Monday, May 26, 2014

Pengajaran di sebalik Thomas Cup 2014

Salam Semua..

Selamat hari isnin semua. Hari ni mungkin anda yang bekerja ni lemau sikit la, sebab harapan untuk 'cuti free' hari ni musnah selepas pasukan badminton negara kita tak berjaya membawa balik Piala Thomas edisi 2014. Entry kali ni lari sikit dari tema asal blog Liza, tak pe lah, sekali sekala kan. Liza memang tengok perlawanan semalam dari awal sampai akhir, jadi ada beberapa pengajaran atau iktibar Liza nampak, yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. 

  1. Berjuang sehabis daya. Bila team beregu pertama tewas, Liza dah macam 'down' dan cakap 'hum, tak de rezeki la kita kali ni'. See, cepatnya menyerah, padahal ada 3 game lagi selepas tu. Liza nampak team beregu kedua (walaupun team yang baru), sangat bersungguh-sungguh untuk menang. Sama juga dengan Liew Darren (rank 66 dunia vs rank 25 dunia) sangat bersungguh-sungguh berusaha untuk menang sehingga titisan peluh terakhir. Yang ni memang Liza tabik!
  2. Teamwork. Dalam game macam ni, teamwork sangat penting. Walaupun pemain rank pertama dunia ada dalam team kita, tapi yang lain kurang menyengat. Sebab tu pentingnya terer sama-sama dan hebat secara berjemaah, barulah kita mudah berjaya.
  3. Mentor yang hebat. Tahukah anda siapa jurulatih pasukan Jepun? Dia adalah pemain badminton berkelas dunia, Park Joo Bong. Jadi tidak hairanlah dengan pencapaian yang diperolehi oleh team Jepun sekarang, kerana disebaliknya ada mentor yang sudah masak dengan selok belok perlawanan seperti ini.
Ni lah tiga point utama yang Liza dapat ambil dari perlawanan semalam. Samalah juga dalam kehidupan kita. Liza rasa kes ni sangat dekat dengan hidup Liza sebagai pengedar Shaklee. Untuk berjaya dalam Shaklee ni, memang Liza kena berusaha sehabis daya. Ye lah, mana ada kejayaan yang datang bergolek kat kita kan? Tapi, 'perjalanan' Liza dimudahkan kerana Liza mempunyai 'teamwork' yang sangat kuat. Sokongan dari ahli group yang lain sangat menharukan. Dan yang paling penting, Liza mempunyai seorang mentor yang sudah cukup hebat. Liza dah tak perlu fikir banyak dah. Cuma perlu ikut je apa yang dia ajar, kerana apa yang diajar itulah yang telah dia buktikan sebagai cara atau teknik terbaik untuk berjaya.


Anda juga ingin sama-sama merasai kemanisan 'berjuang' dalam Shaklee-Cup bersama Liza? Ha, lagipun sesuai sangat lah kalau anda join sekarang, boleh la kumpul duit raya yang akan datang lagi 2 bulan ni. Kalau dapat dalam RM500-RM1000 pun dah ok sangat dah kan? Nak? Liza akan tunjukkan caranya. Jom hubungi Liza segera ye!


P/S: Anyway, tahniah team badminton Malaysia terutamanya Liew Daren. You guys have done a great job!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment