Tuesday, May 20, 2014

Suplement untuk ibu hamil yang mengalami alahan

Salam Semua..


Sebenarnya dah lama nak share pasal alahan ni, tapi asyik tertangguh je. Ok, kali ni mesti taip sampai habis! Hehe. Bila dapat berita bakal menyambut 'orang baru' dalam rumah tangga kita, mesti sangat teruja tahap tak tergambar dengan kata-kata kan? Tapi, tak semua bakal ibu bernasib baik. Ada sesetengah ibu hamil yang mengalami alahan ataupun dikenali sebagai 'morning sickness' terutamanya pada trimester yang pertama. Ada yang lagi teruk, alahan akan berlarutan sehingga ke akhir kehamilan. Pengalaman Liza dulu, morning sickness sehingga bulan ke-3 je, alhamdulillah. Tapi, ada juga insan-insan terpilih yang tak diuji dengan 'nikmat' alahan ni tau. Kawan Liza salah sorang daripadanya la. Dia siap cakap, kadang-kadang dia lupa yang dia tengah pregnant sebab tak de rasa pape. Haha.. Over sangat!


Sebelum ni, Liza pernah kongsikan satu entry mengenai kepentingan suplement pada ibu mengandung kan? Tapi buat ibu yang alahan ni, pengambilan suplement adalah 2 kali lebih penting untuk melengkapkan nutrisi untuk keperluan ibu itu sendiri serta anak yang dikandung. Ye lah, kalau sebut pasal alahan ni, ia amat sinonim dengan muntah, loya, pening, kurang selera makan. Jadi, jika si ibu sering muntah dan tidak ada selera untuk makan, dari mana ibu dan bayi mendapat nutrisi dan zat? Sebab itulah, golongan ini disarankan untuk mengambil makanan tambahan ataupun suplement.

Ok,lets straight to the point. Dalam banyak-banyak produk Shaklee, ada dua item ni yang boleh membantu ibu-ibu hamil yang masih dalam fasa mabuk/alahan sekarang ni.

Performance Drink merupakan minuman isotonik berperisa oren. Biasanya kalau alahan, mesti muntah kan? Kalau muntah, alahan la tu kan?Hihi.. So, badan ibu yang selalu muntah ni akan dehidrasi atau bahasa mudahnya, kehilangan air dalam badan. Jadi, fungsi PD amat diperlukan di sini untuk mengekalkan bendalir dalam badan serta membantu mengekalkan tenaga yang secukupnya untuk ibu hamil. Selain tu, PD juga dapat mengelakkan ibu hamil dari cepat pitam.


Peppermint Ginger Plus pula berfungsi untuk membuang angin dalam badan. Punca sebenar ibu hamil selalu muntah-muntah adalah kerana angin yang terkumpul dalam perut ingin keluar, lalu menolak segala makanan-makanan yang ada. Peppermint Ginger Plus ni merupakan kombinasi 4 herba(pudina, halia, pokok adas, cekur manis) dari barat dan timur yang dihasilkan di bawah prosedur standard melalui penggunaan teknologi sains terkini. Ia membantu menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.


Mudah-mudahan dengan pengambilan dua produk dari Shaklee ni dapat membantu ibu hamil di luar sana untuk lebih gembira dan ceria dalam menikmati fasa kehamilan masing-masing. Jangan bimbang, pengambilan suplement Shaklee ni tidak menganggu bayi dalam kandungan kerana sifatnya yang semulajadi, tiada bahan perasa tiruan serta telah disahkan selamat oleh KKM. Oh ye, bila fasa alahan ni dah berakhir, boleh lah teruskan dengan Suplement untuk ibu hamil pula, untuk memastikan agar ibu dan baby dalam kandungan sentiasa sihat dan bertenaga. Sebarang pertanyaan atau konsultasi boleh hubungi Liza ye.







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment