Sunday, November 23, 2014

MAHA 2014 - Aktiviti hujung minggu kami

Salam Semua..

Apa aktiviti korang semua hujung minggu ni? Macam-macam event yang ada hujung-hujung tahun macam ni. Kalau dekat Selangor ni je pun ada beberapa event hujung minggu ni, semua yang best2. Ada karnival media prima di Putrajaya, pesta buku di PWTC, ekspo barang bayi (tak ingat kat mana..hihi), dan yang paling besar, MAHA 2014.

Disebabkan MAHA ni yang paling dekat dengan rumah (MAEPS), Liza dan suami pun memang suka bab-bab pertanian ni, so memang seronok la pergi situ. Tapi nak pesan awal-awal dulu, siapa yang nak pergi situ kena prepare tenaga banyak-banyak sebab kena jalan jauh dari tempat parking ke tempat pameran tu. Ada juga disediakan bas, tapi mak aiiii kena beratur panjang bebenor.
Ni lah seketul gambar yang sempat snap.. Both my heroes!!
Suami Liza pun kena jaga booth jugak
Dah seronok sangat berjalan, sampai lupa nak ambik gambar. Nanti Liza plan nak gi lagi sekali, Liza ambil gambar banyak-banyak ye. Hihi.. Balik rumah je exausted, terus terbongkang tiga beranak.. Hehe..tu lah cerita hari minggu kami, selamat bekerja esok bagi yang bekerja.. =D


No comments:

Post a Comment