Friday, July 4, 2014

Tips mengelakkan gastrik ketika berpuasa

Salam Semua..

Salam Ramadhan ke-6. Macam mana ibadah puasa korang setakat ni? Harap baik-baik je ye. Semalam, ada seorang kawan Liza ni, terpaksa berbuka puasa awal akibat diserang gastrik. Siap kena cucuk lagi. Kesian kan? Ada sesetengah pendapat yang bagitau, pesakit gastrik tak perlu berpuasa. Tapi, lain pula pandangan seorang pegawai perubatan ni.


"Sakit perut ketika berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat pemakanan ketika berbuka. Ini kerana, ramai yang terus mengambil makanan berat ketika berbuka. Ini adalah tindakan yang salah dan membebankan sistem penghadaman pesakit gastrik itu sendiri". - Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari.

Gastrik boleh berlaku apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Secara semulajadi, sel perut akan merembeskan asid hidroklorik untuk mencernakan makanan. Apabila terlalu banyak asid yang terhasil dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit mula mendapat gastritis.

Jadi, apa yang perlu pesakit gastrik lakukan untuk menghalang daripada terkena serangan gastrik di bulan Ramadhan?
  1. Berbuka puasa dengan mengambil makanan ringan seperti kurma, buah-buahan atau kuih muih terlebih dahulu. Kemudian, selepas menunaikan solat maghrib, bolehlah mengambil makanan berat. Ini akan melancarkan sistem penghadaman dan menjadikan perut lebih selesa.
  2. Elakkan daripada mengambil makanan yang pedas dan berempah ketika berbuka.
  3. Pesakit gastrik dinasihatkan untuk mengambil kurma, susu, yogurt, madu atau apa-apa suplement yang boleh membantu mengurangkan risiko serangan gastrik.

Ha, kalau produk Shaklee pula, mesti Energizing Soy Protein (ESP) yang dah terbukti boleh menggelakkan daripada gastrik menyerang. ESP yang kaya dengan protein kacang soya terpilih, bersifat alkali dapat meneutralkan lebihan asid hidroklorik yang dirembeskan secara berlebihan. Kandungan protein yang tinggi dalam ESP juga dapat membantu sistem percernaan agar bekerja dengan lebih baik.  

Apa kata mereka?




Bagi pesakit gastrik yang berhasrat untuk berpuasa penuh dengan selesa tahun ni, boleh la amalkan tips-tips di atas ye. Jika berminat untuk tahu lebih lanjut tentang ESP, boleh hubungi Liza segera. Konsultasi adalah percuma saje.



P/S: Berminat untuk cari duit sampingan lepas raya? Meh Liza tunjukkan caranya.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment