Sunday, November 30, 2014

November melabuhkan tirai

Salam Semua..

Alhamdulillah, November hampir melabuhkan tirai dalam sejam lebih lagi. Esok bulan terakhir dalam tahun 2014 akan menjelma. Banyak perkara yang menarik berlaku sepanjang bulan ni. Diharapkan yang baik-baik terus berlaku dalam kehidupan Liza sekeluarga pada bulan hadapan. Mana-mana azam tahun 2014 yang belum terlaksana, hanya Disember je yang tinggal untuk direalisasikannya.




Ingatkan dah tamat kisah MAHA 2014, rupa-rupanya ada lagi sambungan episod 4 kami di MAHA. Haha. Sayang sangat dengan MAHA, sampaikan tiap-tiap hari pergi. Tu pun tak puas lagi tu, banyak lagi tempat tak pergi, simpan dua tahun lagi la pulak. Kali ke-4 ni, kami pergi ke kawasan padi dan perikanan pulak. Lain sikit dari lawatan kami yang lepas-lepas. Seronok jugak, sempat la merasa bubur lambuk dan join kuiz anjuran Bernas. Dapat beras sekilo. Hihi


Tamatlah sudah cerita MAHA kami. Semoga bulan Disember yang bakal tiba memberi seribu kenangan yang indah, kejayaan yang lebih baik dan rezeki yang melimpah ruah. Aminn. Kalau bulan November ni, Liza berjaya cabar diri untuk update blog pada setiap hari, diharapkan  bulan depan  ni cabaran tetap diteruskan dan lebih konsisten lagi.

Terima kasih buat semua yang menyokong Liza, tak kiralah sebagai pembaca atau customer Liza. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Semoga kita sama-sama berjaya, kaya, dan bahagia di dunia dan akhirat. Aminn





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


No comments:

Post a Comment