Tuesday, November 18, 2014

Happy 1st birthday my little boyfriend, Muhammad Aqil Fareez

Salam Semua..

Sekarang dah masuk musim tengkujuh kan? Sejuk-sejuk macam ni, Liza nak share cerita santai-santai je la. Cerita dah basi pun ni, tapi tak per la, selain dapat berkongsi dengan pembaca, boleh juga jadikan kenangan untuk Liza sampai bila-bila kan? Alhamdulillah, 20 Oktober yang lepas, dah genap setahun umur si kecik ni. Rasa macam baru semalam masuk ward, masuk labour room, berpantang dan berjaga malam demi si dia ni. 


Lahirnya dia setahun yang dulu sangat dinanti terutamanya Liza dan suami. Ye lah, anak sulung kan, lambang cinta suci kami, zuriat harta akhirat kami. Walaupun disambut dengan cukup sederhana, tapi penuh kesyukuran. Mengimbau saat kelahiran tu, rasa sayu sangat. Liza percaya, semua ibu-ibu pun akan rasa apa yang Liza rasa, kan?

Tanpa sebarang tanda nak bersalin, Liza start rasa contraction pada 15 Oktober 2012 (masa tu tengah kerja kat ofis lagi) walaupun due date (7 November). Dipendekkan cerita, selepas warded selama 5 hari, barulah masuk labour room untuk 'cuba' bersalin. 19/10/13 6:30pm air ketuban di pecahkan, dan Alhamdulillah Allah permudahkan, 12:20am Muhammad Aqil Fareez dikeluarkan dengan kaedah vacuum sebab heart beat dia dah slow sangat time tu. Tak kisah la guna cara apa, yang penting dia keluar dengan selamat.

Walaupun pelbagai dugaan menimpa dalam proses membesarkan Aqil, terutama 6 bulan yang pertama, Liza redha dan bersyukur dapat laluinya dengan baik. Salah satunya ialah Aqil 'dikatakan' mengalami sawan tangis, sehingga Liza mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Apalah sangat dengan meninggalkan kerja makan gaji tu, jika dibandingkan dengan nikmat menjadi seorang ibu dan isteri sepenuh masa sekarang.

Pantang nampak sejadah, dia pun sibuk nak solat sama
Thanks kat Cik Dah sebab buat kek kat Aqil
Setahun telah berlalu. Muhammad Aqil semakin behave, bijak, dan kadang-kadang telatahnya membuatkan Liza tak percaya yang dia bukan lagi baby kecil Liza yang dulu, he's grown up! Tak de birthday party pun untuk Aqil kali ni sebab dia belum faham lagi kan, tak seronok la. Nanti Aqil dah faham, kita sambut sama-sama ye.

Liza bagi Aqil minyak ikan terbaik untuk perkembangan otak dan imunisasi dia

Sama seperti semua ibu diluar sana,  mesti nak berikan yang terbaik untuk si manja kan? Walaupun tak boleh jadi ibu yang terbaik, at least kita dah berusaha untuk memberi yang terbaik, itu sudah memadai. Akhir kata, Selamat hari lahir sayang mama, u'r my baby boy.. forever! Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, bijak dan berguna untuk agama dan masyarakat. Aminn







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


No comments:

Post a Comment