Friday, May 16, 2014

Tips untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik

Salam Semua..

Happy Friday semua! Bagi yang bekerja, hari jumaat ni la hari yang ditunggu-tunggu kan? Datang kerja pun sengih-sengih je. Ye lah, tak sabar nak cuti hujung minggu. Hehe.. Eh, tapi bagus la senyum selalu. Selain dianggap sedekah, orang cakap senyum ni boleh buat awet muda. Orang la yang cakap, bukan Liza. Hihi.. Ok, dah alang-alang cakap pasal muka ni, hari ni Liza nak share beberapa tips untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik. Bagi mereka yang ada masalah kulit tu, boleh la cuba tips yang Liza bagi ni ye.


Tips kecantikan kulit wajah
  1. Pencuci - Toner - Pelembab. Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Tapi awas, jangan cuci muka terlalu kerap, nanti kulit akan jadi kering. Lepas dah cuci muka, anda digalakkan untuk menggunakan toner bagi me-nyahkan segala habuk2 atau kotoran yang masih tertinggal di muka. Toner juga berfungsi untuk menutup liang-liang pori kulit, jadi kebarangkalian untuk jerawat datang adalah rendah. Yeay! Eh, belum siap lagi. Akhir sekali, pakailah pelembab untuk melembabkan kulit. Sebelum pakai makeup pun, elok guna pelembab dulu supaya makeup akan nampak smooth dan sekata.
  2. Tidur yang cukup. Jangan terkurang, jangan terlebih. Tidur 6-8 jam bagi orang dewasa adalah cukup untuk merehatkan badan bagi sistem tubuh berjalan dengan baik. Kurang tidur boleh menyebabkan jerawat dan badan menjadi lesu dan tak bermaya.
  3. Bersenam. Tak kira lah apa jenis senaman sekalipun, jalan dari rumah pergi LRT station pun dah kira bersenam. Kalau pergi kerja dengan kereta atau motor, park jauh-jauh sikit. Hehe.. Tapi lagi bagus kalau anda berjogging ke, cycling ke, yang boleh keluarkan banyak peluh. Barulah keluar semua toksin dalam badan.
  4. Minum banyak air. Minum air putih sekurang2nya 8 gelas sehari. Air cincau, teh O ais dan bandung tidak dikira ya. Air putih sahaja. Minum air dengan secukupnya adalah penting kerana tubuh kita memerlukan air untuk melancarkan pengedaran darah. Oh ya, air juga berfungsi untuk melembabkan kulit. Barulah kulit nampak moist macam moist chocolate cake (tetibe).
  5. Lindungi kulit dari matahari. Selain daripada mengelapkan warna kulit, cahaya matahari juga akan menyebabkan kulit wajah mudah berkedut. Jadi, jangan malas guna pelindung UV sebelum keluar rumah ye. Kalau tak nak guna pelindung UV, guna payung pun boleh. Hahaha.. Ok, tak lawak.
  6. Jangan biarkan rambut terkena kulit wajah. Ini kerana rambut mempunyai minyak yang akan menyebabkan kulit berjerawat. Sarung bantal, cadar juga mesti ditukar sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk mengelakkan habuk, debu dan kotoran bermaharajalela. 
  7. Seminggu atau 2 minggu sekali, rajin-rajinkan lah diri untuk pakai scrub atau masker.
  8. Seterusnya, elakkan makanan yang berminyak, banyak bahan perasa dan makanan segera. Kita digalakkan untuk melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian bagi membekalkan zat-zat dan nutrisi yang terbaik untuk sel-sel badan kita yang seterusnya akan menghasilkan kecantikkan luaran yang kita idamkan. 
  9. Mengambil supplement yang sesuai untuk menampung kekurangan nutrient dalam badan. Jika sel-sel badan mendapat makanan(nutrisi) yang secukupnya, maka badan pun sihat, cantik dan tidak bermasalah.

Ini lah serba sedikit tips yang Liza rasakan sangat bagus untuk dicuba bagi mendapatkan kulit yang cantik berseri dan yang paling penting, untuk mendapatkan kulit yang sihat. Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Skin Care Shaklee untuk membantu mendapatkan kulit wajah idaman anda, boleh hubungi Liza segera. Jangan bimbang, Liza akan pastikan anda mendapat konsultasi dan harga yang terbaik di sini.



P/S: Jom mulakan sekarang untuk menjayakan projek 'Cantik berseri di Aidilfitri'.. Hehe






Pertanyaan atau tempahan:
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment