Salam Semua..
Alhamdulillah, selepas post Liza pasal kelebihan jadi ahli Shaklee semalam, ramai yang PM dan berminat untuk join ahli. Ha, anda tunggu apa lagi, peluang dah ada depan mata ni. Dalam sibuk duk berbalas-balas PM ni, Liza sempatkan la jugak untuk update satu entry hari ni, mengenai salah satu produk favourite Liza, Ostematrix!
Liza start guna ostematrix ni, time pregnant hari tu. Awal-awal memang tak konsisten, tapi bila dah start sakit belakang (kandungan enam bulan), Liza konsisten ambil Ostematrix. Alhamdulillah, memang ketara sakit belakang kurang, dan pagi-pagi kaki tak cramp. Lagi satu yang Liza suka, nak 'membuang' pun senang je, lawas! Hihi. Padahal, mula-mula Liza ambil Ostematrix ni sebagai sumber kalsium untuk Liza dan baby je. Tapi, banyak pulak manfaat lain yang Liza dapat. Sebab tu la Liza cakap yang Ostematrix ni bukan sebagai sumber kalsium biasa.
Antara fungsi Ostematrix yang perlu anda tahu:
- Membantu dalam pembentukkan tulang dan gigi yang sihat
- Mengelakkan penyakit osteoporosis(tulang rapuh)
- Memulihkan kekejangan, kebas-kebas, sakit tulang belakang atau kejang(cramp) kaki
- Meringankan stress
- Menstabilkan tekanan darah normal
- Melegakan senggugut atau ketidakselesaan ketika haid
- Membantu untuk kekal bertenaga sepanjang hari
- Mengurangkan risiko serangan gastrik
- Mengatasi sembelit
- Membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih lena
Dengan harga yang sangat berpatutan dan manfaat yang sangat banyak, Liza syorkan semua orang agar menjadikan Ostematrix ni sebagai salah satu suplement wajib. Individu yang berusia antara 19-50 tahun memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari. Agak mustahil untuk kita dapat memenuhi keperluan ni melalui makanan sahaja. Tapi, dengan hanya 4 biji ostematrix setiap hari, kita dah dapat sumber kalsium yang cukup untuk keperluan badan. Bila kalsium dah cukup, barulah tulang kuat, gigi sihat, badan pun cergas.
Bagi Ibu mengandung dan ibu menyusu pula, keperluan kalsium adalah lebih penting kerana kalsium yang ada di dalam badan ibu sedang diserap oleh si anak. Sebab tu, kita pernah jumpa ibu dah ronggak walaupun anak baru satu! Kerana apa? Mestilah sebab kekurangan kalsium dalam badan si ibu. Ha, Ostematrix ni juga merupakan bonus bagi individu yang tak suka minum susu tau. Dengan tablet yang senang ditelan, sesungguhnya membantu anda dalam mendapat sumber kalsium dengan cara yang cukup mudah sekali.
Apa? Nak promo buy 6 free 1 Ostematrix? Apa lagi, jom join ahli!
No comments:
Post a Comment