Wednesday, June 3, 2015

Cara mudah mengesan waktu subur wanita

Salam semua..

Kali ni Liza tak nak cerita pasal produk Shaklee dah, tapi nak berkongsi tips mudah bagaimana cara-cara untuk mengesan waktu subur wanita. Bagi pasangan yang berhasrat nak dapatkan zuriat, penting tau untuk tahu bila waktu subur ni, sebab peluang untuk hamil adalah tinggi jika anda 'bersama' dalam tempoh masa tersebut.


Ok, selain dari mengira bilakah waktu subur wanita, ada beberapa tanda lain yang lebih mudah untuk anda(wanita) tahu bila sebenarnya waktu subur masing-masing. Atau ada jugak yang jenis malas/tak reti nak kira-kira waktu subur tu, boleh perhati je perubahan semulajadi kat badan kita ni, senang!

Antara tanda-tanda anda berada dalam waktu subur:
  1. Penghasilan lendiran serviks yang berwarna jernih dan tidak berbau keluar daripada faraj wanita. Cecair yang seakan-akan putih telur ini lah yang akan membantu sperma berenang ke ovum anda untuk proses persenyawaan.
  2. Wanita lebih bernafsu dan mempunyai keinginan yang lebih dari biasa untuk 'bersama' dengan pasangan. Ha, kalau si suami tengok isteri dia macam nak sesuatu tu, layankan je la. Dia tengah subur la tu. Hehe
  3. Puting payudara sedikit keras dan menegang.
  4. Perut terasa kembung dan seluar pun rasa ketat dari biasa, walaupun bukan selepas makan.
  5. Suhu badan akan sedikit meningkat dan menyebabkan wanita berasa panas dan kurang selesa.
Contoh lendiran serviks
Bila anda perasan salah satu atau kelima-lima tanda seperti yang Liza bagitau kat atas ni, segerakanlah misi masing-masing ye. Hehe.. Ni untuk yang nak anak la. Bagi mereka yang dalam 'family planning' tu, elakkan la dari 'bersama' dalam tempoh ni. Kalau nak jugak, boleh je, tapi gunalah pencegahan yang sesuai.

Dari kelima-lima tanda kat atas ni, lendiran jernih tu la tanda yang paling mudah untuk anda perasan kan? Tapi bagaimana pulak kalau dalam sebulan tu tak de langsung lendiran serviks yang keluar? Itu mungkin salah satu petanda yang anda kurang subur. Jadi, anda haruslah berjumpa doktor untuk meminta nasihat dan pandangan. Alternatif lain, anda juga boleh mengambil suplemen yang boleh meningkatkan kesuburan.

Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut pasal suplemen untuk meningkatkan kesuburan tu, boleh contact Liza ye. Sekian saja tips untuk kali ni, Terima kasih.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment