Wednesday, May 7, 2014

MealShake suplement untuk seisi keluarga

Salam Semua..

Ni kes entry semalam la ni, ramai pulak yang salah anggap MealShake ni khas untuk kanak-kanak je. Bukan... MealShake ni boleh di ambil dari kanak-kanak berumur setahun sehinggalah warga emas. Sebab tu customer Liza ambil peluang bulan promo ni, borong bertong-tong terus buat stok. Ye lah, satu keluarga boleh ambil MealShake ni, beli bulan promo, kan dah boleh jimat banyak. 

Siapa yang boleh ambil MealShake:
  • Individu yang berpuasa. Tak lama lagi dah nak puasa kan, ramai la yang ambil peluang beli siap-siap sementara harga promo bulan ni sebagai persediaan untuk jadikan MealShake ni hidangan sahur. Biasanya, kanak-kanak tak suka sahur makanan berat kan, jadi anda boleh bancuhkan je MealShake ni. Senang! Lagi satu, MealShake juga boleh dijadikan sahur segera andai anda terlajak bangun, tak sempat untuk sediakan juadah sahur. Hehe
  • MealShake juga baik untuk ibu hamil dan ibu menyusu untuk kekal bertenaga. Ia juga mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu sama seperti Energizing Soy Protein (ESP). Bagi sesiapa yang kurang menggemari soya, bolehlah ambil MealShake sebagai ganti kepada ESP. MealShake yang berperisa vanila sangat sedap untuk dinikmati terutamanya golongan kanak-kanak.
  • Warga emas juga boleh mengambil MealShake untuk kekal bertenaga dalam menjalankan aktiviti harian. Ada sesetengah warga emas yang tidak gemar untuk mengambil suplement berbentuk tablet, jadi MealShake merupakan pilihan terbaik untuk mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan mereka.
  • Para pelajar juga tidak terkecuali untuk memilih MealShake, samada untuk dijadikan hidangan sarapan segera atau bagi mengatasi masalah kulit. Ye lah, zaman remaja ni lah, kulit wajah bermasalah sikit. Mungkin disebabkan oleh faktor hormon, tekanan, permakanan atau persekitaran. Jadi, ambil je MealShake ni, sihat dalam luar, kan senang.
  • Individu yang ingin menambah berat badan. Eh, bukan semua orang sibuk nak turunkan berat badan je tau. Ada juga golongan yang mempunyai saiz badan yang terlalu kecil atau badan yang terlalu ringan. MealShake boleh membantu golongan ini untuk mendapatkan berat badan yang ideal.


Jadi, anda dikategori yang mana? Jika anda merasakan yang diri anda sudah cukup sihat untuk tidak mengambil suplement tambahan, bagaimana pula dengan anak anda atau ibu bapa anda? Rebutlah peluang harga promo bulan ni, untuk berikan yang terbaik untuk insan yang anda sayang. Nak tanya-tanya dulu, sebelum beli pun boleh je. Konsultasi adalah percuma!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

1 comment:

  1. produk shaklee ni mmg best...lagi2 mase bf baby consume set die..susu byk n pekat likat...

    ReplyDelete