Wednesday, November 26, 2014

Petua untuk tidur lena dan mudah bangun pagi

Salam Semua..

Dulu Liza selalu ada masalah susah bangun pagi. Lagi-lagi time masih bekerja dulu, liat sangat nak bangun pagi. Hihi.. Tapi sebenarnya bila difikirkan balik, susah bangun pagi ni berpunca daripada tidur yang tak lena di malam hari. Jadi bila badan tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup, mulalah susah nak bangun pagi. Tidur tak semestinya perlu lama, tapi yang penting berkualiti.


Masalahnya macamana nak dapatkan tidur yang berkualiti? Nak tidur dengan lena? Nak rehat yang cukup? Meh Liza bagi beberapa petua atau tips.
  1. Jangan melengah-lengahkan waktu tidur. Mungkin kita tak perasan yang kita mempunyai gelombang mengantuk setiap 60-90 minit sekali. Jadi, ambil waktu tersebut untuk tidur dengan segera. Merutinkan waktu tidur juga turut membantu, contohnya tetapkan pukul 11 malam adalah masa untuk tidur. Setelah dirutinkan, lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.
  2. Tenangkan fikiran dan elakkan daripada emosi terganggu. Lupakan seketika masalah-masalah atau perkara-perkara yang tidak menyeronokkan sebelum tidur.
  3. Pastikan tempat tidur bersih, wangi dan selesa. Barulah mood untuk tidur pon membara-bara kan? 
  4. Jaga makan minum. Elakkan minum minuman berkafein beberapa jam sebelum waktu tidur kerana ia boleh menyebabkan anda tidak mengantuk.
  5. Hadkan atau kurangkan masa tidur pada siang hari. Sebaliknya, lakukan aktiviti fizikal pada siang hari, jadi badan akan penat pada malamnya dan secara tak langsung akan membuatkan anda mengantuk.

Ha, pada siapa yang ada masalah susah tidur boleh lah mencuba tips yang Liza bagi di atas ni ya. Bila tidur malam lena, maka nya nak bangun pagi pun senang. Tak de lah asyik subuh gajah aje.. Hihi. Tapi kalau susah nak ikot tips kat atas ni ataupun dah cuba tapi tak de perubahan, masih jugak susah nak bangun pagi,  Liza suggestkan ambil je Ostematrix dari Shaklee. Ostematrix bukan sekadar sumber kalsium biasa tau, ia juga membantu untuk melegakan sakit-sakit badan, lenguh-lenguh, serta memberi anda tidur yang lena. 


Liza sendiri pon ambil Ostematrix untuk sumber kalsium, ye la jarang minum susu kan. Ibu menyusu ni kalsium kena cukup, sebab anak yang menyusu masih lagi menyerap kalsium dari badan si ibu. Kang tak pasal-pasal, anak baru sorang, tapi gigi dah luruh! Pada sesiapa yang berminat nak formula tidur lena dan bangun awal ni, meh hubungi Liza segera. Harga dan konsultasi terbaik khas untuk anda.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
 
 

No comments:

Post a Comment