Monday, May 19, 2014

Vitamin C bukan sekadar vitamin untuk kulit cantik

Salam Semua..

Kalau sebut Vitamin C je, mesti orang terbayang untuk kulit cantik, halus, gebu-gebu je kan? Ramai yang tak tahu sebenarnya Vitamin C ni mempunyai banyak lagi manfaat lain untuk badan kita. Liza tak nak cakap panjang, jom kita tengok apa fungsi Vitamin C ni.
  1. Mencantikkan kulit : Vitamin C sangat sinonim dengan kecantikkan dan kesihatan kulit. Pengamal Vitamin C akan mendapati kulit akan lebih licin, tegang dan cantik. Kulit juga akan bertambah cerah dan mengelakkan jeragat. Ia bukan tertumpu kepada kulit wajah semata-mata tau, tapi untuk kulit diseluruh badan.
  2. Melawan jangkitan kuman : Vitamin C diperlukan untuk menyokong interferon, antibodi dan sel darah putih untuk melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria. Secara tidak langsung, ia juga menguatkan sistem pertahanan badan.
  3. Mengawal serangan Asma dan alergi : Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin yang mengurangkan risiko terkena serangan disebabkan alergi. Bagi pengidap asma pula, ia menghalang terjadinya radang pada tisu paru-paru
  4. Mengurangkan risiko sakit jantung: Vitamin C menghalang lemak-lemak daripada berkumpul di saluran arteri. Pemgumpulan lemak nilah yang menyebabkan arteri tersumbat dan seterusnya membawa kepada serangan jantung
  5. Mengimbangi stress : Bekalan vitamin C yang mencukupi dalam badan dapat mengimbangi kesan stress dengan meneutralkan toksin yang terhasil ketika kita sedang stress.
  6. Mengawal penyakit gout : Vitamin C boleh mengurangkan asid urik di dalam badan. Lebihan asid urik di dalam badan adalah penyumbang kepada gout
  7. Detoksifikasi : Vitamin C berupaya mencantumkan segala toksin dalam badan agar ia dapat dikeluarkan dengan mudah dan tidak membahayakan buah pinggang. Perokok sangat disarankan untuk mengambil Vitamin C kerana ia dapat membersihkan darah sekaligus mengelakkan kerosakkan buah pinggang
  8. Penyembuhan: Vitamin C dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan pendarahan seperti gusi berdarah
  9. Batu hempedu : Vitamin C dapat menghalang pembentukkan batu hempedu
  10. Kesihatan mata : Vitamin C akan melindungi mata kita daripada terkena katarak dan gloukoma

See..dah cakap dah Vitamin C ni bukan sekadar vitamin untuk kulit. Badan manusia dewasa memerlukan 500mg vitamin C setiap hari iaitu bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Ha, sanggup? 6 biji oren pun dah RM10. Vitamin C Shaklee ni dah la semulajadi, selamat, berkesan, murah pulak tu. Harga tak sampai RM100, boleh tahan 6 bulan! Apa tunggu lagi, hubungi Liza untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma.


P/S: Apa keistimewaan Vitamin C Shaklee berbanding vitamin C jenama lain? 






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment