Salam Semua..
Sakit sendi tak boleh diambil mudah sebab aktiviti harian kita memerlukan kita bergerak. Jadi, kalau sendi sakit, segala pergerakan akan terbatas. Sakit sendi juga tidak terhad kepada warga emas sahaja. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja terutamanya ibu hamil, ibu menyusu, individu yang berbadan besar, ahli sukan, individu yang pernah mengalami kemalangan serta individu yang sering mengangkat barang berat. Malahan, duduk dalam tempoh yang lama pun boleh mengakibatkan lenguh-lenguh bahu dan sakit belakang.
Terdapat beberapa jenis sakit sendi yang biasa menyerang masyarakat kita sekarang. Antaranya ialah:
Jenis-jenis sakit sendi
- Rheumatoid Arthritis merupakan sakit sendi yang paling kronik. Ia berpunca daripada kerosakkan sistem autoimun yang menyebabkan tubuh menghasilkan zat punca keradangan, terutamanya di bahagian sendi jari tangan, jari kaki dan tulang belakang. Ia menyebabkan deformasi pada tulang seterusnya menyebabkan kesukaran untuk bergerak.
- Osteoarthritis pula biasa menyerang individu yang berumur 45 tahun dan ke atas. Pesakit hanya berasa sakit atau nyeri pada sendi apabila mengangkat barang berat ataupun bergerak daripada posisi rehat. Hal ini berpunca dari proses penuaan yang mengakibatkan tulang rawan menjadi haus. Ia biasanya menyerang bahagian pinggul, lutut, tangan, kaki dan tulang belakang.
- Ankylosing spondylitis adalah salah satu bentuk arthritis yang menyerang sendi tulang belakang dan pinggul. Gejala biasa dirasai sewaku tidur, setelah bangun dari tidur atau selepas lama tidak aktif. Untuk kes yang lebih berat, ia akan mengakibatkan pencantuman tulang belakang dan boleh menyebabkan bongkok.
- Psoriatik Arthritis merupakan pembengkakkan yang menyakitkan di bahagian semua sendi terutamanya ruas jari, pergelangan tangan, lutut, tulang selangka, pergelangan kaki dan punggung. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira umur dan jantina.
- Gout akan mengakibatkan pesakit berasa tajam dan hangat, kemerahan dan bengkak di kawasan ruas dan pergelangan kaki. Ia berlaku akibat kandungan asid urik yang tinggi dalam darah.
Kebiasaannya, bagi meredakan kesakitan, pesakit akan mengambil ubat ataupun suntikan yang hanya bertindak untuk tempoh sementara. Bagi rawatan melalui pembedahan pula, ia memerlukan kos yang tinggi. Jadi, Set Sendi Shaklee yang telah terbukti berkesan dan selamat ini adalah penawar terbaik. Set ini mengandungi nutrient tambahan yang diperlukan oleh sendi dan seterusnya mengurangkan kesakitan yang dialami.
Set Sendi Shaklee
- Advanced Joint Health Tablet mengandungi glukosamia yang berfungsi untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan pergerakkan sendi. Ekstrak Boswellia yang terkandung dalam AJHT juga bertindak sebagai anti-radang semulajadi.
- Omega Guard pula akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan keradangan sendi. Ia juga meruapakan anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi memudahkan pergerakkan sendi.
- Ostematrix merupakan sumber kalsium yang bertujuan untuk mengekalkan kekuatan dan kesihatan tulang. Selain kalsium, ia juga mengandungi Magnesium, Vitamin D, Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc yang membantu dalam kepadatan tulang.
Apa kata mereka?
Semoga dengan pengambilan Set Sendi ni, sakit sendi, belakang, dan lutut serta rasa kebas, lenguh-lenguh badan yang anda hadapi dapat diatasi dan pergerakkan anda tidak lagi menyakitkan dan terbatas. Ia juga boleh dijadikan hadiah yang cukup istimewa untuk mak ayah atau atok nenek kita semua.
Jom, tamatkan penderitaan sakit sendi anda!
No comments:
Post a Comment