Monday, November 17, 2014

Happy second anniversary, husband!

Salam semua..

Pejam celik pejam celik, hari ni kami dah pun menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2. Rasa macam baru je lagi rasa excited dengan persiapan untuk majlis perkahwinan kami.. Hihi. Alhamdulillah, dua tahun berlalu, perkahwinan kami dah pun hampir sempurna dengan kehadiran Muhammad Aqil yang semakin hari semakin banyak akal tu. Up and down dalam rumah tangga tu biasa, apetah lagi usia perkahwinan masih lagi dalam fasa pertama (lima tahun pertama). Kami bukan perfect, tapi akan perfect bila bersama..InsyaAllah.


Kalau anniversary yang pertama tahun lepas, Liza masih berkain batik, bertungku, bau minyak urut, masih berpantang kan, memang tak de sebarang sambutan la. Wish pon via mesej je sebab masa tu suami kat rumah kami di Serdang, Liza kat kampung, Terengganu. 

Alhamdulillah, hari ni dapat la dinner sekali (padahal hari-hari biasa pun dinner sekali jugak). Nak romantik dinner susah sikit la bila dah bertiga ni. Hehe.. Lagipun, hari ni Liza ikut suami outstation ke Raub, Pahang. Kami pun tak biasa dan tak tau kat mana tempat makan yang best kat sini. So, makan je la kat Secrect Recipe, alang-alang dah ada kek sekali. Dah rezeki kami, dapat pulak kek free, sebab bayar guna kad maybank.


Liza tak de plak prepair apa-apa hadiah untuk suami kali ni. Sebab baru je bagi hadiah time birthday dia (15/9) hari tu. Liza pun tak terfikir akan dapat apa-apa hadiah, ingatkan cukup dengan dinner je. Tapi, rupa-rupanya suami Liza dah memang plan awal-awal nak surprisekan Liza dengan hadiah anniversary kali ni. Alhamdulillah, rezeki. 


Time dapat tu, seronok tak yah cerita la. Mula-mula Liza ingatkan monitor PC (sebab pernah plan nak beli), tapi bila tahu rupa-rupanya suami belikan laptop, terus rasa terharu kuasa lapan belas! Bergenang air mata. Dia belikan laptop ni untuk memudahkan lagi Liza berbisnes. Allah.. terharu sangat! Bertambah lagi satu sebab kenapa Liza tak boleh main-main dan berputus asa dengan bisnes Liza ni.

Macam tulah serba sedikit tentang cerita anniversary kami tahun ni. Semoga perkahwinan kami ni sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Oh ya, sempena anniversary kami hari ni, Liza nak bagi hadiah tau kat semua customer atau bakal customer Liza. Dengan setiap pembelian produk Shaklee atau Feelvogue pada hari ini dan esok, anda berhak menerima FREE POSTAGE dari kami. Jangan lepaskan peluang ye!







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


No comments:

Post a Comment