Saturday, November 29, 2014

Maha 2014 - Lawatan kami yang ke-3

Salam Semua..

Mentang-mentang lah rumah dekat je dengan tapak MAHA 2014 (Maeps), sampaikan dah tiga kali pergi untuk edisi kali ni. Masalahnya, pergi tiga kali pun pergi tempat sama je. Banyak lagi tempat-tempat yang menarik, tapi tu je yang sempat. Kali ketiga ni, kitorang pergi sekali dengan keluarga mertua Liza. Dari Johor sanggup datang nak pergi MAHA, ok! Bila pergi dengan orang lain ni, barulah sempat nak ambil gambar. Hihi. Kali ni kitorang pergi petang selepas asar, plan awalnya nak pergi lepas zohor, tapi hujan lebat sangat, tidur dulu pun seronok. =D





Nasib baiklah Liza dan suami sekepala, suka pergi tempat-tempat macam ni. Kalau tak, tak syok jugak kan. Oh ye, suami Liza ni agronomist (bahagian pertanian), jadi memang tempat dia la MAHA ni, ambil peluang tengok baja-baja keluaran syarikat lain, boleh compare dengan tempat dia kerja. Liza tak faham sangat pun, tapi Liza memang dari dulu suka bab-bab pertanian ni. InsyaAllah kitorang memang ada plan untuk buat bisnes berkaitan dengan pertanian ni, semoga dipermudahkan dan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Sekian cerita hari minggu kami di MAHA 2014.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
 
 

No comments:

Post a Comment