Saturday, November 8, 2014

Pengalaman jatuh cinta kali ke-dua

Salam Semua..

Hari minggu ni mood nak jiwang-jiwang sikit. Boleh kan? Hehe. Liza nak cerita kisah cinta Liza dengan si dia (X). Orang cakap, kalau jatuh cinta kali kedua ni hubungan makin erat, makin utuh. Susah untuk berpisah lagi dah. Betul ke?

Kisahnya, bermula Jun 2012. Sehingga sekarang hubungan kami dah hampir 2 tahun 5 bulan, dah lama dah tu kan? Liza memang betul-betul suka kat X, sebabnya X ni lain dari yang lain. Walaupun X masih belum mampu berikan Liza kemewahan kewangan, tapi dia jaga kesihatan Liza dan keluarga dengan baik. Dengan mengenali X juga, amalan rohani Liza bertambah baik. Yang wajib diutamakan, yang sunat dirutinkan. Jiwa dalaman Liza pun makin kuat lepas kenal X.

Banyak yang Liza dapat belajar daripada hubungan kami. X jugak menjadi asbab Liza dapat tolong orang kat luar sana yang mempunyai masalah kesihatan. Kadang, kawan sekerja dulu, kadang kawan U, kadang kawan sekolah yang dah bertahun lama tak jumpa, tapi berjumpa semula disebabkan X. Yang lagi best,  Liza dapat tolong orang yang langsung tak pernah kenal sebelum ni.

Sebagai manusia biasa, kadang-kadang Liza buat tak layan je dengan X ni. Tapi di hati masih sayang dan tak berniat pun nak tinggalkan dia. X pulak masih setia menunggu Liza, tanpa sebarang paksaan atau desakan (tu yang sayang sangat tu!).


Tapi, Julai 2014 hubungan kami diuji. Sebelum-sebelum ni pun ada je fitnah dan benda buruk yang orang cakap pasal X ni. Tapi, isu bulan Julai ni, memang memberi impak yang cukup besar. Ia melibatkan isu kemanusiaan dan agama, yang sememangnya sensitif dalam masyarakat kita. Liza tak nak nanti, disebabkan X, orang pandang serong kat Liza. Hubungan kami mula renggang.

Sepanjang tempoh tu, Liza ada juga cuba untuk mencari pengganti, tapi yang Liza nampak indah di luar, bila kenal rapat, tak kena dengan jiwa Liza. Banyak la jugak try, tapi bila dibanding dengan X, masih dia jadi nombor satu! Dalam tempoh ni jugak, Liza berdoa sungguh-sungguh pada Allah untuk Dia tunjukkan Liza kebenaran. Jika betul X tu tak elok, jauhkan lah Liza dengan dia. Hasilnya (mungkin hidayah dari Allah..Waallahua'lam), ramai pulak yang berkenan dan tanya Liza pasal X. Liza mula serba salah.

Akhirnya, bulan ni (November), Liza buat keputusan untuk 'bercinta' semula dengan X dan akan setia dengannya. Kali ni tak nak main-main lagi, nak bercinta bersungguh-sungguh! Keputusan ni pon Liza buat selepas fikir sedalam-dalamnya. Buat apa nak dengar fitnah orang(yang dah memang terang-terang tak betul) tentang X, kalau dengan X Liza boleh jadi seorang yang lebih baik.


Jadi, tu lah serba sedikit kisah cinta Liza. Mohon doakan jodoh kami berkekalan dan membuahkan hasil ye.. Aminn


Siapa X? Tak lain tak bukan, perniagaan Liza sekarang --> SHAKLEE =D





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


No comments:

Post a Comment