Salam Semua..
Entry kali ni, santai je. Tak nak cerita pasal produk dah hari ni. Hehe. Cuma nak kongsikan sedikit pendapat Liza mengenai perniagaan online yang semakin mendapat sambutan oleh masyarakat kita terutamanya golongan wanita. Kalau kita tengok di internet sekarang ni, khususnya di Facebook dan Blog, bermacam-macam perniagaan yang ada. Ada yang jual kain baju, tupperware, mainan kanak-kanak, pelbagai jenis suplemen, ubat-ubatan serta makanan (kek, biskut, coklat dan lain-lain). Bukan perniagaan produk fizikal je yang ada, perniagaan yang menawarkan servis pon ada, sebagai contohnya servis pengiklanan, agent hartanah ataupun khidmat insurans.
Ini adalah respond positif yang menunjukkan perniagaan oniline telah mendapat tempat di hati masyarakat kita. Ye lah, tak perlu lagi susah-susah keluar rumah, bayar parking, beratur panjang di kaunter bayaran untuk mendapatkan barang-barang yang anda ingini. Hanya di hujung jari, barang dah sampai di muka pintu. Dari perspektif lainnya pula, Liza sebagai salah seorang peniaga online percaya bahawa perniagaan online ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan. Selain dapat menjimatkan tenaga dan masa, ia juga dapat menjimatkan kos kerana kita tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk sewa premis dan marketing.
Perniagaan online juga boleh dijalankan secara part time bagi mereka yang masih bekerja. Masa yang perlu diperuntukkan sangatlah minima dan flexible. Hal yang sama jugalah yang Liza sedang alami sekarang. Liza berniaga online secara part time disamping menguruskan hal rumah tangga. Jadi, Liza sendiri yang peruntukkan bila waktu bekerja, dan bila waktu untuk hal keluarga. Ianya sangat indah apabila menguruskan hal rumah tangga, melihat anak membesar di depan mata, tapi dalam waktu yang sama masih mampu mencari duit poket. Alhamdulillah.
Jadi, Liza sarankan kepada pembaca semua, yang semestinya mempunyai medium online samada facebook, blog, twitter atau instagram untuk merebut peluang keemasan ni. Daripada kita online sekadar suka-suka, kan lagi best kalau kita pun dapat income darinya. Terpulanglah jenis pernigaan apa yang anda nak ceburi, itu hak anda. Tapi, jika anda berminat untuk bersama-sama dengan Liza dalam perniagaan yang tiada risiko, tak perlu simpan stok dan semuanya di hujung jari, jom hubungi Liza segera. InsyaAllah, Liza akan berikan bimbingan yang terbaik untuk berjaya dalam bisnes online ni. Mungkin lebih berjaya daripada yang Liza dapat sekarang. Kebetulan pulak, tak lama lagi kita semua akan sambut Aidilfitri, banyak nak guna duit tu. Jom kumpul duit dari sekarang!
No comments:
Post a Comment