Friday, November 28, 2014

Bahayakah bacaan HB yang rendah atau anemia bagi ibu hamil

Salam Semua..

Pagi tadi Liza dapat seorang customer (ibu hamil 5 bulan) yang cari suplement untuk menaikkan bacaan HB dia yang agak rendah. Yang menariknya, dia ni adalah seorang pegawai perubatan ye, pun masih percaya pada kelebihan suplement. Ni customer Liza yang ke-dua dari golongan doktor. Sebelum ni kawan Liza, ibu menyusu ambil Energizing Soy Protein (ESP).


Berbalik kepada cerita HB rendah tadi, doktor biasanya akan menasihati ibu hamil yang mempunyai bacaan HB yang rendah supaya melebihkan pengambilan sumber makanan yang kaya zat besi seperti sayur hijau, kerangan, bijiran, roti, kekacang, kismis, prun, daging merah dan sebagainya. Doktor juga mungkin akan membekalkan ibu hamil dengan pil zat besi. Tapi, pil zat besi mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sembelit, loya serta sakit perut.

Mungkin ada ibu hamil yang ambil mudah perkara ni. Bacaan HB dikatakan rendah apabila (<11g/dl). Hal ini tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh membawa kepada keguguran, bayi cacat, perkembangan otak bayi yang tidak normal serta risiko bayi mati dalam kandungan. Selain risiko pada bayi, ibu juga akan cepat letih, sering sesak nafas dan terasa nak pitam atau pening-pening. Sewaktu bersalin juga,, ibu berisiko untuk kehilangan banyak darah yang boleh membawa kepada kerosakkan organ dan kematian.


Jadi, ibu hamil mestilah berjaga-jaga dalam hal ni dan berusaha untuk mendapat bacaan HB yang normal. Langkah yang terbaik adalah dengan mengambil makanan yang tinggi zat besi ataupun mengambil suplement yang bersesuaian. Bagi kes customer Liza tadi, dia sendiri yang nak Vitelea untuk menyelesaikan masalah HB nya tu. Vitalea adalah multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi yang diformulasikan oleh Shaklee untuk meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Hasilnya, badan lebih bertenaga, cergas dan tidak akan mengalami keletihan atau kelesuan melampau.


Berminat untuk mencuba Vitalea atau mana-mana produk Shaklee yang lain? Boleh hubugi Liza untuk konsultasi dan harga yang terbaik.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment