis stok sebelum akhir bulan. Haih, shaklee kan dah jadi fenomena sekarang. Harga akan kembali kepada harga asal selepas 31 Januari. Nak tanya-tanya dulu pon boleh, jangan takut, Liza makan Shaklee je, tak makan orang. Hehe..



P/S: Boleh beli alacarte atau set, yang pasti harga rendah cecah lantai!







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









 ** untuk pembelian RM100 dan ke atas

No comments:

Post a Comment