Monday, June 1, 2015

Resepi: Kerabu mangga

Salam Semua..

Kalau tak salah Liza, ni entry pertama kot yang Liza share pasal resepi, nampak sangat jarang masak. Eh bukan la, sebenarnya tak sempat/lupa nak snap gambar time masak tu. Kalau bagi resepi tak de gambar, tak menggiurkan la pulak kan? Liza masak pon ala koboi, main campak-campak je,  so tak dan la nak share kat blog. Diterima tak alasan tu? Hihi

Ok, kebetulan semalam kawan husband Liza bagi mangga sebakul (jangan la bayangkan sebakul 50 kilo yang orang jual kat pasar tu), jadinya boleh la pelbagaikan resepi. Kang duk makan cicah ngan kuah rojak tu je, mau cirit pulak. Bahan-bahannya ni mengikut apa yang ada dalam peti ais saja, tak yah complicatedkan apa yang senang, ok?

Bahan-bahan:

2 biji mangga
Sebiji tomato
Sedikit ikan bilis
5 biji cili padi
3 biji limau kasturi
Sebiji bawang merah
Garam sesuka hati


Macam biasa la, buang kulit mangga dan racik halus2. Kalau ade penyangat lagi syok dan cepat, tapi apa nak buat, rumah ai tak de, guna je cara manual. Hihi. Ikan bilis pulak goreng hingga ranggup. Cili padi, tomato dan bawang hiris nipis dan kecil-kecil.

Gaulkan semua sekali bahan-bahan ni dan campurkan air perahan limau dan perasakan dengan garam. Dah siap!




Mudah kan? Bahan-bahan dan perasa boleh diubah suai mengikut citarasa tekak masing-masing. Jangan tak cuba ye!

No comments:

Post a Comment