Thursday, April 24, 2014

Masalah selepas bersalin

Salam Semua..

Maaf ye, dah lama Liza tak update blog, agak busy sikit kebelakangan ni. Tapi, segala urusan jual beli dan konsultasi masih lagi berjalan seperti biasa. Untuk respond yang lebih cepat, anda boleh whatsapp atau sms je Liza di 019-364 4787. Ok, kali ni Liza nak celoteh mengenai masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakkan ibu selepas bersalin. Post kali ni agak 'dekat' dengan Liza, sebabnya Liza pun mengalami masalah yang sama selepas bersalin dulu. Jadi, kiranya post ni adalah daripada pengalaman Liza sendiri jugak la.


Antara masalah yang sering terjadi kepada ibu selepas bersalin adalah sembelit, keguguran rambut serta sakit-sakit sendi. Masalah sembelit boleh terjadi kerana ibu berasa ngilu dan 'seram' untuk membuang air besar selepas bersalin. Jadi, ibu mengambil tindakan untuk melengah-lengahkan serta mengelak daripada 'membuang'. Lama kelamaan najis akan mengeras dan berlaku lah sembelit. Faktor lain yang menyumbang kepada masalah sembelit adalah kekurangan air dalam badan dan di dalam usus. Ini berlaku kerana ibu menyusukan bayi tidak meningkatkan pengambilan air masak.

Keguguran rambut pula berlaku kerana hormon (estrogen) yang tidak seimbang dalam badan selepas bersalin. Pada kebiasaanya, ibu yang baru bersalin akan mengalami keguguran rambut lebih dari 100 helai sehari. Tapi jangan bimbang, ia akan menjadi normal selepas bayi berumur 12 bulan dan keatas. 

Sakit sendi pula adalah tindak balas normal kepada kebanyakkan wanita lepas bersalin. Sewaktu hamil, tubuh telah mengeluarkan 'hormon relaxing' yang berfungsi untuk melonggarkan sendi dan ligamen. Ianya supaya tulang pelvis mudah dilonggarkan dan 'jalan' untuk bersalin dapat diperbesarkan. Ligamen yang longgar inilah yang menyebabkan sakit sendi ketika bergerak.

Bagi ibu-ibu yang senasib dengan Liza, Liza sarankan untuk mengambil 3 suplement ni bagi mengatasi masalah-masalah berikut. Sampai bila anda nak terseksa setiap kali nak buang air besar? Tak kan tak segan kalau rambut di kepala dah semakin menipis, kata nak jaga penampilan untuk suami? Tak kan nak biar je sakit sendi tu, macam mana nak uruskan baby kalau nak bergerak pun sakit-sakit dan tak selesa kan?

3 suplement Shaklee yang disyorkan:

  1. Ostematrix - Selain menjadi sumber kalsium untuk anda dan bayi, ia juga mengandungi Magnesium yang berfungsi untuk menarik air ke dalam usus untuk melembutkan najis. Liza mengalami sembelit sejak hamil dan Ostematrix adalah salah satu suplement wajib Liza. Alhamdulillah, memang terbukti ostematrix ni boleh mengatasi sembelit.
  2. Zinc Complex - Zinc Complex berupaya untuk menguatkan akar rambut sekaligus mengurangkan risiko rambut gugur.
  3. Advanced Joint Health - AJHT mengandungi glukosamia yang bertindak sebagai pelincir untuk anda bergerak dengan lebih selesa.

Apa kata mereka?



Ha, semestinya suplement-suplement ni dalam harga yang mampu milik ye. Dan yang paling penting, ianya semulajadi, selamat dan berkesan. Kalau anda atau kenalan anda mengalami masalah rambut gugur, sakit sendi dan sembelit, boleh la cuba suplement-suplement yang Liza syorkan ni. Eh, bukan untuk untuk ibu lepas bersalin je tau, untuk orang biasa pun boleh. Kalau ada apa-apa hal nak tanya, contact Liza ye. Konsultasi terbaik dan percuma khas untuk anda.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment