Saturday, November 22, 2014

Produk untuk menambah susu ibu secara semulajadi

Salam Semua..

Sejak kebelakangan ni, ibu-ibu mula sedar kepentingan dan kelebihan susu ibu. Walaupun terpaksa berhabis wang ringgit serta memerlukan tenaga dan usaha yang lebih, ia tetap tidak menjadi halangan kepada para ibu masa kini untuk menyusu anak mereka. Bukan sahaja golongan suri rumah, namun golongan ibu bekerjaya juga tidak melepaskan peluang untuk membekalkan yang terbaik untuk si manja tersayang.


Seiring dengan meningkatnya bilangan ibu yang menyokong penyusuan susu ibu ni, pelbagai produk untuk 'menambah susu ibu' juga muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau dalam dua tahun yang lepas, ada yang tak puas hati bila Shaklee famous dengan 'suplement tambah susu' nya, tapi sekarang belambak pulak kat pasaran produk yang kononya boleh menambah atau memperbanyakkan susu ibu.


Betul ke ada produk yang boleh memperbanyakkan susu ibu??

Sebenarnya, kita perlu tahu apa syarat utama untuk memastikan susu ibu meriah. Semu ibu yang menyusu mestilah sihat, bertenaga, mengambil makanan seimbang dan berkhasiat, cukup rehat, tak stress, minum cukup air dan sebagainya. Jika perkara-perkara ini dijaga dengan baik, Liza yakin pengeluaran susu tidak lagi menjadi masalah dan tidak lagi memerlukan suplement atau makanan tambahan yang lain sebagai agent penggalak susu.

Yang menjadi masalah sekarang, ibu-ibu zaman sekarang tertedah dengan tekanan(samada tekanan di tempat kerja atau di rumah), makan makanan segera dan tidak seimbang, tidak mendapat rehat yang cukup serta terdedah dengan pencemaran. Ini secara tidak langsung menyebabkan pengeluaran susu ibu merosot.

Dengan pengambilan suplement yang bersesuaian, ia akan membantu melengkapkan semula nutrisi yang kurang dalam badan ibu, menjadikan ibu lebih bertenaga serta tenang dan bebas dari tekanan. Maka, syarat asas penyusuan dipenuhi semula dan hasilnya, pengeluaran susu ibu akan produktif semula.

Jadi, betul lah suplement boleh membantu 'menambah susu ibu', walaupun secara tidak langsung. Bagi ibu yang boleh memenuhi syarat asas penyusuan diatas, suplement sudah tidak menjadi keutamaan buat anda. Hanya bagi mereka yang masih tidak boleh lari dengan stress di tempat kerja, stress dengan masalah dan urusan rumah tangga, kurang rehat menyebabkan badan cepat letih, tidak pasti dengan khasiat makanan yang diambil, bolehlah mengambil suplement sebagai alternatif.



Ibu-ibu boleh memilih apa saja produk makanan tambahan di luar sana yang menarik hati. Cuma pesanan Liza, hati-hati dalam membuat pilihan, selidik dulu kandungannya, pastikan halal, selamat dan semestinya berkesan. Tidak perlu terlalu taksub dengan model atau duta berbayar diorang. Cukup sekadar mengambil testimonial pengguna-pengguna mereka. Kalau anda tanya Liza, mestilah Shaklee menjadi pilihan kerana terjamin selamat, semulajadi dan berkesan. Boleh hubungi Liza untuk sebarang pertanyaan. 






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


No comments:

Post a Comment